Você está na página 1de 8

1.

HASRAT PENDIDIKAN NEGARA

Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis baru-baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan. Sistem pendidikan negara kita telah melahirkan hasrat untuk memperkukuhkan sistem pendidikan negara kita dengan memperkenalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan , Wawasan

2020, Rangka Rancangan Jangka Panjang ke 3, Perkembangan Dunia Semasa, Teori Pembelajaran dan 4 Tonggak Pendidikan / 4 Pillars Of Education (UNESCO) kepada masyarakat Malaysia. Melalui dasar dasar tersebut, kerajaan ingin melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani, dan emosi ; bersifat global player ; warga negara yang bertanggungjawab dan pekerja yang berilmu . Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan negara buat masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan secucuk dengan keperluan-keperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya. Oleh itu dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi jumlah tetapi juga dari segi kualiti. Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan lebih ramai rakyat yang terlibat secara aktif dalam bidang keusahawanan dan tidak bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk mencari kerja. Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan semasa yang menekankan penyertaan swasta secara aktif.

1.1

DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN

suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur

kebudayaan dan kepercayaan unutk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk

menyampaikan pengetahuan maksudnya Suatu pengalaman pembelajaran yang terancang ke arah mencapai hasrat penghasilan (intended outcomes) yang ditentukan. 1.2 FOKUS PROSES PERSEKOLAHAN Aras Pendidikan Prasekolah Proses Keterangan sosialisasi, perkembangan

sahsiah, persediaan ke sekolah rendah Tahap 1 Sekolah Rendah ( Tahun 1 3) Penguasan 3M, perkembangan sahsiah, sikap dan moral Tahap 2 Sekolah Rendah (Tahun 4 6) Pengukuhan dan aplikasi kemahiran 3M, kemahiran yang lebih kompleks, pemerolehan pengetahuan,

perkembangan sahsiah, sikap dan nilai Menengah Rendah (Tingkatan 1 3) Pendidikan umum, peningkatan

kemahiran yang diperoleh semasa di sekolah rendah, perkembangan bakat & minat, Menengah Atas ( Tingkatan 4 5) asas pra vokasional,

perkembangan sahsiah, sikap dan nilai Perkembangan bakat & minat,

perkembangan sahsiah, sikap dan nilai,

pengkhususan, kerjaya dan pendidikan tinggi Kelas peralihan Pengukuhan dan penguasaan bahasa melayu

1.3

PERANAN KURIKULUM 1. Perkembangan Individu Secara Menyeluruh ( Intelek, Rohani, Emosi, Dan Jasmani ) 2. Penerapan Dan Perkembangan Nilai Nilai Murni 3. Penyebaran Ilmu Pengetahuan 4. Pembentukan Masyarakat Malaysia Yang Bersatu Padu 5. Melahirkan Pekerja Mahir [Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979]

1.4

Imbasan Sejarah Dasar Pendidikan Negara Zaman Pengukuhan : Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 Pembentukan satu sistem pembelajaran kebangsaan Pengakuan matlamat akhir Bahasa Kebangsaan, iaitu bahasa Melayu menjadi bahasa penghantar utama di semua institusi pendidikan Permulaan kurikulum sekolah yang sama dan berorientasikan alam sekeliling Malaysia bagi semua jenis sekolah kebangsaan Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi setiap peringkat yang sama bagi semua pelajar.

Zaman Kemaskini : Laporan Rahman Talib 1960 dan Ordinan Pelajaran 1961 Permulaan untuk pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dan proses penukarannya mengikut satu jadual yang ditentukan. Sistem Peperiksaan Kebangsaan ditetapkan dengan menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sahaja Penekanan usaha kepada pendidikan Vokasional dan Teknik untuk memenuhi keperluan tenaga mahir negara Penekanan kepada mata pelajaran Pendidikan Agama dan Moral di semua peringkat sekolah sebagai teras untuk memenuhi keperluan kerohanian rakyat Malaysia

Akta Bahasa Kebangsaan (Ordinan Pelajaran)1967 Bahasa Malaysia dikuatkuasakan sebagai Bahasa rasmi yang tunggal

Dasar Pendidikan Kebangsaan 1970 Lima Prinsip Rukun Negara sebagai amalan ideology negara dalam Dasar Pendidikan

Akta Universiti 1971 Penubuhan universiti tempatan berteraskan kepada Akta Bahasa

Kebangsaan 1967

Zaman Reformasi : Laporan Kabinet 1979 Penekanan kepada pendidikan asas 3M, (membaca, menulis dan mengira) Penekanan kepada pendidikan kerohanian, iaitu Pendidikan Agama dan

Moral, dan nilai nilai disiplin yang diingini Penekanan kurikulum sekolah yang mencerminkan identiti negara Pelaksanaan pendidikan menengah atas melalui dua jurusan : akademik dan vokasional Peluang diberi melanjutkan persekolahan dari sekolah 9 tahun hingga 11 tahun; iaitu hingga Tingkatan Lima Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan kebangsaan Meningkatkan mutu pendidikan dan pelajaran keseluruhannya

Falsafah Pendidikan Negara 1988 Mengutamakan pendidikan umum kea rah pendidikan berterusan. Memperkembang potensi murid secara keseluruhan, harmoni, bersepadu dan seimbang Melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak mulia, serta berupaya memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara

Zaman Kemantapan : Akta Pendidikan 1995 & 1996 Reformasi sistem pendidikan kea rah bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai wawasan negara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dijadikan landasan dan pedoman untuk dasar pendidikan negara Pendidikan prasekolah diperkenalkan dalam pendidikan sekolah rendah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan Sekolah bestari diperkenalkan untuk program pendidikan vokasional dan politeknik Menambah peluang pendidikan tetiari dengan menggalakkan penubuhan kolej universiti swasta

Latar belakang Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah 1982 percubaan di 305 buah sekolah seluruh malaysia 1983 pelaksanaan penuh di semua sekolah 1984 amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup 1988 Falsafah Pendidikan Negara 1993 Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah 1994 Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains dan Kajian Tempatan

Tujuan pendidikan sekolah rendah ialah untuk membolehkan murid : 1. Menguasai Bahasa Melayu dengan memuaskan 2. Menguasai kemahiran asas bertutur, membaca dan menulis 3. Mempunyai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan

menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian 4. Menguasai kemahiran belajar 5. Bertutur, membaca, menulis dan memahami dalam Bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua

6. Memperoleh ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha menambahkannya 7. Mengamalkan sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai murni dan menjadikannya sebagai asas bagi amalan hidup 8. Mempunyai keyakinan diri 9. Mempunyai semangat patriotisme 10. Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar 11. Mengembangkan bakat, kesenian dan kreativiti 12. Menguasai kamahiran saintifik dan teknikal 13. Memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional 14. Menjaga kesihatan dan kecergasan diri 15. Menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti 16. Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat ayat tertentu di dalam Al Quran bagi murid Islam

Você também pode gostar