Você está na página 1de 10

Apa itu warna?

Alam semesta kita merupakan suatu medan magnet yang penuh dengan cas-cas positif dan negative dan ia selalu bergetar serta menghasilkan gelombang electromagnet. Setiap gelombang mempunyai panjang gelombang dan halaju getaran yang berbeza. Mereka bersama membentuk spectrum electromagnet.

Kita boleh melihat lebih kurang 40% daripada warna terkandung dalam cahaya matahari. Jadi walaupun cahaya putih dilihat sebagai tidak berwarna dan jernih, ia terbina oleh getaran warna yang berterusan, yang mana ia bukan hanya sebagai gelombang tetapi juga struktur korpuskular("corpuscular structure."). Kecerahan tenaga cahaya putih asli matahari ini merupakan faktor dalaman dalam menyegarkan jiwa, raga, dan semangat kita, dan setiap getaran warna itu mempunyai kebolehan menyembuh yang tersendiri. Warna dalam cahaya Satu cara yang membolehkan warna dalam cahaya matahari dapat dilihat oleh kita ialah dengan melalukan cahaya putih tersebut melalui sebuah prisma. Disebabkan setiap warna itu mempunyai gelombang yang berbeza, ia terbias mengikut nilai sudut-sudut yang berbeza. Pelangi terbentuk apabila titisan air bertindak sebagai prisma semulajadi. Apabila cahaya matahari melalui titisan air tersebut, setiap sinar yang berbeza itu dibengkokkan dgn nilai yang berlainan, dan membentuk pelangi. Warna pelangi terbentuk dari satu formasi cahaya dan dikenali sebagai warna benar (true hues).

Merah merupakan gelombang yang terpanjang boleh dilihat dan mempunyai frekuensi getaran yang terendah. Ia merupakan tenaga magnetic yang bersifat memanas dan menjana. Warna ungu pula merupakan gelombang terpendekdan mempunyai getaran terpantas. Ia bersifat menyejuk dan membersih. Disebalik cahaya spektrum tampak

Selain cahaya tampak, terdapat banyak lagi gelombang yang tak dapat dilihat. Sinar ultraungu merupakan sinar selepas sahaja cahaya ungu (jadual berkala gelombang) dan semakin jauh selepas ini merupakan sinar elektromagnetik dengan frekuensi yang semakin meningkat dan gelombang menjadi semakin rendah; seperti sinar-x dan sinar gamma. Di penghujung yang lain pula, cahaya inframerah ditemui selepas sahaja cahaya merah. Seperti merah, ia bersifat memanas walaupun ia mempunyai haba yang lebih tertumpu; yang mana ia diaplikasikan dalam lampu inframerah. Selepas cahaya inframerah pula merupakan sinar elektromagnetik dengan gelombang yang meningkat dan frekuensi yang semakin merendah; termasuklah gelombang radio. Mistik telah lama mempercayai bahawa kita boleh melihat warna dengan baik selain warna yang tampak dengan membuka mata ketiga semasa bermeditasi. Membina warna Cahaya putih boleh dipisahkan kepada 3 warna asas atau warna primer: merah-jingga, hijau, dan biru-ungu. Apabila warna ini dipancarkan bersama-sama (cth: jika seorang jurutera pencahayaan didalam sebuah teater sedang menumpukan ketiga-tiga spotlight berwarna tersebut), warna putih akan terbentuk. Ia dipanggil warna campuran penambahan; yang mana bersabit secara langsung oleh ahli penyembuhan terapi warna dengan cahaya berwarna.

Warna warna yang digunakan sebagai bahan warna dalam mengecat,fabrik, dan bahan lain adalah berlainan; Ia diperolehi dari pengurangan cahaya. Kesan ini menghasilkan 3 jenis pigmen warna primer yang berlainan iaitu warna merah, biru, dan kuning. Ini terkandung dalam warna primer kerana mereka tidak dapat dihasilkan dari campuran warna lain. Apabila warna ini digabungkan, akan terhasilnya warna dalam variasi lain. Roda warna Jika semua warna disusun, ia akan membentuk roda warna. Setiap warna adalah saling berkaitan dan ada di antaranya dihasilkan melalui gabungan dua warna utama. Dengan itu, didapati roda warna mempunyai 3 pasang warna yang saling melengkapi.

Seperti kuasa magnet, positif dan negetif menarik antara satu sama lain, begitu juga dengan warna. Ini boleh dibuktikan apabila kita memerhati setiap warna satu persatu dan kemudian mengalihkan pandangan ke atas sekeping kertas putih. Dalam beberapa saat, selepas diimejkan, kita dapat melihat kaitan antara warna-warna tersebut. Berpandukan roda warna, campuran antara 2 warna bersebelahan akan menghasilkan 12, 24, 48 jenis variasi.Juga boleh menghasilkan roda warna yang lain dengan menggunakan bahan aditif (bahan yang ditambah) ke atas cahaya warna. Terdapat 3 warna iaitu merah, biru,dan kuning. Manakala warna-warna sekunder adalah hijau, jingga dan merah lembayung/ungu. Jika satu warna-warna dicampurkan merah dan kuning akan menghasilkan jingga/oren, biru dan kuning menghasilkan hijau, merah dan biru menghasilkan ungu. Asal usul maksud warna Warna Putih Perlindungan, kebersihan, penglihatan yang jelas, penyembuhan, penghasilan tenaga, keikhlasan, ketenangan, kesucian, keserhanaan, dan memangkinkan semua warna (sesuai dengan semua warna) Warna Perak Ketelusan, mempunyai kuasa psikik, menjelaskan gambaran dalaman, kemurnian, ketenteraman, penuh misteri (fikirkan tentang bulan) Warna Emas Hubungkait dengan kuasa maha tinggi, inspirasi agung, tenaga dalaman, tarikan, kepimpinan (fikirkan tentang matahari) Merah Perasaan yang meluap-luap, keberanian, tenaga, jantina, tarikan, kegahirahan, pertentangan jantina, penuh semangat, pendirian yang teguh, kasih sayang, kecergasan diri, kemesraan, tindakan (fikirkan tentang api) Merah jambu/pink

Kasih sayang dan kasih yang romantik, belas kasihan, persahabatan, kefahaman, diplomasi, kesucian, kelembutan dan kewanitaan Oren Tenaga, daya tarikan, kebolehan mengawal diri, organisasi, harga diri, kemesraan, kelincahan, kegembiraan, kebaikan, kepekaan, kreativiti, kematangan, harvest (think of the harvest sun and moon) Ungu Kuasa, penyembuhan, magic, combatting, jangkitan dan penyakit, kerohanian, penyembuhan secara psikik, pengadilan, perayaan. Kuning tarikan, komunikasi, petah, daya fikir, keyakinan, pengembaraan, penumpuan, ketangkasan, inspirasi, kegembiraan, tuah, optimisme, kepercayaan, keseimbangan. Hijau Wang, kekayaan, penyembuhan, pertumbuhan, pekerjaan, kesuburan, kejayaan, kesihatan, harmoni, permulaan yang baru, pembaharuan (fikirkan tentang tumbuhan hijau) Biru Penyembuhan, rehat, damai, kebenaran, kebijaksanaan, kepelbagaian ekspressi, ketenangan, meditasi, harmoni, ketenteraman, kesolehan, kefahaman kerohanian, introspection (fikirkan tentang langit biru dan lautan) Coklat tanah, tetap, stabil, konsentrasi, penyembuhan, pembersihan, bekerja dengan binatang di rumah, kewanitaan (fikirkan tentang bumi) Kelabu Neutral, keseimbangan Hitam Menghilangkan, penyerapan yang negatif, exorcisms, kewujudan semua warna Nota: tentang warna hitam: warna hitam tidak semestinya mempunyai makna yang negatif. Ia boleh digunakan sebagai perlindungan memandangkan ia dapat menyerap kuasa negatif, sama seperti kain hitam yang menyerap kepanasan waktu hari panas. Namun kekosongan yang terbentuk harus diisi dengan tenaga positif sesuatu yang dapat dicapai dengan mencampurkan ia bersama warna-warna lain, seperti putih atau biru.

SIMBOL WARNA DAN RITUAL Manusia selalu menganggap warna mempunyai simbol yang besar dan ada unsur keagamaan.Bagi manusia yang pertama wujud di bumi,warna bagi siang dan malam semuanya adalah penting.

Ketika siang hari,nenek-moyang kita boleh berburu dan melindungi diri mereka daripada musuh, jadi merahnya bumi dan kuningnya matahari mensimbolkan kehidupan, manakala biru-hitam pada malam hari berkaitan dengan keadaan pasif dan sunyi. Kegelapan juga menakutkan dan merbahaya,warna terlalu gelap dikaitkan dengan kematian.Bagi sesetengah masyarakat,beberapa warna mempunyai kepentingan yang khusus. Kehormatan sosial dan status ditandai oleh keseragaman warna di zaman Greek purba.Saintis seperti Empedocles dan ahli fizik Paracelus pada zaman Renaissance, juga berpendapat warna merupakan jiwa bagi kehidupan dan akar bagi kesemua yang wujud; EMPAT elemen seperti Bumi, Angin, Api, dan Air diberikan masing-masing warna kuning, hitam, merah dan putih.Akhirnya ramai artis dan ahli falsafah telah menghasilkan kualiti spiritual pada warna . warna tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi hanya boleh dilihat dengan pandangan dalaman sebagai third eyes (mata ketiga) yang terbuka.Pu tih dikaitkan dengan kebijaksanaan,kuning dikaitkan dengan semangat,dan biru dikaitkan dengan gerak hati. Merah Berdasarkan tradisi orang Hebrew, nama Adam (manusia pertama), bermaksud merah ataupun hidup,dan hingga kini,dalam beberapa bahasa Slovic, merah melambangkan kehidupan ataupun kecantikkan.Bagi orang Egypt purba, merah merupakan warna Ra,Tuhan Matahari,dan seterusnya pada zaman Roman,ianya(merah) dikaitkan dengan Mars,Tuhan Peperangan. Sehingga kini,merah masih lagi dikaitkan dengan peperangan; merah dan hitam pernah diambil sebagai warna bagi Revolusi Rusia dan seterusnya pada tahun 1930-an diambil oleh Nazi di Jerman. Jingga dan kuning Jingga merupakan warna bagi cinta dan kebahagiaan bagi orang Cina dan Jepun,manakala jingga bagi sami-sami Buddha mewakili kerendahan hati. Dalam sesetengah gambaran seperti Garden of Eden,jingga/oren atau lebih tepatnya sebiji epal ditunjukkan pada Tree of Knowledge (Pokok Ilmu).Bagi orang Hindu dan juga Cristian,warna kunig melambangkan kehidupan dan kebenaran.

Hijau

Dalam kedua-dua tradisi masyarakat Eropah dan Cina,hijau berkait rapat dengan musim bunga dan pertumbuhan yang baru.Hijau juga mewakili semangat dan kesuburan alam semulajadi,memberikan Northern Europe (Eropah utara) mitologi tentang Green Man,manakala bagi Greek purba ianya merupakan warna Venus,Tuhan Segala Cinta.Islam juga menganggap warna hijau sebagai yang menggambarkan kebesaran Allah yang mengwujudkan alam semulajadi yang subur dan hijau; jadi hijau merupakan warna suci. Dalam kristian St John menyaluti Jesus Christ dengan warna hijau, dan hijau adalah warna suci kristian Biru Ini adalah warna yang diberikan kepada Maria, yang popular dikalangan penganut katolik Eropah dikenali sebagai Permaisuri Syurga, digambarkan memakai jubah berwarna biru melalui penampilannya. Menurut mitologi masyarakat Yunani dan Rom pula, dewa-dewa langit seperti Jupiter, Juno dan Mercury dikatakan mempunyai kaitan dengan warna biru. Dalam Kitab Lama masyarakat Yahudi, Tuhan yang Esa juga digambarkan dengan warna biru. Warna biru atau hijau kebiruan dalam agama Islam melambangkan agama itu sendiri berserta masyarakatnya dan warna-warna ini biasa digunakan sebagai hiasan untuk masjid. Warna biru juga merupakan simbol kedamaian, kebenaran serta kerjasama dan digunakan dalam bendera bangsa-bangsa bersatu dan merupakan warna latar bagi bendera orangorang Eropah. Ungu Warna ungu biasanya dikaitkan dengan keagungan dan kerohanian. Raja-raja dan para pendeta memakai jubah berwarna ungu. Ini disebabkan, pada zaman dahulu, hanya golongan kaya sahaja yang mampu memiliki pencelup pakaian berwarna ungu yang mahal ini.Telah menjadi satu kelaziman membalut bayi yang baru dilahirkan menggunakan kain yang berwarna ungu untuk memperolehi kemakmuran dan kejayaan. Hitam Warna ini ialah warna bagi planet Saturn. Warna ini juga adalah warna bagi Dewa Pertanian masyarakat Rom yang mengadakan perayaan mereka pada pertengahan musim sejuk tetapi kemudiannya telah diubah menjadi hari natal. Pada zaman purba Mesir, warna ini adalah warna Dewi Perawan Hitam iaitu Isis yang menjadi lambang kesuburan Sungai Nil. Masyarakat Mesir zaman dahulu juga menganggap kucing yang berwarna hitam adalah suci. Kepercayaan ini kemudiannya telah dibawa ke Eropah. Putih Warna putih ialah warna untuk bulan. Pada zaman kegemilangan Rom, China dan India, ianya merupakan warna kematian. Tradisi bagi pengantin perempuan memakai pakaian putih pada hari perkahwinan mereka dikatakan berasal daripada Yunani purba. Rumah berhala yang diberikan khas kepada Dewi Athena, telah dicipta daripada batu marmar berwarna putih dan ini menunjukkan warna putih juga adalah sebagai tanda kesucian. Psikologi warna Kita semua tahu bahawa warna dapat mempengaruhi perasaan hati. Kita dapati ada warna yang dapat menaikkan semangat, menyemai rangsangan dan menekan perasaan. Kita biasa

guna istilah seperti feeling blue, yellow bellied, green with envy, dan seeing red tanpa memikirkan makna yang tersirat. Perasaan dan emosi kita dipengaruhi secara langsung oleh keseimbangan atau ketidakseimbangan hormon dalam badan; maka tak hairanlah emosi dan perasaan hati kita dipengaruhi oleh warna. Ada warna yang dapat menenangkan fikiran kita, dan ada juga yang dapat merangsang aktiviti mental. Dengan mengimbangi colour energy yang mengalir ke pituitary (The master gland of the endocrine system0, keseimbangan metabolik dan emosi dapat dipulihkan. Ini dapat mengatasi masalah stress, ketegangan, kerisauan, kebimbangan dan kesedihan. Penggunaan warna untuk mengubah energy emosi akan menggubah pandangan seseorang terhadap dunia, dan pengalaman yang dilalui. Warna berhubung secara langsung dengan minda subconscious kita, justeru itu kita dapat menggunakannya untuk mengenalpasti dan merawat masalah pada tahap yang lebih tinggi. Merah Merah adalah warna yang berpengaruh tinggi dan dihubungkaitkan dengan daya hidup dan cita-cita. Ia dapat membantu mengatasi fikiran negatif. Namum ia dihubungkaitkan juga dengan kemarahan; jika kita memiliki terlalu banyak warna merah dalam sistem kita, kita akan rasa lekas marah, tidak sabar, dan tidak selesa. Merah jambu Warna ini dapat memberikan kelegaan, ketenangan, kemesraan dan nurturing (Raising someone to be an accepted member of the community). Ia menggurangkan rasa lekas marah dan agresif. Warna merah jambu akan memberikan kita rasa dicintai dan dilindungi. Ia juga mengatasi kesunyian, kekecewaan, oversensitivity dan mudah tersinggung. Oren Oren adalah warna yang dihubungkaitkan dengan keriangan. Ia membebaskan dan melepaskan perasaan dan meringankan rasa kasihankan diri sendiri, rendah diri dan tidak sudi memaafkan. Warna ini merangsang minda, memperbaharui minat terhadap hidup; ia juga berkesan sebagai antidepressant dan merangsangkan semangat. Warna oren -merah jambunya dan kuning kemerahan baik untuk kepenatan.

Kuning Warna kuning adalah warna yang dikaitkan dengan kegembiraan, kecerahan dan menaikkan semangat, dan celebration of sunny days. Ia juga dihubungkaitkan dengan bahagian minda yang intellectual, dan penyaluran fikiran. Justeru itu, ia membantu membuat pertimbangan dan diskriminasi, kebolehan mengingati dan berfikiran waras, membuat keputusan dan pernilaian yang baik. Ia juga membantu mengatur penyusunan yang baik, penyerapan idea baru, dan kebolehan melihat pelbagai pendapat. Ia melahirkan kepercayaan kepada diri sendiri dan mengalaKkan sikap yang optimis. Namun begitu, warna kuning pudar adalah warna ketakutan.

Hijau

Hijau memiliki perhubungan yang rapat dengan alam, membantu kita meletakkan diri dalam kedudukan orang lain dan alam disekeliling kita. Secara semulajadi kita akan mencarinya bila dilanda ketegangan atau mengalami renjutan emosi. Warna ini melahirkan rasa keselesaan, istirihat, ketenangan, ruang, mengurangkan tekanan, menyeimbangkan dan melegakan perasaan. Warna hijau tua berguna untuk ketidakpastian dalam diri individu. Namun, bila warna hijau bertukar menjadi keruh, pudar atau hijau zaitun, ini menunjukkan kereputan. Warna hijau yang keruh boleh diibaratkan seperti daun kering yang gugur ke atas bumi yang melambangkan permulaan kematian, tidak mudah diperikan, tidak bersifat pendesak, dan penafian hidup dan keseronokkan. Warna hijau zaitun dan lime boleh menyebabkan kesan yang merbahaya ke atas kesihatan dari segi fizikal dan emosi, memandangkan warna sickly yellow and green dihubungkaitkan dengan perasaan cemburu, kemarahan, dan possessiveness. Mengurangkan stress , mengimbangi dan menenangkan emosi. Hijau gelap dapat membantu mengatasi emosi yang tidak keruan. Tetapi, apabila hijau menjadi keruh, pudar, atau hijau zaiton, ia menandakan reput, seperti dedaun yang berguguran ke bumi, muddy green menggambarkan permulaan sebuah kematian dan tidak mudah dilakarkan, unassertive dan penyangkalan terhadap kehidupan dan kebahagiaan. Lime dan olive green melambangkan kesan yang merbahaya kepada kesihatan fizikal dan mental manakala sickly-yellow dan hijau pula dikaitkan dengan perasaan cemburu atau iri hati dan kemarahan. Turquoise Kita mengaitkan blue green dengan keadaan laut yang segar dan sejuk berdasarkan kesejukan dan ketenteramannya. Seperti hijau, warna turquoise juga adalah baik untuk ketegangan mental dan keletihan atau feeling washed-out. Warna turquoise ini baik juga untuk kesunyian selain meningkatkan komunikasi, kepekaan dan kreativiti. Biru Biru adalah warna yang sejuk, tenang, dan dikaitkan dengan a higher part of the mind than yellow. Ia menggambarkan keadaan malam yang membuatkan kita berasa lebih tenteram dan bersantai sama seperti berasa tenteram pada waktu malam yang kelam. Biru cerah dan lembut membuatkan kita dapat merasakan ketenangan dan terhindar daripada segala kesibukan aktivti harian dan meredakan penyakit insomnia. Biru berperanan dalam pengawalan mental, clarity dan kreativiti. Midnight blue mempunyai kesan yang menenangkan kepada minda, membenarkan kita untuk berhubung dengan kata hati dan sifat kewanitaan. Walaubagaimanapun, biru yang terlalu gelap boleh membawa kepada tekanan. Indigo, Violet dan Ungu. Indigo, Violet dan Ungu mempunyai kesan yang mendalam kepada jiwa dan digunakan dalam bidang rawatan sakit jiwa untuk membantu menenangkan dan mententeramkan pesakit yang menghadapi tekanan dan pengendalian perasaan mudah gemuruh. Warnawarna ini mengimbangi minda dan juga membantu dalam mengatasi obsesi dan kebimbangan.

Indigo merupakan warna yang dianggap berkuasa dan dikaitkan dengan otak kanan yang mendorong kata hati dan imaginasi. Ia juga mempunyai kesan untuk menenangkan. Violet dan ungu adalah warna-warna of transformation at a very deep level, memberi keamanan dan combating shock and fear. Warna-warna ini juga mampu mengatasi gangguan emosi. Ia juga dikaitkan dengan seni dan muzik, misteri dan kepekaan kepada kecantikan serta keunggulan, mendorong kreativiti, inspirasi, kepekaan, kejiwaan dan belas kasihan. Walaubagaimanapun, violet boleh digunakan untuk mempengaruhi jiwa dengan menarik individu kehidupan alam fantasi. Ungu juga dikaitkan dengan perlindungan jiwa. Magenta Apabila kita berasa muram dan risau tentang keadaan kita atau berasa marah dan kecewa, warna ini dapat mengendurkan perasaan tersebut dan akan menaikkan semangat kembali, dikaitkan dengan belas kasihan, pembawa semangat atau sokongan dan baik hati. Dari sudut negatif pula, seperti violet, magenta membuatkan kita berhasrat untuk meninggalkan dunia yang penuh dengan desakan dan mengelakkan cabaran. Ia juga dapat merehatkan. Jadi, elakkan warna ini ketika anda dalam keadaan tekanan jiwa yang kronik. Putih Warna putih dianggap sebagai warna yang paling suci.Ia membawa kepada maksud perlindungan, keamanan dan selesa, mengurangkan tekanan emosi dan putus asa, dan membantu dalam membersihkan emosi yang bersifat dalaman, pemikiran dan juga semangat. Jika anda memerlukan ruang dan masa untuk mengenangkan kembali kehidupan anda, warna putih dapat memberikan rasa kebebasan dan kemesraan. Walaubagaimanapun, terlalu banyak putih boleh membawa kepada sejuk dan terasing, kerana putih membezakan kita antara satu sama lain. Hitam Warna ini adalah bersifat selesa,perlindungan dan penuh misteri.Ini adalah sekutu dengan sunyi,infiniti dan sifat wanita dalam kehidupan yang tertekan-pasif,tidak bercarta dan penuh misteri.Warna hitam boleh juga melarang kita dari segi pertumbuhan dan perubahan.Kita sentiasa menyembunyikan kita sendiri dalam keadaan hitam demi mengelakkan diri demi terhadap dunia yang sebenar. Gray/Kelabu Warna ini adalah sekutu dengan berdikari,sikap bergantung pada diri sendiri, pengawalan dari segi perasaan, kelabu juga berperanan sebagai perlindung dari pengaruhan luar.Bagaimanapun,warna kelabu biasanya mendatangkan perasaan negative-awam yang warna kelabu tua,kabus dan jerebu. Kelabu ialah warna bersifat hindaran dan kebebasan. sifat kesunyian tidak dapat dielakkan. Perak (silver) Perak adalah warna bulan di mana selalu mengalami perubahan.Ini berhubung dengan prinsip sifat wanita dan emosi,sensitif dari segi pemikiran.Ini adalah seimbang,harmoni dan juga menyucikan mental.

Emas Serupa dengan warna kuning,emas adalah sekutu dengan matahari dan kemudian berhubung dengan keadaan berlimpah-limpah dan kuasa,idea yang mulia, kebijaksanaan dan cerdik. Ini adalah kecergasan mental,m engergizing dan sedia menbantu dalam perasaan ketakutan,keraguan dan kekurangan. Emas pucat adalah amat untuk kesedihan dan menajamkan pemikiran. Brown/Coklat Warna coklat ialah warna semula jadi(warna tanah).Coklat bermaksud kemantapan meringankan rasa ketidakselamatan.B agaimanapun,ini juga berhubung untuk menyembunyikan emosi, mengelakkan dari segi ketakutan terhadap dunia luar dan juga kesempitan fikiran.ini adalah kesan daripada kekurangan penghargaan diri sendiri.

Você também pode gostar