Você está na página 1de 5

TAHARAH

Taharah atau bersuci merupakan suatu tugas yang begitu penting dalam kehidupan seseorang Muslim kerana ia punca atau asas penerimaan segala amal ibadat.

Andainya seseorang itu mengerjakan ibadat solat tetapi belum bersuci dan membersihkan diri sama ada dari segi tubuh badan, pakaian, tempat ia mengerjakan ibadat dan sebagainya maka solatnya dikira tidak sah.

Apabila solat yang merupakan tiang-tiang agama itu tidak sah maka ibadat-ibadat lain juga turut tidak mendapat perhatian daripada Allah.

Ibarat rumah apabila tiang sudah rosak, maka dinding dan atap hanya menunggu masa untuk runtuh bersamasama dengan tiangnya.

Você também pode gostar