Você está na página 1de 5

AL-BIRUNI

Nama penuh al-Biruni ialah Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad al-Biruni daripada keluarga Tajik. Beliau dilahirkan pada 3 Zulhijah tahun 362 H (4 September 973M) di negeri Parsi. Bagaimanakah timbulnya gelaran al-Biruni ini?

Menurut kitab al-Ansab yang ditulis oleh Sam'ani dan kitab Mu'jam al- Buldan yang ditulis oleh Yaqut al-Hamawi, penduduk Khawarizm memanggil orang asing sebagai Biruni (dalam bahasa Parsi). Maka atas alasan inilah yang menyebabkan Abu Rayhan dikenali sebagai al-Biruni kerana beliau merupakan orang asing bagi penduduk Khawarizm. Beberapa sarjana lain pula menyatakan al-Biruni bukan dilahirkan di Khawarizm tetapi di Birun iaitu sebuah bandar di luar Kath. Bandar Khawarizm terletak kira-kira 20 farsakh (60 km) dari Kath yang menjadi ibu kota kerajaan pemerintahan putera-putera Ma'muniyah. Oleh itu ada kemungkinan apabila Khawarizm menjadi ibu kota Ma'muniyah, maka penduduk Kath yang berhijrah ke bandar itu digelar Biruni. Oleh kerana Abu Rayhan orang yang lebih terkenal di kalangan mereka, maka gelaran ini diberikan kepadanya. Beliau turut digelar 'Khawarizmi' kerana nama kawasan itu juga dipanggil Khawarizmi. Riwayat kehidupan Al-Biruni

Al-Biruni banyak mendapat ilmu pengetahuan daripada seorang putera Raja Parsi iaitu Abu Nasr Mansur bin AliJilani, seorang pakar ilmu matematik. Keluarga Abu Nasr begitu mengambil berat mengenai al-Biruni. Al-Biruni merupakan sarjana agung pada akhir kurun ke-4 Hijrah (kurun ke-10 Masihi) dan merupakan pakar dalam bidang astronomi, sejarah dan bahasa serta hidup sezaman dengan sarjana Islam, Ibn Sina. Karya beliau yang dianggap teragung ialah Rasa 'il al-Biruni, sebuah ensiklopedia astronomi dan matematik. Seorang yang dahagakan ilmu pengetahuan beliau tidak suka membuang masa. Sepanjang hayat kehidupannya ditumpukan kepada bidang penyelidikan dan penulisan. Beliau dapat menguasai dua buah tamadun besar pada ketika itu iaitu tamadun Arab dan tamadun Yunani. Beliau mempunyai hubungan erat

dengan para sarjana Islam dan Kristian. Salah seorang daripadanya ialah ahli fizik Kristian iaitu Abu Sahl. Beliau juga berhubung rapat dengan para saudagar Kristian Syria yang bertujuan untuk mempelajari nama-nama orang Yunani serta sebutan dan ejaan istilah perubatan yang betul. Akhirnya, al-Biruni meninggal dunia pada tahun 440 Hijrah (11 September 1048M), ketika pemerintahan Mawdud iaitu selepas beliau hidup pada zaman Dinasti Yamini selama 31 tahun. Meskipun beliau uzur kerana usianya yang lanjut, namun beliau masih sempat menyiapkan sebuah karyanya berjudul KitahalSaydanah.

Al-Biruni Sebagai Ahli Astronomi

Bidang pengajiannya yang utama ialah astronomi berdasarkan pengakuannya sendiri iaitu "Oleh kerana bidang saya ialah bidang astronomi, dan sejak awal wujud di dunia ini lagi saya terkenal kerana ilmu itu dan saya tidak berniat untuk keluar dari disiplin ilmu itu, maka saya mahu berkhidmat kepada perbendaharaan baginda (Mas'ud) yang dikenali sebagai nikmat, dengan menulis kanun (undang-undang) Sina'at al-Tanjim (seni astronomi)" Al-Biruni mengemukakan contoh tentang kegunaan harian

pengetahuan matematik dan astronomi. Contoh ini menunjukkan pengaruh matahari dan bulan ketika menentukan musim dan pasang surut air laut. Ilmu pengetahuan tentang bintang-bintang dan kedudukannya sangat penting bagi menentukan arah

pengembaraan dan perjalanan. la juga sangat berguna ketika menentukan arah kiblat, waktu solat dan kedudukan garisan lintang atau bujur sesuatu bandar. Beliau telah menunjukkan bahawa astronomi sangat berguna dan sesuai menurut Islam. Antara teori-teori astronominya yang penting ialah teori alam semesta, kosmogeni, teori geosentrik, kalendar dan kronologi, matahari dan sebagainya. Dalam teori alam semesta, al-Biruni beranggapan bahawa alam semesta terletak di luar permukaan sfera yang terhad. Beliau tidak bersetuju dengan konsep graviti alam semesta sebagai kuasa sebenar yang terlibat seperti yang dilihat daripada pengalaman. Mengenai kosmogeni, walaupun Qanunal-Mas'udi tidak membincangkan asal- usul alam semesta tetapi alBiruni membincangkannya secara terperinci dalam bukunya al-Tahdid. Beliau menolak pandangan yang menyatakan bahawa dunia ini kekal. Beliau mengumpul pelbagai arus pertukaran bumi di zamannya dan melengkapkan karya Abdul al-Malik al-Tayyib alBustri yang mempunyai muka surat. Mengenai teori geosentrik, al-Biruni dan cendekiawan sezaman dengannya sering memikirkan tentang kontroversi geosentrik

dan heliosentrik. Beliau menyatakan bahawa sebarang teori baru tidak dapat diterima tanpa bukti sains yang kukuh. Al-Biruni menulis mengenai pergerakan matahari dalam sebuah karyanya yang berjudul Kitab al- Tatbiqfi Tahqiq Harakat al-Syams yang berkaitan dengan teori ini. Mengenai kalendar dan kronologi, al-Biruni telah menulis satu risalah kecil yang menerangkan tentang siang dan malam yang juga dapat membuktikan panjang siang dalam setahun di kutub. Beliau telah mencipta sejenis alat untuk mengukur masa dan waktu di siang hari serta menulis buku mengenainya yang berjudul Ta'hiral-Mizanwa Ta'bir al-Azman. Karyanya yang berjudul Tanqihal- Tawarikh membincangkan tarikh. Manakala buku TasawwurAmral-Fajr wa al- Shafiq fiJihat al-Gharb wa al-Sharq pula membincangkan terbitnya fajar. Qanun al-Mas'udi merupakan karya terakhirnya yang membincangkan perkara di atas dengan lebih terperinci. la membincangkan siang dan malam, bulan dan tahun, bulan dan matahari, penerangan terperinci mengenai perbezaan takwim, maklumat tambahan mengenai kalendar orang India, mengubah takwim Sakkala kepada takwim Hijrah dan sebagainya. Mengenai matahari, al-Biruni membuat kajian tentangnya dan perkara- perkara yang berkaitan. Antaranya ialah mengenai sifat fizikal matahari. Al- Biruni cekap dalam pengajian ilmu fizik dan kadangkala memberikan sumbangan asli. Beliau membuat kajian mengenai sifat fizikal waktu matahari. Menurutnya, matahari ialah jasad yang panas bagi letusan solar yang boleh diperhatikan apabila gerhana penuh, samajuga seperti nyalaan yang muncul di sekeliling jasad yang membakar. Al-Biruni mempercayai teori geosentrik dan menganggap matahari bergerak mengelilingi bumi. Menurutnya gerakan matahari yang perlahan dan cepat

menggambarkan sesuatu orbit. Proses beliau mengira calendar

Beliau melaporkan terdapat empat rumusan yang berbeza iaitu 365.2426, 365.2421, 365.2398 dan 365.248 hari. Al-Biruni membuat pengiraan bahawa terdapat 365 hari, 5 jam dan 46 minit. Kalendar Jalali juga mendapat 365 hari, 5 jam, 49 minit. Kiraan al-Biruni tidak jauh perbezaannya dengan kiraan moden iaitu 365 hari, 5 jam, 48 minit dan 47 saat. Ketika menulis Qanun, beliau mengira titik yang tertinggi di antara matahari dengan bumi bergerak satu darjah dalam masa 1/3 tahun dan 0, 0, 7, 44, 54

dalam satu hari. Perkiraan yang telah dibuat oleh al- Biruni hampir sama dengan angka moden iaitu 52.2 setiap tahun dan satu darjah dalam masa 72 tahun.

Al-Biruni Sebagai Ahli Sains

Menghasilkan beberapa aspek mengenainya antaranya trigonometri sfera, aritmetik orang India, cahaya dan bunyi, graviti, ketumpatan, mekanik, berat dan ukuran, geografi, geodesi dan stratografi dan sebagainya. Al-Biruni menghasilkan sebuah karya berjudul Maqalid 7lm al-Haiahfi Basit al-Kurah sebagai satu karya yang setanding dengan buku astronomi berjudul al-Tafhim kerana penguasaan bahasa dan subjeknya yang baik serta mudah difahami. Ketika berusia 60 tahun, beberapa karya beliau dilengkapkan lagi. Salah satu daripadanya diberi judul Jamial al Tarq al Sairah fi Marafah Awtar al Dairah yang membincangkan kaedah-kaedah dalam penemuan ukur lilit bulatan. Al-Biruni turut menguasai aritmetik orang India dengan menghasilkan beberapa buah karya berhubung dengan subjek itu antaranya ialah Rashikat al-Hind Zodiak di India, kaedah aritmetik yang berbeza dalam Brahma Siddhant, kaedah-kaedah orang India (Rusum al- Hind) dalam pengajaran aritmetik, dan Mansuhat al-Darah yang menerangkan tentang kaedah mendarab yang berbeza. Mengenai cahaya dan bunyi, alBiruni mempercayai bahawa cahaya lebih laju daripada bunyi sinaran membawa haba dari matahari dan ia dapat menembusi air serta udara serta senjakala bermula atau berakhir apabila matahari berada di bawah kaki langit. Penemuan al-Biruni ini sama dengan penemuan dalam penyelidikan moden. Mengenai graviti, beliau menolak pendapat Aristotle yang menganggap langit tidak mempunyai kuasa graviti. Beliau menolak idea bahawa tempat asal bagi air ialah di atas muka bumi kerana tidak ada tempat asal bagi sesuatu objek. Menurutnya jika air mengalir ia akan sampai ke pusatnya. Mengenai ketumpatan, al-Biruni dapat menyukat dengan betui ketumpatan bahan-bahan. Al-Biruni menggunakan suatu alat yang berfungsi sebagai dosimeter untuk menyukat ketumpatan. Beliau dapat menyukat air dengan begitu tepat sehinggakan hasil percubaannya itu selaras dengan nilai moden. Beliau turut memberikan sumbangan yang tulen dalam bidang hidrostatik. Beliau menerangkan fenomena tentang banjir, mata air dan prinsip- prinsip yang berkaitan. Al-Biruni menggunakan emas, raksa, zamrud dan kuartza untuk menentukan ketumpatan. Dalam

bidang mekanik, beliau telah mengukur ketumpatan relatif beberapa logam dan bahan bukan logam dengan kejituan yang tinggi. Sumbangan beliau dalam menyukat ketumpatan sangat bermanfaat kerana beliau berjaya membuat ukuran tepat. Al-Biruni juga memberikan sumbangan yang banyak dalam bidang mekanik dan beliau mahir dalam bidang pengetahuan tentang peralatan. Beliau telah mencipta dua alat yang istimewa dan salah satu daripadanya ialah pengimbang hidrostatik. Melalui alat ini, beliau dapat mencari ketumpatan 18 bahan. Satu lagi alat ialah sejenis balai cerap yang baru. la dinamakan al- Ustawani yang digunakan untuk mengukur bmtang-bintang, ketinggian menara dan bukit, dan ke dalam telaga atau sungai.

Minatnya yang mendalam dalam matematik menyebabkan al-Biruni mempelajari berat dan ukuran. Ini berkait rapat dengan bidang kajian astronomi dan fizik. Ketumpatan sebenar 18 bahan yang diukur oleh beliau menunjukkan kepakarannya dalam menyediakan berat dan ukuran yang paling tepat. Al-Biruni juga telah memberikan sumbangan yang sangat penting dalam bidang geografi. Beliau telah membezakan antara kuala dan teluk. Beliau menganggap semua kelompok Eurasia dan Afrika sebagai satu benua yang didapati terletak di Barat dan Timur. Ahli geografi agung ini tahu tentang banjaran gunung di India yang dikenali sebagai Himalaya. Dalam karyanya berjudul India, beliau membincangkan peranan kawasan pergunungan dalam menyumbang hujan lebat dan melindungi bahagian daerah Kashmir. Pengetahuan al-Biruni mengenai Asia sangat luas dan dapat memperihalkan dengan terperinci negara Turki, yang berkaitan dengan Sungai Augarer dan kawasan Tasik Baikal. Namun sumbangan utama beliau ialah tentang India dan memberikan maklumat tentang kawasan barat laut India. Al- Biruni telah mengarang beberapa karya geografi, antaranya Tahdidi Nihayatal- Amakin (Penentuan Batas Daerah). Beliau telah menghasilkan kaedah baru untuk mengukur latitud (darjah lintang), longitud (darjah bujur) dan membuat pengukuran sendiri untuk menetapkan antupoda dan kebulatan bumi juga ketinggian dan sifat-sifat geografi bandar-bandar. Beliau telah membuat ukuran bagi mentafsirkan lilitan bumi dan mendapat anggarannya 25,000 batu. Melalui al- Biruni, dapat diketahui saudagar-saudagar Muslim telah sampai ke pulau-pulau Lautan India berhampiran dengan Pulau Jawa pada kurun ke-11.

Você também pode gostar