Você está na página 1de 3

Amalkan budaya Senyum dan Salam Posted by SMKTSJ2 , Labels: KAUNSELING Wednesday, 15 February 2012 19:59

dan selamat sejahtera kepada semua warga sekolah.

Seorang pendidik bukan sahaja dikenali dengan nama panggilan guru,cikgu,ustaz atau ustazah sahaja, tetapi ianya juga dikenali dengan akhlak dan peribadinya yang baik dan terpuji, serta menjadi contoh kepada orang lain, baik kepada anak-anak murid, ibu bapa, rakan sesama pendidik serta masyarakat.

Mewujudkan budaya positif dalam suasana sekolah bukanlah satu perkara yang boleh dianggap remeh dan tidak penting, kerana pada hakikatnya, ianya sangat penting dalam mewujudkan pelbagai kesan yang positif dalam sesuatu situasi rutin harian di sekolah.

Antara salah satu contoh sikap baik yang boleh dibudayakan dalam membina satu suasana positif di sekolah ialah amalan memberikan senyuman serta ucapan salam kepada semua, tidak mengira jawatan, status, kedudukan, malah kepada siapa sahaja sama ada individu tersebut adalah warga sekolah kita ataupun pelawat dari luar.

Sebagai seorang pelajar,anda perlu membiasakan dan membudayakan amalan ini sejak dari pengajian lagi dan kemudian mengamalkannya di luar daripada kawasan sekolah.

Dalam konteks amalan budaya postitif memberi senyum dan salam di sekolah,semua pelajar perlu untuk membiasakan diri untuk memberi kedua-dua pemberian yang percuma dan mudah ini kepada sesiapa sahaja, sebagai tanda kita menghormati individu yang menerima pemberian kita itu serta sebagai salah satu cara untuk kita bersosial dengan baik dan mudah sesama komuniti di sekolah kita.

Secara tidak langsung, amalan seperti ini dapat memupuk budaya mesra antara guru dengan pelajar dan seluruh warga sekolah, tanpa mengira kedudukan, biarlah kita memberi senyum dan salam ini sebaiknya kepada semua tanpa mengira siapa mereka. Berilah senyum dan salam kepada rakan-rakan, guru, staf sokongan, pegawai-pegawai yang lain seperti pegawai keselamatan, pekerja keceriaan, pelawat yang datang dari luar dan sebagainya.

Dengan wujudnya budaya positif ini di dalam komuniti sekolah kita, ianya sedikit sebanyak dapat menggambarkan bahawa guru-guru, pelajar dan seluruh warga sekolah kita adalah positif dan menunjukkan contoh dan akhlak yang baik di mata orang lain dan sekaligus dapat menaik dan mengharumkan nama sekolah khususnya hanya dengan pembudayaan amalan yang seperti ini.

Semoga dengan sedikit peringatan ini dapatlah hendaknya dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita, bukan sahaja di dalam sekolah, bahkan turut dijadikan amalan di luar sekolah, di rumah kita bersama keluarga dan di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.

Itulah peranan kita sebagai seorang pendidik dan pelajar, memulakan sesuatu yang baik dari bangku sekolah, kemudian yang baik itu dibawa ke luar dan seterusnya diperkembangkan di tengah-tengah kehidupan masyarakat.

Untuk renungan dan penghayatan bersama :

Sabda Nabi Muhammad SAW ,

Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah. (HR Tirmizi dan Abu Dzar)

Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah.

(Hadis Riwayat Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi)

Você também pode gostar