Você está na página 1de 2

Refleksi Selepas melakukan lawatan sambil belajar ke stadium Universiti Sains Islam Malaysia, banyak pengetahuan dan pengalaman

yang berharga telah saya pelajari. Pertamanya, saya dapat mengenali bahawa cara pengurusan sebuah stadium yang begitu besar di USIM sebenarnya adalah suatu hasil kegigihan di bawah pengurusan kakitangan yang dilantik. Setiap kakitangan yang dilantik menjalankan tugas-tugas mereka secara beramanah dan penuh berhemah telah membolehkan stadium ini terus terurus dan kekal kemas. Ini telah menarik mahasiswa dan mahasiswi di universiti tersebut meluangkan masa lapang mereka bagi menjalankan aktiviti di tempat tersebut terutamanya pada waktu pagi. Di samping itu, stadium ini di bawah penyeliaan yang rapi. Untuk makluman, stadium USIM sentiasa disewa untuk masyarakat menjalankan aktiviti dan pertandingan di tempat tersebut. Penyewaan stadium perlu melalui beberapa proses yang rapi bagi memastikan stadium tersebut tidak dicerobohi oleh pendatang-pendatang luar supaya kemudahan stadium tersebut kekal berfungsi dalam keadaan yang baik dan memanfaatkan warga universiti tersebut. Dalam lawatan sambil belajar ini, akibat lawatan kali ini melibatkan bilangan murid yang agak besar. Guru pelatih susah berkumpul pada masa yang ditetapkan. Hal ini kerana, stadium yang besar menyebabkan guru pelatih berkeliaran untuk menjalankan aktiviti masing-masing. Apabila pensyarah memberitahu semua guru pelatih berkumpul, ia akan mengambil masa yang lama kerana perlu memanggil semua guru pelatih di tempat yang berbeza. Bagi penambahbaikan, pada masa akan datang, guru pelatih boleh dibahagikan kepada satu kumpulan yang kecil di mana satu ketua yang dilantik. Ketua perlu sentiasa memastikan anak buah di bawah pengawasannya supaya senang berkumpul apabila diperlukan.

Akhir kata, lawatan sambil belajar ini adalah sangat bermakna kepada guru pelatih yang mengambil pengurusan dalam sukan dalam semester ini. Ini mendedahkan kepada guru pelatih cara mengurus yang tersusun dan memberikan gambaran bahawa pengurusan tersebut perlu kerjasama daripada semua pihak. Saya berharap pada masa akan datang, saya masih mempunyai peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti sebegini. Objektif bagi lawatan kali ini telah tercapai.

Você também pode gostar