Você está na página 1de 21

PENGENALAN

Pendidikan adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi antara individu. Misalnya, interaksi antara seorang ibu dengan anaknya. Ia juga boleh berlaku di antara individu dengan beberapa individu lain seperti antara seorang dengan rakan sebaya, atau seorang guru dengan murid-muridnya.

Bagi melatih murid-murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan tatabahasa secara optimis, mengungkap ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain dan juga mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis maka Kurikulum Bahasa Melayu telah dugubal. Ia bertujuan melahirkan insane yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkesan, sukatan pelajaran disediakan yang mengandungi objektif khusus pembelajaran. Disamping itu, ia juga mengandungi organisasi kandungan kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa, dan pengisian kurikulum.

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran teras yang berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Namun begitu, banyak persoalan wujud pada hari ini yang mempertikaikan cara pelaksanaan sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dengan bentuk ujian yang terdapat di peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Banyak pendapat menyatakan bahawa penyediaan kertas soalan peperiksaan UPSR tidak mengambil kira pelbagai bentuk kemahiran yang ditekankan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu.

Sebaliknya, proses penyediaan kertas soalan Bahasa Melayu dalam peperiksaan UPSR hanya melibatkan kemahiran menulis dan kemahiran membaca sahaja. Sebaliknya, kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar tidak dapat dinilai dalam peperiksaan UPSR. Ini adalah disebabkan oleh bentuk soalan peperiksaan UPSR yang hanya melibatkan kemahiran membaca (kertas kefahaman) dan juga kemahiran menulis (kertas penulisan). Ini bermakna bahawa kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur yang turut menjadi objektif utama dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, tidak dinilai dalam peperiksaan UPSR. Menerusi pelaksanaan tugasan ini, perbincangan akan dijalankan ke atas beberapa perkara yang berkaitan dengan sukatan pelajaran

Bahasa Melayu sekolah rendah dan juga bentuk pelaksanaan peperiksaan UPSR sama ada mengambil kira segala objektif yang terdapat dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah atau sebaliknya.

KERTAS SOALAN UPSR TAHUN 2006

Kertas soalan UPSR tahun 2006 yang akan dianalisis melibatkan dua kertas soalan penilaian yang utama seperti mana yang dinyatakan dibawah:-

KERTAS 1 : ANEKA PILIHAN

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan yang mana memerlukan pelajar memilih empat aneka pilihan jawapan bagi setiap soalan. Setiap soalan yang terdapat dalam bahagian ini juga adalah berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (SPBM) dan juga pelbagai topik yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (HSPBM) sekolah rendah seperti topik golongan kata, topik imbuhan kata, topik kata ganda, topik kata majmuk, topik jenis-jenis ayat dan sebagainya.

Berdasarkan kepada 40 soalan yang terdapat dalam Kertas 1 Bahasa Melayu, berikut adalah analisis berkenaan dengan kesemua 40 soalan tersebut:1) Mengapakah tuan puteri bersedih? Katakan kepada __________, kat Mak Inang Seri kepada Tuan Puteri Mayang Sari. A beta B patik C hamba D tuan hamba

Analisis : Soalan ini adalah bentuk soalan yang berkaitan dengan kata nama dalam sistem tatabahasa Bahasa Melayu. Namun begitu, soalan ini adalah soalan yang mudah dan mempunyai Aras 3 dalam HSPBM. Ini disebabkan oleh bentuk soalan yang memerlukan pelajar mengenal pasti jenis kata ganti nama yang sesuai untuk diisi pada petak yang telah disediakan. Soalan ini juga bersesuaian dengan objektif kelapan dalam SPBM sekolah rendah.

2) Puan Rozana memotong kaki seluar anaknya kerana __________. A lebar B besar C labu

Analisis : Soalan ini berbentuk isi tempat kosong yang berkaitan dengan kata adjektif yang menjadi salah satu topik yang terdapat dalam HSPBM. Namun begitu, soalan ini berada pada Aras 1 ekoran daripada bentuk soalan yang sangat mudah untuk dijawab oleh pelajar. Soalan yang dibina ini juga turut bertepatan dengan objektif kelapan yang terdapat dalam SPBM iaitu menilai kemahiran pelajar dalam enggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.

3) Beberapa __________ poster telah diletakkan oleh Cikgu Yeop di belakang kelas kita. A helai B bidang C keping D lembar

Analisis : Soalan yang dibina adalah soalan penjodoh bilangan yang merupakan salah satu topik yang terdapat dalam HSPBM. Soalan ini adalah soalan pada Aras 2 di mana jawapan yang diberikan adalah hampir sesuai digunakan untuk ayat soalan. Namun begitu, ianya memerlukan kemahiran berfikir yang kreatif dan kritis dalam menyelesaikan soalan ini seperti mana objektif ketiga yang terdapat dalam HSPBM yang memerlukan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan soalan. 3

4) __________ Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Seri Damai itu mengumumkan ketibaan tetamu khas. A Jurubahasa B Juruhebah C Jurucakap D Juruacara

Analisis : Soalan ini adalah sama dengan soalan 1 yang berkaitan dengan golongan kata nama Bahasa Melayu yang juga terkandung dalam SPBM. Namun begitu, soalan ini adalah soalan pada Aras 2 seperti mana yang terkandung dalam HSPBM di mana perlu meneliti jawapan yang sesuai dan tepat untuk soalan ini.

5) Ibu __________ ayam itu dengan rempah sebelum memanggangnya. A mengadun B menabur

C mencalit D melumur

Analisis : Soalan ini pula adalah bentuk soalan yang berkaitan dengan topik kata kerja yang juga menjadi antara topik yang dipelajari oleh pelajar dalam HSPBM. Namun begitu, pelajar perlu meneliti jenis kata kerja dalam menjawab soalan ini sama ada kata kerja transitif ataupun kata kerja tak transitif. Ini bermakna bahawa soalan ini adalah bentuk soalan pada Aras 2 yang memerlukan sedikit kemahiran berfikir dalam menyelesaikan soalan ini. 4

6) Tangan kakak berbau __________ setelah menyiang beberapa ekor ikan sungai. A hamis B hanyir C hapak D hancing

Analisis : Jawapan yang diperlukan dalam soalan ini memerlukan pelajar memilih jawapan yang sesuai berdasarkan kepada kata adjektif yang wujud sebelum jawapan soalan. Ini bermakna bahawa soalan ini tidak mempunyai topik khusus dalam HSPBM dan tidak menepati sebarang objektif yang terkandung dalam SPBM. Namun begitu, kemahiran berfikir pelajar masih dapat dibentuk dan dinilai menerusi kemahiran pelajar dalam menjawab kehendak soalan.

7) Kerja-kerja pembersihan tanah runtuh itu diteruskan __________ hari hujan. A hingga B sekiranya C walaupun D Sementara

Analisis : Jawapan yang diperlukan dalam soalan ini adalah jawapan dalam kata hubung yang mana pelajar perlu memilih kata hubung yang sesuai untuk mengisi yang sesuai. Dalam HSPBM, jenis kata hubung seperti berada pada Aras 3 yang mana memerlukan kemahiran pelajar yang tinggi dalam membezakan empat jenis kata hubung yang boleh digunakan dalam menggabungkan dua ayat.

8) Kamarul dapat menyampaikan syarahannya dengan __________ semasa menyertai pertandingan itu.

A cekap B petah C terang D gelabah

Analisis : Soalan ini berbentuk isi tempat kosong yang berkaitan dengan kata adjektif yang menjadi salah satu topik yang terdapat dalam HSPBM. Namun begitu, soalan ini berada pada Aras 1 ekoran daripada bentuk soalan yang sangat mudah untuk dijawab oleh pelajar. Soalan yang dibina ini juga turut bertepatan dengan objektif kelapan yang terdapat dalam SPBM iaitu menilai kemahiran pelajar dalam enggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.

9) Juara beregu badminton wanita dari Malaysia __________ piala yang dimenangi oleh mereka. A menjulang B menatang C merangkul D menjunjung

Analisis : Soalan ini adalah soalan kata kerja yang juga menjadi antara salah satu topik yang terdapat dalam HSPBM. Namun begitu, soalan ini mempunyai aras kemahiran berfikir yang tinggi dengan bentuk jawapan yang boleh digunakan untuk mengisi tempat kosong yang terdapat dalam soalan. Ini bermakna bahawa soalan ini berada pada Aras 3 dan menepati kehendak kandungan SPBM.

10) __________ orang mudah hilang sabar jika selalu menghadapi __________ situasi yang memalukan mereka. A Sesetengah ... setiap B Sebahagian ... satu C Sesetengah ... sesuatu D Sekalian ... beberapa

Analisis : Soalan ini berkaitan dengan topik penjodoh bilangan yang terdapat dalam HSPBM dan menjadi antara soalan penting yang mampu menilai kemahiran pelajar dalam berfikir. Soalan ini juga merupakan antara soalan yang turut terdapat

dijalankan oleh pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi meningkatkan kemampuan pelajar untuk menguasai topik penjodoh bilangan.

11) Encik Chin sedang __________ buluh untuk membuat sangkar burung. A meraut B melentur C merincih D menghiris

Analisis : Soalan ini adalah soalan yang berkaitan dengan kata kerja yang terdapat dalam HSPBM. Namun begitu, soalan ini dibina berdasarkan kepada gambar rajah di mana seseorang sedang melakukan sesuatu kepada buluh. Dalam menjawab soalan ini, pelajar perlu meneliti aktiviti yang terdapat dalam gambar rajah tersebut dan perlu memilih jawapan yang betul. Ini bermakna bahawa soalan ini memerlukan kemahiran berfikir yang tinggi dan berada pada Aras 3 yang juga sesuai dengan HSPBM. 7 12) __________ ambil makanan yang terhidang di meja itu, kata Puan Kamariah kepada tetamunya. A Tolong B Minta C Harap D Sila

Analisis : Soalan ini berbentuk ayat perintah di mana pelajar perlu memilih jawapan yang sesuai bagi menyempurnakan jawapan ini. Dalam HSPBM, ayat perintah adalah antara jenis ayat yang dipelajari oleh pelajar agar pelajar dalam menjawab soalan ayat perintah. Soalan ini dilihat berada pada Aras 3 di mana setiap jawapan yang diberikan boleh digunakan untuk mengisi tempat kosong soalan. Namun begitu, pelajar hanya perlu memilih satu jawapan yang paling tepat dan sesuai dengan konteks ayat yang dibina. Ini juga menjelaskan bahawa soalan yang dibina adalah sangat sesuai dengan SPBM sekolah rendah.

13) Sementara menunggu pintu pagar dibuka, penonton __________ di luar stadium. A lalu-lalang B bolak-balik

C simpang-siur D mundar-mandir

Analisis : Soalan ini berkaitan dengan topik kata ganda yang terdapat dalam HSPBM. Namun begitu, terdapat lebih daripada satu jawapan yang betul yang boleh dipilih oleh pelajar untuk menjawab soalan ini. Walau bagaimanapun, pelajar hanya perlu memilih satu jawapan yang paling tepat dan ini memerlukan kemahiran berfikir pelajar secara kreatif dan kritis dalam menilai konteks ayat. Ini bermakna bahawa soalan ini berada pada Aras 3 kerana memerlukan kemahiran analitikal yang tinggi pelajar dalam menjawab soalan ini. 8

14) Pihak sekolah akan mengadakan sesi __________ bagi meraihkan kehadiran murid-murid baru. A tegur sapa B soal jawab C ramah mesra

Analisis : Soalan ini pula adalah soalan dalam bentuk kata majmuk yang terdapat dalam HSPBM di mana hanya satu jawapan yang paling tepat yang boleh digunakan dalam menjawab soalan ini. Namun begitu, pelajar perlu mempunyai pengetahuan yang baik dalam proses pembentukan kata majmuk sebelum menjawab soalan ini agar memudahkan pelajar untuk memilih jawapan yang paling tepat. Ini bermakna bahawa soalan ini memerlukan sedikit kemahiran berfisir dan dinilai sebagai soalan pada Aras 1.

15) Encik Dalang sedang __________ kain di bengkel untuk memenuhi pesanan pelanggannya. A menekan B menekap C mengecop D mengecap

Analisis : Soalan ini pula adalah bentuk soalan yang berkaitan dengan topik kata kerja yang juga menjadi antara topik yang dipelajari oleh pelajar dalam HSPBM. Namun begitu, pelajar perlu meneliti jenis kata kerja dalam menjawab soalan ini sama ada kata kerja transitif ataupun kata kerja tak transitif. Ini bermakna bahawa

soalan ini adalah bentuk soalan pada Aras 2 yang memerlukan sedikit kemahiran berfikir dalam menyelesaikan soalan ini.

16) Encik Muthu akan terus menabur bakti kepada masyarakat __________ terdaya. A jika B selagi C apabila D sehingga

Analisis : Soalan ini mempunyai perkaitan dengan topik kata hubung yang terkandung dalam HSPBM memerlukan kemahiran pelajar untuk memilih jawapan yang paling. Sekiranya pelajar tidak mempunyai pengetahuan yang baik terhadap keempat-empat kata hubungan ini, maka pelajar akan memilih jawapan yang salah. Oleh itu, ianya memerlukan kemahiran pelajar dalam memilih jawapan yang paling tepat untuk diisi pada petak kosong yang terdapat dalam soalan dan dinilai sebagai soalan para Aras 2 dalam HSPBM. 17) Saya tidak nampak Salina pun. __________ dia sudah pergi, kata Normah. A Bila-bila B Awal-awal C Rasa-rasa

Analisis : Soalan ini adalah soalan berbentuk kata ganda yang merupakan antara topik yang dipelajari oleh pelajar dalam HSPBM di mana pelajar perlu memilih kata ganda yang sesuai. Soalan ini dilihat berada pada Aras 3 kerana menuntut kemampuan pelajar dalam memilih jawapan yang paling tepat kerana soalan ini mempunyai lebih daripada satu jawapan yang hampir tepat. Oleh itu, pengetahuan pelajar terhadap topik dan konsep kata ganda dalam sistem tatabahasa Bahasa Melayu akan dapat membantu pelajar untuk menjawab soalan ini dengan betul dan tepat. 18) Kamu pergilah dahulu. Sebentar lagi saya akan __________, kata Asri kepada Shahrul. A mengekori B mengikuti C mengejar D menyusul

Analisis : Soalan ini adalah ayat penyata yang digabungkan bersama dengan kata kerta transitif. Ini bermakna bahawa pengetahuan pelajar terhadap kedua- dua topik yang terkandung dalam HSPBM ini perlu berada pada tahap yang terbaik agar dapat membantu pelajar menjawab soalan ini. Ini juga menunjukkan bahawa soalan yang dibina berada pada Aras 3 ekoran daripada bentuk soalan yang memerlukan kemahiran analitikal pelajar yang lebih tinggi seperti mana objektif yang ingin dicapai dalam SPBM.

19) Dua __________ lanun telah ditumpaskan oleh pasukan polis marin dalam tempoh sebulan. A pasukan B angkatan C kelompok D gerombolan

Analisis : Soalan ini berkaitan dengan kata bilangan dalam HSPBM yang mana memerlukan pelajar memilih kata bilangan yang tepat dan sesuai digunakan untuk konteks soalan yang dibina. Ini bermakna bahawa soalan ini adalah soalan yang mudah dan merupakan soalan pada Aras 1 berdasarkan kepada bentuk pelaksanaan topik yang terdapat dalam HSPBM.

20) Sikap Amir yang selalu __________ menyebabkan ramai sahabatnya kurang senang. 11 A memberi muka B bermuka-muka C sangat muka D tebal muka

Analisis : Soalan ini mempunyai perkaitan dengan dua topik yang terdapat dalam HSPBM iaitu topik kata majmuk atau kata ganda dan juga simpulan bahasa. Setiap jawapan yang diberikan boleh digunakan untuk menjawab soalan yang diberikan. Namun pelajar perlu memilih jawapan yang paling tepat dan sesuai digunakan untuk menjawab soalan ini. Ini bermakna bahawa soalan ini adalah soalan yang berada pada Aras 3 kerana memerlukan kemahiran analitikal yang lebih tinggi.

21) Istana lama itu unik kerana dibina daripada kayu tanpa menggunakan sebarang batu pun. Perkataan seerti bagi unik ialah A istimewa B canggih C ganjil D pelik

Analisis : Soalan ini adalah soalan yang berbentuk kat seerti yang juga menjadi antara topik pengajaran yang terdapat dalam HSPBM. Dalam topik ini soalan yang berikut agak mudah dan hanya berada pada Aras 1 di mana pelajar hanya perlu memilih perkataan seperti bagi perkataan unik. Namun begitu, pelajar perlu mempunyai pengetahuan dan penguasaan yang baik terhadap topik Sinonim atau seerti sebelum menjawab soalan ini.

22) Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah itu telah ditubuhkan pada bulan lepas. Perkataan seerti bagi ditubuhkan ialah A ditutupkan B dibatalkan C dibubarkan D dimansuhkan

Analisis : Soalan ini adalah sama dengan soalan 21 di mana pelajar perlu mencari perkataan seerti bagi perkataan ditubuhkan dan berada pada Aras 1 dalam HSPBM.

23) Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berbaris dengan betul. I) Semalam suntuk ayah tidak tidur kerana sakit perut. II) Tali itu sangat suntuk untuk mengikat kotak itu. III) Jangan mengkori kereta di hadapan terlalu suntuk. IV) Tempoh yang diberikan oleh jawatankuasa pertandingan itu begitu suntuk.

A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV

Analisis : Dalam soalan ini, terdapat empat ayat yang perlu dibina oleh pelajar yang mana pelajar perlu meneliti ayat yang betul dan tepat dalam menggunakan

perkataan suntuk. Soalan ini hanya mempunyai perkaitan dengan jenis-jenis ayat yang terdapat dalam HSPBM seperti ayat majmuk dan ayat aktif. Dalam pada itu, soalan yang ini juga berada pada Aras 3 kerana memerlukan pelajar untuk memilih lebih daripada satu ayat yang menggunakan perkataan suntuk dengan tepat.

24) Mengapakah ramai pesalah trafik menyerbu kaunter pembayaran di balai polis? Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas. A Mereka berminat menyertai pasukan polis trafik. B Mereka hendak membayar saman kesalahan trafik. C Pesalah trafik telah membayar denda secara beramai-ramai.

Analisis : Soalan ini tidak mempunyai perkaitan dengan sebarang topik dalam HSPBM. Sebaliknya, soalan ini hanya memerlukan kemahiran pelajar dalam memilih jawapan yang paling tepat dan sangat sesuai dengan objektif keenam yang terdapat dalam SPBM. Jawapan yang diberikan juga boleh digunakan untuk menjawab soalan. Namun begitu, pelajar hanya perlu memilih satu jawapan yang paling tepat dan soalan ini dinilai berada pada Aras 3 kerana memerlukan kemahiran analitikal pelajar yang sangat tinggi.

25) Doktor menasihati pesakitnya supaya mengamalkan gaya hidup sihat. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas. A Mengapakah doktor menasihati pesakitnya? B Apakah nasihat doktor kepada pesakitnya? C Bagaimanakah cara mengamalkan gaya hidup sihat? D Siapakah yang perlu mengamalkan gaya hidup sihat?

Analisis : Soalan ini adalah soalan ayat tanya yang juga merupakan salah satu topik yang diajarkan dalam HSPBM. Soalan ini adalah sangat mudah dan mempunyai Aras pelajaran pada tahaun 1 kerana hanya memerlukan pelajar memilih satu ayat tanya yang paling sesuai. 26) Kami menerima pujian dari Guru Besar kerana telah menjuarai pertandingan koir, kata Asmah. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat di atas. A Asmah memberitahu bahawa mereka mendapat pujian daripada Guru Besar kerana telah menjuarai pertandingan koir. B Asmah menerangkan bahawa kami memberikan pujian kepada Guru Besar kerana

telah menjuarai pertandingan koir. C Asmah mendapat tahu bahawa mereka mendapat pujian dariapda Guru Besar kerana telah menjuarai pertandingan koir. D Asmah menyatakan bahawa kami memberikan pujian kepada Guru Besar kerana telah menjuarai pertandingan koir. Analisis : Soalan ini adalah soalan yang berada dalam topik ayat banyak makna dalam HSPBM di mana setiap jawapan yang dibina mempunyai persamaan dengan ayat dalam soalan. Soalan ini juga dilihat berada pada Aras 3 seperti mana yang dinyatakan dalam HSPBM kerana pelajar perlu membuat analisis setiap ayat pada jawapan soalan dan memilih satu ayat yang mempunyai maksud yang sama dengan ayat yang terdapat pada soalan.

27) Nenek sedang menganyam tikar mengkuang di ruang tamu rumahnya. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat di atas. A Tikar mengkuang sedang dianyam oleh nenek di ruang tamu rumahnya. B Tidak mengkuangnya sedang nenek anyam di ruang tamu rumahnya. C Tikar mengkuang nenek sedang dianyam olehnya di ruang tamu. D Tikar mengkuang diruang tamunya sedang dianyam nenek.

Analisis : Soalan ini juga adalah sama dengan soalan 26 yang mana memerlukan kemahiran pelajar dalam memilih ayat yang hampir sama dengan dengan ayat yang terdapat dalam soalan. Ini menunjukkan bahawa soalan ini berada pada Aras pelakaran pada tahun 3.

28) Pilih ayat yang betul. A Kasut bertumit tinggi itu bukan sesuai dipakai oleh wanita yang mengandung. B Telefon antik di kedai itu tidak untuk dijual tetapi untuk pameran sahaja. C Daerah Besut bukan di negeri Kelantan tetapi di negeri Terengganu. D Budak lelaki yang bertahi lalat itu tidak adik Sulaiman.

Analisis : Soalan ini merupakan tajuk ke-20 dalam HSPBM di mana pelajar perlu memilih ayat yang betul dalam pelbagai jenis ayat sma ada ayat majmuk, ayat tunggal dan sebagainya. Dalam HSPBM, soalan seperti ini hanya berada pada Aras 2 kerana bentuk soalan yang dibina hanya sederhana sukar untuk dijawab oleh pelajar.

29) Pilih ayat yang betul. I) Para tetamu yang hadir dijemput masuk di dalam dewan itu. II) Suhaila ialah sepupu saya kerana ibu saya dan ibunya adik-beradik. III) Antara Suzi ataupun Nani, masing-masing tidak dapat melompat parit itu. IV) Saya tidak memahami percakapannya kerana dia menggunakan bahasa pasar.

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

Analisis : Soalan yang dibina mempunyai persamaan dengan soalan 28. Namun begitu, soalan ini berada pada Aras 3 dalam HSPBM di mana pelajar perlu memilih beberapa ayat yang betul dan tepat sistem tatabahasanya sebelum membuat pilihan. Soalan ini juga adalah sesuai dan selari dengan objektif SPBM dalam memastikan pelajar mampu membuat pilihan ayat yang betul dan tepat.

30) Pilih ayat yang betul. I) Buku cenderama yang berwarna keemasan itu untuk tetamu khas. II) Di antara acara yang akan dipertandingkan ialah catur dan congkak. III) Puan Azian yang mengajar di sekolah itu berasal dari Sandakan. IV) Pasukan bahas itu mendapat tempat pertama kerana pembahas- pembahasnya mendapat tempat pertama.

A I dan II B II dan IV C III dan IV D I dan IV

Analisis : Soalan yang dibina mempunyai persamaan dengan soalan 28 dan soalan 29. Namun begitu, soalan ini berada pada Aras 3 dalam HSPBM di mana pelajar perlu memilih beberapa ayat yang betul dan tepat sistem tatabahasanya sebelum membuat pilihan. Soalan ini juga adalah sesuai dan selari dengan objektif SPBM dalam memastikan pelajar mampu membuat pilihan ayat yang betul dan tepat.

Ayat 31-35 adalah berdasarkan kepada petikan yang diberikan (Rujuk Lampiran)

31) Pihak yang membuang kenderaan buruk itu tidak dapat dikenal pasti kerana A kenderaan itu telah reput. B kenderaan itu dibuang di jalan raya. C kenderaan itu tiada nombor pendaftaran. D kenderaan itu diletakkan di tapak pelupusan.

Analisis : Soalan ini memerlukan pelajar memahami petikan yang diberikan dan kemudiannya melengkap soalan yang terdapat dalam soalan ini. Soalan ini dilihat berada pada Aras pelakaran pada tahap 3 kerana ayat yang terdapat dalam setiap jawapan pada soalan ini adalah tidak sama dengan ayat yang terdapat dalam petikan. Namun begitu, kemampuan pelajar dalam memilih ayat yang mempunyai makna yang sama dengan ayat yang terdapat pada petikan akan membantu pelajar memilih jawapan yang betul dan tepat.

32) Penulis berpendapat gambara baik Kampung Seri Mersing terjejas disebabkan oleh A lori diletakkan di hadapan sekolah. B ketiadaan tempat untuk berekreasi. C bau busuk daripada tong sampah besar. D pembuangan kereta buruk di kampung itu.

Analisis : Soalan ini juga berapa pada Aras 3 di mana pelajar perlu memahami setiap ayat yang terdapat pada petikan yang diberikan sebelum menjawab soalan ini. Ayat yang terdapat pada petikan juga adalah berbeza dengan ayat yang terdapat pada jawapan soalan tetapi mempunyai maksud yang hampir sama atau sama. Oleh itu, pelajar perlu memilih jawapan yang paling tepat dalam menjawab soalan ini.

33) Di manakah penunggang-penunggan basikal mempamerkan keberanian mereka? A Gelanggang basikal lasak. B Tapak pelupusan samlah. C Kawasan lapang dan jalan raya. D Persimpangan jalan dan di hadapan sekolah.

Analisis : Soalan ini juga berada pada Aras 3 yang mana memerlukan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan soalan. Ini juga adalah selari dengan objektif yang

dinyatakan dalam SPBM yang mana ingin meningkatkan kemahiran berfikir pelajar secara kreatif dan kritis.

34) Yang berikut adalah pernyataan tentang petikan kecuali A Penduduk membuang sampah di simpang-simpang jalan. B Penduduk berharap masalah mereka dapat diatasi. C Terdapat lori yang menghalang laluan ke sekolah.

Analisis : Soalan ini memerlukan pelajar menilai setiap jawapan sama ada berkaitan dengan dengan petikan yang telah dibaca atau sebaliknya. Secara tidak langsung, soalan ini memerlukan kefahaman pelajar terhadap petikan yang dibaca bagi memudahkan pelajar untuk menjawab soalan ini. Dengan demikian, maka soalan ini dinilai memunyai aras pelakaran pada tahap 3.

35) Rangkai kata menyakitkan mata dalam petikan bermaksud A Penglihatan tidak jelas B Tidak enak dipandang C Memedihkan mata D Mata terasa sakit

Analisis : Soalan ini mempunyai perkaitan dengan topik simbulan bahawa yang terdapat dalam HSPBM dan pelajar perlu memberikan maksud bagi rangkai kata menyakitkan mata yang dinyatakan pada petikan soalan. Untuk itu, pelajar perlu menggantikan setiap jawapan ini pada ayat dalam petikan dan mencari jawapan yang paling tepat dan sesuai dengan simpulan bahawa yang digunakan. Secara tidak langsung, soalan ini dilihat mempunyai aras pelakaran pada tahap 3 seperti mana empat soalan lain yang dinyatakan di atas.

Soalan 36-40 adalah berdasarkan petikan. (Rujuk Lampiran)

36) Kemanakah penulis perlu pada malam itu? A Pondik buruk B Kelas tambahan C Berlatih bola sepak D Menziarahi kawan-kawannya

Analisis : Soalan ini lebih bersifat penyelesaian masalah di mana pelajar perlu menjawab soalan berdasarkan kepada petikan yang telah dibaca. Kemahiran analitikal pelajar yang tinggi akan dapat membantu pelajar untuk menjawab soalan ini. Ini juga menunjukkan bahawa soalan ini berada pada aras pelajaran pada tahap 3 kerana pelajar perlu membuat analisis terhadap petikan dan semasa menjawab soalan ini.

37) Untuk menyelamatkan diri daripada cakaran harimau itu, penulis A menjerit untuk meminta tolong B memeluk badan harimau erat-erat. C meronta-ronta untuk melepaskan diri. D memukul kepada harimau bertubi-tubi.

Analisis : Soalan ini adalah sama dengan bentuk soalan 36 di mana pelajar perlu memahami kandungan petikan dan menyempurnakan jawapan bagi soalan ini. Namun begitu, ayat jawapan yang diberikan adalah berbeza dengan ayat yang terdapat pada petikan dan ini memerlukan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan masalah dan memilih jawapan yang paling tepat. Secara tidak langsung, soalan ini akan dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah dan mencapai objektif ketiga yang dinyatakan dalam SPBM sekolah rendah.

38) Siapakah sebenarnya yang dipukul oleh penulis? A Bantal peluk B Badannya C Harimau D Adiknya

Analisis : Soalan ini lebih bercirikan penyelesaian masalah di mana pelajar perlu mengenal pasti ayat yang mempunyai perkaitan dengan soalan ini dan soalan ini dinilai hanya berada pada aras pelakaran pada tahap 2.

39) Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan. A Penulis tiduk sekatil dengan adiknya. B Ranting kayu berbunyi kerana dipijak orang. C Penulis menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah. D Ayah dan ibu penulis mengambil berat terhadap anak-anak mereka.

Analisis : Soalan ini memerlukan pelajar menilai setiap jawapan sama ada berkaitan dengan dengan petikan yang telah dibaca atau sebaliknya. Secara tidak langsung, soalan ini memerlukan kefahaman pelajar terhadap petikan yang dibaca bagi memudahkan pelajar untuk menjawab soalan ini. Dengan demikian, maka soalan ini dinilai memunyai aras pelakaran pada tahap 3.

40) Frasa peluh dingin dalam petikan membawa maksud penulis A ketakutan B kesejukan C kepenatan D kekeliruan

Analisis : Soalan ini mempunyai perkaitan dengan topik simbulan bahawa yang terdapat dalam HSPBM dan pelajar perlu memberikan maksud bagi rangkai kata peluh dingin yang dinyatakan pada petikan soalan. Untuk itu, pelajar perlu menggantikan setiap jawapan ini pada ayat dalam petikan dan mencari jawapan yang paling tepat dan sesuai dengan simpulan bahawa yang digunakan. Secara tidak langsung, soalan ini dilihat mempunyai aras pelakaran pada tahap 3 seperti mana empat soalan lain yang dinyatakan di atas.

Daripada analisis yang telah dijalankan di atas, dapat dilihat bahawa kesemua soalan yang terdapat dalam Kertas 1 Bahasa Melayu bagi peperiksaan UPSR pada tahun 2006 adalah soalan yang menepati pelbagai topik yang terdapat dalam HSPBM. Dalam pada itu, soalan yang dibina juga mempunyai pelbagari aras pelakaran sama ada aras pelakaran pada tahaun 1, tahap 2 ataupun tahap 3 yang juga selari dan bertetapan dengan HSPBM. Namun begitu, soalan yang dibina dilihat kurang bertepatan dengan 10 objektif yang terdapat dalam SPBM sekolah rendah. Daripada perbincangan yang telah dinyatakan, semua soalan yang dibina hanya menepati 4 objektif utama iaitu objektif ketiga, objektif, keenam, objektif ketujuh dan juga objektif kelapan. Sebaliknya, enam objektif lain yang terdapat dalam SPBM tidak mampu dinilai daripada 40 soalan yang terdapat dalam Kertas 1 Bahasa Melayu bagi peperiksaan UPSR pada tahun 2006 ini.

KERTAS 2 : PENULISAN

Dalam kertas soalan ini pula, terdapat tiga bahagian utama. Bahagian Amemerlukan pelajar membina ayat daripada gambar yang disediakan dalambahagian ini, Bahagian B memerlukan pelajar menghasilkan karangan daripada satutajuk yang dipilih dan Bahagian C pula memerlukan pelajar menyenaraikanpengajaran daripada teks atau petikan yang terdapat dalam bahagian soalan ini. Inibermakna bahawa kesemua soalan yang terdapat dalam kertas 2 ini lebih menjuruskepada aspek penulisan Bahasa Melayu.

Berdasarkan kepada tiga bahagian soalan yang terdapat dalam Kertas 2 BahasaMelayu bagi peperiksaan UPSR pada tahun 2006, maka berikut adalah analisis araskesukaran setiap soalan dan perkaitannya dengan HSPBM dan SPBM sekolahrendah:-

1) Soalan Bahagian A Soalan ini memerlukan pelajar membuat penilaian terhadap satu gambar yang disediakan dan kemudiannya perlu membina lima ayat berdasarkan kepada gambar yang disediakan. Namun begitu, ayat yang dibina perlu mempuyai kesinambungan di antara satu ayat dengan ayat yang lain. Ini bermakna bahawa soalan ini memerlukan kemahiran berfikir pelajar yang tinggi dan memerlukan kemampuan pelajar dalam membina ayat yang menarik dan gramatis seperti mana yang telah dipelajari dalam HSPBM. Keperluan terhadap kemahiran berfikir yang tinggi dan pengetahuan pelajar yang baik dan memuaskan terhadap pelbagai jenis ayat Bahasa Melayu, maka soalan ini dilihat mempunyai aras pelakaran pada tahap 3. Ini juga turut dinyatakan dalam HSPBM di mana kemahiran pelajar dalam membina ayat yang gramatis melibatkan aras pelakaran pada tahap 3.

2) Soalan Bahagian B Seperti mana kehendak soalan yang terdapat dalam Bahagian A, soalan yang terdapat dalam Bahagian B ini pula memerlukan pelajar untuk membina karangan daripada salah satu soalan karangan yang disediakan dalam soalan ini. Aras pelakaran bagi soalan dalam Bahagian ini berada pada tahap 3 di mana pelajar perlu membina ayat yang gramatis dan menarik dan menepati pelbagai jenis ayat yang telah dipelajari dalam HSPBM. Ini juga adalah selari dengan objektif SPBM yang ingin menilai kemahiran pelajar dalam menghasilkan karangan yang menarik, kreatif dan menggambarkan pemikiran pelajar kritis. Dengan demikian, maka soalan yang

disediakan

akan

dapat

menilai

pelbagai

aspek

yang

berkaitan

dengan

perkembangan kemahiran dan pengetahuan pelajar terhadap sistem tatabahasa dalam Bahasa Melayu sekolah rendah. 3) Soalan Bahagian C Dalam Bahagian C ini pula, pelajar perlu membaca petikan yang disediakan dan kemudiannya mengenal pasti lima pengajaran yang boleh diperolehi menerusi petikan yang disediakan. Soalan ini juga memerlukan kemahiran analitikal pelajar yang tinggi dan soalan ini dilihat berada pada aras pelajaran pada tahap 3 kerana pelajar perlu meneliti lima pengajaran yang diperolehi daripada petikan dan kemudiannya dipersembahkan dalam bentuk ayat. Secara tidak langsung, ianya juga turut mencapai objektif yang terkandung dalam SPBM sekolah rendah.

Kedua-dua kertas peperiksaan Bahasa Melayu yang digunakan dalam peperksaan UPSR mempunyai matlamat yang berbeza dan khusus seperti mana huraian yang telah dinyatakan di atas. Ini juga menggambarkan akan proses membina soalansoalan ini yang mampu mencapai setiap objektif yang terdapat dalam SPBM dan HSPBM sekolah rendah.

Rujukan Abdullah Hassan, (1987). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur

Aspalaila Ramli Dan Maslinda Mahmud, (2006). Sk. Sawah Dato, Mersing, Johor. : Meningkatkan kemahiran Murid membaca Ayat-Ayat Yang Mengandungi Perkataan Gabungan Dua Suku Kata Terbuka Dan Tertutup Kv+KVK.

Jurnal Kajian Tindakan, JohorKementerian Pendidikan Malaysia (1992). Asas Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

PustakaKementerian Pendidikan Malaysia, (1992).

Asas Kemahiran Berbahasa KBSR, Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur

Prof. DR. Henry Guntur Tarigan (1994). Membaca sebagai statu keterampilan berbahasa. Indonesia: Penerbit ANGKASA Bandung

Roziah Binti Abd Hamid, (2005). Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan : Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-murid Tahun 1 Dengan Latih-tubi Menggunakan Suku Kata Dan Gambar, Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA,Pahang

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1983). Ilmu Pendidikan Pedagogi, Heinemann Asia, Kuala Lumpur

Sofiah Hamid. (1983). Bacaan Bahasa Malaysia di Peringkat Sekolah Rendah, Utusan Publication, Kuala Lumpur

Susanna Clare Philips. (1999). Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Murid-Murid Bermasalah Pembelajaran dalam Program Inklusif, Jurnal Pendidikan, Bilangan 17, Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur

Zainora Binti Mohd @ Man. (2005). Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid Tahun 5 Melalui Latih Tubi Bacaan Menggunakan Kad Suku Kata, Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan, Jurnal IPBA, Kuala Lumpur