Você está na página 1de 19

2.

0 BAHAGIAN B

18

2.1 AINUN BARIAH BINTI JAAFAR 920812-08-5938

19

2.1.1 PENDAHULUAN Kamus Dewan Edisi keempat (2010) mendefinisikan perpaduan sebagai keadaan atau hal yang berpadu, bergabung menjadi satu dan bersepakat. Awang Had Salleh (1980) mentakrifkan perpaduan sebagai satu penyatuan tenaga, fikiran, cita-cita dan pengorbanan dalam satu ikatan yang sepadu, kuat dan maju. Hock Thye Chew (1979) menyatakan perpaduan atau solidarity sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Sekolah merupakan tempat di mana berlakunya proses pendidikan yang mempunyai matlamat jelas yang perlu dicapai oleh sekolah melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sekolah juga menjadi tempat pertemuan kanak-kanak daripada pelbagai etnik dan kaum yang mena mereka bergaul dan belajar mengenali antara satu sama lain serta menjalinkan nilai-nilai perpaduan yang intim seperti yang dihasratkan oleh negara (Noriati A. et.al., 2011). Antara sekolah yang mempunyai murid yang berbilang kaum ialah Sekolah Kebangsaan Air Baruk yang terletak di Jasin, Melaka. Sekolah ini mempunyai jumlah murid Melayu terbesar iaitu seramai 513 orang pada tahun 2014, manakala kumpulan murid terbesar ialah murid berbangsa India iaitu seramai 51 orang dan kumpulan murid terkecil ialah murid berbangsa Cina seramai 8 orang. Walaupun jumlah murid bagi setiap kaum tidak sama dan terdapat kumpulan yang sangat kecil bilangannya, sekolah memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan perpaduan antara kaum dalam kalangan murid-murid ini terjalin erat. 1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan

rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama berteraskan nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat (Najib Razak, 2009). Justeru, bagi mengeratkan hubungan antara kaum di sekolah, pelbagai aktiviti dari pelbagai sudut perlu dilaksanakan bagi membentuk perpaduan yang utuh dan seterusnya dapat mencapai kesan matlamat jangka panjang seperti yang dinyatakan dalam Gagasan 1 Malaysia. Guru selaku penggerak utama pendidikan di sekolah perlulah merangka inisiatif dan melaksanakan aktiviti yang menggalakkan perpaduan antara kaum tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit agar peristiwa berdarah 13 Mei 1969 tidak berulang lagi. 20

2.1.2 CADANGAN AKTIVITI UNTUK MENGUKUHKAN PERPADUAN KAUM Guru sebagai agen utama dalam pembentukan masyarakat 1 Malaysia di sekolah, seharusnya mengambil cadangan pertama dengan menjadikan aktiviti kokurikulum sebagai satu medium untuk mencapai tujuan murni yang diinginkan. Ibu bapa dan pelajar sudah sedia maklum, malahan para guru sangat arif bahawa aktiviti kokurikulum terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu unit beruniform, kelab dan persatuan, dan juga sukan dan permainan. Seperti aktiviti kurikulum, aktiviti kokurikulum adalah aktiviti wajib yang perlu disertai oleh setiap murid di sekolah. Pihak sekolah akan memilih satu hari sebagai hari kokurikulum, kebiasaannya pada hari Rabu dan pada hari tersebut murid-murid akan berpakaian mengikut pakaian unit beruniform masing-masing. Melalui aktiviti yang dijalankan seminggu sekali yang dijadualkan secara konsisten, ianya sangat membantu dalam mencapai hasrat untuk membentuk satu masyarakat sekolah yang majmuk dan bersatu-padu. Menurut Abdullah Sani Yahya (2005) kokurikulum adalah aktiviti dan pengalaman pendidikan yang dilaksanakan di luar bilik darjah di mana ia lebih banyak dilaksanakan secara tidak langsung atau tidak formal. Aktiviti kokurikulum lebih menekankan perkara dan aspek yang tersembunyi seperti nilai, bakat, peranan, kepimpinan, sosial dan sebagainya. Kokurikulum terbahagi kepada tiga komponen iaitu unit beruniform, kelab dan persatuan serta permainan. Unit beruniform misalnya seperti Kadet Remaja Sekolah, Pengakap, Pandu Puteri, dan Kadet Polis akan melatih murid dalam pelbagai aspek melalui aktiviti di luar sekolah seperti perkhemahan. Dalam jadual perkhemahan kebiasaannya peserta akan diagihkan mengikut kumpulan dan ahli kumpulan akan digabungkan terdiri daripada pelbagai kaum. Setiap aktiviti akan dilaksanakan dalam kumpulan. Antara contoh aktiviti yang dijalankan dalam perkhemahan unit beruniform ialah kraf perkhemahan, jungle tracking, bantu mula, kemahiran asas renang dan membina rakit, memasak, asas simpulan dan ikatan, permainan serta persembahan kumpulan. (Laman Weblog Rasmi SJK(C) Kahang, Mei 2012) Bagi Unit Beruniform yang lain seperti pancaragam, biasanya mereka akan berkumpul bersama setiap kali menjalani sesi latihan seperti wind orchestra, brass band, marching band dan military band. Menurut William M. Anderson, (2007), bermain muzik secara berkumpulan akan mengeratkan silaturahim. Hal ini kerana setiap ahli dalam 21

kumpulan tersebut sangat memainkan peranan penting dalam menghasilkan bunyi yang harmoni. Sekiranya terdapat ahli pasukan yang kurang mahir, pastinya akan dibantu oleh rakan sepasukan yang lain. Misalnya untuk wind orchestra, setiap individu yang bermain apa sahaja instrumen sangat memberi kesan kepada lagu dan bunyi yang dihasilkan. Sekiranya terdapat kesalahan daripada trumpet, trombone, flute mahupun apa sahaja alat muzik, pasti akan mencacatkan lagu tersebut. Kerjasama antara satu sama lain amat dititikberatkan. Kelab dan Persatuan seperti Kelab Debat, Persatuan Bahasa Melayu, Kelab Komputer dan sebagainya turut menyumbang kepada pemupukan sikap bersatu padu dan penerimaan dalam kalangan murid-murid berbilang kaum di sekolah. Setiap individu murid ini pastinya memilih kelab yang berkaitan dengan minat mereka atau pun sesuatu yang mereka suka untuk lakukan. Dalam kelab ini, mereka boleh berkongsi pendapat atau pun bercerita tentang kesukaan mereka dan sebagainya. Petikan daripada teks ucapan Bajet 2013, Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Sukan adalah pemangkin perpaduan nasional yang terbaik kerana melibatkan semua golongan masyarakat. Rentetan itu, penjelasan yang seterusnya adalah melalui aktiviti sukan dan permainan. Salah satu contoh terbaik ialah dengan menubuhkan Persatuan Permainan Tradisional. Melalui persatuan ini murid akan dapat belajar sambil bermain yang mana bermain merupakan salah satu cara yang baik untuk mendidik murid-murid. Malah pendekatan ini turut disokong oleh kenyataan Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali (2011) bahawa bermain adalah fitrah kanak-kanak. Sukan juga boleh diluaskan lagi dengan permainan yang menggabungkan pelbagai kaum misalnya bola sepak, badminton, bola baling, dan sebagainya. Cadangan kedua bagi memupuk perpaduan dalam kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai kaum ialah dari aspek kurikulum. Di dalam bilik darjah, guru hendaklah menggalakkan murid berkomunikasi antara satu sama lain seperti menggalakkkan aktiviti berkumpulan. Bilangan murid yang ditetapkan di dalam setiap kumpulan mestilah tiga hingga empat orang sahaja. Hal ini bagi memaksimakan tahap kerja berkumpulan supaya lebih efisyen. Sekiranya terlalu ramai murid yang berada dalam satu kumpulan, berkemungkinan akan ada ahli yang menjadi parasit. Guru perlu mempunyai kuasa veto untuk meletakkan murid pelbagai budaya dan sosial dalam satu kumpulan.

22

Guru juga menggalakkan pembelajaran yang mesra budaya dan tidak berat sebelah kepada sesuatu kaum sahaja. Penggunaan bahasa komunikasi juga harus distandardkan dengan menggunakan bahasa Melayu. Sekolah Vernakular juga seharusnya dihapuskan kerana sekolah ini akan membawa ideologi kaum masingmasing dan akan menjadi punca kepada perbalahan antara kaum. Perpaduan nasional akan menjadi impian yang tidak tercapai selagi sekolah vernakular kekal di negara ini kata Tokoh Pendidik, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad. (Utusan Melayu, Mei 13, 2013) Cadangan Ketiga ialah dengan pemupukan kesedaran sivik. Misalnya dengan menganjurkan sambutan bulan kemerdekaan di sekolah pada setiap tahun. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan adalah pertandingan menulis esei berkaitan kemerdekaan contohnya Terima Kasih Perwiraku, pertandingan menyanyi lagu patriotik, pertandingan melukis potrait tokoh perjuangan kemerdekaan pertandingan deklamasi sajak kemerdekaan, pertandingan kiuz kemerdekaan,

pertandingan buku skrap, sketsa, forum perlembagaan serta persembahan multimedia menyambut hari kemerdekaan. Setiap minggu pula dimestikan untuk membaca ikrar Rukun Negara setiap kali perhimpunan berlangsung. Menurut bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi (2012), Rukun Negara hendaklah terus menjadi agenda dalam pembangunan modal insan dari generasi ke generasi bagi memastikan prinsip itu kekal diterima dan menjadi teras perpaduan masyarakat di negara ini. Hal ini demikian kerana ideologi yang terkandung di dalam Rukun Negara amat holistik dan mencakupi nilai-nilai bersama yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Sehubungan itu, pihak sekolah boleh mengambil inisiatif untuk menganjurkan pertandingan sudut kenegaraan di dalam setiap kelas untuk memastikan setiap murid dapat memahami dengan jelas tentang prinsip-prinsip yang terdapat dalam Rukun Negara dan kepentingan menghayati prinsip-prinsip yang terdapat dalam Rukun Negara. Negara kita dikenali sebagai syurga perayaan kerana mempunyai banyak perayaan yang disambut oleh masyarakatnya yang berbilang kaum. Kita mempunyai Tahun Batu Cina, Hari Raya, Krismas, Deepavali dan banyak lagi perayaan yang disambut oleh penduduk negara ini. Perayaan ini telah memberi satu dimensi baru kepada masyarakat kita dan luar tentang erti perayaan sebenar. Kepelbagaian perayaan di negara ini turut membuka banyak kebaikan kepada negara dan masyarakat yang 23

mendiami negara tercinta ini. Pihak sekolah pula perlu memupuk rasa hormat dalam diri murid terhadap semua kaum di Malaysia dengan meraikan perayaan terbesar di negara kita seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Cadangan keempat yang boleh diambil bagi memupuk masyarakat bersatu padu di sekolah ialah dengan menjalankan aktiviti kemasyarakatan di sekolah yang melibatkan semua pihak. Pihak sekolah boleh menganjurkan aktiviti seperti hari kantin sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Pelbagai aktiviti yang akan lakukan semasa hari kantin sekolah seperti mengadakan jualan makanan dan minuman serta cenderahati. Pada hari tersebut, guru dan ibu bapa akan mengadakan jualan pelbagai jenis makanan yang terdiri daripada makanan masyarakat Melayu, Cina dan India. Selain hari kantin sekolah, pihak sekolah juga boleh berkolaborasi dengan masyarakat setempat untuk mengadakan program kembara sosial seperti program anak angkat. Program anak angkat yang akan dijalankan perlu melibatkan murid yang terdiri daripada pelbagai kaum. Antara aktiviti yang dapat dijalankan bersama keluarga angkat ialah suai kenal, bergotong-royong, bercucuk tanam, serta ziarah-menziarahi bersamasama keluarga angkat mereka. Cadangan kelima, ialah melaksanakan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2005 Rancangan

Integrasi Murid-murid Untuk Perpaduan (RIMUP), RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, pengemblengan tenaga dan kepakaran. Program ini bermatlamat untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu. Antara contoh aktiviti RIMUP ialah merentas desa, lumba jalan kaki, bola sepak, bola jaring, bola keranjang, bola baling, sukaneka, membersihkan kawasan sekolah, dan mengindahkan kawasan sekolah.

24

2.1.3 KEPENTINGAN AKTIVITI Kepentingan aktiviti Unit Beruniform kepada pelajar ialah menerapkan kerjasama antara kumpulan sekaligus mengeratkan lagi perpaduan kaum contohnya aktiviti yang biasa dijalankan dalam unit beruniform yang disertai oleh semua murid tanpa mengira bangsa atau agama antaranya seperti kawad kaki, perkhemahan, aktiviti bantu mula dan banyak lagi. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) jelas menekankan kepentingan kokurikulum bagi menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan atau esprit de corps serta perpaduan antara pelajar pelbagai kaum. (YB Komala Devi, 2007) Bagi kawad kaki, pastinya keseragaman diperlukan ketika berkawad, maka akan ada komunikasi antara komander dengan platun. Sesama platun juga akan wujud komunikasi apabila ingin menyeragamkan pergerakan seperti pergerakan selaku terima sijil. Ketua platun akan membimbing platun sehingga menjadikan kumpulan mereka berkawad secara seragam. Maka disitu akan ada sifat saling membantu antara platun yang berbilang kaum. Kawad kaki juga meningkatkan semangat patriotisme di kalangan pelajar untuk mempertahankan negara. Aktiviti perkhemahan Unit Beruniform yang biasanya dijalankan selama 3 hari 2 malam mampu mengeratkan perpaduan dan kerjasama dalam kalangan ahli pasukan. Hal ini disokong kuat oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ruangan Berita Harian Minda Pengarang: Suburkan Semangat Perpaduan Harus Bermula Dari Sekolah bertarikh 2 September 2010 menyatakan: Lawatan luar daerah, perkhemahan, ekspedisi dan kegiatan berteraskan kebajikan juga boleh dijadikan rutin merapatkan hubungan setia kawan mahupun kerja sepasukan dalam kalangan pelajar. Semua kesan dan pengalaman ini akan meningkatkan kesuburan semangat perpaduan sehingga mereka komited untuk terus menikmati keakraban hubungan itu apabila meninggalkan alam persekolahan. Bagi aktiviti perkhemahan, setiap tugasan pastinya akan mencetuskan komunikasi sesama ahli kumpulan, contohnya tugasan mencari kayu api, persembahan untuk Malam Unggun Api dan tugasan memasak berdasarkan giliran memasak. Bagi tugasan memasak, jika menu yang dicadangkan ialah nasi lemak, maka pastinya kaum

25

Melayu akan bertukar pandangan dengan kaum India yang terkenal dengan pandai memasak dan kaum Cina dengan cara memasak mereka. Pelajar akan berbincang dan mengamalkan sikap bekerjasama dan toleransi dalam menghasilkan menu supaya semua ahli dalam kumpulan tersebut boleh makan masakan tersebut. Pastinya nasi lemak tersebut tidak dimasak terlalu pedas. Ini semua dapat menggalakkan murid belajar bagaimana untuk menjaga sensitiviti antara kaum dan saling memahami dengan cara hidup kaum lain. Semasa jungle tracking atau aktiviti berakit pula, pastinya ahli dalam pasukan tersebut akan menjaga keselamatan dan kebajikan setiap ahli kumpulan mereka sehingga berjaya ke destinasi yang ingin dituju, dari sini akan wujud komunikasi dan rasa tanggunggjawab sesama ahli kumpulan tanpa mengenal warna kulit. Melalui pergaulan dan semangat persahabatan yang dipupuk ini, akan timbul satu sikap penerimaan yang man murid-murid ini dapat menerima kelebihan dan kekurangan rakan-rakannya dengan hati yang terbuka tanpa sebarang paksaan. Pelajar juga akan belajar menerima dan menghormati kaum yang menganut agama yang lain daripada mereka. Misalnya kepada yang bukan beragama Islam, mereka akan menghormati waktu solat bagi agama Islam dan kebiasaanya mereka tetap berkumpul untuk melakukan aktiviti moral semasa penganut Islam melakukan solat berjemaah dan mereka juga akan turut senyap apabila azan berkumandang bagi menghormati azan. Bagi aktiviti unit beruniform Pancaragam atau Wind Orchestra, perpaduan akan terjalin apabila setiap anggota kumpulan saling bantu membantu terutamanya sekiranya mereka akan menyertai pertandingan. Pertandingan Wind Orchestra misalnya yang sering dijalankan oleh Sekolah-sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster akan menggalakkan pelajar dari berbagai kaum bersaing secara sihat. Setiap ahli dalam pasukan pastinya saling membantu dan pada hari pertandingan berlangsung, ahli pasukan wind orchestra dari pelbagai sekolah akan bertukar-tukar pendapat berkenaan alat muzik atau pengalaman muzik mereka. Pelajar juga kebiasaannya akan menghadiri bengkel mengikut instrumen yang menggabungkan berbagai sekolah dan pelbagai kaum, di sini medan untuk mengenal antara satu sama lain dan berkomunikasi serta melakukan aktiviti bersama dengan lebih harmonis (Hj. Sahiful Bahari, 2012).

26

Bagi aktiviti kelab dan persatuan pula, kelab Komputer misalnya, murid-murid akan berkongsi cerita atau kemahiran komputer mereka bersama-sama rakan tidak kira bangsa. Persatuan Bahasa Melayu pula pastinya akan menjalankan aktiviti-aktiviti yang menjamin kedaulatan Bahasa Melayu dan akan terus memperkasakannya. Perkara ini nampak kecil tetapi ia memberi impak yang besar kerana bahasa juga merupakan alat perpaduan yang amat penting. Setiap kaum di negara ini perlu mengetahui bahasa kebangsaan agar semangat cintakan negara dapat dipupuk. Kelab juga perlu aktif dengan menganjurkan pertandingan seperti pertandingan pantun, sajak, pidato, teater dan Pertandingan Debat Perpaduan yang wajib penglibatannya terdiri daripada pelbagai kaum dan menggunakan isu-isu berkenaan perpaduan. Bahasa yang digunakan hendaklah bahasa Kebangsaan dan menjadikan bahasa kebangsaan sebagai salah satu alat perpaduan. Pelajar yang menyertai debat akan sentiasa mengikuti isu semasa dan mempertimbangkan dan menganalisis permasalahan seterusnya memikirkan penyelesaian masalah secara positif misalnya isu Bersih 3.0. Hal ini akan mencungkil bakat murid sebagai pemimpin negara serta memberi kebebasan membahas isu penting untuk pembangunan negara. Pertandingan debat menggalakkan pemikiran kritis dan penghujahan yang matang (Saiffudin Abdullah, 2010). Dari sini aktiviti-aktiviti seperti turut melibatkan bukan sahaja murid-murid Melayu, bahkan juga murid-murid berbangsa Cina dan India, juga kaum minoriti yang lain. Dalam Persatuan Permainan Tradisional, permainan tradisional dari pelbagai kaum seperti batu seremban, dam Cina, kabbadi, congkak, konda kondi dan galah panjang. Hal ini bukan sahaja akan menyebabkan murid berasa puas dan seronok dalam membina pengetahuan baru daripada bermain, malah mereka juga akan mempelajari bagaimana untuk bertolak-ansur, memupuk sikap jujur dan mencuba untuk menerima pendapat orang lain melalui aktiviti permainan. Murid juga akan belajar budaya pelbagai kaum sekaligus belajar menerima perbezaan budaya. Semangat kesukanan juga mampu memupuk perpaduan antara kaum. Misalnya, penglibatan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam suatu aktiviti sukan dapat mewujudkan kemesraan antara satu sama lain. Semangat berpasukan juga dapat dipupuk dalam jiwa peserta tanpa mengambil kira perbezaan kaum kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Jelaslah bahawa aktiviti sukan dapat mewujudk an semangat kerjasama dan mengelakkan sikap mementingkan diri dalam kalangan pelajar. Negara juga dapat melahirkan ahli sukan yang berkualiti dan memiliki semangat cinta akan 27

negara. Aktiviti yang melibatkan pertandingan secara sihat dapat membentuk suatu hubungan yang baru dalam kalangan pelajar-pelajar yang terlibat. Mereka dapat membentuk ikatan silaturrahim yang baru dengan menambah kenalan ataupun kawan di antara satu sama lain. Misalnya apabila murid tersebut terlibat dalam pertandingan MSSM atau apa jua perlawanan bola sepak mahupun bola baling yang akan bertemu dengan kumpulan dari sekolah lain. Kepentingan aktiviti berkumpulan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (pdp) ialah menggalakkan murid pelbagai kaum berbincang dan mengeluarkan pendapat. Kemahiran bekerjasama membuat keputusan, pembentukan kepercayaan,

berkomunikasi antara rakan mereka dan kemahiran menguasai konflik. Belajar secara koperatif mahupun kolaboratif akan menyediakan peluang untuk setiap pelajar melibatkan diri dalam aktiviti mengumpulkan ilmu pengetahuan, kebolehan, dan pelbagai pengalaman yang terdapat dalam sesuatu kelas. Bahasa Melayu berkepentingan sebagai bahasa perpaduan kerana ianya menjadi lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat perhubungan Profesor Diraja Ungku Aziz (2008) dalam artikel Bahasa Melayu Mampu Mantapkan Perpaduan Kaum menegaskan, sistem pembelajaran amat penting untuk mewujudkan perpaduan negara agar lebih mantap dan ampuh. "Kalau kita ada sistem pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu yang mudah tidak mustahil kita dapat lahirkan pelajar berwawasan bagi mewujudkan perpaduan kaum," katanya. Perihal ini adalah seiring dengan Laporan Abdul Razak 1956 juga menekankan kepada matlamat pendidikan adalah untuk menyatukan dan menekankan kepada perpaduan. Bahasa Melayu dapat menjadi agen untuk mengeratkan lagi perpaduan kaum di negara ini dngan lebih mantap sekiranya murid dan pelajar dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik kerana ia boleh menyatukan masyarakat melalui

komunikasi. Bahasa Melayu sudah menjadi sejarah dan sebati dengan diri kita sebagai pendidk di Malaysia. Bahasa Melayu tidak semestinya hak milik orang Melayu tetapi milik kita bersama. Sebelum penjajahan barat ke atas bumi asia, bahasa Melayu sudah pun menjadi lingua Franca yang menjadi bahasa komunikasi yang berdaulat.

28

Sekolah vernakular menyatukan satu kaum sahaja sebagai majoriti komuniti sekolah tersebut. Maka bahasa yang dipertuturkan juga bukanlah bahasa kebangsaan sebaliknya ialah bahasa ibunda mereka. Oleh itu, semangat perkauman akan semakin menebal dan terus menebal. Sememangnya kerajaan Malaysia harus mengkaji semula kesesuaian sekolah vernakular dengan konsep gagasan 1 Malaysia yang dilaunglaungkan kini. Kepentingan aktiviti sambutan bulan kemerdekaan pula ialah bagi mengenang jasa tokoh yang telah berkorban demi mencapai kemerdekaan untuk tanah air. Antara tokoh yang begitu berjasa kepada negara ialah Tunku Abdul Rahman, Rosli Dhobi, Rentap, Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambanthan dan sebagainya. Mereka rela berputih tulang daripada berputih mata melihat tanah air tempat tumpah darah mereka dijajah oleh kuasa asing seperti British dan Jepun. Mereka juga sanggup menggadai nyawa demi membayar harga sebuah kemerdekaan. Dari sini, murid akan menghayati dan menghargai bagaimana pemimpin terdahulu bergabung dan bekerjasama bagi mencapai kemerdekaan demi keamanan negara kini. Melalui sambutan hari kemerdekaan, semua kaum dapat berkumpul bagi meraikan hari kemerdekaan negara yang kita cintai ini. Ketika berlangsungnya sebarang pertandingan, semua kaum akan berkumpul dan bercampur. Dari situ akan wujud komunikasi yang baik. Secara tidak langsung murid akan menghayati idea kebebasan dan demokrasi, mengetahui tentang latar belakang kronologi penggubalan

perlembagaan Malaysia seterusnya memupuk semangat setia dan cintakan negara. Aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan, akan memupuk daya kreativiti dalam diri murid. Murid juga akan menghayati sistem perlembagaan negara dan sebagai pemangkin percambahan fikiran sekali gus menggalakkan integrasi kaum. Menurut Umar Syadat (2008), konsep intergrasi merupakan proses penyatuan kelompokkelompok yang berbeza latar belakang, menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama. Dengan ini menjelaskan bahawa nilai intergrasi kaum perlu ada dalam setiap diri pelajar bagi memupuk semangat masyarakat majmuk di sekolah dan juga negara.

29

Bacaan ikrar Rukun Negara secara tidak langsung membantu menyubur dan mempertingkatkan kesedaran kerohanian akan kepentingan Rukun Negara sebagai asas norma kehidupan serta menjadikan prinsip-prinsip yang ada sebagai satu amalan cara hidup yang berterusan. Penghayatan Rukun Negara amat penting kerana mampu mendidik seseorang supaya menghormati kaum-kaum lain. Malah, Rukun Negara dapat mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan bertoleransi bagi mewujudkan

keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama. Paling utama, pemahaman yang jelas terhadap prinsip Rukun Negara dipercayai dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersatu padu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan negara. (Herlina Zakaria, 12 Ogos 2002) Mengadakan pertandingan sudut kenegaraan di dalam setiap kelas dapat menggalakkan sikap bekerjasama seperti aur dengan tebing dalam kalangan murid. Dengan adanya pertandingan sudut kenegaraan ini, semua murid perlu berusaha untuk mencari segala maklumat yang berkaitan dengan kenegaraan. Secara tidak langsung, murid akan bekerjasama dengan murid-murid lain untuk membahagikan tugas bagi menyempurnakan sudut kenegaraan ini. Selain itu, dengan adanya sudut kenegaraan dalam setiap kelas, murid akan mengetahui tentang kenegaraan seperti prinsip perlembagaan dan rukun Negara dengan lebih terperinci. Selain itu, selaras dengan hasrat Gagasan 1 Malaysia yang diuar-uarkan oleh kerajaan, sekolah juga perlu menyediakan sudut 1 Malaysia dengan meletakkan pelbagai input berkenaan dengan sejarah, nama-nama perdana menteri Malaysia, nama Yang Dipertuan Agong dan Permaisuri Agong, maklumat berkenaan Rukun Negara dan bendera negeri-negeri di Malaysia. Dengan adanya sudut 1 Malaysia di sekolah, guruguru boleh menggunakan bahan yang terdapat di sudut 1 Malaysia untuk mengajar murid dalam subjek Kajian Tempatan dan Sivik. Secara tidak langsung, murid dapat menggunakan segala maklumat yang terdapat di sudut 1 Malaysia ini untuk mempelajari sejarah Negara. Murid-murid perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat memahami erti perpaduan negara. Sudut 1 Malaysia ini diharapkan dapat menyedari anak-anak bangsa tentang pentingnya untuk kita mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah yang berlaku. Sebagai contoh, dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan semasa penjajahan British telah menyukarkan usaha menyatupadukan kaum menjelang kemerdekaan negara. 30

Pada masa yang sama, kita tentu tidak mengharapkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang dan menggugat kestabilan tanah air. Oleh itu, murid perlu mengenali sejarah tanah air agar dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku serta berusaha untuk menyemai semangat perpaduan agar mereka dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Ahli falsafah terkemuka, iaitu George Santayana (1905) juga menyatakan bahawa sesiapa yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya. Melalui aktiviti-aktiviti yang dinyatakan, hal ini akan membantu dalam mencapai hasrat untuk menyatupadukan murid-murid di sekolah saya agar menjadi satu masyarakat Malaysia yang majmuk dengan wujudnya sikap penerimaan dalam diri setiap murid. Hal ini kerana prinsip penerimaan merupakan salah satu prinsip dalam Gagasan 1 Malaysia yang menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar kita dapat hidup bersama dalam keadaan saling menghormati sebagai rakyat dalam satu negara (Jabatan Penerangan Malaysia, 2008). Sambutan perayaan pula memberi impak paling ketara ialah setiap kaum akan menghormati kaum lain. Misalnya Tahun Baru Cina, kebiasaanya orang cina akan bermain mercun dan bunga api. Mungkin akan mengganggu orang lain, maka apabila jiran memahami bahawa mereka sedang menyambut perayaan yang hanya setahun sekali sahaja, maka akan wujud toleransi di situ. Perayaan ini meningkatkan hubungan dan interaksi antara penduduk yang berbilang kaum ini. Murid akan berkumpul dan belajar memahami budaya kaum lain. Jadi, kekerapan interaksi ini menyebabkan wujudnya perpaduan yang utuh di negara ini yang menjadi sanjungan masyarakat luar. Bagi aktiviti hari kantin sekolah pula, dengan adanya aktiviti seperti ini, murid, guru dan ibu bapa dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Hal ini kerana apabila ibu bapa berpeluang untuk bertentang mata dengan guru sewaktu hari kantin sekolah, mereka juga boleh berinteraksi antara satu sama lain untuk bertanya tentang pelbagai perkara terutamanya berkenaan dengan prestasi anak-anak di sekolah. Secara tidak langsung, aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan dapat mewujudkan sikap toleransi dan hormat menghormati antara masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Pembinaan nilai seperti menghormati antara satu sama lain amat penting untuk mewujudkan perpaduan sekali gus dapat merealisasikan prinsip gagasan 1 Malaysia.

31

Dengan adanya program anak angkat, murid-murid akan dapat mengenali masyarakat setempat dengan lebih dekat bukan sahaja dari kaum Melayu, malah mereka juga berpeluang untuk mengenali kaum Cina dan India. Selain itu, program ini memberi peluang kepada murid untuk bersosial dengan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Tambahan pula, murid dapat mempelajari dan menghormati budaya masyarakat setempat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sebagai contoh, jika murid Melayu mendapat keluarga angkat dari kaum India. Mereka boleh mempelajari pelbagai budaya masyarakat India seperti pakaian, makanan, permainan serta tarian masyarakat India. Sebaliknya jika murid Cina mendapat keluarga angkat dari kaum Melayu, mereka juga berpeluang untuk mempelajari budaya masyarakat Melayu seperti makanan, pakaian, serta adat-adat dalam majlis perkahwinan. Di samping itu, bagi menjayakan program anak angkat ini, pelbagai aktiviti yang boleh dirancang oleh pihak sekolah sewaktu murid bersama-sama keluarga angkat. Sebagai contoh, murid akan melakukan aktiviti suai kenal, bergotong-royong, bercucuk tanam, serta ziarah-menziarahi bersama-sama keluarga angkat mereka. Aktiviti seperti ini akan dapat mengukuhkan konsep perpaduan kerana apabila murid melakukan

sesuatu aktiviti dengan keluarga angkat, mereka akan dapat mengenali keluarga mereka dengan lebih dekat. Bak kata pepatah melayu, tak kenal, maka tak cinta. Pihak sekolah akan memberi peringatan kepada murid agar menghormati orang yang lebih tua dari mereka. Dengan adanya program seperti ini murid bukan sahaja dapat mempelajari tetang budaya sesuatu kaum, malah murid juga dapat mempelajari pelbagai nilai dalam kehidupan seharian iaitu nilai menghormati antara satu sama lain. Sebagai contoh, murid melayu akan menghormati keluarga angkat mereka dari kaum India walaupun mereka berlainan bangsa. Perbezaan kaum bukan faktor penghalang kepada perpaduan. Hal ini kerana, sekiranya seseorang itu pandai menyesuaikan diri dalam masyarakat, mereka akan dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Kepentingan RIMUP pula ialah untuk menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama. Selain itu, mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang. Melahirkan persefahaman dan toleransi antara muird pelbagai kaum di sekolah. Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersama-sama. 32

Untuk memupuk semangat muhibah, toleransi, bekerjasama, berbaik sangka, hormat menghormati dan saling bantu membantu di antara murid-murid yang berbilang kaum dari ketiga-tiga jenis sekolah yang berkenaan. Untuk melibatkan murid-murid secara beramai-ramai sebagai satu unit tanpa memikirkan kaum, latar belakang dan cara hidup yang berlainan. Untuk menimbulkan suasana kemeriahan dan keriangan di kalangan murid-murid dari berbilang kaum. Untuk bertolak ansur, bertoleransi dan bekerjasama di dalam perkongsian kemudahan dan peralatan serta penggembelingan tanaga untuk kepentingan dan faedah bersama. Untuk menjimatkan perbelanjaan dalam penggunaan kemudahan dan peralatan. Untuk meningkatkan kemahiran asas sukan, kesihatan fizikal dan mental murid-murid berbilang kaum.

33

2.1.4 KESIMPULAN

Saya berpendapat bukanlah sukar untuk mewujudkan masyarakat 1 Malaysia dalam sekolah seperti yang diimpikan sekiranya seorang guru itu faham akan maksud 1 Malaysia dan melaksanakan peranannya ke arah matlamat yang jelas. Sekolah juga merupakan tempat asas untuk mewujudkan masyarakat 1 Malaysia kerana sekolah merupakan institusi yang membolehkan semua kaum menerima pendidikan yang sama rata. Memetik ucapan Prof Madya Datin Dr. Sapora Sipon dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) beliau turut menyatakan: Sekolah tempat terbaik merealisasikan Gagasan 1

Malaysia. Sebagai institusi mempunyai murid pelbagai kaum dan budaya, sekolah menawarkan medium strategik dalam

mewujudkan kesatuan bangsa Malaysia. Sekolah juga tempat sesuai untuk menjayakan budaya cemerlang, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Nilai ini semua adalah amalan baik yang dilaksanakan masyarakat dan budaya bangsa Malaysia merangkumi kaum dan etnik sejak sekian lama.

Jadi sebagai seorang guru adalah amat penting mengambil langkah yang tepat bagi memastikan perhubungan dan perpaduan erat antara kaum dalam kalangan muridmurid agar peristiwa berdarah 13 Mei 1969 tidak berulang lagi.

34

2.1.5 RUJUKAN Abdul Rahman Arshad. Mei 13, 2013. Utusan Melayu: Sekolah Vernakular Penghalang Perpaduan Nasional. Dilayari pada 10 Februari 2014,

http://ww3.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130513/px_08/Sekolah-vernakular penghalang-perpaduan-nasional Abdullah Sani Yahya. (2005). Mengurus Sekolah. Pahang: PTS Publication & Distributors. Awang Had Salleh. (1980). Pendidikan Ke Arah Perpaduan: Sebuah Perspektif Sejarah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. George Santayana. (1905) dalam McCormick,John. (2003). George Santayana A Bibliography. United States: Library of Congress Cataloging-in-Publication Data. Herlina Zakaria. (Ogos 12, 2002). Kosmo : Mendasari erti Rukun Negara. Dilayari pada 20 Februari 2014, http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0125&

pub=Kosmo&sec=GenK&pg=gk_03.htm Hock Thye Chew. (1979). Siri pengetahuan umum DBP: Masalah perpaduan nasional Volume 35. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1985). Buku Panduan Rancangan Integrasi Murid-Murid Bahagian Sekolah-Sekolah Profesor Diraja Ungku Aziz. Mantapkan (Julai 29, 2008). Utusan Melayu: Bahasa Melayu Mampu Kaum. Dilayari pada 20 Februari 2014,

Perpaduan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0729&sec=Dalam_Negeri&pgn_ 04.htm Sahiful Bahari. (2012). Sekolah Menengah Sains Machang: Wind Orchestra. Dilayari pada 10 Februari 2014, http://www.smach.edu.my/index.php/10profilsekolah

/%5C%5C10.124.202.2%5 Csmach

35

Saiffudin Abdullah. (Jun 3, 2010). Utusan Malaysia: Debat perkaya pendidikan, demokrasi. Dilayari pada 10 Februari 2014,

http://www.saifuddinabdullah.com.my/post/2010/06/03/Debat-perkayapendidikan demokrasi.aspx SJK (C) Kahang. (Mei 21, 2012). Aktiviti Program Perkhemahan Unit Beruniform. Dilayari pada 10 Februari 2014, http://sjkck22.blogspot.com/2012/05/aktiviti

programperkhemahan-unit.html Tan Sri Muhyiddin Yassin. (September 2, 2010). Berita Harian, Minda Pengarang: Suburkan Semangat Perpaduan Harus Bermula Dari Sekolah. Dilayari pada 10 Februari 2014 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MindaPengarang Suburkansemanga tperpaduanharusbermuladarisekolah/Article

Umar Syadat. (2008). Revolusi Politik Kaum Muda. Jakarta: Obor William M. Anderson. (2007). Integrating Music into the Elementary Classroom, Media Edition. Belmon USA: Thomson Schirmer. YB Komala Devi (2007) dalam Azman Malek (2008). Kadet Remaja Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Profesional.

36

Você também pode gostar