Você está na página 1de 5

APAKAH ITU OBESITI?

1. Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan.

2. Obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.

3. Obesiti tidak mengira bangsa, jantina, mahupun umur seseorang. Antaraantara karakteristik masalah obesisiti pada seseorang adalah berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal, berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya, Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35, mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis), dan gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.

4. Masalah obesiti bolehlah membuat penilaian melalui indeks Jisim Badan(BMI). Indeks Jisim Badan atau BMI merujuk kepada kadar berat berbanding ketinggian, atau isipadu seseorang. Cara pengiraan Index Jisim Badan adalah seperti berikut:

Berat (kg) BMI = ------------------------------------(Tinggi (m) X Tinggi (m))

Bawah 18.5 18.5 - 22.9

- kurang berat - berat yang sihat

23 hingga 27.4 - agak lebih berat 27.5 dan keatas - gemuk / obes

PUNCA OBESITI

1. Genetik dan Keturunan Masalah kegemukan boleh diturunkan dari generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya di dalam sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga.dalam keluarga,

2. Sebab persekitaran Makanan segera atau makanan sedia ada dan juga cara pemakanan seseorang boleh menjadi faktor obesiti.

3. Kurang menggunakan tenaga cara hidup kanak-kanak seperti lebih suka menonton televisyen dan bermain komputer lebih daripada senaman akan menambahkan masalah obesiti. Kurang melakukan aktiviti fizikal akan menyebabkan proses pembakaran kalori terganggu Aktiviti fizikal seperti senaman sangat perlu untuk membakar kalori dalam tubuh badan.

4. Sebab psikologi

golongan dewasa dan juga kanak-kanak yang mengalami tekanan akan makan dengan lebih banyak dan secara tidak langsung menyebabkan obesiti. Ini juga benar bagi kanak-kanak yang mengalami masalah kemurungan.

5. Masalah metabolisme Ini disebabkan metabolisme yang rendah. Oleh itu penggunaan kalori yang rendah menyebabkan lebih banyak lemak terbentuk dan secara langsung menjadikan kanak-kanak itu menjadi obes. Di antara masalah metabolisme

adalah hormon tiroid, berlebihan hormon kortisol dan sekarang ini kekurangan hormon leptin.

Penyakit Yang Boleh Disebabkan Masalah Obesiti


1. Masalah jantung Lemak yang terlalu tebal boleh menyumbat saluran darah menyebabkan organ tubuh kita tidak mendapat cukup oksigen yang diperlukan. Didapati mereka yang obes pada ukuran BMI lingkungan 25 ke atas terdedah kepada serangan jantung, mati mengejut, sakit dada dan denyutan jantung yang tidak normal.

2. Darah tinggi kandungan lemak darah (triglycerides) tinggi dan HDL kolestrol baik yang rendah di dalam darah pengidap obesiti. Trigliseride tinggi boleh menyumbat salur darah dengan cepat. Apabila ruang salur darah menyempit tekanan di dalamnya akan meningkat

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI OBESITI


1. PEMAKANAN YANG SEIMBANG Makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan bijirin sebenarnya dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan. Elakkan makanan yang tinggi kandungan kolori seperti makan yang banyak lemak dan gula. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan menggoreng makanan dan banyakkan makanan yang direbus dan dibakar. Elakkan menggunakan susu pekat manis dalam masakan kerana susu mengandungi kandungan gula yang amat tinggi. Selain itu, kurangkan kandungan gula dalam minuman dan kuih-muih. Hindari makanan berkadar gula dan lemak tinggi seperti cake cokelat, mentega, lemak haiwan dan sebagainya, Kita mestilah makan ikut jadual dan elakkan meninggalkan jadual makan.

2. MAKANAN YANG SESUAI Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita. Hal demikian kerana diet pemakanan yang sihat sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh kita bekerja dengan lebih baik. Justeru, bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda boleh melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain, menari, menyertai acara sukan, mengemas rumah atau mencuci kereta pada waktu lapang dan aktiviti lain yang dirasakan sesuai dengan keupayaan anda. Oleh itu, dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita juga dapat membantu otot-otot kita menjadi kuat.

3. AMALAN SENAMAN YANG EFEKTIF Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan lagi aktiviti anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan. Senaman perlu dilakukan secara berterusan setiap haridalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja bergantung kepada aktiviti yang dilakukan. Sebaik-baiknya amalkan senaman selama 15 setiap hari daripada bersenam selama 2 jam tetapi hanya seminggu sekali. Senaman ini merangkumi berjoging, berbasikal, aerobik, bersukan, berenang dan sebagainya.

KESIMPULAN
Obesiti bukanlah satu masalah yang boleh dianggap ringan. Obesiti membawa kesusahan dan mengancam kesihatan kita. Memandangkan kesan akibat obesiti adalah bahaya,mereka yang terlibat perlu mengambil langkah langkah yang sewajarnya untuk menjaga kesihatan tubuh badan mereka kerana kesihatan diri adalah tanggungjawab diri masing masing.

Você também pode gostar