Você está na página 1de 20

ADAB MENJAGA ALAM SEKITAR

NAMA: MUHAMAD IZZUDDIN BIN ZAINUDIN


KURSUS: 3 TEKNOLOGI ELEKTRIK(ETE)
NO I.C: 971011-02-5513
NAMA PENSYARAH: EN. MOHD HANIF BIN ABDUL RAHIM

ISI KANDUNGAN
BIL
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

KANDUNGAN
PENGHARGAAN
DEFINISI ALAM SEKITAR
HUKUM MENJAGA ALAM SEKITAR
ADAB MENJAGA ALAM SEKITAR
KEBAIKAN MENJAGA ALAM SEKITAR
KEBURUKAN TIDAK MENJAGA ALAM SEKITAR
LANGKAH-LANGKAH MENJAGA ALAM SEKITAR
RUMUSAN
RUJUKAN
LAMPIRAN

PENGHARGAAN

MUKA SURAT
3
4
5
5
6-7
8-14
15-16
17
18
19

Assalamualaikum
Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan folio saya yang
telah diusahakan selama ini yang bertajuk Adab Menjaga Alam Sekitar. Folio yang ini amat penting buat
saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek.
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya sepanjang saya
menyiapkan projek folio saya ini. Pertama sekali kepada Tuan Pengetua Kolej Vokasional Port Dickson,
Tuan Hj. Abu Bakar Bin Md. Jelas kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat
kepada semua pelajar.
Sekalung penghargaan untuk guru subjek saya, En. Mohd Hanif Bin Abdul Rahim kerana memberikan
tunjuk ajar kepada sayasepanjang saya menyiapkan folio ini. Selain itu, saya juga sangat menghargai jasa
guru subjek saya kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk folio saya serta
membantu saya dari semasa saya susah dan senang. Jasa beliau yang akan saya kenang ke akhir hayat.
Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongankepada
saya sepanjang folio ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkankerana
memberikan saya bantuan dari segi kewangan.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam
menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek
folio amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat
tidak akan saya lupakan.
Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak
langsung sepanjang projek saya dijalankan dan dibentangkan.
"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya
lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

DEFINISI ALAM SEKITAR

Alam Sekitar merangkumi tanah-tanih, hutan, gunung-ganang,bukit-bukau, sungai, tasik,dan lautan. Ia


menjadi tanggungjawab kepada manusia yang dikurniakan akal untuk menjaga alam sekitar.
Setiap apa yang diciptakan Tuhan mempunyai kepentingan dan fungsinya yang tertentu. Begitu juga
dengan kewujudan alam sekitar kita yang sememangnya berfungsi sebagaimana yang telah ditetapkan
oleh Pencipta. Seperti mana yang diketahui, alam ini merupakan tempat tinggal segala kehidupan
termasuklah manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Tanpa alam ini, kehidupan tidak akan berlaku.
Makhluk yang hidup memerlukan habitat atau tempat tinggal, tempat membiak dan tempat untuk
mendapatkan makanan.

HUKUM MENJAGA ALAM SEKITAR

Maksudnya : Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan oleh Allah kepadamu akan pahala
dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu)
daripada dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba2 Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu
(dengan pemberian nikmatnya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan dimuka bumi.
Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang berbuat kerosakan.
DALIL NAQLI
Kehidupan manusia amat bergantung pada alam contohnya:
Udara : bernafas
Air : minum
Hutan dan pokok : keluarkan H2O dan serap CO2
Daratan dan laut : sumber makanan
Jika mereka merosakkan alam sekitar bermakna mereka memusnahkan kehidupan mereka sendiri

ADAB MENJAGA ALAM SEKITAR


Memelihara Alam Sekitar :
Setiap manusia bertanggungjawab menjaga alam sekitar kerana kehidupan mereka berkait rapat dan
bergantung pada alam sekitar. Alam sekitar yang tidak bersih memudaratkan kehidupan manusia. Oleh
itu, kita perlu memelihara alam sekitar sama ada didarat, laut, dan udara daripada sebarang kerosakkan,
pencemaran dan kemusnahan.
Tidak Merosakkan Alam Sekitar :
Kerosakkan yang dilakukan oleh manusia kepada alam sekitar boleh memudaratkan kehidupan manusia.
Terdapat banyak kerosakkan yang dilakukan oleh manusia terhadap alam sekitar. Antaranya ialah
membuang sampah, najis dan sisa bahan kimia.
Menjaga Kebersihan Alam Sekitar :
Terdapat banyak tindakan dan amalan yan boleh dilakukan bagi menjaga kebersihan alam sekitar.
Antaranya ialah membersihkan sampah sarap, sisa bahan kimia dan menanam pokok-pokok.

KEBAIKAN MENJAGA ALAM SEKITAR


Alam sekitar memainkan peranan penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar
memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping itu, ia memberi keselesaan
kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejeskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara
sekiranya alam sekitar tidak dijaga dengan baik. Dalam usaha kita untuk mengejar kemajuan negara, kita
tidak harus mengabaikan peri pentingnya alam sekitar di dalam kehidupan.

Diantara kebaikan-kebaikannya adalah:


Kesihatan manusia terjamin:
Sejak kebelakangan ini pelbagai penyakit yang berbahaya telah wujud akibat pencemaran alam sekitar.
Kesan daripada pencemaran itu manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat
menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk terus hidup .Jika udara yang
dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini
akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah
akan mengalami kekurangan oksigen.Hal ini seterusnya menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan
sistem pengaliran darah mengalami masalah dan mengakibatkan pelbagai penyakit. Oleh itu alam
sekitarharuslah dijaga dengan baik agar kesihatan manusia terjamin.
Tarikan pelancong asing:
Keindahan alam sekitar dapat membantu negara mengembangkan industri pelancongan. Hal ini kerana,
keindahan alam sekitar boleh menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar Negara. Ini seterusnya
dapat menjadikan negara sebagai destinasi baru bagi sektor pelancongan di peringkat global. Peningkatan
pelancong dari dalam dan luar negara ini akan meningkatkan pendapatan negara disamping memberi
peluang-peluang pekerjaan kepada pengusaha dalam industri ini dan industri sampingan. Di negara maju,
terdapat banyak tempat yang menjadikan keindahan alam sekitar sebagai produk pelancongan. Sebagai
contoh, Paris di Perancis, Venice di Itali dan Seoul di Korea Selatan. Oleh itu, kita harus menjaga alam
sekitar dengan baik disamping peranan kerajaan untuk mempromosikan negara ni dunia agar keindahan
alam sekitar di negara kita ini dapat memberi pulangan kepada negara.
Pembekalan udara yang segar:
Manusia memerlukan udara yang segar untuk terus hidup dalan keadaan yang selesa. Disamping itu,
pembekalan udara yang segar akan menberi ketenangan jiwa dan keceriaan kepada masyarakat. Selain itu,

pembekalan udara yang segar dapat mengelak pelbagai penyakit saperti serangan jantung dan batuk.
Secara saitifik pembekalan udara yang segar akan terhalang sekiranya pencemaran udara berlaku.
Pencemaran udara akan berlaku apabila terdapat benda asing dalan kepekatan udara. Benda asing ini
adalah dalam bentuk habuk, asap dan gas seperti karbon monoksida dan nitrogen oksida. tTdak lupa juga,
bau-bauan yang tidak menyenangkan.Oleh itu, alam sekitar yang indah dan bersih amat penting kepada
kita agar udara yang segar akan terus kita perolehi.

Ekosistem yang stabil:


Ekosistem yang stabil sangat penting kepada manusia, alam sekitar dan bumi. Kini, kesan daripada
pencemaran alam sekitar, pelbagai masalah global telah berlaku. Diantaranya adalah pemanasan global.
Peningkatnya suhu global dikatakan akan menyebabkan perubahan-perubahan yang lain seperti naiknya
permukaan air laut, meningkatnya intensitas fenomena cuaca yang ekstrim, serta perubahan jumlah dan
pola presipitasi. Akibat-akibat daripada pemanasan global yang lain adalah terjejasnya hasil pertanian,
hilangnya glazier dan kepupusan berbagai jenis haiwan. Oleh itu, alam sekitar harus dijaga dengan baik
agar ekosistem yang stabil dapat diwujudkan.
Habitat hidupan darat dan air terpelihara:
Hidupan darat dan air sangat memerlukan alam sekitar yang bersih dan tidak tercemar untuk terus hidup.
Kebergantungan ini dipertanggungjawabkan kepada kita untuk menjaga alam sekitar ini agar terpelihara.
Alam sekitar seperti hutan merupakan tempat tinggal bagi hidupan darat seperti gajah, harimau dan lainlain. Didalam hutan itulah haiwan-haiwan ini mencari makanan dan tempat mereka bermain. Oleh itu,
sekiranya alam sekitar tidak dijaga dengan baik dan berlaku pencemaran seperti kebakaran hutan, haiwanhaiwan ini akan mengalami kepupusan. Begitu juga dengan hidupan di air, sekiranya pencemaran air
berlaku, hidupan air ini akan mati dan seterusnya akan mengalami kepupusan. Oleh itu, alam sekitar yang
tidak tercemar sangat penting kepada hidupan darat dan hidupan air agar hidupan ini terpelihara.
Mengelakkan kepupusan:
Alam sekitar sangat penting kepada flora dan fauna. Alam sekitar yang tidak tercemar dapat mengelakkan
kepupusan kepada seluruh spesies flora dan fauna. Namun begitu, telah wujud pencemaran yang
menyebabkan kepupusan kepada pelbagai spesies haiwan. Di Malaysia, aktiviti perindustrian, urbanisasi,
serta perladangan menyebabkan pencemaran logam berat, racun makhluk perosak, pencemaran organik
serta peningkatan keledak dalam air. Ia merupakan pencemaran utama yang memusnahkan kehidupan
akuatik. Selain aktiviti penebengan hutan secara tidak terancang menyebabkan kepupusan hidupan di
sana. Justeru itu,alam sekitar harus dijaga dengan baik agar perkara ini dapat dibentung.

KEBURUKAN TIDAK MENJAGA ALAM SEKITAR


ANTARANYA:
KEBURUKAN PENCEMARAN UDARA KE ATAS ALAM SEKITAR
Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai
penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih
untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan
pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen
tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi
paru-paru terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai masalah
kesihatan yang akan timbul.
Tumbuhan:
-Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam
proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan
kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning
dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan
pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada
pelbagai penyakit dan basil keluarannya akan terancam
Ekologi Alam:
-Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat. Pelbagai bahan
kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun
sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana is akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan
memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar
udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh
kepada bumi
Atmosfera:
-Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahan-bahan pencemar
seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan
bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan
oksigen yang membentuknya. Ini mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat

serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan
mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia
Haiwan:
-Haiwan juga akan turut terancam dan mati.Hal ini disebabkan partikel-partikel terampai seperti habuk,
debu dan sebagainya akan memasuki ruang paru-paru haiwan tersebut. Perkara ini akan menyebabkan
haiwan akan sukar untuk bernafas. Bukan itu sahaja, tumbuh-tumbuhan yang sudah tercemar akan
pencemaran udara juga akan menyebabkan haiwan terancam.
Penyusutan Lapisan Ozon:
-Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon yang
melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya
matahari boleh menyebabkan kanser. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya
pencairan kepada di bahagian bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia
pada masa kini

KEBURUKAN PENCEMARAN TANAH KE ATAS ALAM SEKITAR


Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara
meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar,
penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan
tanah runtuh di Malaysia.Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan
air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula
air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.
Selain menimbulkan masalah pencemaran air akibat penggunaan secara intensif ini, rakyat Malaysia
yang menggunakan penyembor serta operator mesin penyembur racun makhluk perosak akan menghadapi
risiko akibat pendedahan terutamanya melalui kulit, apabila menggunakan peralatan yang tidak sempurna
untuk mencampurkan atau menyembur racun makhluk perosak. .
Penyelidikan menunjukkan lombong emas skala kecil boleh mengganggu dengan tetap sumber air
semula jadi, menyebabkan masalah pemendapan teruk di bahagian hilir operasi dan menyebabkan saliran
lombong berasid. Tambahan pula, operasi perlombongan pasir di dataran serta tebusguna tanah dan lainlain pembangunan di sepanjang pantai meningkatkan ancaman kepada ekologi marin. Terutamanya
terumbu karang, hutan bakau dan rumput laut sepanjang pantai yang menjadi sumber perikanan.
Pengembangan kawasan perbandaran dan pembangunan industri secara langsung telah menyebabkan
perubahan yang besar kepada ekosistem semula jadi berbanding dengan pembangunan hutan,
perlombongan atau pertanian.
Isu alam sekitar berkaitan dengan perbandaran dan pembangunan industri, adalah lebih kompleks dan
sering lebih sukar untuk ditangani, Ini termasuklah sisa buangan dan pembetungan, pemuliharan kawasan
hijau di dalam perbandaran, maslah haba perbandaran serta pencemaran air dan udara.
Perkhidmatan pembentungan dan sisa buangan telah diswastakan di Malaysia untuk memperbaiki
pengurusannya. Bagaimanapun, masih terdapat kebimbangan berkaitan dengan kesan alam sekitar
daripada kemudahan ini. Di antaranya ialah kemungkinan pencemaran air bawah tanah di kawasan tapak
pembuangan sampah lama majlis perbandaran dengan bahagian permukaan yang tidak sesuai serta
pencemaran air sungai akibat pembuangan sisa kumbahan daripada penempatan dan kemudahan rawatan
kumbahan yang tidak mencukupi.. Akibatnya beberapa kawasan pembuangan sampah secara terbuka
akan meningkat dengan cepat dan risiko pencemaran air dan air bawah tanah mungkn juga akan
meningkat.

Pencemaran tanah dan air bawah tanah akibat pembangunan industri perlu dijelaskan dan
diklasifikasikan dengan cara yang lebih sistematik di Malaysia. Dalam usaha untuk mengadakan kawalan
sisa bahaya dan toksik yang berkesan, industri seharusnya diwajibkan. Perbandaran juga mempengaruhi
paras jumlah partikel terampai (TSP) dalam udara (JAS, 1993). Selain sumber daripada luar sempadan
dalam tempoh tertentu setiap tahun, sumber utama TSP ialah pembakaran secara terbuka daripada
pembangunan perumahan dan pertanian. Pencemaran udara di Lembah Klang tidak akan diperbaiki
melainkan langkah-langkah kawalan dilaksanakan dengan segera.

KEBURUKAN PENCEMARAN AIR KE ATAS ALAM SEKITAR


Baja dan racun perosak kimia boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air. Air yang tercemar ini
menganggu hidupan seperti ikan, udang, ketam, kerang dan sebagainya. Jika ikan-ikan ini ditangkap dan
di makan oleh manusia akan membawa kesan buruk ke atas manusia seperti manusia akan mendapat
keracunan makanan dan sebagainya.
Selain itu,nutrien inorganik menyebabkan hazard pencemaran dilupuskan secara tidak sepatutnya dalam
sungai ataupun di dalam tasik. Pengayaaan berlebihan sungai dan tasik oleh nutrien itu akan
menyebabkan eutrofikas. Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan bahanbahan terbuang ke kawasan yang telah ditetapkan. Hal ini akan menyebabkan berlakunya dua
permasalahan apabila berlakunya hujan lebat atau loji pecah iaitu:
I. Seandainya sisa-sisa terbuang ini mengalir di permukaan air ia akan menyebabkan sistem akuifer
terjejas.
II. Hidupan air juga kan turut terjejas akibat permasalahan.
Di samping itu, pencemaran air juga akan mengakibatkan kandungan nutrien dapat mengarah pada
eutrofikasi. Sampah organik seperti air comberan (sewange) menyebabkan peningkatan oksigen dalam air
yang akan memberi impak ke atas seluruh ekosistem alam.
Pencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh manusia bahkan turut
memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada manusia adalah terhadap kesihatan mereka
sendiri. Dimana antara kesan yang dianggap kronik akaibat pencemaran air yang berlaku adalah
anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan
akibat penggunaan sumber air tersebut.
Kesan pencemaran air ini juga memberi kesan yang banyak kepada organisma laut di perairan cetek
kesan daripada tumpahan minyak ke laut. Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran
persisiran pantai ia akan membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam hidupan laut serta burung.
Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan air seperti ikan,
siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid yang
dicemarkan. Selain dari itu pencemaran toksik yang masuk ke dalam air akan menyebabkan simptom
kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan petuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir
dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut.

KEBURUKAN PENCEMARAN BUNYI KE ATAS ALAM SEKITAR


Apabila kita membincangkan tentang kebisingan, secara tidak langsung kesan-kesan kebisingan juga
perlu dibincangkan kerana kedua-duanya mempunyai kaitan yang rapat. Kebisingan dikenal pasti
meninggalkan kesan negatif kepada kesihatan manusia. Kesan kebisingan boleh dibahagikan kepada dua
iaitu kesan biologikal dan psikologi serta kesan ke atas ekonomi. Kesan biologikal dan psikologi boleh
dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu gangguan komunikasi dan pendidikan, kesihatan dan
habitaliti. Manakala kesan kepada ekonomi pula ialah dari segi nilai harta benda.
Bunyi bising boleh mengganggu komunikasi misalnya percakapan secara langsung atau melalui telefon.
Kebisingan juga boleh mengganggu kenikmatan mendengar radio, televisyen, waktu pembelajaran serta
waktu rehat seseorang. Kebisingan yang melampau juga boleh mengakibatkan kesan negatif kepada
pendengaran. Kesan yang nyata adalah seperti pekak dan pengurangan keupayaan pendengaran. Rosen
(dalam Mulholland, 1981) menyatakan bahawa bunyi bising boleh mengganggu pertumbuhan kanakkanak misalnya kulit menjadi pucat, selaput lendir menjadi kering, usus kejang dan kerosakan buah
pinggang.
Selain itu, gangguan dalam habiliti pula termasuklah perasaan terganggu, gangguan tidur dan pekerjaan.
Bunyi bising selalu dikatakan sebagai suatu tekanan dalam kehidupan moden dan kemungkinan
terjadinya sakit jiwa akibat bunyi bising tidak diabaikan. Walaupun bunyi bising mempengaruhi jiwa
seseorang, tetapi adalah sukar untuk kita meramalkan sifat dan tahap kesannya kerana setiap individu
mempunyai sifat dan tahap penerimaan yang berbeza. Kebisingan juga boleh memberi kesan kepada
tahap kecekapan dalam melaksanakan pekerjaan. Kerja-kerja yang memerlukan daya kreativiti,
percakapan atau kerja-kerja rutin yang memerlukan kepantasan yang berterusan amat mudah dipengaruhi
oleh bunyi bising dan seterusnya mengakibatkan terjadinya banyak kesilapan.
Kesan gangguan bising kepada nilai harta benda boleh menjatuhkan nilai harta benda yang terletak
berhampiran puncanya. Penyebab utama kepada kejatuhan nilai harta benda biasanya adalah berpunca
daripada bunyi bising kenderaan, tetapi kesan ini hanya berkait dengan nilai tapak kediaman. Walau
bagaimanapun, kesan ke atas penurunan nilai harta tanah mungkin lebih dipengaruhi oleh faktor
kemanusiaan sendiri. Misalnya perletakan harta tanah di suatu lokasi yang dianggap istimewa seperti
berhampiran dengan pusat bandar atau kawasan yang mempunyai kemudahan awam mungkin dianggap
dapat mengatasi kerugian yang dialami akibat kebisingan. Oleh itu nilainya tidak akan turun walaupun
terdapatnya kebisingan kerana keutamaan yang lebih tinggi diberikan kepada faktor kemudahan awam.

Bising mampu memberi kesan buruk pada haiwan menyebabkan tekanan, meningkat risiko kematian
dengan menukar keseimbangan sensitif pengesanan dan mengelak pemangsa/mangsa, dan menganggu
penggunaan bunyi mereka sebagai perhubungan terutama berkait dengan pembiakan dan navigasi.
Dedahan lampau akustik boleh mendorong kepada kehilangan pendengaran sementara atau kekal.

Kesan bising pada kehidupan haiwan adalah kemusnahan habitat yang disebabkan bunyi bising, dalam
kes spesies terancam mungkin merupakan laluan kepada kepupusan. Pencemaran bunyi telah
menyebabkan kematian speseis paus tertentu yang menyadai diri mereka menyadai diri mereka selepas
terdedah kepada sonar tentera yang kuat
Bunyi bising turut menyebabkan spesies berhubung lebih kuat, yang dikenali sebagai tindak balas vokal
Lombard. Ahli sains dan penyelidik telah melakukan ujian yang menunjukkan lagu paus adalah lebih
panjang apabila pengesan kapal selam diaktifkan. Sekiranya makhluk tidak "bercakap" cukup kuat, suara
mereka akan tenggelam oleh bunyi "anthropogenik". Bunyi yang tidak didengari ini mungkin amaran,
pencarian mangsa, atau persediaan bagi jaring buih. Apabila satu spesies mula bersuara lebih kuat, ia
akan menengelami suara speseis lain, menyebabkan keseluruhan sistem ekologi akhirnya bercakap lebih
kuat.
Burung Robin Eropah European Robins yang tinggal dalam persekitaran bandar lebih cenderung untuk
menyanyi pada waktu malam di tempat yang memiliki pencemaran bunyi yang tinggi pada waktu siang,
mencadangkan bahawa ia menyanyi malam kerana ia lebih senyap, dan perutusan mereka boleh
disebarkan melalui persekitaran dengan lebih jelas. Yang menariknya, kajian yang sama membuktikan
bahawa bunyi waktu siang adalah jangkaan lebih kuat bagi nyanyian waktu malam berbanding
Pencemaran cahaya, yang sering kali dikatakan punca fenomena tersebut.
Zebra finch menjadi kurang taat dengan pasangannya apabila terdedah kepada bunyi trafik. Ini mampu
mengubah arah evolusi melalui pemilihan trait, menyerap sumber yang biasanya digunakan bagi aktiviti
laindan dengan itu mendorong kepada akibat genetik dan evolosi yang besar.

KEBURUKAN PEMANASAN GLOBAL KE ATAS ALAM SEKITAR


Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan
mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut. Pencairan lapisan ais juga akan
menyebabkan ekosistem terjejas. Peningkatan suhu dan perubahan ekosistem akan menyebabkan
sesetengah spesis kehidupan tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan akan mati. Manakala,
sesetengah spesis kehidupan pula akan mula migrasi ke tempat lain.
Iklim di sesetengah kawasan pula akan terganggu dan tidak menentu. Ramalan saintis menunjukkan
peningkatan 7.0 meter paras laut, yang menyebabkan kawasan rendah seperti Kuala Muda (Kedah) dan
Kelantan akan ditenggelami air. Banjir dan ribut yang tidak menentu akan melanda di kebanyakan tempat
dan penduduk di sekitar kawasan pantai dan kawasan rendah akan mengalami kesan yang paling buruk.
Selain itu pemanasan global akan turut menjejaskan penghasilan makanan dan rantai makanan. Ini akan
menyebabkan berlakunya masalah kekurangan bekalan makanan seperti gula dan beras. Pada tahun 2009,
Malaysia telah mengalami masalah kekurangan gula kerana pengeluar gula terbesar di dunia iaitu negara
Brazil dan India telah mengalami musim kemarau dan banjir yang menyebabkan tanaman mereka rosak.
Keadaan ini telah menyebabkan kekurangan bekalan dan harga yang melambung tinggi.
Di samping itu, pemanasan global juga akan mengakibatkan haiwan-haiwan serta tumbuh-tumbuhan
akan terjejas. Hal ini kerana sesetengah haiwan dan tumbuh-tumbuhan memerukan suhu yang sesuai
untuk proses photosinthesis. Sekiranya suhu di kawasan sekitar tersebut melebihi julat suhu seperti
kebiasaan, hal ini sudah pasti akan mengakibatkan haiwan dan tumbuhan akan terjejes. Sekiranya perkara
ini berlaku secara berterusan, sudah pasti perkara ini akan mengakibatkan kepupusan fauna dan flora
untuk di masa hadapan malahan hidupan akutik juga akan turut terjejas akibat permaslahan ini.
Seterusnya, pemanasan global akan mengubah lanskap dunia. Perkara ini berlaku akibat pencairan ais di
kutub utara dan selatan yang akan mengakibatkan air laut semakin dalam sehingga menyebabkan pulaupulau yang kecil akan ditenggelami air.

LANGKAH-LANGKAH MENJAGA ALAM SEKITAR


Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa. Media massa ini
termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar. Pada hari ini, media massa
memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media massa kini
perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam
siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki
oleh setiap keluarga atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau
individu perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang
sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula adalah
media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya
perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana
masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut berbanding media-media lain.
Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar. Antara
kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat
alam dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya
menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa pembuangan supaya
kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan
pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan
dapat berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini
juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang
kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi
dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan betapa pentingnya
hidupan hijau di bumi ini.
Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui organisasi-organisasi
seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar
mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada
peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi
melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap
prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat
menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah.
Pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap
alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi, pelajar didedahkan dengan proses

kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini.
Dengan itu, sikap sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar
.

Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan teknologi moden
untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi moden dapat
mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi
moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan
minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula
bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan
plastik. Hal ini sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa
pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang pada
ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas
karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di
sekeliling.

RUMUSAN
Selagi minda masyarakat tidak berubah dan selagi itu masalah seperti pemanasan global, pencemaran
sungai, perbalakan dan sebagainya tidak akan dapat diatasi. Oleh itu, kesedaran masyarakat untuk
mengurangkan berlakunya masalah yang akan mengancam nyawa dan kehidupan kita adalah amat
penting. Menghargai, memulihara dan memelihara alam sekitar merupakan tanggungjawab kita. Kita
semua hidup dalam satu bumi dan langgit yang sama, kita hendaklah sama berusaha untuk membina satu
bumi dan kehidupan yang lebih berkualiti, bersih, segar dan cantik dengan bermula menghargai dan
memulihara alam sekitar.

Menghargai bumi dan mengubatinya , janganlah mencederakannya lagi.


Jangan membuat bumi nangis lagi.

RUJUKAN
http://bmpengurusanuum2010.blogspot.com/2010/08/kesimpulan.html
http://bmpengurusanuum2010.blogspot.com/2010/08/kesimpulan.html
http://bmpengurusanuum2010.blogspot.com/2010/08/kepentingan-alamsekitar.html
http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/kepentingan-menjaga-alamsekitar_9278.html
http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/langkah-langkah-untukmenjaga-alam.html

LAMPIRAN

Você também pode gostar