Você está na página 1de 2

LAPORAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH

Pada 28 Februari yang lalu, pihak Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama guru JQAF telah berjaya menganjurkan program Majlis Tilawah Al-Quran (MTAQ) peringkat sekolah yang diadakan di Laman Ilmu SK Keledang Jaya. Tujuan program ini diadakan adalah bagi mencari wakil sekolah untuk Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah dan memupuk ukhwah sesama murid. Selain itu, tujuan lain program ini diadakan adalah untuk membentuk murid yang berkemahiran dan berbakat khusus dalam bidang Tilawah dan Hafazan. Antara acara yang dipertandingkan ialah Hafazan, dan Tilawah Al-Quran. Alhamdulillah,daripada 4 acara yang dipertandingkan seramai 4 orang wakil murid telah dipilih untuk mewakili sekolah untuk majlis tilawah Al Quran peringkat daerah pada Mac 2014. Saya dan rakan praktikum saya iaitu Nur Nasuha telah ditugaskan untuk menguruskan latar belakang pentas. Antara tugas yang kami lakukan adalah menghias pentas, menggantung banner dan menyusun pasu bunga di atas pentas. Majlis Tilawah Al-Quran diserikan lagi dengan persembahan Qasidah murid SK

Keledang Jaya. Selepas persembahan, ketua juri mengumumkan peserta yang layak ke pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat daerah, Majlis tamat pada jam 11 pagi dan murid dan guru diminta masuk ke kelas untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS TILAWAH AL-QURAN

Peserta hafazan sedang menghafal surah

Persembahan Qasidah oleh murid SK Keledang Jaya

Você também pode gostar