Você está na página 1de 26

Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak Unit 1-6 (Modul UPSI-PJJ) Unit 1 : Teori Kreativiti dan Pemikiran Kreatif

1. Kreativiti dan pemikiran kreatif kanak-kanak adalah dalam aktiviti seni visual dan seni persembahan yang dikenalpasti melalui sikap, motivasi, kemampuan dan kemahiran. 2. Kreativiti kanak-kanak bermula dengan berimaginasi, mengeluarkan idea, menerokai dan membuat keputusan. 3. Menurut Kamus Dewan (2010) kreativiti sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta, daya kreatif dan kekreatifan. Manakala kreatif pula bermaksud mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. 4. May (1975) : kreativiti sebagai proses membawa sesuatu yang baru ke dalamnya. 5. Torrance (1970) : Kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai keunikan. 6. Schirmacher (1998) : Perkembangan kreativiti kanak-kanak terbahagi kepada dua iaitu ; a) menerusi aktiviti seni b) aktiviti harian mengikut umur. 7. Aktiviti seni dan aktiviti harian yang kreatif kanak-kanak. 2-3 tahun : menconteng, melukis, menyanyi dan bermain. 4-5 tahun : melukis, mewarna, menyanyi, menari dan permainan katakata. 6-7 tahun : drama, memasak dan aktiviti lain yang berinteraksi 8-9 tahun : bercerita, permainan dan pakaian beragam. 10-11 tahun : visualisasi, numerasi dan literasi 12-13 tahun : mendapat informasi, mengenali mesin dan penulisan kreatif 8. Kemahiran berfikir secara kreatif adalah kebolehan kanak-kanak untuk mencerna, berimaginasi, menghasilkan idea dan mempelbagaikan idea. 9. Pemikiran kreatif dapat merangsang kanak-kanak untuk menghasilkan idea baru dalam aktiviti seni. Membantu kanak-kanak berfikir, menghasilkan karya seni yang unik dan mencungkil bakat.

10. Empat ciri pemikiran kreatif : a) imaginatif b) keberanian c) perkembangan idea d) merekacipta 11. Teori-teori berkaitan kreativiti : a) Teori dua belahan otak - Hemisfera otak mempengaruhi cara berfikir. Otak kanan merupakan bahagian otak yang melihat sesuatu secara menyeluruh. Otak kanan lebih fokus kepada imaginasi dan kreativiti seseorang kanak-kanak.Otak kiri fokus pada urutan, kemahiran analisis dan pemikiran logik untuk aktiviti membuat eksperimen dan numerasi. b) Teori Six Thinking Hats (Edward de Bono) - Emosi sangat penting dalam proses berfikir. Seseorang yang kreatif perlu pandai mengurus emosi. Enam warna menjadi pemikiran untuk memakai topi ketika berdepan dengan situasi tertentu. Topi putih - mendapat informasi yang meliputi fakta, figura dan maklumat. Topi merah - menghadapi situasi perasaan yang meliputi luahan mood dan emosi. Topi hitam - semasa membuat penilaian negatif pada kesalahan dan halangan. Topi kuning - semasa membuat penilaian positif. Topi hijau - semasa situasi yang berkaitan dengan kreativiti. Topi biru - semasa situasi metakognitif yang berkaitan aspek seseorang yang berfikir. c) Teori Kreativiti Paul Torrence - 7 perkara dalam proses mencungkil kreativiti iaitu : i) Penyoalan : Stimulasi minda kanak-kanak. ii) Penemuan : Galakan dan rangsangan kepada kanak-kanak. iii) Pemerhatian : Menggunakan pancaindera. iv) Percubaan : Eksperimen dan usaha untuk terbaik. v) Penerokaan : Galakan untuk eksplorasi pelbagai bahan di sekeliling. vi) Memanipulasi : Menggunakan bahan atau situasi di sekeliling. vii) Aktiviti : Mencungkil aktiviti (4PMA) d) Teori Multiple Creative Talent (Calvin W Taylor) - Bukan semua individu mempunyai bakat yang sama. Pengembangan bakat kanak-kanak berkait rapat dengan cara guru merangsang pemikiran mereka. Taylor mengkategorikan kreativiti kepada lima sifat

iaitu : i) Kreativiti bersifat ekspresif (Bebas. Bimbingan untuk meluahkan idea mengikut kemampuan kanak-kanak dalam menghasilkan karya.) ii) Kreativiti bersifat penghasilan (Kecekapan. Bimbingan untuk penambahbaikan karya) iii) Kreativiti bersifat inovatif .(Modifikasi. Bimbingan kepada idea baru yang lebih bermakna) iv) Kreativiti bersifat inventif. ( Keupayaan mencipta melalui proses penerokaan. Guru beri pujian dan galakan). v) Kreativiti bersifat emergen (Bentuk kreativiti yang tinggi. Prinsip formal diterjemah dalam bentuk abstrak. Cth. lukisan tanpa menitikberatkan bentuk asalnya) e) Teori Lowenfeld Stages of Arististics Development (Lowenfeld) Aktiviti seni yang dilaksanakan secara berterusan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan deria pencaindera secara menyeluruh sebagai proses pengamatan dan merekod. 8 kategori kreatif Lowenfeld iaitu : i) Cabaran - Menerima cabaran masalah dan dapat sesuaikan dengan situasi ii) Kelancaran - Berimaginasi dan berfikiran terbuka untuk mengaitkan idea dengan hasil kerja kreatif. iii) Kelenturan - Sanggup menerima perubahan. iv) Keaslian - Idea asli tanpa meniru sesiapa v) Pemikiran bercapah - Mengembangkan idea vi) Keinginan - Perasaan ingin tahu dan berupaya membuat analisis. vii) Kompleks - Membuat sintesis viii) Makna baru - Menghasil sesuatu produk atau idea yang kreatif dan inovatif. * 4 komponen kreativiti Lowenfeld boleh diukur ialah ; i) kelancaran - menterjemah idea secara spontan dan pantas. ii) flesibel - mampu menyesuaikan diri dengan situasi yang berbeza. iii) keaslian - Idea yang baru dan asli iv) kepekaan - Daya kepekaan yang tinggi terhadap sesuatu keperluan. f) Teori Perkembangan Kreativiti Fisher (Fisher 1943) - Terdapat lima tahap pemikiran kreatif iaitu : i) Peringkat rangsangan - Guru mengemukakan soalan untuk merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak. Interaksi secara aktif kerana ingin tahu.

ii) Peringkat penerokaan - Guru membimbing mencari jawapan dan penyelesaian. Berupaya mencari dan pemikiran ke hadapan. iii) Peringkat perancangan - Proses perbincangan, pemerhatian, interaksi sebelum aktiviti sebenar. iv) Peringkat aktiviti - Pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merancang. Guru membimbing semasa kanak-kanak melaksanakan aktiviti. v) Kajian semula - Menilai keberkesanan aktiviti/ tindakan. Membimbing untuk penambahbaikan dan memberi pendapat. (RPPAK) Unit 2 : Pendekatan dan Teori Seni 1. Seni bermaksud sesuatu yang halus. Terbahagi kepada dua iaitu seni visual dan seni persembahan. 2.Teori Seni Klasik (Plato, Aristotle dan Socrates) : i) Menekankan kesejagatan (nilai rentas budaya tanpa mengira ras, ruang dan waktu serta nilai dalam masyarakat), keabadian (konsep kehidupan dari segi fizikal, nilai, sikap dan kerohanian) dan kebenaran ( kemanusiaan dan kerohanian yang berkaitan dengan keadilan, tatasusila dan kebijaksanaan) ii) Plato : Teori peniruan. Seni berasaskan idea yang berciri idealistik/ menekankan isi. Kecantikan hanya sementara. iii) Aristotle : Menolak teori Plato kerana kecantikan ialah sifat fizikal manusia. Menekankan bentuk dan waktu. iv) Socrates : Penciptaan seni berkonsep keseluruhan dan kesatuan disamping mempunyai ciri-ciri kesempurnaan dan keseimbangan, kecantikan dan kesempurnaan.

3. Teori Kosmologi : Berkaitan dengan alam semesta yang melibatkan fenomena dalam ruang dan masa meliputi alam nyata dan alam tidak nyata serta kedudukan manusia dalam ruang tersebut. Contohnya : Ukiran

patung oleh orang asli kaum Jah Hut melambangkan kepercayaan animisme.

4. Teori Seni Kontemporari (Teori Erwin Panofsky dan Teory Susanne K. Langer): Membentuk identiti, stail dan teknik tersendiri.

i) Teori Erwin Panofsky - membincangkan tentang objek dan makna melalui pernyataan ikonografi (persoalan tentang objek dan makna). 3 objek makna dalam karya seni :

Objek yang natural (primari) - meliputi manusia, binatang, tumbuhan dan persekitaran. Makna daripada peristiwa dan ekspresi perasaan. Objek yang biasa (sukender) - menggambarkan arca(objek) yang menunjukkan peristiwa dan makna. Contoh gadis pegang buah peach (kejujuran) Makna intrinsik (isi) - makna menentukan sikap, pendirian dan falsafah.

ii) Teori Susanne K. Langer :Menolak teori peniruan Plato. Karya seni merupakan perasaan pengkarya yang hanya sebagai ilusi. Bentuk menjadi tumpuan utama dalam falsafah seni. Terdapat 7 konsep dalam karya seni iaitu bentuk, abstrak, ekspresi, perasaan, lambang, ilusi dan imej.(BAEPLII) 5. Pendekatan dan teori pembelajaran dalam pendidikan seni kanak-kanak meliputi pendekatan konstruktivis, teori sosial-interaksi Piaget dan teori Gestalt yang boleh diaplikasi dalam pdp. 6. Pendekatan konstruktivis membimbing kanak-kanak belajar berdasarkan pengalaman mereka. Bruner telah menggariskan tiga prinsip iaitu : i) Pengajaran berdasarkan kesediaan dan pengalaman serta mengikut konteks kesanggupan kanak-kanak untuk belajar. ii) Mengorganisasi pengajaran mengikut struktur atau urutan dengan mudah. iii) Pengajaran perlu melangkau maklumat guru yang dirangka untuk memudah cara penghasilan ilmu. 7. Pendekatan konstruktivis boleh diaplikasikan dengan menggunakan empat cara iaitu: i) Menekankan kelainan dengan melatih kanak-kanak membezakan maklumat yang diterima. ii) Menyusun maklumat supaya lebih mudah diterima oleh kanak-kanak.

iii) Menyampaikan maklumat secara berkesan. iv) Memberi pujian ketika berjaya dan galakan ketika gagal kepada kanakkanak. 8. Teori Sosial-Interaksi Piaget : Berkaitan dengan perkembangan kognitif kanak-kanak. i) Pengetahuan kanak-kanak tidak mencukupi. Justeru, interaksi sosial bersama rakan dan guru dapat menambah pengetahuan. ii) Dua proses yang digunakan kanak-kanak untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran ialah proses asimilasi dan proses akomodasi (yang menggalakkan perkembangan kognitif) iii) Peringkat kognitif terbahagi kepada empat peringkat iaitu a) deria pergerakan (0-2 tahun) : interaksi melalui pancaindera. b) praolahan ( 2-6 tahun) : imaginasi untuk meningkatkan daya ciptaan. Mula menguasai nama untuk setiap objek. c) pengolahan konkrit (7-11 tahun) : kemahiran bahasa dan komunikasi tinggi. Memahami konsep lain seperti angka, pengklasifikasian serta mampu melihat sesuatu perkara daripada pelbagai perspektif. d) pengolahan formal (12 tahun ke atas) : perkembangan fizikal lebih daripada perkembangan mental. Mula memahami konsep abstrak dan membentuk identiti diri. Namun kekurangan pengalaman menghadkan pengetahuan dan kebolehan mereka. 9. Teori Gestalt : Tumpuan kepada kognitif untuk mengenal pasti otak individu bertindak pada persepsi yang diterima melalui deria penglihatan. Persepsi pengalaman diambil secara menyeluruh bukannya sebahagian. Enam hukum dalam teori gestalt ialah : i) Pragnanz : Apabila individu berhadapan dengan pengalaman baru, persepsi menjadi tidak teratur. ii) Persamaan : Mengkategorikan rangsangan yang mempunyai persamaan. iii) Keintiman : Rangsangan yang mempunyai hubungkait diletakkan dalam kategori yang sama. iv) Lengkap : Meletakkan rangsangan yang lengkap dalam kategori yang sama. v) Kesinambungan positif : Sifat rangsangan yang kekal dan tidak berubah. vi) Ciri-ciri bahagian : Menilai objek secara menyeluruh. (PPKLKC) Teori Gestalt adalah rapat dengan pandangan konstruktivis dan

diaplikasikan dalam kaedah penyelesaian masalah dalam pdp. Teori Gestalt bukan melihat produk karya seni tetapi menekankan proses penghasilan produk karya seni. Unit 3 : Tokoh-tokoh Seni dan Kreativiti Kanak-kanak 1. Paul Torrance dikenali sebagai bapa kreativiti. Menggunakan Torrance Test of Creative Thinking untuk menguji tahap kreativiti kanak-kanak bagi menggantikan Ujian IQ (Intelligent Quotes) yang dikatakan tidak sempurna. 2. Calvin W. Taylor penerima anugerah American Psycology Association Richardson Creativity pada tahun 1970. Bakat kanak-kanak tidak sama. Oleh itu, 9 bidang dikenalpasti untuk membentuk kanak-kanak yang kreatif dan inovatif iaitu i) pemikiran kreatif dan bernas untuk mendapat idea, ii) mengimplementasikan idea, iii) kemahiran merancang iv) kemahiran meramal, v) membuat keputusan, vi) kemahiran berkomunikasi, vii) kemahiran sosial viii) peluang yang menyerlah, ix) pencapaian akademik yang baik. Guru perlu mengesan dengan mencari kaedah alternatif untuk membangunkan kreativiti kanak- kanak dan memberi impak positif 3.Victor Lowenfeld berpendapat naluri dan keingingan merupakan faktor utama bagi mereka berfikir dan menyelesaikan masalah secara kreatif. Kanak-kanak akan mengalami dan menyedari masalah, menyampaikan idea dan proses imaginasi dan kreativiti. Pelbagai halangan dihadapi iaitu psikologi dan persekitaran serta budaya yang memerlukan peranan guru untuk membimbing murid-murid. 4. June King McFee berpendapat seni untuk kanak-kanak perlu berbentuk komunikasi. McFee menekankan seni seharusnya mengambil kira konteks budaya serta elemen orentasi komuniti. Perlu ada pengalaman estetika dalam semua objek di persekitaran yang dipengaruhi konteks budaya untuk berkomunikasi dan menyampaikan mesej kepada masyarakat. 5. Carl Rogers mengatakan kreativiti merupakan satu proses yang wujud apabila seseoran itu bertindak ke atas sesuatu. Beliau memperkenal teori

terapi iaitu : i) keterbukaan kepada pengalaman ii) cuba menikmati kehidupan yang dialami iii) menghargai diri sendiri iv) mengamalkan kebebasan v) menjadi individu yang kreatif , sihat, bebas, bertanggungjawab serta dapat berfungsi sepenuhnya dalam kehidupan. Tindakan seseorang yang bebas dan bertanggungjawab mencetuskan keunikan dan kekuatan kepada individu seperti penggunaan bahan seni secara kreatif dan memberi sumgangan kepada masyarakat.

Torrance : Torrence Test of Creative Thinking Taylor : Kreatif dan Inovatif Lowenfeld : Naluri dan keinginan McFee : Konteks budaya dan komuniti Rogers : Teori Terapi

Unit 4 :Estetika dan Kanak-kanak 1. Estetika kanak-kanak melibatkan sifat kemanusiaan melatih kanakkanak mencintai dan menghargai kecantikan di bumi ini. 2. Estetika bersifat subjektif yang mempunyai makna yang pelbagai dalam lukisan, kraf mudah, muzik, pergerakan kreatif, tarian, drama dan lain-lain lagi. 3. Estetika kanak-kanak meliputi tiga jenis iaitu: i) Estetika sikap : spontan, kekaguman, kegembiraan kanak-kanak dan perasaan ingin tahu dalam jiwa kanak-kanak. ii) Estetika pengalaman : penglibatan aktif dalam seni visual dan persembahan memberi pengalaman mendengar, eksplorasi visual dan manipulasi bahan kepada kanak-kanak. iii) Estetika respon : menyatakan pandangan dan luahan perasaan pada karya seni. Respon fisiologi melalui ketawa, takut manakala respon mental melalui keputusan dan pandangan.

4. Estetika adalah cabang ilmu falsafah yang menekankan penggunaan pancaindera dalam mengapresiasi karya seni seperti melihat, mendengar, sentuhan, merasa dan menghidu. 5. Tindak balas spontan karya seni yang mempengaruhi tindak balas estetika ialah kualiti karya seni dan maksud karya seni. 6. Pandangan golongan relativisme menyatakan kecantikan adalah subjektif dan terletak pada persepsi seseorang untuk menilainya. 7. Golongan objektivisme berpandangan kecantikan wujud dalam sesuatu karya seni dan bukannya terletak pada persepsi seseorang. 8. Lima strategi untuk membimbing kanak-kanak mengapresiasi nilai estetika karya seni ialah : i) Membuat perancangan ii) Menunjukkan contoh hasil seni iii) Berwaspada semasa merancang aktiviti seni kreatif iv) Membimbing kanak-kanak membuat pemilihan bahan secara kreatif v) Idea baru untuk membimbing kanak-kanak menimba pengalaman estetika Unit 5 : Imaginasi Kanak-kanak 1. Imaginasi kanak-kanak merupakan khayalan yang tinggi, sukar diduga dan kadang kala di luar jangkaan kita. 2. Imaginasi Kreatif merupakan imaginasi yang hebat yang dapat diketengahkan dan difahami. Kita perlu berfikiran positif dan membantu kanak-kanak merealisasikan imaginasi mereka. 3. Pemikiran Simbolik merujuk pada imaginasi kanak-kanak sama ada dilakukan bagi menunjukkan dunia sebenar atau dunia khayalan. Kanak-kanak dipupuk untuk mempertingkatkan pemikiran imaginatif supaya dapat menyelesaikan masalah secara kreatif dan positif. Boleh dirangsang melalui modeling atau peniruan dan amalan pedagogi yang sihat seperti sosiodrama, nyanyian dan ekspresi seni. Kanak-kanak boleh menokok tambah plot cerita dunia sebenar dengan dunia khayalan. Walau bagaimanapun tingkahlaku mereka harus dipantau. 4. Lima aspek penting yang terdapat dalam Pemikiran Simbolik iaitu :

i) ii) iii) iv) v)

Kreativiti Kemahiran berfikir Perwakilan realiti Penyelesaian masalah Bermain

5. Kitaran PBM (Pembelajaran Berasaskan Masalah) i) Pengetahuan Kumpulan ii) Mengenal pasti masalah iii) Menjana Idea iv) Menjana isu pembelajaran v) Menyediakan pelan tindakan vi) Mencari dan mengumpul bahan vii) Mensintesis dan mengaplikasi viii) Membuat rekfleksi dan membuat maklum balas 6. Carta FILA (Facts, Ideas, Learning Issues dan Action Plan ) 7. Branford dan Stein (1984) memperkenalkan kaedah penyelesaian masalah kepada 5 langkah : i) mengenal pasti masalah ii) mendefinisikan masalah iii) mencari jalan penyelesaian iv) mengambil tindakan v) menilai tindakan

Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak Unit 6-12 (Modul UPSI-PJJ) Unit 6 - Seni dan Perkembangan Kanak-kanak 1. Bagi meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak, guru wajar menyediakan peralatan melukis dengan lengkap. Cara ini dapat merangsang imgaginasi, kreativiti dan gembira untuk meluahkan emosi. 2. Perkembangan estetika boleh diamati menerusi aktiviti kreatif seperti visual, emosi, jiwa dan pemikiran mereka.

3. Guru perlu berbual dan bertanya kanak-kanak semasa aktiviti seni kerana melalui pergerakan badan, guru dapat memahami maksud di sebalik pergerakan dan perlakuan yang ditunjukkan. Pergerakan badan menjadi refleksi pada perkembangan estetika kanakkanak. 4. Komunikasi lisan dan bukan lisan memberi isyarat visual yang menggambarkan emosi dalaman kanak-kanak. 5. Pada umur 6 tahun, gerak geri menunjukkan elemen psikologi. Contohnya apabila sedih, mereka menundukkan muka manakala jika berfikir, mereka menongkat dagu. Perlakuan ini dilakukan secara spontan. 6. Perkembangan artistik kanak-kanak berlaku mengikut transisi perkembangan iaitu daripada contengan hingga perwakilan sebenar. Perkembangan artistik berlaku tanpa mengira sosioekonomi keluarga. 7. Teori Perkembangan Artistik ( Hurwitz dan Day) terbahagi kepada 3 peringkat iaitu : i) Peringkat manipulatif dan zaman awal kanak-kanak (2-4 tahun) : Pergerakan tangan kurang kawalan maka mereka akan menconteng apa sahaja seperti dinding, lantai atau meja dengan mengguna pelbagai medium. Lukisan tidak realistik : a)contengan garisan tidak terkawal, b) contengan garisan terkawal c) contengan rupa. ii) Peringkat membuat simbol ( 6-9 tahun) : Terpengaruh dengan keadaan sekeliling mereka. iii) Peringkat praremaja (10-13 tahun) : Mula melukis figura dalam saiz sebenar atau saiz yang betul.

8. Seni dalam perkembangan kanak-kanak: i) Perkembangan persepsi : melukis mengikut kefahaman bukan apa yang mereka lihat. Lukisan mereka ditafsir mengikut dunia mereka sendiri ii) Perkembangan fizikal : Koordinasi mata, tangan, kawalan motor halus, perkembangan otot kecil, kemahiran tangan, contengan dan melukis bentuk. iii) Perkembangan emosi : Melukis peristiwa yang dilalui setiap hari, objek yang disukai atau individu yang disayangi. Kemudian diperelokkan dengan penggunaan warna, saiz, bentuk dan garis yang akan menambah emosi kepada lukisan mereka. iv) Perkembangan kognitif : Melukis berdasarkan apa yang mereka tahu melalui pengalaman mereka, daya ingatan, imej dan konsep lukisan. Perkembangan kognitif dapat dilihat menerusi contengan tidak terkawal, contengan terkawal dan contengan bermakna. v) Perkembangan umum : Bersifat menyeluruh dengan menggabungkan pengalaman sosial, budaya, personaliti dan persekitaran. Perkembangan ini merupakan proses sehingga mereka berjaya menghasilkan gambar. Unit 7 : Pengajaran Seni Lukis Kanak-kanak 1. Seni lukis melibatkan skema atau skemata dalam perkembangan seni kanak-kanak terutama lukisan. 2. Kanak-kanak menggunakan semua deria apabila belajar dan menunjukkan ekspresi seni. Kanakkanak meningkatkan sensitiviti terhadap dunia fizikal untuk memberi makna dan meluahkan emosi. 3. Kanak-kanak berfikir secara simbolik untuk menggambarkan bentuk seni yang unik. Hasil seni

menggambarkan konsep diri kanak-kanak pada perkembangan personaliti mereka. Seterusnya dapat membentuk peribadi yang baik dan proses penghasilan lukisan dimanfaatkan. 4. Proses penghasilan lukisan dapat menggabung jalinkan emosi, sosial dan nilai estetika. 5. Proses estetika dan daya kreativiti boleh dibahagikan kepada empat iaitu : i) proses penajaman daya intuisi ii) persepsi iii) imaginasi iv) konsepsi 6. Peringkat Skemata (Chapman 1978) merangkumi : i) peringkat manipulatif ii) peringkat membuat simbol iii) peringkat praremaja (Unit 6,no.7 : Teori Perkembangan Artistik ( Hurwitz dan Day)) 7. Gardner (1980) mencadangkan orang dewasa menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk melakukan aktiviti seni tanpa sekatan supaya kanak-kanak meluahkan apa yang mereka rasai dan mempunyai cerita sendiri menerusi lukisan. 8. Garisan merupakan satu tanda jelas yang dibuat menggunakan peralatan lukisan di atas satu permukaan. 9. Garisan boleh digunakan dalam pelbagai cara mengikut kreativiti masingmasing kerana garisan mempunyai dimensi tersendiri termasuk saiz (besar dan kecil), arah (kanan dan kiri), ukuran (panjang dan pendek), ketebalan, ketinggian dan berat. 10. Unsur seni lukis dalam lukisan kanak-kanak meliputi garisan, warna, bentuk, jisim atau isipadu,

rekaan atau gubahan, imaginasi dan konsepsi. 11. Proses melukis : i) menconteng bagi meluah perasaan secara spontan, ii) mula melakar, iii) melukis secara bersistematik iv) berjinak-jinak untuk mendapat kesan ton, jalinan, pencahayaan, ruang, perspektif dan komposisi dengan menggunakan media kering (bukan warna basah) 12. Tiga teknik melukis iaitu i) teknik pensel : teknik gosokan dan teknik garisan selari. ii) teknik pensel warna : teknik garisan kontur dan teknik garisan menyilang tidak menentu. iii) teknik oil pastel : teknik campuran 13. Warna boleh dikategorikan kepada empat peringkat iaitu: i) Warna asas : Warna premari (Biru, Kuning dan Merah ) ii) Warna sekunder : campuran dua warna asas dalam kuantiti yang sama. (Hijau, Jingga, Ungu) iii) Warna tertier : campuran warna asas dan warna sekunder iv) Warna neutral : hitam dan putih 14. Catan merupakan proses penghasilan seni menggunakan bahan berwarna atau cat yang disapu ke atas seusatu permukaan yang rata seperti di atas kertas, kanvas dan kadbod. Unit 8 : Pengajaran kraftangan kanak-kanak 1. Kraf mudah membantu perkembangan motor kasar dan motor halus yang menggalakkan penggunaan dan kawalan otot secara berkesan seperti menggunting dan menggunakan tanah liat. 2. Kraf mudah memberi peluang kepada kanak-kanak mengaplikasikan teknik menggambar, membuat corak dan rekaan serta bentuk binaan.

3. Aktiviti menggambar untuk kanak-kanak ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan dan mozek. 4. Aktiviti membuat corak dan rekaan untuk kanak-kanak ialah ikatan dan celupan, tiupan, titisan, renjisan, percikan, lukisan, catan, cetakan, capan, resis, kolaj, pualaman, lipatan dan guntingan. 5. Aktiviti membentuk binaan ialah topeng, boneka, origami, mobail, stabail, model dan diorama. 6. Kraf mudah 2 Dimensi atau 2D adalah bentuk kraf yang mempunyai panjang dan lebar seperti kolaj, topeng dan kad ucapan. i) Kolaj : Dibuat dengan perca kain, kertas warna, bahan-bahan alam seperti rempah ratus, daun dan ranting. Tampalan disusun dan ditindih pada permukaan. Aktiviti ini melibatkan pemilihan bahan, menggunting, menyusun dn menampal. ii) Topeng : Dibuat dengan menggunakan kertas manila, gunting, gelung getah, pensel dan warna. Dua jenis topeng iaitu topeng penuh atau topeng separuh (contoh zorro) berdasarkan wajah manusia, flora dan fauna. iii) Kad ucapan : Menggunakan teknik corak dan rekaan yang melibatkan guntingan dan tampalan. Kemahiran bahasa dalam kad ucapan untuk menggalakkan murid menghargai orang yang tersayang seperti perayaan, hari lahir, hari ibu, hari bapa, hari guru dan sebagainya. Kitaran membuat kad ucapan : a) Guru mengaitkan peristiwa seperti perayaan dan hari lahir b) Guru menunjukkan cara meghasilkan kad ucapan c) Sediakan peralatan dan bahan. d) Lipat kertas kepada dua bahagian e) Buat ukuran kad di atas kertas keras f) Lukis atau buat corak mengikut kreativiti

g) Buat sampul surat 7. Kraf mudah 3 Dimensi atau 3D adalah bentuk kraf yang mempunyai panjang, lebar dan tinggi seperti boneka dan mobail. i) Boneka : Bahan-bahan yang diperlukan ialah sarung tangan, stoking, kertas, kelongsong telur, bekas kertas, bekas minuman, kotak, blok kayu, tin susu dan sebagainya. Aktiviti boneka mempertingkatkan daya pemikiran, kreativiti, bahasa, kemahiran intrapersonal dan kemahiran interpersonal kanak-kanak. ii) Mobail : hasil kerja seperti lipatan, lukisan dan objek yang senang digantung pada imbangan yang sesuai seperti penggantung baju, kayu, pembaris dan sebagainya. Kitaran membuat mobail : a) Bercerita satu tajuk atau tema b) Minta kanak-kanak menamakan watak/isi penting c) Tunjukcara membuat lipatan /origami d) Ikat selembar benang pada lipatan e) Sediakan bahan penggantung f) Gantung lipatan/origami pada kayu penggantung g) Gantung mobail yang sudah siap iii) Model : Satu bentuk yang digubah daripada kotak dan bahan buangan lain untuk membuat sesuatu objek konkrit.Teknik yang digunakan adalah acuan, menampal, mewarna yang disusun mengikut imaginasi dan kreativiti kanak-kanak. Contoh : model kereta, rumah dan lain-lain lagi. Unit 9 : Pengajaran Muzik, Lagu dan Nyanyian serta Pantun dan Sajak Kanak-kanak 1. Konsep pic, irama dan lirik dipraktikkan oleh kanak-kanak dalam aktiviti nyanyian. 2. Tod dan Heffeman 1997 membahagikan pengalaman muzik mengikut

peringkat : i) 0 - 1 bulan : Memberi reaksi pergerakan seluruh badan apabila mendengar muzik. ii) 1- 4 bulan : Menoleh kepala dan mata mengikut muzik. Menerima bunyi dan nyanyian dengan tenang. iii) 4 - 8 bulan : Tertarik dengan pukulan gendang. iv) 8 -12 bulan : Bunyi tepukan tangan, gendang, zilofon dan alat perkusi meningkatkan pengalaman muzik bayi. v) 12-18 bulan : Membuat eksperimen dengan memukul alatan muzik dengan cara berbeza. vi) 18-24 bulan :Menyambung dan meniru pergerakan orang dewasa. Mendengar radio dan membuat pergerakan mengiringi muzik. v) 2 tahun : Menikmati dan belajar lagu mudah dalam masa yang singkat. vi) 3 tahun : Suka melompat semasa mendengar muzik. Boleh mendengar arahan. vii) 4 tahun : Mematuhi peraturan semasa aktiviti muzik. Boleh mencipta lagu mengikut muzik. viii) 5-6 tahun : Kawalan motor semakin baik. Dapat bermain alat perkusi. Mengekspresi muzik dan pergerakan mengikut pola irama dan melodi lagu. ix) 7-8 tahun : Boleh membaca dan menulis simbol muzik. Menikmati pengalaman dalam muzik dan boleh membaca perkataan dalam lirik lagu. x) 9-11 tahun : Membaca lirik lagu yang lengkap dan mula mencipta lirik lagu. Menikmati muzik dalam kumpulan. Memahami elemen muzik seperti ton, harmoni dan melodi lagu. Menikmati budaya yang pelbagai dalam aktiviti muzik dan gerakan. 3. Jenis-jenis lagu dan nyanyian kanak-kanak merangkumi : i) permainan jari : fokus pada pergerakan jari dan diiringi dengan nyanyian. Contoh : Labahlabah, Apa khabar jari.

ii) lagu permainan : menyanyi sambil bermain dan mengingati lagu dengan melakukan aksi. Contoh lagu ialah Enjit-enjit semut dan Nenek si Bongkok Tiga. iii) Lagu beraksi : Lagu yang diikuti dengan pergerakan atau aksi mengikut lirik lagu yang dinyanyikan. Contoh lagu, Tanya sama pokok dan Pak Mamat. iv) Lagu rakyat : Wujud dalam masyarakat sejak dahulu lagi dan tidak diketahui sumber dan penciptanya. Contoh, Lagu Anak Itik Tok Wi dan Anak Ayam. v) Lagu nasihat : Mempunyai unsur-unsur peringatan dan pedoman yang boleh dijadikan panduan hidup kanak-kanak. Contoh lagu, Bangun pagi dan Rajin Adik Rajin. vi) Lagu serantau : Menggunakan bahasa dialek atau loghat bahasa asal sesuatu tempat yang memperkenalkan budaya, kaum atau lokasi sesebuah negara. Contoh Wau bulan dan Ke Ren lai 4. Pantun kanak-kanak juga boleh dinyanyikan dalam bentuk lagu merangkumi pantun 2 kerat, pantun 4 kerat dan pantun 6 kerat. Pantun mudah dicipta dan dideklamasi secara spontan. 5. Sajak kanak-kanak mempunyai keharmonian, baris-baris ayat yang membangunkan rangkap tetapi bilangan baris ayat pada tiap rangkap tidak tetap (bebas daripada peraturan). 6. Muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun dapat mempertingkatkan kemahiran muzikal ( menyanyi melodi mudah, menyanyi lagu dengan iringan muzik dan menyanyi mengikut tempo ) dan juga kreativiti ( berimaginasi, kreatif dan ekspresif, serta nilai estetika )kanak-kanak.

7. Pengajaran lagu atau pantun atau sajak boleh dilaksanakan dengan pelbagai kaedah seperti i) kaedah pengajaran lagu atau pantun atau sajak fasa demi fasa. ii) kaedah pengajaran lagu atau pantun atau sajak lengkap iii) kaedah pengajaran lagu atau pantun atau sajak daripada rakaman. Unit 10 : Pengajaran Tarian dan Pergerakan Kreatif Kanak-kanak 1. Pengajaran tarian dan pergerakan kreatif kanak-kanak dapat mempertingkatkan kemahiran kinestetik dan kreativiti kanak-kanak. 2. Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif memberi peluang kepada kanakkanak untuk bergerak mengikut rentak dan irama muzik. Aktiviti tersebut mewujudkan bentuk pengalaman yang kreatif kepada kanak-kanak dan melatih mereka untuk menilai estetika gerak dalam persembahan tarian dan pergerakan kreatif. 3. Tarian merupakan gerakan yang berirama. Kanak-kanak melakukan gerakan, apresiasi seni gerak dan ekspresi perasaan. 4. Pergerakan kreatif ialah gabungan gerak geri kreatif menerusi imaginasi dan kreativiti kanakkanak. 5. Pergerakan psikomotor dapat membantu kanak-kanak memahami struktur dan fungsi anggota badan, kemampuan, menyelesaikan masalah dan ekspresi perasaan semasa membuat gerakan. 6. Jenis-jenis tarian pelbagai budaya di Malaysia ialah : a) Kuda Kepang : menunjukkan perjuangan dan peperangan. Menggunakan props kuda kepang dan

alat-alat muziknya ialah gendang, gong dan angklong. Terkenal di Johor dengan mendapat pengaruh Jawa dan Islam. b) Zapin :berasaskan gerak geri kaki penari. Berasal dari Timur Tengah (kesenian Arab-Parsi). Bermula daripada amalan zikir untuk menyebarkan sejarah tamadun Islam. Terkenal di Johor. c) Joget : Tertumpu pada tangan dan kaki penari. Dipengaruhi kebudayaan Portugis dan ditari secara beramai-ramai di pesta. Contoh lagu joget ialah Serampang Laut dan Joget 106. d) Tarian Singa : tarian adat warisan masyarakat Cina yang meniru pergerakan singa dengan kostum singa. Perlu ada keberanian dan penataan gerak tarian yang tepat. Alat-alat muzik yang mengiringi ialah gendang lagu cina dan simbal. e) Tarian Naga : pergerakan yang berbelok-belok dan beralun-alun. Penaripenari memegang sebatang kayu sebagai tiang untuk menghidupkan naga. Alat muzik ialah gendang lagu cina dan simbal. f) Tarian Bharata Natyam : Gerakan pada kepala, tangan dan kaki. Rentak tarian dikenali sebagai Jatis dan muzik mengikut rentak Shollukatus. Ditarikan oleh penari wanita secara solo dari negeri Tamil Nadu di Selatan India. g) Tarian Bhangra : Pergerakan kepala dan tangan untuk meraikan penglibatan dan kejayaan. Berasal dari Punjab, India dari suku kaum Sikh. Kostum berwarna terang dan berseri-seri. h) Tarian Ngajat : ditarikan kaum Iban ketika menyambut Hari Gawai. Penari melompat dengan iringan lagu bersesuaian dengan situasi menuai. Alat muzik yang digunakan ialah gendang, gong, bebendai, tawa, kengkurumong dan sapeh. i) Tarian Sumazau : Gerak geri tarian adalah perlahan dan lemah lembut dengan tangan penari kepakkan keluar seperti burung terbang. Ditarikan oleh rakyat Sabat

suku kaum Kadazandusun semasa majlis jamuan dan keramaian. Alat muzik ialah gong dan gendang. j) Tarian buluh : Sepasang buluh panjang dipegang mendatar pada paras buku lali. Penari-penari akan mengetuk kedua-dua buluh mengikut rentak manakala penari yang lain menari sambil melompat antara kedua-dua buluh tanpa tersepit. Tarian tradisi kaum Kwijau dari Keningau Sabah. k) Tarian orang asli : menggambarkan amalan seharian seperti berkebun, mencari hasil laut dan upacara yang berkait rapat dengan kepercayaan kerohanian. Alat muzik ialah gendang daripada kulit haiwan dan tiupan daripada daun atau buluh. 7. Pergerakan Kreatif Kanak-kanak menggabungkan elemen-elemen pergerakan iaitu : a) Elemen Tubuh Badan : merangkumi bahagian luaran tubuh seperti kepala, bahu, kaki dan tangan. Contoh pusing kepala, turun naik bahu, berjalan dan melambai tangan. Penggunaan tubuh badan melatih kanak-kanak menjelajah ruang persembahan secara kreatif. b) Elemen Ruang : merangkumi ruang am, ruang diri, aras dan arah. Ruang am ialah ruang pentas, padang atau bilik. Ruang diri ialah pergerakan kreatif merujuk kepada ruang yang digunakan. Ruang aras merangkumi rendah, sederhana dan tinggi. Ruang arah pula merangkumi ke depan, ke belakang, ke sisi, ke bawah dan ke atas. Justeru, dapt melatih imaginasi dan kreativiti kanak-kanak terhadap elemen ruang dalam pergerakan dan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. c) Elemen Masa : merangkumi tempo, rentak, pola beritma, aksen dan jangkamasa. Tempo merujuk pada kelajuan muzik iaitu cepat atau perlahan. Rentak merujuk pada ukuran masa. Pola

beritma merujuk pada suatu pergerakan atau bunyi dalam jangka masa yang berubah, aksen merujuk pada suatu pergerakan yang lebih kuat daripada pergerakan sebelum atau selepas. Jangkamasa merujuk pada pendek atau panjang setiap rentak pergerakan. d) Elemen Daya : merangkumi pergerakan perkusif(bertenaga kuat), pendular(berayun), staccato (terputus-putus), bergetar(menggigil), meruntuh(lemah dan tidak bertenaga), dan kawal lambat (dikekalkan dalam tempo panjang). 8. Rangsangan dalam aktiviti pergerakan kreatif kanak-kanak ialah : a) Muzik : memberi mood dan emosi gembira, sedih, marah dan takut b) Props : memahami hubungan objek, ruang dan diri sendiri. Contohnya; reben, bola dan gelung. 9. Kaedah merancang aktiviti tarian dan pergerakan kreatif kanak-kanak ialah : a) Kaedah latihan profesional : menjemput jurulatih, membuat demonstrasi, latihan, pratonton dan persembahan. b) Kaedah menonton persembahan : menonton persembahan di panggung, perbincangan, improvisasi gerakan, analisis gerakan, latihan penuh, pratonton, persembahan. c) Kaedah tayangan video : memilih jenis tarian atau pergerakan, menyatakan tujuan tayangan, penyoalan secara umum, penyoalan tentang video, kanak-kanak meniru gerakan, memberi pujian kepada kanak-kanak, kanak-kanak menyatakan perasaan, guru membuat rumusan. Unit 11 : Pengajaran Drama Kanak-kanak 1. Drama menceritakan kehidupan yang dilakonkan berdasarkan pengalaman kanak-kanak melibatkan dialog, gerakan dan pemikiran yang menyeluruh. Drama adalah untuk perkembangan

imaginasi dan kreativiti serta menunjukkan ekspresi kanak-kanak. 2. Interaksi menerusi aktiviti drama dapat meningkatkan kemahiran sosial dan emosi. 3. Jenis-jenis drama ialah : a) Drama kreatif : berbentuk permainan dan berlaku secara spontan untuk menggalakkan perkembangan imaginasi, krreativiti dan konsep kendiri kanak-kanak. b) Drama dalam pendidikan merangkumi i) impovisasi : secara spontan berdasarkan situasi,alatan, kostum, gambar dan watak. Contoh, gambar polis dan murid melakukan aksi polis ii) pantomin : seorang atau kumpulan membaca skrip lakonan manakala seorang atau kumpulan lain berlakon berdasarkan skrip lakonan yang dibaca. iii) memos : lakonan bisu yang disampaikan melalui mimik muka dan pergerakan anggota badan yang dapat melatih kanak-kanak memahami dan menaakul pergerakan anggota badan. Contoh, menggosok gigi. iv) main peranan : guru mereka situasi manakala murid-murid melakonkan situasi itu. Contoh, ahli bomba datang untuk memadam kebakaran dan menyelamatkan mangsa. v) simulasi : mewujudkan situasi secara bertulis atau lisan. Kanakkanak kenalpasti masalah, peranan watak dan tempoh masa. Contoh, melakonkan watak guru dan murid yang bergaduh. vi) boneka : menyediakan boneka dan skrip. Skrip daripada cerita baru atau buku. Boleh dikendalikan atas pentas atau tanpa pentas. vii) teater membaca : Teknik teater dan membaca digabungkan iaitu nada dan intonasi berdasarkan cerita yang dibaca. viii) teater bercerita : Menggabungkan teknik teater dan bercerita. 4. Kepentingan pengajaran drama kanak-kanak adalah untuk :

a) Kemahiran berfikir : Membina kebolehan kanak-kanak dalam pemikiran dan kefahaman. Kanak-kanak menjelajahi dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah. Mengambil risiko dan mencuba sesuatu. b) Mempertingkatkan Kreativiti : Memberi fokus kepada sifat kreatif dan ekspresif yang memerlukan mereka berfikir dalam menghayati watak, melihat sesuatu dalam cara yang berbeza dan mencari kepuasan. c) Meningkatkan imaginasi kanak-kanak : Kanak-kanak berimaginasi dalam minda bawah sedar dan sukar dibuktikan secara logik. 5. Kaedah merancang aktiviti pengajaran drama : a) Kaedah demostrasi : menentukan jenis drama, menyatakan tujuan, melaksanakan, bersoal-jawab tentang drama, minta kanak-kanak mengulangi aksi drama, memberi pujian, kanak-kanak menyatakan pandangan, guru membuat rumusan. b) Kaedah tayangan video : menentukan drama, menyatakan tujuan, menayangkan video, bersoal- jawab, minta kanak-kanak mengulangi aksi video, memberi pujian, kanak-kanak menyatakan pandangan, guru membuat rumusan. c) Kaedah penyelesaian masalah : mereka satu situasi, bersoal-jawab tentang situasi, minta kanak -kanak berlakon berdasarkan situasi, memberi pujian, kanak-kanak menyatakan pandangan, Guru membuat rumusan. Unit 12 - Penilaian Dalam Seni 1. Penilaian Seni adalah untuk mengenal pasti perkembangan kreativiti dan artistik kanak-kanak. Guru sebagai pemerhati, perekod dan penilai yang merangkumi pemerhatian, hasil kerja seni dan penceritaan. 2.. Prosedur-prosedur dalam penilaian ialah : a) pemerhatian b) merekod pemerhatian c) merekod perkembangan

d)menyimpan rekod dan hasil seni e) mengumpul dan menyemak hasil seni dalam portfolio penglibatan dan kemajuan kanak-kanak dalam aktiviti seni. 3. Kepentingan penilaian seni ialah : a) Memahami dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak. Proses seni adalah lebih penting daripada produk akhir. Contohnya, untuk mengenal perkembangan artistik ialah pemerhatian semasa menjalankan aktiviti melukis. Untuk mengenal perkembangan ekspresi kreatif ialah semasa membuat binaan dengan menggunakan plastisin. b) Mencatatkan kekuatan dan kelemahan kanak-kanak : Dicatat, direkod dan dirakam. Setelah mengumpul data pemerhatian, guru membuat laporan. c) Mengambil tindakan dan membantu kanak-kanak : Guru akan mengambil tindakan untuk membantu kanak-kanak dalam perkembangan kreativiti dan artistik. Guru menyediakan manual melukis dan tayangan video persembahan muzik, lagu, drama, nyanyian, tarian dan pergerakan kreatif. 4. Peranan guru dalam proses penilaian: a) Sebagai pemerhati b) Sebagai perekod c) Sebagai penilai 5. Merancang aktiviti penilaian : a) Peringkat perancangan : menentukan objektif dan menentukan prosedur penilaian. b) Peringkat pelaksanaan : Merakam apa yang dicakap oleh kanak-kanak termasuk isyarat nonverbal seperti ekspresi wajah, postur badan dan pergerakan. Guru perlu mengelak memberi komen. c) Peringkat penilaian : Dalam catatan perlu ada tarikh, masa dan peristiwa aktiviti seni. d) Peringkat dokumentasi : mengumpul, menjaga dan menyemak kembali portfolio yang disertakan dengan tarikh dan urutan hasil kerja seni tersebut.

6. Melaksanakan aktiviti penilaian seni kanak-kanak : a) Rekod anekdot : Rekod ringkas mengenai peristiwa atau tingkah laku kanak-kanak. Rekod ini mengandungi catatan tentang sesuatu peristiwa, masa dan tempat semasa pemerhatian dilaksanakan. b) Senarai semak : Senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan kemahiran kanak-kanak. Digunakan untuk memerhati perkembangan kemahiran, sikap dan nilai kanakkanak. c) Skala kadar : Mengenal pasti darjah pencapaian kanak-kanak dalam suatu aktiviti. digunakan untuk menilai dan merekod kemahiran dan tingkah laku kanak-kanak. d) Carta penyertaan : Merekod pencapaian dan penglibatan sekumpulan kanak-kanak dalam sesuatu aktiviti pada yang sama

Você também pode gostar