Você está na página 1de 2

Antara Kekuatan dan Kelemahan KBSR Matlamat kurikulum baru Sekolah Rendah adalah untuk memberikan pendidikan yang

menyeluruh kepada murid-murid. Jadi, oleh yang demikian, kejayaan KBSR ini dapat dilihat dari segi aspek pencapaian 3M - Membaca, Menulis dan Mengira - kemahiran belajar dan perkembangan sahsiah. Satu kajian tentang penilaian pencapaian KBSR ini yang telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan dengan Universiti Sains Malaysia pada tahun 1982. Laporan Fasa I (1988) kajian tersebut menunjukkan bahawa taraf penguasaan murid-murid dalam 3M ini adalah lebih tinggi apabila dibandingkan dengan murid-murid yang mengikuti kurikulum lama. Murid-murid KBSR berjaya menguasai kemahiran belajar yang raudah seperti menyoal, berbincang dan mengeluarkan pendapat . Sebilangan besar murid juga telah menguasai kemahiran belajar yang lebih kompleks lagi seperti mengenal idea-idea utama dan membuat rumusan Dari segi perkembangan sahsiah, murid-murid KBSR juga didapati lebih berani bercakap dan yakin-dan menunjukkan minat dalam pembelajaran mereka. Budaya membaca juga memuaskan. Selain daripada itu mereka boleh berinteraksi sesama sendiri , bekerjasama dan bertolak ansur. Laporan kajian penilaian pencapaian KBSR, Fasa II telah dibentangkan pada tahun 1990. Jadi, satu lagi kajian "Projek Inspire" yang menilai tentang pencapaian KBSR bagi murid-murid di luar bandar telah dijalankan. Projek Inspire ini adalah kajian yang berterusan mengenai penggunaan alat Bantu mengajar . KBSR telah menimbulkan kesan yang positif terutama dari segi murid. Penekanan KBSR ke atas pengajaran yang berpusatkan kepada murid, kepelbagaian aktiviti serta penglibatan semua murid dalam aktiviti yang berkenaan telah menghasilkan muridmurid yang lebih berminat dalam pembelajaran. Cadangan pengelolaan pengajaran seperti kaedah kelas, kumpulan, rakan sebaya dan individu serta penggunaan berbagai jenis bahan telah dapat memberi kepelbagaian dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, gerakerja kumpulan khasnya pula dapat menanamkan sifat-sifat kepimpinan dan bekerjasama di kalangan murid-murid. KBSR juga telah menegaskan bahawa aspek penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan hendaklah dijalankan berterusan. Ini adalah dengan tujuan supaya kelemahan tidak terkumpul dan langkah-langkah pemulihan dapat dijalankan dengan serta-merta. Program pemulihan dan pengayaan dijalankan untuk mengambil kira bahawa murid berbeza dari segi pengalaman, tingkah-laku, amalan kecenderungan, bakat dan kebolehan.

Melalui temuramah dengan guru-guru KBSR, adalah didapati bahawa golongan murid-murid yang tahu membaca adalah lebih ramai daripada dalam KLSR dan mereka membaca lebih pantas daripada murid-murid dalam KLSR. Penilaian yang telah dijalankan yang menunjukkan bahawa pencapaian murid KBSR dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil adalah lebih baik daripada murid-murid dalam KLSR. Dari sumber-sumber pengesanan yang lain didapati juga murid KBSR lebih cekap dan lebih berdikari.

Você também pode gostar