Você está na página 1de 18

MOHAMAD IZHAM BIN ABDUL RASHID,SAINS 1 JUN 2011 1 EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BIODATA DIRI

NAMA K/P KURSUS

: MOHAMAD IZHAM BIN ABDUL RASHID : 790819-11-5105 : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU(PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH.

KELAS ALAMAT

: SAINS KUMPULAN 1 AMBILAN JUN 2011. : 4483E, KUARTERS GURU SK SERI NEGERI, JALAN AYER HANGAT, 07000LANGKAWI KEDAH. : 019-7343439 : izham_rashid@yahoo.com.my : PN. LOW SHEOW FOONG

NO TEL EMAIL MENTOR

MOHAMAD IZHAM BIN ABDUL RASHID,SAINS 1 JUN 2011 2 EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SEKAPUR SIRIH Assalamualaikum w.b.r.t dan salam sejahtera dan salam 1 Malaysia, Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya serta inayahnya dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Tuan Haji Noor Azizan Bin Mohd Isa yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar kepada saya dalam proses menyiapkan tugasan ini dengan jayanya di samping untuk melahirkan sarjana yang berilmu dan bertakwa serta berketrampilan. Jutaan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan PPG Sains 1 Ambilan Jun 2011 yang telah banyak member pandangan dan membantu saya secara langsung dan tidak langsung dalam usaha menyelesaikan tugasan saya ini.

Sekian, terima kasih.

MOHAMAD IZHAM BIN ABDUL RASHID PPG SAINS 1 AMBILAN JUN 2011 IPG KAMPUS DARUL AMAN

MOHAMAD IZHAM BIN ABDUL RASHID,SAINS 1 JUN 2011 3 EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

ISI KANDUNGAN. BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 ISI KANDUNGAN Biodata diri Sekapur sireh Isi kandungan Borang rekod kolaborasi Pengenalan kepada model ASSURE Rancangan pelajaran harian Huraian langkah-langkah model ASSURE Huraian media yang digunakan Kesimpulan Bibliografi /Rujukan MUKA SURAT 1 2 3 4 5-7 8-10 11-14 15 16 17

MOHAMAD IZHAM BIN ABDUL RASHID,SAINS 1 JUN 2011 4 EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS NAMA PELAJAR KUMPULAN : MOHAMAD IZHAM B. ABDUL RASHID : PPG SAINS 1 SEMESTER EMPAT.

MATA PELAJARAN : EDU3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. PENSYARAH TARIKH : TH. HJ.NOOR AZIZAN BIN MOHD ISA PERKARA YG DIBINCANGKAN TANDATANGAN PENSYARAH TANDATANGAN PELAJAR

MOHAMAD IZHAM BIN ABDUL RASHID,SAINS 1 JUN 2011 5 EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGENALAN. Ada beberapa pandangan kenapa harus gunakan media atau teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Heinich, et al (1989) memberi tiga rasional kenapa media digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran: i. ii. Untuk menghasilkan instruksi dan pembelajaran yang berkesan. Instruksi harus dirancang secara sistematik menggunakan prinsip reka bentuk instruksional, teori pembelajaran dan komunikasi. iii. Media boleh menyumbang dan memudahkan perkembangan intelektual. Manakala mengikut (Yusup, 1998), peralatan dan bahan yang dibina, dirancang dan dilaksana untuk tujuan menyampaikan maklumat dan/atau menghasilkan pembelajaran.

Panduan umum mengguna media secara berkesan: Mesti bersesuaian dengan topik dan objektif pengajaran.pengajaran. Sesuai dengan ciri-ciri dan saiz kumpulan sasar; iaitu kumpulan besar, kumpulan sederhana dan pelajar individu. Pertimbangan kepada aspek-aspek perkakasan, perisian, kesesuaian, kemahiran tenaga pengajar dan khidmat sokongan. Ingatan penting: Tiada suatu media yang sesuai bagi semua pelajar untuk semua situasi pembelajaran. Strategi yang disarankan masa kini ialah mengguna pendekatan multimedia.

Sumbangan media terhadap pengajaran-pembelajaran: Meningkatkan motivasi pelajar. Mewujudkan suasana baharuan dan beraneka. Menarik perhatian pelajar pelbagai kebolehan. Menggalakkan penyertaan pelajar secara aktif. Meneguhkan pembelajaran tanpa membosankan. Meluaskan skop pengalaman pelajar. Menjamin pemikiran yang teratur dan berkesinambungan.

Penggunaan media telah menukarkan peranan guru daripada pengajar kepada fasilitator pembelajaran. Media boleh digunakan dalam pelbagai situasi pengajaran-pembelajaran, misalnya

MOHAMAD IZHAM BIN ABDUL RASHID,SAINS 1 JUN 2011 6 EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Memperkenalkan topik baru Menjelas, menginterpretasi dan mengukuhkan idea, konsep atau prinsip Mendemonstrasi sesuatu kemahiran, amalan atau siri tindakan Merumuskan dan mengulangkaji pelajaran Melaksanakan aktiviti atau tugasan Menilai pengajaran dan pembelajaran

Penggunaan media secara bersistematik: kelebihan dan batasan sesetengah media; proses pemilihan dan penghasilan media berdasarkan model seperti model ASSURE, ADDIE dan DID.

Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya sesuatu objektif pembelajaran dapat dicapai. Model pengajaran yang sesuai digunakan untuk membantu guru mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih jelas dan berkesan supaya objektif pembelajaran dan pengajaran guru dapat dicapai. Bahan yang digunakan dapat membantu guru untuk menjelaskan konsep dan memberi penerangan kepada pelajar agar mesej yang ingin disampaikan jelas dan tepat. Reka bentuk pengajaran sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan dapat mencapai objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap dan sistematik. Seseorang guru perlu mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka memerlukan satu perancangan yang rapi untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan. Model reka bentuk pengajaran yang saya pilih adalah model ASSURE. Model ASSURE digubal oleh Heinich dan rakan-rakan, model ini mengalami perubahan terbarunya pada tahun 2002. Model ini bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Model ini berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah. Ditujukan khas untuk setiap pengajar. Model ASSURE bermaksud mempastikan pembelajaran berlaku. Dalam model ini terdapat enam langkah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1:

MOHAMAD IZHAM BIN ABDUL RASHID,SAINS 1 JUN 2011 7 EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

A - Analyse learners (Analisis pelajar). S - State objectives (Nyatakan objektif pembelajaran ). S Select, modify or make media (Pilih, baiki atau bina media). U - Use media (Gunakan media ). R - Require learner response (Keperluan tindakan ). E Evaluate / revise materials (Menilai dan semak semula ).

Nyatakan objektif

Gunakan bahan

Menilai

Analisis pelajar

Pilih/baiki/bina bahan

Keperluan tindakan

Rajah 1 : Model ASSURE

MOHAMAD IZHAM BIN ABDUL RASHID,SAINS 1 JUN 2011 8 EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

HURAIAN LANGKAH-LANGKAH DALAM MODEL ASSURE MENGIKUT TOPIK YANG DIPILIH.

Rancangan pengajaran harian sains tahun 4. TAHUN MASA TEMA : : : 4 Excellent 60 Minit Menyiasat Alam Kehidupan : : Proses Hidup Di akhir pembelajaran murid akan dapat :

BIDANG PEMBELAJARAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN

1. Berwaspada mengenai tabiat yang menganggu proses hidup

HASIL PEMBELAJARAN :

Di akhir pembelajaran murid akan dapat : 1. Memberi contoh tabiat yang membawa keburukan kepada kehidupan manusia 2. Menyatakan kesan merokok terhadap paru-paru.

Fasa (Masa) Set Induksi (5 minit)

Isi Kandungan Tabiat buruk manusia

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Guru menyediakan beberapa keratan akhbar mengenai tabiat buruk manusia Guru memilih 2 orang murid untuk membaca berita yang disediakan dan mengarahkan murid membaca berita seperti pembaca berita ditelevisyen. (Skrip berita) Guru bertanya soalan-soalan berkaitan Contoh Soalan 1: Mengapakah murid itu dibuang sekolah? Soalan 2: Mengapakah ibu malang itu di kelar lehernya oleh anaknya? Soalan 3: Mengapakah kereta yang dipandu oleh pemuda tersebut terbabas?

Catatan KPS -Memerhati -Berkomunikasi KBKK -Menjana idea -Membandingkan dan membezakan Nilai Murni -Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling BBM Teks berita Keratan akhbar

MOHAMAD IZHAM BIN ABDUL RASHID,SAINS 1 JUN 2011 9 EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Langkah 1 (10 minit)

Contoh tabiat yang membawa keburukan kepada kehidupan manusia

Jenis aktiviti Soal-Jawab Peta minda 1. 2. Guru menayangkan gambar-gambar orang merokok, minum arak dan jenis-jenis dadah. Guru menyoal murid: a) Berdasarkan berita-berita yang dibacakan adakah tabiat-tabiat tersebut baik atau buruk. Jawapan Ya buruk b) Bina Peta Minda Tabiat-tabiat buruk Minum arak
Merokok Mengambil dadah

KBKK -mengumpul -mengelas KPS -berkomunikasi -pemerhatian

Nilai Murni -berfikir secara rasional

BBM Slide gambargambar dari internet

2. Guru menayangkan gambar-gambar orang merokok, minum arak dan jenis-jenis dadah. Langkah 2 Menyatakan keburukan kesan merokok kepada paru-paru Jenis aktiviti : hands-on aktiviti Langkah-langkah 1. Memasukkan kapas kedalam botol air mineral. 2. Menutup tutup botol dengan plastisin 3. Tebuk lubang pada plastisin dengan menggunakan pensil. 4. Masukkan rokok ke dalam lubang yang disediakan. 5. Nyalakan rokok tersebut. 6. Memicit botol plastik menggambarkan manusia bernafas 7.Keluarkan plastisin dan rokok . 8. Buat pemerhatian terhadap kapas. Dapatan 1. Guru meminta murid merekodkan dapatan eksperimen. (contoh catatan eksperimen di bawah) KPS -berkomunikasi KBKK -mengikut urutan -menganalisis -membanding dan membeza Nilai Murni -berkerjasama -sistematik BBM -botol plastik -kapas -rokok Gambarajah di powerpoint

Langkah 3 (10 minit)

Menyatakan keburukan kesan merokok kepada

Jenis Aktiviti : Gambar 1. Guru menunjukkan gambar

KPS -pemerhatian -berkomunikasi

MOHAMAD IZHAM BIN ABDUL RASHID,SAINS 1 JUN 2011 10 EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

paru-paru

menggunakan komputer kesan merokok terhadap paru-paru 2. Guru menyoal murid: (a)Apakah perbezaan antara paru-paru yang ditunjukkan? Jawapan: Paru-paru elok dan rosak (b) Apakah kesan daripada tabiat tersebut terhadap manusia? Jawapan: Kanser paru-paru Jenis Aktiviti: Percambahan Fikiran 1. Guru meminta murid membuat kesimpulan daripada eksperimen yang telah dijalankan. Jawapan : Merokok membahayakan kesihatan Merosakkan gigi Bau nafas dan badan Mencemarkan udara Menjejaskan kesihatan orang sekeliling 2. Guru merumuskan dari percambahan fikiran tersebut. - Mengingatkan murid supaya tidak mendekati rokok

-meramal KBKK -Membanding dan membeza -menjana idea Nilai Murni -Berfikiran kritikal dan analitis BBM Buku teks tahun 4 Gambar dari powerpoint

Langkah 4 (10 minit)

Kesimpulan

KPS -membuat inferens

KBKK -menjana idea Nilai Murni -Bertanggungjawab keselamatan diri, rakan dan alam sekeliling

Langkah 5 (10 minit)

Refleksi

Jenis Aktiviti: Pertandingan melukis karikatur 1. Guru menunjukkan poster anti merokok kepada pelajar. 2. Guru meminta murid melukis kartun Kempen anti merokok

BBM Kertas lukisan Pensil warna

MOHAMAD IZHAM BIN ABDUL RASHID,SAINS 1 JUN 2011 11 EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Analisa Pelajar (Analyze Learners) Model ASSURE bermula dengan analisis pelajar. Ciri-ciri umum pelajar termasuklah deskripsi tentang umur pelajar, latarbelakang dan sebagainya. Maklumat yang dinyatakan di atas boleh dijadikan asas dalam pemilihan media. Maklumat tersebut boleh diperolehi

dengan meneliti rekod pelajar dan berinteraksi secara langsung dengan pelajar akan dapat mengetahui harapan, sikap dan latar belakang pelajar. Peringkat pertama berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran. Maklumat diperolehi daripada ujian kemasukan dan juga interaksi bersama mereka. Pelajar pernah mendapat maklumat daripada buku rujukan dan mendapat pendedahan melalui majalah dan TV malahan turut melihat gejala menghisap rokok, minum minuman keras dan menagih dadah. Media yang digunakan perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar, kandungan pelajaran, kaedah, media dan bahan pembelajaran. Untuk menganalisis ciri pelajar, terdapat 3 perkara penting yang perlu dilihat iaitu: penggunaan sesuatu media dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar supaya penggunaannya berkesan dan bermakna kepada pelajar itu sendiri. Perkara-perkara berikut harus dijadikan pertimbangan guru iaitu perkembangan tahap kognitif dan fizikal pelajar yang akan diajar. Dengan itu bahan media yang digunakan dapat disesuaikan dengan tahap kognitif pelajar, di mana hasil pengajaran dan pembelajaran adalah lebih berkesan.

Menyatakan Objektif (State Objective) Objektif pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas supaya guru dapat lebih fokus kepada perkara yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat berdasarkan objektif pembelajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian dapat dipilih kerana guru telah fokus terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap baru yang perlu dikuasai oleh pelajar. Objektif pembelajaran berfokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari. Objektif topik ini ialah pelajar dapat: 1. Memberi contoh tabiat yang membawa keburukan kepada kehidupan manusia 2. Menyatakan kesan merokok terhadap paru-paru.

MOHAMAD IZHAM BIN ABDUL RASHID,SAINS 1 JUN 2011 12 EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Memilih Kaedah, Media dan Bahan (Select Methods, Media and Materials) Dalam proses pemilihan, membaiki atau mengubah suai media, guru perlu berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Terdapat 3 perkara yang perlu dilakukan dalam langkah ini: i. Memilih kaedah Dalam satu pengajaran, pelbagai kaedah berbeza akan diaplikasi untuk disesuaikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dipilih seperti set induksi, pengenalan untuk konsep, aktiviti berkumpulan dan pertandingan melukis poster. Guru menarik perhatian pelajar dengan memulakan set induksi dan diikuti dengan kaedah perbincangan, mengeksperimen dan melukis karikatur untuk mempelajari sesuatu pengetahuan yang baru.

ii.

Memilih media Pemilihan media yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran

merupakan antara faktor yang membolehkan mesej atau maklumat disampaikan secara bermakna. Media yang dipilih ialah keratan akhbar, slaid, video, dan buku teks. Format media yang dipilih perlu sesuai dengan keupayaan pelajar. iii. Memilih bahan Bahan sumber pengajaran pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran. Bahan yang dipilih ialah buku teks Sains tahun 4, plastisin, kapas, botol air mineral, rokok, dan kertas lukisan.

Menggunakan Media dan Bahan (Utilize Media and Materials) Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah penting kerana hal ini menjadi penentuan kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menggunakan persembahan powerpoint dalam bentuk slaid dalam proses pengajaran dan menyediakan bahan pengajaran dalam bentuk aktiviti hands-on bagi meningkatkan lagi tahap pemahaman mereka mengenai bahaya merokok. Buku teks Sains tahun 4 juga digunakan. Media dan bahan yang telah dipilih akan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk

MOHAMAD IZHAM BIN ABDUL RASHID,SAINS 1 JUN 2011 13 EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

pembelajaran pelajar. Selain itu pemilihan bahan dan media tersebut adalah bersesuaian dengan pengalaman pelajar, jadi akhirnya dapat mendatangkan manfaat kepada para pelajar.

Apabila pemilihan bahan yang akan digunakan dalam langkah pengajaran telah dilaksanakan, guru perlu merancang bagaimana bahan yang dipilih tersebut dapat digunakan secara optimum untuk mencapai objektif pengajaran. Bagi memastikan bahan tersebut digunakan secara optimum beberapa langkah perlu diambil oleh guru baik sebelum atau semasa pengajaran sedang berlangsung. Sebelum penggunaan bahan yang dipilih atau dibina, guru harus terlebih dahulu mengadakan pratonton media tersebut sama ada manual penggunaanya, laporan, lampiran atau melihat sendiri sama ada melalui paparan komputer atau mendengar audio atau membaca teksnya supaya sesuai dengan objektif pembelajaran. Bahan-bahan tersebut perlu dikendalikan dengan baik oleh guru pada setiap tahap penyampaian isi pelajaran kerana ia akan memberi kesan yang positif atau sebaliknya kepada pembelajaran.

Cara penggunaan bahan ialah: Guru akan memanggil dua orang murid bagi membaca teks yang telah disediakan oleh guru. Murid secara berkumpulan akan dibekalkan dengan bahan seperti plastisin, rokok, botol mineral, kapas bagi menguji kesan asap rokok terhadap paru-paru.

Cara penggunaan media ialah: Gambar-gambar kesan tabiat buruk dan langkah penyiasatan kesan merokok akan dipaparkan dengan sokongan komputer dan projektor.

Memerlukan Penyertaan Pelajar (Require Learner Participation) Untuk memastikan proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu terlibat dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, gerak kerja kumpulan, latihan dan sebagainya. Pengukuhan serta merta perlu diberikan atas tindak balas pelajar yang betul.

MOHAMAD IZHAM BIN ABDUL RASHID,SAINS 1 JUN 2011 14 EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penglibatan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah pada set induksi lagi dimana dua orang murid dipanggil bagi membaca teks yang disediakan oleh guru. Ini adalah bagi menarik perhatian pelajar lain dalam memberi tumpuan mengenai perkara yang akan disampaikan oleh rakan mereka. Kesinambungan daripada set induksi tersebut, penglibatann murid diteruskan dengan aktiviti bersoaljawab. Langkah seterusnya akan menglibatkann kesemua murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran apabila aktiviti berkumpulan iaitu hands-on dilakukan untuk menguji kesan rokok terhadap kapas. Akhir sekali apabila setiap pelajar dikehendaki melukis karatur mengenai kesan merokok tentu sekali menarik perhatian dan penglibatan pelajar dalam aktiviti yang disediakan.

Menilai dan Mengulangkaji (Evaluate and Revise) Penilaian ialah proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses P&P mahupun program pendidikan yang dilaksanakan. Penilaian boleh dibuat terhadap sesebuah program atau kursus, kesusuaian penggunaan media, pembinaan bahan pengajaran, dan pencapaian murid mengikut keperluan. Setelah tamat pengajaran, penilaian perlu dilakukan untuk melihat kekuatan dan keberkesanan media secara menyeluruh agar penambahbaikan dapat dilakukan untuk mendapatkan kesan penggunaan media yang maksimum dalam pengajaran. Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. pencapaian pelajar dibahagikan kepada tiga, iaitu i. Prestasi pelajar berdasarkan rujukan criteria (penilaian pelajar berdasarkan suatu set objektif yang telah ditentukan) ii. iii. Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran. Sikap. Secara umum,

Daripada aktiviti yang dirancang , penilaian dibuat sepanjang pengajaran dan pembelajaran dengan guru mengadakan sesi soal-jawab dan percambahan idea. Bertitik tolak daripada itu, guru dapat membuat penilaian mengenai sejauhmana tahap pemahaman murid mengenai topic ini, sama ada pelajar faham atau tidak. Ini adalah bagi menjadi rujukan kepada guru sama ada perlu penambahbaikan pada aktiviti yang telah dilaksanakan.

MOHAMAD IZHAM BIN ABDUL RASHID,SAINS 1 JUN 2011 15 EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Cara Media digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pada permulaan pengajaran guru telah menggunakan media teks sebagai menarik minat perhatian kelas. Guru menyediakan beberapa keratan akhbar mengenai tabiat buruk manusia dan seterusnya guru memilih dua orang murid untuk membaca berita yang disediakan dan mengarahkan murid membaca berita seperti pembaca berita di televisyen. Ini adalah sebagai satu alat untuk menarik minat kelas untuk memberi tumpuan. Pada langkah satu guru telah menggunakan media visual dengan guru menayangkan gambar-gambar orang merokok, minum arak dan jenis-jenis dadah dengan menggunakan slaid. Ini adalah satu wadah bagi menarik minat murid daripada guru hanya menceritakan dan murid menggambarkan. Adalah sukar bagi murid yang berumur 10 tahun untuk menggambarkan jenis-jenis dadah dan mengetahui jenis-jenis dadah. Dengan menunjukkan slaid, sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan baharu kepada murid. Pada langkah yang berikutnya, murid-murid telah dibekalkan dengan rokok, kapas, botol mineral dan plastisin bagi menjalankan penyiasatan kesan rokok terhadap kapas. Dengan menggabungkan semua bahan yang dibekalkan, maka terbentuklah model seumpama manusia menghisap rokok. Ini akan memberi gambaran kepada pelajar kesan rokok terhadap kesihatan manusia apabila melihat perubahan warna pada kapas. Pada langkah 3, guru menggunakan media teks iaitu dengan menggunakan buku teks sains tahun 4 sebagai rujukan pelajar mengenai paru-paru yang sihat dan paru-paru yang rosak akibat merokok. Tambahan daripada itu juga, guru turut menyediakan slaid mengenai kesan merokok terhadap paru-paru. Slaid ini ditayangkan pada kelas dan murid diminta menyatakan kesan yang berlaku kepada kesihatan manusia. Akhir sekali, guru menggunakan poster sebagai peransang kepada murid untuk melukis karikatur mengenai anti-merokok ataupun katakana tidak pada rokok. Ini adalah sebagai panduan kepada pelajar untuk melukis karikatur atau poster yang hendak dibuat oleh mereka. Poster ini dilekatkan dihadapan kelas sebagai panduan kepada pelajar untuk membina poster.

MOHAMAD IZHAM BIN ABDUL RASHID,SAINS 1 JUN 2011 16 EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KESIMPULAN
Model reka bentuk ASSURE merupakan satu model pengajaran yang mempunyai banyak kebaikan kepada guru dalam perancang pengajaran dan pembelajaran. Sebelum memulakan sesi pengajaran, terlebih dahulu guru telah bersedia dengan keberadaan muridmurid yang dihadapinya. Langkah-langkah yang diperkenalkan dalam model ASSURE secara lansung membantu guru merancang strategi pengajaran berdasarkan tahap

keupayaan dan kesediaan murid. Penggunaan sumber yang menarik, terancang dan berkualiti pasti tidak akan membosankan murid. Hasil daripada itu, kesan positif yang diperoleh daripada aktiviti pembelajaran akan dapat diaplikasikan oleh murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang mendatang.

MOHAMAD IZHAM BIN ABDUL RASHID,SAINS 1 JUN 2011 17 EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BIBLIOGRAFI.

Abd Wahab Ibrahim.(1994). PULSAR Modul 5 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Azwan bin Abidin & Rozita bt Nawi.(2002)E-Learning:penerokaan media pembelajaran terkini. Atas talian.http:www.elearning.unimas.my/Articles /archives /000002.html. 30 Julai 2005. Berita Harian, 20 Julai 2002. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. hal 4. Ismail Zain (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Rio Sumarni Sharifuddin. (1997). Pengajaran dan Pembelajaran Sains berbantukan komputer. Jurnal Pendidikan UTM. Jilid 3 Bil. 1. April 1995: hal. 1-5. Sharifah Alwiah Alsagoff. (1992). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bab 12. Wan Abd Kadir Wan Ahmad, Ramlah Hamzah, Rosini Abu (2005). Prinsip teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur. OUM Yusuf Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Sdn. Bhd. Zakaria Kasa & Aida Suraya Md. Yunus (2001). Modul Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan. Serdang. IDEAL

MOHAMAD IZHAM BIN ABDUL RASHID,SAINS 1 JUN 2011 18 EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN/ULASAN

Você também pode gostar