Você está na página 1de 6

Obesiti Friday, August 27, 2010 APA YANG ANDA FAHAM TENTANG OBESITI??

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.Siapakah yang tergolong dalam obesiti? Orang dewasa? Remaja? Kanak-kanak? Obesiti tidak mengira bangsa, jantina, mahupun umur seseorang. Antara-antara karakteristik masalah obesisiti pada seseorang adalah berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal, berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya, Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI), mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis), dan gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan. Untuk memudahkan lagi seseorang itu mengetahui adakah dia terlibat atau tidak dalam masalah obesiti bolehlah membuat penilaian melalui indeks Jisim Badan(BMI). Indeks Jisim Badan atau BMI merujuk kepada kadar berat berbanding ketinggian, atau isipadu seseorang. Cara pengiraan Index Jisim Badan adalah seperti berikut:

Berat (kg)

BMI =

-------------------------------------

(Tinggi (m) X Tinggi (m))

-Bawah 18.5 kurang berat -Antara 18.5 - 22.9 berat yang sihat -23 hingga 27.4 agak lebih berat -27.5 dan keatas gemuk / obes

Walau bagaimanapun, formula ini tidak boleh digunakan jika anda:

-berusia kurang dari 18 tahun atau lebih 64 tahun - mengandung atau menyusukan anak -seorang ahli sukan yang aktif

Pada tahun 2009, Malaysia mempunyai peratusan rakyat dengan berat berlebihan dan masalah obesiti tertinggi berbanding negara-negara lain di Asia.Berikutan itu, Malaysia mungkin menghadapi isu kesihatan yang besar jika rakyat tidak mengambil langkah untuk mengamalkan cara hidup sihat.Terdapat 38 peratus suri rumah di Malaysia diklasifikasikan sebagai mempunyai berat berlebihan atau obes pada skala antarabangsa Indeks Berat Badan (BMI) dua kali purata negara-negara Asia lain. Antara-antara risiko kesihatan yang bakal dihadapi oleh mereka yang mengalami obesiti ialah penyakit kardiovaskular(berkaitan dengan jantung), Strok (angin ahmar), Tekanan darah tinggi, Diabetes (kencing manis) dan lain-lain lagi penyakit yang merbahaya. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan seseorang mengalami masalah ini. Seseorang itu lebih berkiblatkan nafsu semasa makan merupakan antara punca-punca keadaan sedemikian berlaku. Evolusi demi evolusi seseorang daripada individu yang normal kepada individu yang mengalami masalah obesiti dapat digambarkan seperti gambar di atas.

KHOR JIEN HONG MUHAMMAD NOORHAFIZI BIN NOOR AZAY (207278) Posted by hyperobes

KENAPA SESEORANG INDIVIDU ITU MENGALAMI OBESITI??? PERSEKITARAN Faktor lingkungan atau persekitaran ternyata juga mempengaruhi seseorang untuk menjadi gemuk Jika seseorang dibesarkan dalam lingkungan yang menggangap gemuk sebagai adalah simbol kemakmuran dan keindahan, maka orang tersebut akan cenderung untuk menjadi

gemuk. Selagi pandangan tersebut tidak dipengaruhi oleh faktor luaran, maka orang yang obesiti tidak akan mengalami masalah-masalah psikologi berkaitan dengan kegemukan. Jadi, bagi para remaja yang kebetulan memiliki berat badan yang berlebihan dan belum berjaya mengurangi berat badan , janganlah berasa kecewa. Mungkin dengan mengetahui faktor-faktor penyebab kegemukan seperti yang tertulis anda akan menemui penyebab mengapa berat badan anda tidak kunjung susut. FAKTOR KETURUNAN

Faktor keturunan juga mempengaruhi rupa bentuk badan seseorang.Penyelidikan yang dibuat di Amerika Syarikat membuktikan bahawa anak-anak dari keturunan ibu bapa yang bertubuh normal mempunyai 10% peluang menjadi gemuk.Peluang itu akan bertambah menjadi 40-50% jika salah seorang daripada ibu bapa mengalami masalah berat badan.Dan akan meningkat menjadi 70-80% jika kedua-duanya menghidap obesiti. Kegemukan boleh diturunkan dari generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya di dalam sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga. Dalam hal ini nampaknya faktor genetik telah ikut campur dalam menentukan jumlah unsur sel lemak di dalam tubuh. Hal ini dimungkinkan kerana pada ketika ibu yang obesiti sedang hamil, maka unsur sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akan diturunkan kepada si bayi sewaktu dalam kandungan. Maka, tidak hairanlah bila bayi yang lahir pun memiliki unsur lemak tubuh yang relatif sama besar.

ZURUL FARIDAH BT.ABD.GHANI (206795)

DIET YANG TIDAK SEIMBANG Mengambil kurang makanan pula akan menyebabkan perut lapar dan kurang bertenaga. Apabila tenaga kurang, sistem badan akan secara automatik mengambil kalori dari sumber lain untuk ditukar menjadi tenaga iaitu sel-sel otot dan sel-sel lemak. Biasanya sel-sel otot lebih mudah untuk ditukar menjadi tenaga berbanding sel-sel lemak. Oleh itu, berat badan

akan menurun, tetapi penurunan dalam jisim otot dan kandungan berat air sahaja. Sebaliknya lemak masih kekal. Bila sel-sel otot berkurangan, kadar metabolisme akan menurun. Bagi setiap 1 kg otot, badan berupaya membakar kalori 200 -300 kalori sehari. Maknanya jika sel-sel otot sudah berkurangan, secara tak langsung kadar menggunakan kalori juga menurun. Pada satu tahap, penurunan berat badan akan terhenti buat seketika kerana sel-sel otot sudah tidak diambil lagi untuk ditukar menjadi tenaga. Sistem badan akan melakukan perubahan di mana ketika ini sel-sel lemak pula akan ditukar menjadi tenaga. Ini biasanya akan mengambil sedikit masa. Kebiasaanya, ketika ini ramai yang sudah berputus asa untuk tidak berdiet lagi. Bila kita mengamalkan semula cara pemakanan kita yang lalu, biasanya berat badan akan naik lebih cepat. Ini kerana sel-sel otot yang sudah berkurangan yang mana kadar metabolisme juga menurun. Jadi walaupun kita makan kadar yang sedikit tetapi sistem badan tidak berupaya membakar kalori yang banyak.

KURANG MENGGUNAKAN TENAGA Pekerjaan yang dilakukan hari-hari akan mempengaruhi gaya hidup seseorang.Kurang melakukan aktiviti fizikal akan menyebabkan proses pembakaran kalori terganggu.Umumnya kandungan kalori yang berlebihan yang tidak diimbangi dengan aktiviti fizikal akan menyebabkan tubuh menjadi berisi dan gemuk. Jika anda selalu tidur dan kurang bersenam, ianya akan mempengaruhi keadaan fizikal tubuh badan anda. Aktiviti fizikal seperti senaman sangat perlu untuk membakar kalori dalam tubuh badan. Jika anda makan dengan berlebihan dan tidak diseimbangi dengan senaman, maka berat badan anda akan naik. Seseorang yang kurang bersenam dan kurang melakukan aktiviti lebih mudah untuk mendapat obesiti. Di dalam keadaan yang serba selesa pada masa kini juga boleh menyebabkan obesiti. Contohnya menonton televisyen, bermain video game, menggunakan komputer dan sebagainya. Metabolisme memiliki tanggungjawab dua pertiga daripada pengeluaran tenaga orang normal. Meski aktiviti fizikal hanya mempengaruhi satu pertiga pengeluaran tenaga seseorang dengan berat normal, tetapi bagi orang yang memiliki kelebihan berat badan, aktiviti memiliki peranan yang sangat penting. Pada waktu bersukan, kalori terbakar, makin banyak bersukan, maka semakin banyak kalori yang hilang. Kalori secara tidak langsung mempengaruhi sistem metabolisme. Orang yang duduk bekerja sehari-harian akan mengalami penurunan metabolisme tubuhnya. Kekurangan aktiviti gerak akan menyebabkan suatu siklus yang hebat, obesiti membuatkan aktiviti sukan menjadi sangat sukar dan kurang dapat dinikmati dan kurangnya sukan secara tidak langsung akan mempengaruhi turunnya metabolisme tubuh orang tersebut. Jadi sukan sangat penting dalam penurunan berat badan tidak sahaja kerana dapat membakar kalori, melainkan juga kerana dapat membantu mengatur berfungsinya metabolis normal. Jika seseorang itu tidak melakukan aktiviti seperti senaman, jogging, riadah, bersukan dan sebagainya akan menyebabkan kadar metabolisme menurun.

KOH MIIN YIU (207157)

BUDAYA MAKAN MALAM

Tentu ramai bersetuju bahawa orang Malaysia suka makan mengikut selera. Semua makanan yang sedap akan diambil tanpa memikirkan kesan pada kesihatan. Malah ramai juga yang berpegang pada falsafah, 'hidup hanya sekali dan makanlah selagi ada selera sebab jika sudah sakit, Salah satu punca obesiti tanpa disedari ialah budaya atau tabiat suka makan pada waktu malam.Restoran dan gerai-gerai yang dibuka 24 jam telah menikmati ramai orang menghabiskan waktu santai mereka makan dan minum sehingga lewat malam. Memetik kata-kata mantan Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar yang pernah penulis temui tidak lama dulu, banyak negara yang telah dikunjunginya dan puas mengelilingi dunia, tiada negara yang restoran atau gerai makan yang dibuka 24 jam kecuali Malaysia. Mereka yang sememangnya tidak boleh tidur malam lantas menghabiskan masa dengan makanmakan di restoran mamak 24 jam atau gerai yang menjual bermacam-macam jenis makanan yang enak.Namun,kadar metabolisme kita rendah pada waktu malam dan lemak lebih mudah berkumpul. Kebanyakan restoran 24 jam menjual makanan yang tinggi kandungan lemak, kalori dan kolesterol. Contohnya sekeping roti canai mengandungi 301 kalori, roti telur ( 356 kalori), capati (300 kalori), mi goreng (281 kalori) dan ayam goreng (255 kalori).

PENGARUH EMOSIONAL Obesiti bermula daripada masalah emosional yang tidak dapat diatasi. Orang gemuk dahaga akan kasih-sayang, seperti masakan ibu sebagai simbol kasih terhadap mereka. Ia juga dianggap kelebihan makan sebagai subtitusi untuk pengganti kepuasan lain yang tidak tercapai dalam hidupnya. Namun sebahagian orang yang berlebihan berat badan tidaklah lebih terganggu secara psikologi dibandingkan dengan orang yang berbadan normal .Meski banyak pendapat yang

mengatakan bahawa orang gemuk biasanya tidak bahagia, namun sebenarnya ketidakbahgiaan tekanan batinnya lebih diakibatkan sebagai hasil daripada kegemukan. Dalam suatu masyarakat tubuh kurus sering dikaitkan dengan kecantikan, sehingga orang gemuk cenderung berasa malu dengan penampilannya dan kesukaran mengendalikan diri terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan perilaku makan . Orang gemuk seringkali mengatakan mereka cenderung makan lebih banyak kerana tertekan,cemas dan membuktikan kebenaran. Orang gemuk makan lebih bamyak masa dalam suatu keadaan yang sangat tertekan.Manakala orang yang dalam keadaam normal makan dalam situasi yang kurang tertekan(Mckenna,1999). Dalam suatu kajian yang dilakukan oleh White(1977)pada kumpulan orang yang berat badan berlebihan dan kumpulan orang yang mempunyai berat badan kurang dengan menyajikan kerepek (makanan ringan) setelah mereka menonton empat jenis filem yang mengundang emosi yang berbeza, iaitu filem yang suspens, ceria, mernngsang ghairah seksual, dan sebuah ceramah yang membosankan. Pada orang gemuk didapati bahawa mereka lebih banyak menghabiskan kerepek setelah menyaksikan filem yang tegang atau suspens dibandingakan setelah menonton filem yang membosankan. Sedangkan pada orang yang berat badan berkurangan , selera makan kerepek tetap sama setelah menonton filem yang tegang mahupun filem yang membosankan.

TEOH MOOI WEI (207080) KOH MIIN YIU TEOH MOOI WEI Posted by hyperobes

Você também pode gostar