Você está na página 1de 6

PENGENALAN Kursus ini meliputi konsep Pendidikan Seni Visual, serta matlamat dan objektif Pendidikan Seni Visual

dalam KBSR. Kursus ini juga menekankan kepentingan Pendidikan Seni Visual dalam kehidupan seharian. Pelajar mengupas dan membincang beberapa pandangan serta sumbangan tokoh-tokoh seni dan pendidik-pendidik seni tentang seni visual. Pelajar didedahkan tentang kesenian pelbagai budaya di Alam Melayu, India, China, Jepun dan Barat. Konsep kraf diperkenalkan. Kepentingan Pendidikan Seni Visual dalam teknologi tinggi juga diberi perhatian. Negara-negara Islam, Barat, China, India atau Jepun telah melahirkan ramai tokoh-tokoh seni atau pendidik seni yang terkenal dan mereka banyak mengutarakan pendapat tentang konsep pendidikan seni visual.

PENGHARGAAN Saya berasa sangat gembira kerana berjaya menghabiskan tugasan kerja kursus pendek (KKP) bagi mata pelajaran Pengenalan Pendidikan Seni Visual (PSV3101). Tugasan saya dapat dihasilkan dalam tempoh yang ditetapkan kerana mendapatkan bantuan dari pensyarah, ahli keluarga dan rakan-rakan sekalian. Terutama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pensyarah yang terlibat terutama sekali pensyarah pembimbing saya, En. Abdullah bin Deraman yang banyak memberi panduan dan tunjuk ajar kepada saya dalam penyiapan tugasan ini. Sesungguhnya atas bantuan pensyarah pembimbing, saya banyak memahami isi-isi yang diperolehi dan memahami konsep yang dinyatakan secara umumnya. Saya mengucapkan terima kasih lagi kepada pensyarah pembimbing kerana sudi memberi penjelasan tentang kerja kursus yang banyak membantu saya dalam melaksanakan tugasan ini. Penjelasan tersebut amat berguna kerana saya dapat memahami tugasan yang dikehendaki. Selain itu ,saya juga mengucapkan terima kasih kepada senior dan rakan-rakan. Mereka telah membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini dengan memberikan cadangan dan maklumat yang tepat sebagai rujukan. Di samping itu, saya juga ingin berterima kasih kepada ibu bapa kami.Mereka telah memberikan sokongan dari segi moral kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan kerja kursus ini. Hal ini telah meningkatkan keyakinan saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan tepat dan betul. Kesimpulannya,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada sesiapa yang pernah membantu saya dalam tugasan ini. Sekian terima kasih.

REFLEKSI Salam sejahtera, saya ingin mengucapkan syukur atas berkat dan kesabaran saya dalam menempuhi pelbagai rintangan dan halangan bagi menyiapkan kerja kursus ini iaitu Pengenalan Pendidikan Seni Visual (PSV3102). Sebelum saya memulakan pencarian maklumat, saya berasa agak susah untuk memahami kehendak tugasan ini kerana tidak berapa faham dan keliru terhadap penjelasan yang diberi oleh pensyarah. Namun, setelah pertanyaan beberapa kali, akhirnya saya dapat memahami soalan tersebut dengan teliti. Saya mengambil sedikit masa untuk menemui rujukan ilmiah yang berkaitan dengan tugasan ini seperti maklumat mengenai tokoh-tokog pendidik seni. Dengan dorongan daripada pelbagai pihak khususnya rakan-rakan dan ahli keluarga telah membuatkan saya berasa lebih bersemangat untuk teruskan usaha mencari maklumat yang berkaitan dengan tugasan. Masalah utama semasa saya melaksanaan tugasan ini ialah kurang

pengetahuan terhadap tokoh-tokoh pendidik seni. Saya tidak pernah memberi perhatian kepada tokoh-tokoh tersebut sebelum ini dan ini telah menyukarkan saya untuk melakukan tugasan ini. Saya telah mengambil masa yang agak panjang untuk memahami pandangan tokoh terhadap seni dan juga telah banyak berbincang dengan rakan. Walaupun saya telah mengalami sedikit masalah semasa menjalankan tugasan, tetapi akhirnya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan. Akhir sekali, melalui hasil pembelajaran kursus ini saya dapat memahami lebih mendalam tentang tokoh-tokoh seni. Ia merupakan maklumat yang amat berguna untuk kita supaya lebih memahami tentang subjek pendidikan seni. Melalui tugasan ini juga, saya telah dapat menambah pengetahuan saya tentang sejarah dan sumbangan tokohtokoh dalam pendidikan seni. Saya juga berasa pengetahuan ini amat berguna untuk kita lebih memahami tentang seni. Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN Karya-karya Tokoh Pendidik Seni Malaysia : Syed Ahmad Jamal

Langit dan Bumi

Syed Ahmad Jamal Datuk Tajuk: Umpan 1959

Perubahan Pada Permandangan 1961

1965 Tercapai - Syed Ahmad Jamal

Jendela diAngkasa (1969)

KARYA-KARYA ARISTOTLE

Você também pode gostar