Você está na página 1de 41

AGAMA ISLAM DAN AGAMA-AGAMA LAIN DI MALAYSIA

Agama Islam : keamanan, baik dengan diri sendiri, dengan umat sendiri mahupun sesama umat manusia. Tiada paksaan dalam menganut agama Islam. Hal ini terpancar dalam ayat suci alQuran, misalnya surah al-Baqarah ayat 256, Tidak ada paksaan dalam menganut agama, sesungguhnya telah jelas petunjuk itu daripada kesesatan.

Agama Islam menerima pluralisme umat manusia dengan positif dalam ayat yang bermaksud: Wahai umat manusia, Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semuliamulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan dan bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha mengetahui, lagi mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan

Nilai-nilai murni yang bersifat universal bermanfaat kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang agama. Sifat mencintai keamanan dan setia kawan sesama manusia tanpa sebarang perbezaan ialah tema yang utama dalam kebanyakan agama utama dunia.

Lebih daripada 589 tahun sebelum Nabi Isa, Gautama Buddha menekankan belas kasihan kepada semua makhluk dan kehidupan di dunia. Kitab Veda agama Hindu yang tertua, iaitu Rig Veda mengungkapkan sebagai Loka Samastha Sukino Bhavantu yang bermaksud Semoga semua makhluk di dunia hidup bergembira dan bebas. Ajaran Konfusianisme menekankan tema yang sama untuk memastikan warga Cina ketika itu dapat hidup secara harmonis.

AGAMA ISLAM

Islam: diturunkan di Mekah & tersebar ke seluruh dunia termasuk di Alam Melayu. Mula bertapak di Pasai-Perlak(Sumatera), pada abad ke-9 masehi. Kedatangan Islam ke Malaysia bermula pada awal kurun ke-14 masehi (tahun 1309 masehi) di Terengganu Darul Iman (jumpaan batu bersurat Terengganu). Bertapak lama, menjadi agama anutan majoriti penduduk Alam Melayu dan Malaysia.

Agama Islam sebagai agama rasmi (Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 & kemudian dikenali sebagai Perlembagaan Malaysia 1963)

Islam: perkataan Arab salima bermaksud keamanan, ketulenan, penyerahan & ketaatan. Dari segi keagamaan, bermaksud penyerahan kepada Kehendak Tuhan dan ketaatan kepada Undang-undangNya. Kepercayaan hanya kepada satu Tuhan sahaja iaitu nama Allah yang bersifat dengan sifat Maha Esa. Seseorang akan mencapai kedamaian yang sebenar dan ketenangan berpanjangan yang tulen.

Al-Quran: ajaran dan arahan yg berbentuk konseptual dan praktikal mengenai Islam yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad (dikumpulkan & dibukukan). Hadis: segala aktiviti yg Nabi Muhammad lakukan berkaitan dgn pengajaran & penyebaran ajaran & arahan. (dikumpulkan & dibukukan). Islam: agama wahyu yang diturunkan oleh Allah.

Keimanan & kepercayaan dimanifestasikan melalui amalan-amalan yg dipraktikkan dlm kehidupan harian seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Orang Islam juga wajib beriman dengan 2 jenis rukun dalam Islam iaitu Rukun Iman dan Rukun Islam.

RUKUN IMAN
6 perkara yg wajib diimani: ~ Beriman kepada Allah ~ Beriman kepada Rasul ~ Beriman kepada kitab-kitab Allah ~ Beriman kepada Malaikat ~ Beriman kepada Hari Kiamat ~ Beriman kepada Qada dan Qadar

RUKUN ISLAM
5 perkara yg terkandung: ~ Mengucap 2 kalimah syahadah yg bermaksud: aku naik saksi bahawa tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. ~ Menunaikan sembahyang 5 waktu sehari semalam. ~ Menunaikan zakat ~ Menunaikan puasa di bulan Ramadhan ~ Menunaikan janji kpd mampu dari segi kewangan dan kesihatan.

AGAMA BUDDHA

Buddha (bahasa Sanskrit) bermaksud Yang bebas daripada kejahilan. Gelaran kepada pengasas agama Buddha, Siddharta Gautama Buddha yg lahir di Nepal pada kira-kira 563 Sebelum Masihi (SM). Agama yg terawal bertapak di Alam Melayu.

Agama Buddha menekankan Empat Kebenaran Mulia mengenai alam:Penderitaan @ kesengsaraan hidup adalah lumrah alam; Penderitaan manusia berpunca daripada nafsu untuk memperoleh kekayaan & keseronokan; Bagi mengelakkan penderitaan, seseorang itu harus mengatasi nafsunya; Bagi mengatasi nafsu, seseorang itu haruslah mengikut Jalan Mulia Berlapis Lapan. Jalan ini disarankan merangkumi pandangan yg betul, punca pencarian ug betul, usaha yg betul, tumpuan yg betul & pertimbangan yg betul.

Sekiranya peraturan-peraturan tersebut dipatuhi, manusia dapat melepaskan diri daripada pengabdian kelahiran semula (bodage of rebirth) dan mencapai nirwana (keadaan ketika roh mencapai ketenangan @ kebahagian yg abadi).

AGAMA HINDU

Agama Hindu (bahasa Sanskrit): Sanatana Dharma yg bermaksud undang-undang abadi. Bermula di India sejak kira-kira tahun 3500 SM. Mula bertapak di Alam Melayu sejak abad pertama masihi. Tidak mempunyai pengasas @ satu kitab suci. Ajaran Hindu terawal terkandung dlm 4 kitab Veda (bahasa Sanskrit) iaitu Rig Veda, Sama Veda, Yajur Veda dan Atharva Veda. Orang Hindu menyembah pelbagai dewa yang sebenarnya merupakan penjelmaan satu Tuhan yang sama.

3 dewa utama dipanggil Trimurthi iaitu Brahma (Dewa Pencipta), Vishnu (Dewa Pelindung) dan Siva (Dewa Pemusnah). Konsep utama agama Hindu ialah:~ Dharma (tugas & tanggungjawab setiap insan) ~ Samsara (putaran berulang kelahiran, kehidupan, kematian & kelahiran semula) ~ Karma (perbuatan @ kelakuan seseorang semasa hidup yg akan menentukan kehidupannya di akhirat) ~ Moksha (kebebasan dari putaran kelahiran & kematian)

AGAMA KRISTIAN

Hadir dalam Alam Melayu bersama-sama dengan kedatangan orang Barat ke rantau ini. Orang Portugal & Sepanyol memperkenalkan agama Kristian kpd penduduk Alam Melayu. (mahzab Katolik) Kemudian pd awal abad ke-17, orang Belanda memperkenalkan agama Kristian mahzab Protestan di Alam Melayu (terutamanya di Indonesia).

Pengasas agama Kirstian ialah Jesus Christ yg dilahirkan di bandar Bethlehem, Palestin pd kira-kira tahun 6 SM. Kitab suci Kristian dinamakan Bible yang dibahagikan kpd 2 iaitu Old Testament dan New Testament. Penganut Kristian mempercayai Jesus Christ mati di salib dan bangkit semula pada hari ketiga.

4 prinsip utama dalam ajaran agama Kristian: Hanya ada satu dan hanya satu tuhan. Berpegang kpd konsep trinity iaitu tuhan bapa, tuhan anak dan tuhan Holy Spirit Ajaran Jesus hendaklah sentiasa diikuti. Manusia harus mencintai Tuhan serta melayan semua orang secara adil dan hidup secara aman damai; Setiap orang akan diadili oleh tuhan berasaskan tingkahlaku di dunia. Seorang Kristian yg taat kpd agamanya akan menikmati kehidupan abadi selepas mati manakala seorang berdosa akan menghadapi kesengsaraan abadi.

10 Rukun
1) Jangan ada tuhan-tuhan lain di hadapan-ku 2) Jangan membina apa-apa patung yang menyerupai apa-apa di atas syurga, bumi atau air bawah bumi 3) Jangan menggunakan nama Yahweh Tuhanmu dengan sebarang tujuan jahat 4) Ingatlah dan kuduskanlah hari Sabbath 5) Hormatlah ayah dan ibumu

6) 7) 8) 9)

Jangan membunuh Jangan berzina Jangan mencuri Jangan membuat tuduhan palsu terhadap jiran 10)Jangan berhasrat memiliki harta benda jiranmu;jangan berhasrat memiliki isteri @ orang gaji jiranmu;atau apa-apa yang dipunyai jiranmu

PENDEKATAN ISLAM HADHARI

Diperkenalkan oleh PM Dato seri Abdullah Ahmad Badawi di perhimpunan Agung UMNO kali ke-55 pada 23 September 2003. Satu pendekatan yang menjelaskan kepada masyarakat tentang kesempurnaan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Makna Hadhari
yang bertamadun atau islam yang menekankan aspek tamadun Menurut Malik Bennabi:Hadharah bermaksud keseimbangan kemajuan antara aspek material dan spiritual. Justeru, Hadhari ditakrif sbg Islam yang mempunyai sifat-sifat kemajuan ketamadunan tinggi yang menekankan peri pentingnya kedua-dua aspek fizikal (material) dan spiritual.

Tujuan Pengenalan Islam Hadhari


Memperkasakan umat islam supaya berupaya menghadapi pelbagai cabaran dunia semasa. menjadikan Malaysia sebuah negara islam contoh mengikut acuan sendiri. Begitu juga dengan misi Pendekatan Islam Hadhari, iaitu bagi melaksanakan agenda pembangunan nagara dan ummah berlandaskan pendekatan islam yang univesal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang. (JAKIM. 2005)

Islam Hadhari merupakan satu pendekatan pembangunan dan tadbir urus masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat meyeluruh, berdasarkan perspektif tamadun islam (JAKIM,2005) Melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan kerohanian, akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif, memandang tinggi budaya integriti, membenci rasuah dan melaksanakan sistem penyampaian pentadbiran negara yang cekap kpd semua rakyat tanpa mengira golongan etnik.

Pendekatan

Matlamat pembentukkan masyarakat Hadhari


Membangunkan warga Malaysia menurut acuan kita sendiri yang berasaskan masyarakat cemerlang, gemilang dan terbilang melalui sepuluh Prinsip Utama yang digariskan.

10 Prinsip Utama
Keimanan dan ketakwaan kpd Allah SWT Kebebasan beragama tidak disekat Kerajaan yang adil dan beramanah
Pemangkin dan pendorong ke arah tercetusnya sistem ekonomi agar kekayaan negara dapat diagih secara adil dan saksama.

Rakyat yang berjiwa merdeka


Sayang akan bangsa dan negara

Penguasaan ilmu pengetahuan


Menunjukkan sikap akomodatif Islam dalam mendapat ilmu tanpa ada perbezaan antara masyarakat islam dan bukan islam.

Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif Kehidupan bekualiti Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita Keutuhan budaya dan moral Pemeliharaan alam semula jadi Kekuatan pertahanan

ASAS-ASAS HUBUNGAN ETNIK DALAM KONTEKS AGAMA

PENGENALAN
Kehidupan yang berteraskan akidah, syariah dan akhlak islam merupakan satu tuntutan dalam pendekatan islam hadhari untuk umat islam di malaysia. Melahirkan keharmonian dalam masyarakat, terutama dengan jiran tetangga. Prinsip-prinsip ini sesuai sekali dengan nilai sejagat agama lain di malaysia yang masing-masing berteraskan konsep spiritualiti.

Berkenal-kenalan
Asas utama dalam membina kehidupan sosial Bermaksud mengetahui serta saling menukar informasi, berinteraksi antara satu sama lain, sayang menyayangi & saling berhubung

Persefahaman
Saling memahami antara satu sama lain Terutama dalam kehidupan masyarakat majmuk demi mencapai keharmonian

Bekerjasama
Wujud kehidupan bermasyarakat dan bertamadun Mengaplikasikan nilai tolongmenolong dan melahirkan kegiatan gotong-royong.

Persaudaraan
Hubungan erat seakan saudara ibarat kuku dengan jari amat digalakkan Mengatasi sempadan yang ditetapkan berasaskan warna kulit dan pertuturan

Berkasih sayang
Rasa cinta terhadap diri dan anggota keluarga terdekat, termasuk seluruh warga masyarakat dan negara. Mengelakkan masalah perselisihan faham berlaku.

Saling menjamin
Bersedia utk lindung-melindungi antara satu sama lain Melahirkan rasa tanggungjawab dalam membantu ahli2 masyarakat Konteks kekeluargaan - setiap individu harus saling membantu dan menjalankan peranan masing2 Konteks masyarakat
- Individu yang berupaya harus membantu individu yang kurang berupaya

Você também pode gostar