Você está na página 1de 3

Persetiaan Pengakap Bahawa dengan sesungguhnya, Saya berjanji dan bersetia, Yang saya dengan seberapa daya upaya,

Saya akan; Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, Menolong orang pada setiap masa dan; Menurut Undang-undang Pengakap

Undang-Undang Pengakap
1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. 2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya. 3. Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. 4. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. 5. Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. 6. Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang. 7. Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan. 8. Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan. 9. Pengakap itu jimat dan cermat 10. Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

Makna Undang-undang Pengakap


Kehormatan Diri Seorang Pengakap Itu Boleh Dipercayai Untuk 1. Dipercayai Menjalankan Tugas-Tugas Yang Diberikanya Dengan Sehabis DayaUpayanya. Pengakap Adalah Seorang Yang Taat Kepada Tuhan, Raja, Negara, 2. Taat Pemimpin-Pemimpin Pengakap, Ibu Bapa, Majikan Dan OrangOrang Di Bawahnya. 3. Berguna Tugas Seorang Pengakap Ialah Menjadikan Dirinya Berguna Dan Menolong Orang Pada Setiap Masa Pengakap Adalah Sahabat Kepada Semua Orang Dan Saudara 4. Bersaudara Kepada Lain-Lain Pengakap, Tidak Kira Dari Apa Negara, Bangsa, Pangkat Atau Agama Sekalipun. Pengakap Adalah Seorang Yang Baik Budi Pekertinya Yakni Dia 5. Berbudi Hormat Kepada Semua Orang Terutamanya Orang Perempuan, Kanak-Kanak, Orang Tua, Orang Sakit, Orang Cacat Dan Sebagainya. Pengakap Adalah Sahabat Kepada Semua Binatang Iaitu 6. Kasihkan binatang Kasihkannya Serta Menyelamatkan Binatang Daripada Menderita Kesakitan Dan Jangan Membunuhnya Tanpa Sebab Kecuali Binatang Yang Merbahaya. Pengakap Menurut Perintah Ibu Bapa, Ketua Patrol Atau 7. Menurut perintah Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya Tanpa Sebarang Bantahan Walaupun Menerima Perintah Yang Tidak Disukainya. 8. Tabah hati Pengakap Mestilah Sentiasa Senang Hatinya Dan Bersabar Selalu Walaupun Dalam Kesusahan. Pengakap Mestilah Sentiasa Berjimat Cermat Dalam Semua Hal Perbelanjaannya. Pengakap Sentiasa Bersih Fikiran, Perkataanya Dan Perbuatannya Dari Melakukan Perkara-Perkara Yang Kotor Dan Tidak Mengalah Kepada Nafsu Untuk Bercakap, Berfikir Atau Berbuat Sesuatu Yang

9. Berjimat Suci fikiran, 10.perkataan dan perbuatan

Keji

Hormat Pengakap
Hormat pengakap diberikan selepas penerimaan hadiah kurniaan dan istiadat mengibarkan bendera. Dalam keadaan sedia, angkat tangan kanan ke penjuru kening. Tiga jari ini bermaksud tiga perkara penting dalam persetiaan pengakap, iaitu: Taat kepada tuhan, raja dan negara Menolong orang pada setiap masa Menurut undangundang pengakap Semua pengakap di dunia memberi hormat tiga jari seperti rajah di sebelah.

Cogan Kata Pengakap Pengakap Kanak-kanak - Buat Sehabis Baik Pengakap Muda - Selalu Bersedia Pengakap Remaja - Pandang Luas Pengakap Kelana - Berkhidmat

Você também pode gostar