Você está na página 1de 11

Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah

Cara Menjahit Pelbagai Jubah


Panduan Langkah Demi Langkah

www.panduanbajukurung.com

panduanbajukurung.com@ copyright

Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah

Disclaimer
Untuk makluman anda, E-Book ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis sendiri yang telah berkecimpung di dalam dunia jahitan. Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar ulang mana-mana bahagian e-book ini dengan apa cara sekalipun. E-book ini ditulis sesuai bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan dunia jahitan, juga bagi anda yang sudah lama menceburi bidang jahitan ataupun anda yang sememangnya sudah pakar dan ingin menambah ilmu yang mungkin tiada pada anda. Ebook ini memfokuskan berkenaan cara menjahit pelbagai jenis jubah. Pihak www.panduanbajukurung.com tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan dan kerosakan harta benda ataupun nyawa hasil daripada penggunaan ebook ini.

Amaran
Ebook Ini Adalah Hak Cipta Terpelihara www.panduanbajukurung.com Ini adalah sebahagian daripada isi kandungan Ebook Cara Jahit Pelbagai Jubah yang dikeluarkan oleh www.panduanbajukurung.com. Anda dibenarkan mengedarkan ebook ini dengan syarat tidak mengubah sebarang isi kandungannya. Di dalam ebook ini, anda ditunjukkan cara menjahit zip sorok yang juga dikenali sebagai zip sembunyi.

Ditulis Oleh: Salmawati Shamsudin H/p: 013-2819152 Email: support@panduanbajukurung.com

panduanbajukurung.com@ copyright

Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah

TEKNIK MENJAHIT ZIP SOROK


Zip sorok akan dijahit pada bahagian belakang baju. Di dalam contoh ini, zip berukuran 22 inci digunakan.

Kedua-dua keping kain hanya akan dicantum selepas zip sorok dijahit. Sebelum menjahit zip sorok, tukar tapak mesin jahit kepada tapak zip.

Fahamkan dulu di mana kedudukan zip sorok pada bahagian baju. Penarik zip akan menghala ke luar dan berada di bahagian atas. Penarik zip ditunjukkan dengan bulatan kuning di dalam gambar. panduanbajukurung.com@ copyright

Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah

Letak zip pada kedudukan seperti di atas. Bahagian zip yang rata menghala ke bawah. Bahagian zip yang berbonggol menghala ke atas.

Kemudian, buka zip tersebut tanpa mengubah kedudukannya.

panduanbajukurung.com@ copyright

Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah

Jarak antara atas baju dengan kepala zip adalah 2 inci, seperti ditunjukkan dengan garisan merah. Jarak antara tepi baju dengan hujung zip adalah 1 inci, seperti ditunjukkan dengan garisan kuning. 1 inci adalah ukuran basi jahitan yang telah ditentukan ketika memotong kain.

Ketika menjahit zip sembunyi, anda perlu membuka kelepek yang berada berdekatan tetulang zip. Kemudian, jahit betul-betul di tepi tetulang. Jika anda menjahit di atas tetulang, zip tidak akan dapat dibuka. Jika menjahit di atas kain zip, zip akan kelihatan apabila di lihat dari luar baju. panduanbajukurung.com@ copyright

Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah

Pinkan zip pada kain dan jahit dari atas. Tidak perlu jahit sehingga penghabisan zip, matikan jahitan apabila sampai pada tempat yang tidak dapat lagi dilalui oleh mesin jahit. Tidak perlu tarik pemegang zip ke atas seperti kaedah menjahit zip biasa. Tiada sebarang kesan benang jahitan akan kelihatan di atas zip kerana jahitan berada di dalam kelepet zip.

panduanbajukurung.com@ copyright

Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah

Letakkan bahagian zip yang belum dijahit pada kain yang satu lagi. Tetulang zip berada pada bahagian yang ditunjukkan dengan garisan kuning. Pinkan. Bagi memastikan zip berada di kedudukan yang betul, tarik zip ke atas untuk menutupnya. Lihat samada kedudukannya betul. Buka semula zip apabila ingin menjahitnya. Kemudian, jahit seperti menjahit zip sebelum ini. Buka kelepet ketika menjahit zip. Tidak perlu jahit sehingga penghabisan zip, matikan jahitan apabila sampai pada tempat yang tidak dapat lagi dilalui oleh mesin jahit.

panduanbajukurung.com@ copyright

Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah

Selepas kedua-dua bahagian zip dijahit, tarik zip ke atas. Baju akan kelihatan begini. Seterusnya, bahagian bawah akan dicantumkan.

Jahitan akan bermula daripada hujung jahitan zip yang telah dijahit sebelum ini. Pastikan jahitan yang akan dibuat betul-betul bersambung dengan jahitan zip.

panduanbajukurung.com@ copyright

Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah

Pinkan. Terus jahit dari atas sehingga habis.

Bahagian yang sudah dijahit akan kelihatan begini bila dilihat daripada luar. Seterika bagi mengemaskannya.

panduanbajukurung.com@ copyright

Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah

Pandangan dari bahagian dalam baju.

TAMAT.

panduanbajukurung.com@ copyright

10

Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah

Dapatkan Ebook:
1) Jahit Baju Kurung Tradisional + Kain Susun Tepi 2) Jahit Baju Kurung Moden + Kain Kipas Belakang 3) Jahit Baju kurung Riau/ Pahang + Kain Lipat Batik 4) Jahit Baju Melayu Lelaki + Seluar 5) Jahit Pelbagai Jubah (A Cut, Moden, Princess, Empire, Peplum)
Ebook disertakan dengan illustrasi, gambar sebenar dan teks keterangan langkah demi langkah bagi memudahkannya diikuti secara praktikal. Untuk melihat apa kata mereka yang telah BERJAYA menjahit berpandukan ebook di atas, sila buka: https://www.facebook.com/PanduanBajuKurung. Kemudian, klik bahagian photos dan lihat album Testimonial Ebook Menjahit. Untuk melihat detail isi kandungan ebook, sila klik link ini: http://www.panduanbajukurung.com/ (Laman Utama) Untuk detail harga dan proses pembelian, sila klik link ini: http://www.panduanbajukurung.com/order.htm

TAMBAH ILMU ==> TAMBAH KEMAHIRAN ==> TAMBAH PENDAPATAN

panduanbajukurung.com@ copyright

11

Você também pode gostar