Você está na página 1de 14

AGENDA BAHASA

NILAI EKONOMI BAHASA MELAYU: MASIHKAH MENJANJIKAN PULANGAN DALAM ERA GLOBALISASI Lim Swee Tim

BAHASA MELAYU TELAH MEMASUKI ERA PEMODENAN melalui usaha merancang yang

dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, terutama selepas ia dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan setelah negara mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957. Semenjak itu, usaha pembakuan bahasa Melayu yang mencakupi ejaan, peristilahan dalam pelbagai bidang dan pengemaskinian struktur nahunya, dilaksanakan dengan begitu rapi. Pada tahap ini, bahasa Melayu sesungguhnya sudah pun berjaya diletakkan sebagai bukan sahaja bahasa utama, malah sebagai bahasa yang dapat meloloskan dirinya bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia setelah ia dijadikan bahasa ilmu. Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah yang dilengkapkan sehingga ke peringkat pengajian tinggi pada tahun 1983. Bahasa Melayu dikatakan mempunyai nilai ekonominya apabila semua urusan yang termasuk perdagangan, pentadbiran, kegiatan kesenian, persidangan di Parlimen serta di Dewan Negara, dan persidangan antarabangsa yang dilangsungkan di Malaysia, menggunakan bahasa Melayu. Tokoh korporat asing juga pandai dan petah berbahasa Melayu dalam majlis-majlis yang dianjurkan. Bahasa Melayu juga digunakan dalam mahkamah. Bahasa Melayu mula mengambil alih bahasa perantaraan dalam temu duga jawatan. Bahasa Melayu digunakan dalam siaran-siaran langsung sukan dan hiburan yang disiarkan melalui media elektronik. Akhbar, majalah dan buku dalam bahasa Melayu pula kian banyak memenuhi rak buku di seluruh pelosok tanah air. Penerbit akhbar, majalah, buku, dan sebagainya, terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India, dan lain-lain. Nilai pasaran bahasa Melayu meluas. Dalam urusan yang berkaitan dengan perniagaan, bahasa Melayu meraih keuntungan yang luar biasa. Bahasa Melayu dan pengguna merupakan dua entiti yang saling berkait. Soal ada bahasa dahulu atau ada pengguna dahulu hendaklah dilihat dalam konteks bahawa masyarakat pengguna bahasa mempunyai kuasa untuk menentukan bahasa yang mereka ingin gunakan. Pada masa yang sama, produk yang menggunakan bahasa juga penting kerana melalui tawaran penggunaan bahasa yang cekap serta dinamik, akan dapat menarik pengguna menggunakan bahasa. Dalam hal ini, bahasa Melayu tidak terkecuali. Bahasa Melayu perlu terlebih dahulu menjadi satu jenama yang popular, digunakan dengan meluas atau menyeluruh serta mendapat sambutan. Jika hal ini yang dijanjikan, maka bahasa Melayu akan menjadi bahasa pilihan pengguna, dan seterusnya berupaya meningkatkan nilai ekonominya. Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dunia membuktikan bahawa ia digunakan dengan begitu cekap dalam setiap bidang kehidupan. Penggunaan bahasa Cina begitu besar kerana adanya nilai-nilai ekonomi yang tinggi pada bahasa itu. Masyarakat pengguna bahasa Cina terdapat hampir di serata tempat di seluruh dunia. Oleh hal demikian, dalam urusan perdagangan, misalnya mahu tidak mahu bahasa ini akan dipelajari dan digunakan untuk melicinkan segala urusan. Bahasa kedua pula menjadi pilihan yang mutlak. Menurut Teori Ekonomi Bahasa yang dirangka oleh Breton dan Mieszkowski pada tahun 1979, faktor utama yang mendorong seseorang itu mempelajari bahasa kedua adalah kerana potensi bahasa tersebut membawa faedah ekonomi yang lumayan, bukan disebabkan faktor sosial atau peribadi. Bahasa yang bakal membawa pulangan yang tertinggi akan menjadi pilihan utama kepada orang yang ingin mempelajari bahasa kedua. Kejayaan menguasai bahasa kedua membuka ruang interaksi yang lebih luas kepada individu tersebut, sekali gus memperluas peluang pekerjaan dan perniagaan yang pasti membawa pulangan yang berganda. Barangkali, tidaklah memeranjatkan apabila bahasa Melayu menjadi bahasa kedua yang ketiga paling popular di Korea daripada enam bahasa kedua yang ditawarkan di universiti di sana pada masa ini. Mempelajari bahasa Melayu di Korea dikatakan boleh membuka peluang pekerjaan dan perdagangan di Asia Tenggara, khususnya di Malaysia dan di Indonesia. Hakikat ini diakui sendiri oleh Profesor Ahn Young Ho dari Fakulti Pengajian Bahasa Asing, Universiti Hankuk, Korea. Dalam hal ini, sejauh manakah usaha yang kita lakukan untuk memasarkan bahasa Melayu ke luar negara? Persoalan inilah yang wajar dijawab segera. Rakyat Korea sebagaimana rakyat Thailand dan China, yang tidak ragu-ragu mengisi keperluan kerjaya dan perdagangan di Hong Kong, Taiwan dan di negara-negara luar China, merata di Malaysia dan Indonesia. Dalam perkembangan mutakhir, bahasa Melayu tentulah perlu menjadi bahasa dalam perisian komputer untuk digunakan dengan lebih menyeluruh dalam masyarakat sebagai pilihan kepada bahasa lain yang digunakan sekarang. Pembinaan pelbagai laman sesawang yang penting, wajar menggunakan bahasa Melayu yang menawarkan penggunaan meluas; mampu mengangkat bahasa Melayu menjadi bahasa bernilai ekonomi tinggi. Globalisasi telah menjadikan dunia semakin sempit dari saat ke saat. Masyarakat dunia kian terbuka. Mereka semakin yakin bahawa penguasaan lebih daripada satu bahasa semakin perlu dalam persaingan. Zaman penguasaan satu bahasa sahaja sudah berlalu. Ia tidak bersangkutan dengan soal jati diri bangsa kerana keperibadian bangsa ditakrifkan daripada sudut pandangan yang lain. Bangsa Jepun dan Korea yang dikatakan amat kuat nasionalisme bahasanya, tidak pula menutup pintu kepada pelbagai bahasa dunia yang penting. Masyarakat Thai yang terkenal dengan kecintaan yang mendalam terhadap

bahasa mereka, terasa mula ketinggalan. Kesedaran akan keperluan menguasai lebih daripada satu atau banyak bahasa juga melanda negara itu yang memperlihatkan generasi baharunya berlumba-lumba mempelajari bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan ...

Jalur bahasa di Sarawak LAPORAN kajian Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 1983 merumuskan bahawa pada keseluruhannya, terdapat tiga pola penggunaan bahasa rasmi di Sarawak pola bahasa Inggeris, pola bahasa Melayu dan pola dwibahasa bahasa Inggeris-bahasa Melayu. Jika pola tersebut dibayangkan sebagai jalur, maka jalur bahasa Inggeris disifatkan paling lebar dan panjang, diikuti oleh jalur dwibahasa. Jalur bahasa Melayu paling tirus dan pendek. Bahasa yang paling banyak digunakan dalam urusan rasmi sebelum 1985 ialah bahasa Inggeris meskipun terdapat pejabat yang mengamalkan dasar dwibahasa bahasa Melayu-bahasa Inggeris. Maksudnya, kedudukan bahasa Melayu masih lagi terpinggir sebagai bahasa rasmi di Sarawak sehingga awal dekad 80an. Bagaimanakah keadaannya pada 2006 hampir 25 tahun kemudian? Adakah pola dwibahasa berkurangan dan pola bahasa Melayu sudah berubah, dengan mengambil kira pelbagai perubahan dasar dan langkah yang telah diambil oleh kerajaan? Berbeza daripada keadaan pada dekad 70-an dan awal 80-an, bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. Kini terbukti bahawa bahasa Melayu bukan sahaja menjadi wahana komunikasi yang berkesan dalam sektor pentadbiran awam, tetapi juga bahasa yang paling berpengaruh dan paling banyak digunakan oleh masyarakat. Bahasa Melayu bertindak sebagai penimbus jurang antara pemimpin dengan rakyat, dan antara sesama rakyat. Bahasa kebangsaan menjadi alat yang berkesan untuk merobohkan tembok pemisah antara kaum. Tidak syak lagi, bahasa itu telah memberikan sumbangan besar dalam memupuk semangat kekitaan dan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di Sarawak. Penubuhan Unit Bahasa Malaysia (UBM) di Pejabat Ketua Menteri pada 1981 merupakan langkah yang strategik dan berpandangan jauh dalam usaha menyemarakkan dan memantapkan penggunaan bahasa Melayu dalam sektor awam di Sarawak. Bagaimanapun, penggunaan bahasa Melayu dalam sektor swasta masih belum memuaskan meskipun pelbagai langkah telah diambil untuk meningkatkan kesedaran dan penyertaan golongan berkenaan. Persoalannya, sampai bilakah bahasa Melayu terus dipinggirkan dalam sektor swasta? Hanya perubahan sikap di kalangan kakitangan swasta yang akan dapat mengubah keadaan. Meskipun terdapat bangkangan dan kekangan pada peringkat awal, status pelaksanaan dan penggunaan bahasa kebangsaan di Sarawak pada hari ini dapat dikatakan membanggakan. Langkah konkrit yang diambil oleh kerajaan Sarawak dengan kerjasama DBP telah memungkinkan hasrat untuk menyaksikan penggunaan bahasa Melayu dengan meluas dalam sektor awam direalisasikan. Kemahuan politik pemimpin negeri dan sikap positif kakitangan awam dan rakyat Sarawak pada umumnya membantu mempercepat penyebaran bahasa itu, apatah lagi sesudah bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar sistem pendidikan pada akhir dekad 80-an. Dalam soal penyebaran bahasa Melayu, peranan media cetak dan media elektronik amat penting. Selain Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), media cetak nasional dan tempatan memberikan sumbangan besar dalam penyebaran bahasa Melayu. Media berkenaan bertindak sebagai guru bagi merek a yang ingin mempelajari bahasa itu. Kini Sarawak mempunyai dua buah akhbar berbahasa Melayu, iaitu Utusan Sarawak dan Utusan Borneo, dengan edaran terkumpul sekitar 50,000 naskhah. Keadaan ini jauh berubah jika dibandingkan dengan

dekad 80-an dan sebelumnya yang menyaksikan halaman bahasa Melayu hanya menumpang kasih dalam akhbar tempatan berbahasa Inggeris. Pada waktu yang sama, kehadiran akhbar arus perdana yang diterbitkan di Semenanjung, seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia, dan kehadiran ratusan majalah dalam bahasa Melayu banyak membantu masyarakat Sarawak untuk memahirkan diri dalam bahasa itu. Peranan persatuan penulis yang terdiri daripada pemimpin dan ahli yang ingin menyaksikan dasar bahasa kebangsaan dilaksanakan dengan berkesan telah memungkinkan bahasa itu berkembang dengan pesat. Sesungguhnya langkah membuka DBP Cawangan Sarawak (DBPCS) pada 1977 merupakan langkah pragmatik. Melalui cawangan itu, pelbagai rancangan dan aktiviti bahasa dianjurkan untuk memupuk minat dan kecintaan terhadap bahasa kebangsaan, serta untuk meningkatkan penguasaan bahasa dalam kalangan rakyat. Bidang sastera dan penerbitan yang menjadi wadah untuk memantapkan dan memperluas sempadan kemungkinan bahasa dan penyebarannya turut ditekankan oleh DBPCS. Sejak penubuhannya, DBPCS berjaya mencapai matlamatnya dalam merancang, menyusun dan melaksanakan pelbagai program, projek dan aktiviti bahasa, kesusasteraan dan penerbitan. Projek kosa kata sukuan, umpamanya, bertujuan untuk mencapai integrasi nasional melalui bahasa, melibatkan rakyat Sarawak secara langsung dalam proses pembinaan dan pengembangan bahasa kebangsaan, melibatkan bahasa sukuan dalam proses memperkaya kosa kata bahasa Melayu dan menyediakan daftar kata bahasa sukuan yang akan digunakan dalam penyediaan kamus ekabahasa bahasa Melayu. Hasilnya ialah penerbitan buku Bahasa Sukuan untuk Perbendaharaan Kata Bahasa Malaysia. Bagaimanapun, 17 Mei 1985 merupakan tarikh keramat dan bersejarah apabila bahasa Melayu diisytiharkan sebagai bahasa rasmi tunggal. Penerimaan ini dengan jelas membuktikan hasrat, matlamat dan pendirian kerajaan terhadap kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Di sebalik keinginan itu, tersemat hasrat agar Sarawak tidak tertinggal dalam penggunaan bahasa rasmi negara, apatah lagi menyedari hakikat bahawa bahasa Melayu merupakan alat yang berkesan untuk menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di Sarawak. Kerajaan Sarawak menyedari hakikat bahawa bahasa Melayu dapat menjadi pemangkin sebagai bahasa yang d apat mengikat jiwa masyarakat pelbagai kaum. Sikap berhati-hati, bertolak ansur dan bertimbang rasa dengan mengambil kira sensitiviti dan sentimen semua pihak menyebabkan bahasa Melayu agak lewat diterima sebagai bahasa rasmi tunggal. Pelaksanaan yang tergesa-gesa, tanpa persediaan yang cukup dari segi prasarana dan psikologi, dibimbangi akan mengundang padah Banyak halangan yang terpaksa diharungi sebelum bahasa itu dinobatkan sebagai bahasa rasmi tunggal, terutama apabila parti pembangkang cuba menggagalkan pelaksanaannya. Keadaan ini berpunca daripada keraguan pihak tertentu tentang kemampuan bahasa itu sebagai bahasa rasmi. Keraguan ini tidaklah menghairankan kerana berdasarkan kajian sosiolinguistik pada 1983, status penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi jabatan kerajaan Persekutuan dan negeri di Sarawak hanya sekitar 25 peratus. Mereka kurang yakin bahawa rakyat Sarawak, terutama kakitangan sektor awam yang rata-rata terdidik dalam bahasa Inggeris, mampu melaksanakan dasar baharu yang dianggap membebankan itu. Hambatan psikologi itu, bagaimanapun, dapat dikikis melalui pelbagai strategi berkesan kerajaan negeri dan DBP. Meskipun demikian, keraguan dan kesangsian tersebut kini digantikan oleh keyakinan walaupun sekalisekala masih kedengaran suara sumbang. Keputusan menobatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tunggal menjadikan Sarawak setaraf dengan negeri lain di Malaysia dalam soal dasar bahasa. Meskipun Dewan Undangan Negeri (DUN) telah menobatkan bahasa itu sebagai bahasa rasmi tunggal, penggunaannya dalam kalangan pemimpin politik di DUN masih perlu ditingkatkan. Sebahagian besar

daripada wakil rakyat masih cenderung menggunakan bahasa Inggeris ketika mengadakan perbahasan atau lebih tepat lagi menyampaikan ucapan di DUN. Meskipun berhadapan dengan pelbagai hambatan dan kekangan, hakikat bahawa bahasa Melayu telah dimasyarakatkan sejak bahasa itu menjadi bahasa rasmi tunggal di Sarawak memang tidak dapat dinafikan. Bahasa Melayu telah menjadi alat komunikasi, alat pendidikan, alat pentadbiran dan alat pengucapan utama, terutama dalam kalangan generasi muda yang terdidik dalam bahasa Melayu. Peranan dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan akan terus diperkasakan di negeri ini di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan ketika negara semakin mendekati Wawasan 2020. --(Sumber : Utusan Malaysia (09/06/2006) )

Penyusun: Dr. Raja Masittah Raja Ariffin Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka Tahun: 2010

Profesor Dr. Awang Sariyan Penglibatan Awang Sariyan (kini Profesor Dr.) dalam MABBIM berlaku secara langsung dan tidak langsung. Penglibatannya secara tidak langsung berlaku pada tahun-tahun 1980-an, iaitu apabila beliau mula berkhidmat dengan DBP pada tahun 1978. Sebagai Pegawai Perancang Bahasa yang pada masa itu dikenal sebagai pegawai Penyelidik Bahasa, beliau terlibat secara langsung dalam kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan pelaksanaan acara MBIM dan MABBIM di DBP Kuala Lumpur. Namun demikian, penglibatannya secara lebih mendalam berlaku apabila beliau memegang jawatan Pengarah Bahasa, di Jabatan Bahasa, DBP, Kuala Lumpur pada penghujung tahun 1999 hingga 2004 dan beberapa tahun seterusnya dengan kedudukannya sebagai anggota Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu sebagai badan tertinggi bahasa Melayu di peringkat kebangsaan. Sebagai Pengarah Jabatan Bahasa, beliau menjadi salah seorang anggota ex-officio dalam JKTBM, dan yang secara langsung atau dengan sendiri juga menduduki atau menjadi anggota dalam JKTBM dan dilibatkan dalam gerak kerja MABBIM, baik dalam Sidang Eksekutif tahunan mahupun dalam Sidang Pakar serta dalam Mesyuarat Sekretariat MABBIM. Atas nama jawatan yang disandang itu, beliau ada mewakili negara untuk Sidang Eksekutif, dan Sidang Pakar.

Semasa diwawancara, beliau menjelaskan bahawa: "Pada saat saya berkecimpung secara lebih mendalam dengan MABBIM itu memang telah mula dicetuskan gagasan untuk memperluas skop atau pun bidang ikut kerja MABBIM daripada sekadar berkaitan dengan soal peristilahan antara negara agar MABBIM ini memenuhi semangat kerjasama yang seluas-luasnya. Apabila saya sendiri terlibat secara langsung, saya memang

menekankan realisasi gagasan tersebut dan ternyata alhamdulillah MABBIM dapat bersetuju untuk mengembangkan dan meluaskan gerak kerjanya dan akhirnya disetujui penubuhan jawatankuasa penyelidikan dan penelitian, jawatankuasa penerbitan dan jawatankuasa kegiatan."

Walau bagaimanapun, Prof. Dr. Awang Sariyan menjelaskan dan mengemukakan cadangannya, iaitu: "Saya kira kita mempunyai pakatan tentang gerak kerja dan segalanya perlu diselaraskan. Saya melihat perlu difikirkan satu strategi dan mekanisme yang lebih laju dan lebih tangkas untuk kita menyelesaikan sesuatu isusupaya kita tidak terlalu terkongkong oleh gerak kerja yang agak birokratik

. SUMBANGAN ZA'BA KEPADA BAHASA MELAYU:

3.1- Sumbangan pemikiran beliau kepada bangsanya adalah banyak dan amat bererti. Sumbangan pemikirannya dalam bidang budi pekerti dan agama, tentang ekonomi dan kemiskinan orang Melayu adalah banyak dan telah dirakamkan serta dibicarakan dengan luas. (4) 3.2- Walau bagaimanapun, sumbangannya yang paling besar ialah dalam bidang bahasa Melayu. Minatnya dalam bidang ini sungguh besar dan bermula sejak awal-awal lagi. Keazamannya untuk menulis sebuah buku nahu Melayu telah mula muncul dalam fikirannya sejak beliau berumur dua belas tahun lagi. (5) Dalam tahun 1918 lagi, sewaktu bertugas sebagai guru bahasa Melayu di Malay College Kuala Kangsar, beliau telah mula mengumpul senarai perkataan Melayu dalam tulisan Jawi. 3.3- Dalam tahun 1924 pula, umpamanya, beliau telah menjemput sebilangan orang Melayu dari kalangan pegawai kerajaan yang berpendidikan Inggeris datang ke Kuala Lumpur untuk membantu menubuhkan sebuah "pan-Malayan Malay Literary Society" yang matlamat utamanya ialah untuk menyatukan pelbagai kelainan sistem ejaan Melayu, di samping memajukan perkembangan kesusasteraan Melayu moden. (6) 3.4- Tidak hairanlah kita melihat bahawa sumbangan beliau adalah juga di dalam bidang ejaan, iaitu ejaan Jawi, di samping sumbangan sebuah rumusan besar nahu Melayu (Pelita Bahasa Melayu (1941) dalam tiga jilid), dan kaedah mengarang dalam bahasa Melayu (Kitab Ilmu Mengarang Melayu (1951)). Adalah juga menjadi hasrat beliau untuk menyumbangkan kepada bahasa Melayu sebuah kamus Melayu yang lengkap dalam tulisan Jawi. 3.5- Malah ke arah melahirkan kamus Jawi itulah maka, sebagai langkah awal, dilahirkannya sebuah sistem ejaan Jawi. Ini dinyatakannya sebagai tujuan kedua penyusunan buku Daftar Ejaan Melayunya. Menurutnya, tujuan kedua itu ialah " ... hendak dibuat daripadanya sebuah kamus Melayu yang lengkap bagi pergunaan hari-hari di antara ahli-ahli bahasa Melayu". (7) 3.6- Sehubungan dengan kaedah ejaan Jawi, dalam tahun 1929,

diterbitkannya Kitab Rahsia Ejaan Jawi (Pulau Pinang: The Jelutong Press) dan dalam tahun 1931, telah dicetak sebahagian daripada buku yang dinamakannya Rahsia Ejaan Jawi. (8) Menurut Za'ba, undangundang ejaan Jawi yang diberinya dalam buku Daftar Ejaan Melayu itu "hanyalah ringkasan atau pati daripada apa-apa yang telah dipanjang-lebarkan di sana sahaja". (9) 3.7- Ertinya, pada tahun 1918 beliau memulakan projek pensenaraian kata-kata dalam tulisan Jawi; pada tahun 1924 beliau mengambil inisiatif menubuhkan sebuah persatuan yang salah satu matlamatnya ialah untuk menseragamkan ejaan Jawi; pada tahun 1931 beliau merumuskan undang-undang ejaan Jawi dalam sebuah buku Rahsia Ejaan Jawi; dan pada tahun 1938 beliau menyiapkan Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) . Kemuncak yang diimpikannya ialah sebuah kamus lengkap bahasa Melayu dalam tulisan Jawi. ______________________________
4. Lihat Raja Masittah Raja Ariffin, "Pendeta Za'ba (1895-1973)" dalam Jurnal Dewan Bahasa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Jun 1991, halaman 554-561. 5. Lihat Raja Matissah Raja Ariffin, ibid, halaman 555. 6. Temuduga dengan Za'ba dalam tahun 1960 oleh Roff, W.R., The Origins of Malay Nationalism, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1974, halaman 185. 7. Za'ba, Daftar Ejaan Melayu, Tanjung Malim: Pejabat Karang Mengarang Sultan Idris Training College, 1949, halaman 3. 8. Buku tersebut tercetak separuh sahaja kerana mendapat tentangan daripada O.T. Dussek, ketuanya pada masa itu. Lihat Raja Masittah Raja Ariffin, Op. cit., halaman 559. 9. Za'ba, op. cit., halaman 16.

sumbangan dewan bahasa dan pustaka terhadap pembinaan bahasa melayu

Dalam pembinaan bahasa Melayu DBP bertanggungjawab antaranya membentuk dan menyelaraskan istilah dalam pelbagai bidang, menyeragamkan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu, mengusahakan pelbagai kamus, mengusahakan buku tatabahasa bahasa Melayu dan membina pangkalan data korpus bahasa Melayu melalui pelbagai kajian dan penyelidikan . Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui buku laporan tahunan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu.

terangkan latarbelakang DBP dan apakah sumbangan - sumbangan DBP kepada bahasa Melayu dari awal penubuhannyDewan Bahasa dan Pustaka menghasilkan istilah dalam pelbagai bidang yang mencecah sejuta istilah, menghasilkan pelbagai kamus ekabahasa dan dwibahasa untuk rujukan pengguna, khidmat nasihat bahasa, mislanya dalam bidang iklan khidmat nasihat bahasa yang diberikan percuma kepada penulis papan iklan dan Pihak Berkuasa Tempatan dan Karya Net, iaitu portal penerbitan dalam talian yang menyediakan kemudahan berkarya dan penerbitan serta penjualan terbitan melalui internet. DBP juga menganjurkan kursus bahasa bagi meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan pengguna bahasa di sektor awam dan swasta. DBP cawangan Sabah dan Sarawak serta DBP Wilayah Timur di Kota Bharu, DBP Wilayah Selatan di Johor Bahru dan DBP Wilayah Utara juga melaksanakan kursus dan bengkel bahasa bagi mempertingkatkan kemahiran berbahasa pengguna di negeri masing-masing. Untuk maklumat lanjut tentang langkah-langkah yang dilaksanakan oleh DBP dalam memperkasakan bahasa Melayu, bolehlah menghubungi Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu di talian 03-21481960. a sehingga kini? Terima kasih

PERANAN BADAN KERAJAAN MEMPERKASA BAHASA Agensi-agensi kerajaan adalah jentera pelaksana dasar bahasa Melayu. Antara badan penting yang ditubuhkan ialah Dewan Bahasa dan Pustaka. DBP (atau nama asalnya Balai Pustaka) ditubuhkan 22 Jun 1956 untuk menggerak dan memartabatkan bahasa Melayu. Melalui Ordinan Dewan bahasa dan Pustaka 1959, DBP dinaikkan taraf lagi menjadi sebuah badan berkanun. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa: (http://ms.wikipedia.org/wiki/Dewan_Bahasa_dan_Pustaka): Mengubal dasarnya yang khusus Menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera Menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku yang serupa dengan sektor swasta. Pada awal penubuhannya, DBP ditugaskan untuk mencipta ejaan, istilah, kamus dan tatabahasa, juga menyatukan bahasa Melayu serantau serta mengembangkan sastera Melayu. Ia juga ditugaskan untuk membawa masuk ilmu ke dalam bahasa Melayu (Abdullah Hassan Januari Mac 1999:115). Pada 14 September 1993 pula, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB) ditubuhkan untuk mengambil alih tugas DBP bagi menterjemahkan buku ilmu. Selain DBP, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga mempunyai tanggung jawab untuk memperkasakan bahasa Melayu kerana merekalah yang memberi kelulusan papan tanda atau papan iklan. Dalam hal ini mereka perlu bekerjasama dan meminta khidmat nasihat pihak DBP dalam penggunaan bahasa yang betul.

Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini dijamin melalui Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, maka secara tidak langsung membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi alat perpaduan. Namun dalam menghadapi cabaran globalisasi Bahasa Melayu dilihat antara yang menerima kesan yang sangat mendalam. Era kegemilangan Tamadun Alam Melayu menjadi bukti kehebatan Bahasa Melayu yang menjadi lingua franca dan ia menjadi kekuatan juga kepada bangsa Melayu itu sendiri. Keperluan untuk menguasai Bahasa Inggeris semakin mendesak tetapi dalam masa yang sama bahasa ibunda perlu di pertahan dan dimartabatkan. Dalam kedudukan inilah kekeliruan dan keraguan wujud. Justeru dalam usaha untuk menguasai bahasa Inggeris, bahasa Melayu dirasakan kurang sesuai sebagai bahasa pengantara dan seterusnya sebagai alat perpaduan antara kaum. Namun jika diperhatikan, kejayaan negara maju seperti Jepun dan Korea mampu berjaya menguasai dan menghasilkan teknologi yang inovatif, kreatif dan saintifik melalui bahasa ibunda. Melihat kepada kedudukan Bahasa Melayu yang semakin disisih dan terpinggir oleh masyarakat Malaysia, maka kertas kerja ini cuba memulakan perbincangannya dengan melihat sejarah perkembangan bahasa Melayu, kedudukannya dalam Perlembagaan, institusi-institusi yang terlibat serta isu-isu yang berkaitan pemerkasaan bahasa Melayu ini. PENDAHULUAN Suatu fakta yang perlu kita ingati dalam usaha memperkasa Bahasa Melayu adalah bahasa ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri dan telah terbukti sebagai bahasa yang menjadi tulang belakang pembinaan ketamadunan alam Melayu. Ia juga diangkat menjadi bahasa lingua franca (sebelum abad ke 13 lagi) di seluruh kepulauan Melayu (sebelum kedatangan Barat). Bahasa ini juga menjadi bahasa pengantar kepada perkembangan agama Hindu dan Islam di alam Melayu yang kemudiannya memperlihatkan ia menerima pengaruh bahasa Sanskrit dan Arab. Oleh kerana bahasa ini ditutur oleh setiap pedagang yang datang ke alam melayu khususnya di Melaka, ia juga menjadi bahasa perdagangan, pendidikan dan sebagainya. Bagaimanapun keunggulan dan kemegahan bahasa Melayu ini mulai merudum dan jatuh taraf serta statusnya di zaman British. Ia tidak lagi menjadi bahasa pengantaraan tetapi hanya sebagai bahasa pasar. Kesan dari dasar pecah dan perintah oleh British telah membawa perubahan kepada sistem politik, sosial dan budaya. Melalui sistem pendidikan vernakular, bahasa Inggeris menjadi bahasa utama di sekolahsekolah Inggeris yang mana tahap pendidikannya berakhir hingga ke universiti. Menurut Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain dalam Pembinaan Bahasa Melayu Perancangan Bahasa di Malaysia (1982: 6) berbanding sekolah Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, ia berakhir setakat sekolah rendah (6 tahun sahaja) yang hanya menjadikan anak-anak Melayu lebih baik sedikit dari ibu bapa mereka dan terus mewarisi ekonomi yang rendah. Bahasa Cina dan Tamil juga menjadi saingan bahasa Melayu apabila semakin ramai imigran dari India dan China masuk ke Tanah Melayu dan ia dikembangkan lagi melalui sistem pendidikan yang dibiayai oleh mereka sendiri. Bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa kebangsaan selepas negara mencapai kemerdekaan dan berkerajaan sendiri. Sebelum merdeka, Malaya yang ditadbir oleh British menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama tetapi setelah mencapai kemerdekaan, maruah bangsa perlu dipelihara dan bangsa yang bermaruah mesti mempunyai bahasa kebangsaan sendiri. Oleh sebab itu Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman menyatakan (Abdullah Hassan, 1997):, kita berhak menghendaki bahasa kita sendiri. Apabila kita mempunyai bahasa kebangsaan sendiri, kita akan bersatu dan mempunyai watak sendiri. Untuk kepentingan kebangsaan, bahasa penjajah perlu digantikan dengan sebuah bahasa peribumi. SEJARAH BAHASA MELAYU Bahasa Melayu dikategorikan sebagai bahasa Polinesia iaitu daripada keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia dan persekitarannya lebih dari 1000 tahun yang lalu. Bahasa Melayu dikatakan berasal dari Sumatera Selatan iaitu di sekitar Jambi dan Palembang. Bahasa Melayu kuno yang terawal dijumpai adalah pada batu bersurat bertarikh 682M yang dijumpai di Sumatera Selatan. Bahasa Melayu kini menjadi bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei , serta salah satu bahasa rasmi di Singapura . Di Indonesia bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia dan di Malaysia, bahasa Melayu pula dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada empat negara tersebut, penduduk di Selatan Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka, dan Afrika Selatan turut menuturkan bahasa Melayu (http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu#Sejarah_Bahasa_Melayu).

Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/Bahasa Urdu. Sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu turut diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan lai-lain lagi. Malah bahasa Melayu juga diajar pada peringkat sekolah di Australia. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun kemudiannya nama "Bahasa Melayu" digunakan semula terutama dalam pendidikan. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama. Menurut Asmah Hj Omar (1984: 1-2), sebelum 1969, bahasa kebangsaan ini dikenali sebagai bahasa Melayu tetapi sesudah peristiwa 13 Mei 1969 bahasa ini diberi nama baru tetapi nama baru ini umpama pakaian baru yang dikenakan oleh orang perseorangan untuk tujuan tertentu tanpa menimbulkan sebarang perubahan pada dirinya. Nama bahasa Malaysia mengambil tempat bahasa Melayu kerana timbul huja h yang menyatakan bahasa Melayu seharusnya menjadi bahasa orang Melayu kerana bahasa ini adalah bahasa mereka dan bukan bahasa rakyat Malaysia seluruhnya (sedangkan bahasa Inggeris bukanlah bahasa orang Inggeris semata-mata). Rusuhan kaum 1969 merupakan dorongan ke arah pertukaran nama bahasa kebangsaan dari bahasa Melayu ke bahasa Malaysia. Bahasa kebangsaan sebenarnya adalah bahasa yang dimiliki oleh setiap orang dan kepunyaan setiap warganegara Malaysia, dan sepatutnya tidak timbul ia bahasa kaum tertentu dan dipaksa ke atas kaum lain. Stigma inilah yang perlu dan wajib dihapuskan. Pemilihan bahasa kebangsaan lazimnya penuh dengan sengketa. Kaum etnik yang mendiami negara ini bagaimanapun bersedia untuk bersatu melalui satu bahsa kebangsaan. Penerimaan bahsa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berlaku sewaal 1947. Sebuah Perlembagaan Cadangan telah dibentuk oleh All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang mewakili kaum bukan Melayu dan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) yang mewakili orang Melayu. Mereka mencadangkan supaya bahsa Melayu dijadikan bahsa kebangsaan tunggal negara. Bagaimanapun, penggunaan bahasa-bahasa lain tidak dihalang (Abdullah Hassan 1997: 2). Hasrat ini menjadi kenyataan apabila bahasa Melayu dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan dalam Artikel 152 Perlembagaan Malaysia. Termetrinya bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, maka rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik serta berbeza budaya, agama dan bahasa cuba untuk disatukan melalui bahasa. Inilah antara perancangan sosial yang dibuat oleh pemimpin negara untuk menyatukan masyarakat majmuk di Malaysia. Bahasa kebangsaan menjadi bahasa rasmi yang digunakan untuk menyampaikan pendidikan dan mentadbir negara. Oleh sebab bahasa kebangsaan Malaysia adalah bahasa Melayu maka pada bahasa Melayu itulah terletaknya teras maruah bangsa Malaysia. BAHASA MELAYU DAN TULISAN JAWI Sejarah mencatatkan bahawa perkembangan bahasa Melayu diperkukuhkan lagi dengan penggunaan tulisan Jawi apabila bahasa Melayu berinteraksi dengan perkembangan Islam di nusantara dan perluasan penggunaan bahasa Arab. Perkembangan media di negara ini juga memperlihatkan penggunaan tulisan jawi yang meluas. Malah tulisan jawi turut dikuasai oleh orang bukan Melayu. Namun setelah kemasukan dan pemerintahan British di Tanah Melayu, memperlihatkan perkembangan dan penggunaan tulisan rumi yang semakin meluas, sedikit demi sedikit penggunaan tulisan jawi semakin terpinggir. Malah pada hari ini kaum Melayu sendiri ada yang bermasalah dalam penguasaan tulisan jawi ini. Justeru, usaha kerajaan (melalui J-Qaf) dalam usaha maemartabatkan tulisan jawi juga diharap diberi sokongan yang sepenuhnya. DASAR DAN PELAKSANAAN BAHASA KEBANGSAAN SEBAGAI ALAT PERPADUAN Bahasa kebangsaan bermaksud bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara. Fungsi utama bahasa itu adalah menyatukan rakyat. Bahasa rasmi pula bermaksud bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, yakni dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi dan sebagainya. Melihat kepada fungsi bahasa rasmi itu maka bahasa

kebangsaan juga adalah bahasa rasmi (Asmah Hj Omar 1985: 27). Dalam konteks Malaysia, dari tahun 1957 hingga 1969 bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi dalam urusan rasmi dalam pemerintahan dan sebagainya, bahasa Inggeris masih digunakan di samping bahasa Melayu. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa, bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa -apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen: dengan syarat bahawaa). Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain; dan b). Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan. Berdasarkan peruntukkan tersebut, bahasa Melayu memiliki hak dan martabatnya dalam perlembagaan sementara bahasa-bahasa bagi kaum lain juga dipelihara dan tidak dinafikan haknya. Bahasa Melayu kemudiannya memikul tugas sebagai bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam dan sebagai bahasa pengantar di sekolah dan institusi pengajian tinggi serta menjadi bahasa ilmiah (Nik Safiah Karim 1986: 1). Rasionalnya bahasa Melayu itu diangkat menjadi bahasa kebangsaan adalah kerana ia adalah bahasa lingua franca yang digunakan di Nusantara sejak berabad lamanya sebelum kedatangan penjajah. Menurut Abdullah Hassan (1987: 25) dalam Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Malaysia menyatakan , selepas 1969 kerajaan dengan lebih tegas menjadikan pembelajaran bahasa Malaysia lebih teratur. Langkah tersebut ialah dengan melaksanakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah secara berperingkat-peringkat. Walaupun dalam Penyata Barnes 1951 ada menyatakan perlunya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan meletakkan bahasa Melayu setaraf dengan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah tetapi ia tidak melibatkan penggunaannya di peringkat sekolah menengah (Asmah Hj Omar 1984: 18-19). Melalui Penyata Razak 1956 menegaskan lagi kesungguhan kerajaan dan pemimpin (Jawatankuasa yang diketuai oleh Tun Abdul Razak Hussain yang menjadi Menteri Pelajaran ketika itu) untuk memperkukuhkan bahasa kebangsaan apabila penyata itu menyebut perlunya dibentuk sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah walaupun bahasa pengantar yang berbeza. Penyata itu juga menyebut bahasa Melayu perlu diajar di semua sekolah (termasuk SRJK Cina dan Tamil) dan dijadikan syarat bagi sekolah-sekolah memperoleh bantuan kewangan dari kerajaan. Malah sebagai daya penarik kepada bahasa Melayu, Penyata Razak telah memberi nilai ekonomi kepada bahasa itu. Hal ini tidak pernah berlaku dalam sejarah bahasa Melayu. Enam perkara yang dijangka menarik minat rakyat terutama yang bukan Melayu adalah seperti berikut: 1. Kelayakan untuk mendapat jawatan kerajaan pada beberapa tingkatan 2. Akan dipertimbangkan untuk memasuki sekolah menengah dan satu perkara mustahak dalam semua peperiksaan yang dianjurkan oleh kerajaan. 3. Syarat bagi sesiapa yang hendak mendapatkan biasiswa dari wang orang ramai (public funds) 4. Boleh diadakan bonus pada beberapa tingkatan dalam jawatan kerajaan untuk menggalakkan supaya orang ramai segera memperoleh bahasa itu 5. Wang bantuan diberi kepada sekolah-sekolah (yang menggunakan bahasa Melayu), juga bantuan kewangan ke pada sekolah bergantung pada kemajuan bahasa Melayu 6. Bahasa Melayu dijadikan satu perkara penting dalam darjah latihan bagi guru dan dalam peperiksaan. Sementara itu, laporan Rahman Talib 1960 memperkukuhkan lagi kedudukan bahasa Melayu di sekolah apabila ia disarankan penggunaannya hingga ke peringkat menengah dan pengajian tinggi. Peperiksaan Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan buat pertama kalinya dalam bahasa Melayu pada tahun 1962. Sementara di peringkat universiti pula, Universiti Malaya telah menggunakannya sejak awal penubuhannya pada tahun 1959 tetapi ia terbatas kepada kursus-kursus yang ditawarkan oleh Jabatan Pengajian Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang ditubuhkan pada 1970 juga telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar malah matlamat penubuhannya juga adalah untuk memperkasa bahasa kebangsaan itu sendiri. BAHASA SEBAGAI ALAT PERPADUAN DAN PEMBANGUNAN Taraf bahasa Malaysia dari segi ekonomi dan perjawatan juga dipertingkatkan. Kelulusan kepujian bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia menjadi satu keperluan bagi mendapat jawatan ataupun untuk diserap ke jawatan tetap. Kelulusan Bahasa Malaysia pada peringkat kemahiran bertutur juga menjadi

syarat untuk lulus dalam peperiksaan ijazah di universiti. Walaupun peraturan ini kemudiannya menyebabkan ramai yang gagal dalam SPM dan menerima banyak bantahan tetapi kementerian Pelajaran tetap tegas melaksanakannya. Buku teks yang dicetak dalam bahasa Malaysia juga ditambah dengan kerjasama DBP. Di kalangan pengamal media pula, kerajaan memperluaskan penggunaan bahasa Malaysia dalam siaran radio dan televisyen atau alat sebaran am yang lain. Hanya masalah yang masih belum selesai dari dahulu hingga kini ialah penggunaan atau struktur ayat yang tidak tepat dan bercampur aduk antara bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia pada papan iklan dan papan tanda. Secara tidak langsung ia menjatuhkan martabat bahasa itu sendiri di samping tidak pekanya masyarakat dalam menggunakan struktur yang betul dalam bahasa Malaysia. Jika dilihat dalam bidang kewangan dan perdagangan, bahasa Melayu bukan sahaja menjadi bahasa lingua franca tetapi juga bahasa perdagangan yang membolehkan pedagang-pedagang Arab, Cina, India dan orang Melayu berurus niaga. Tetapi pada zaman Kerajaan Melayu Melaka mata wang syiling yang dikeluarkan dicetak dengan nama Sultan yang memerintah dan gelaran Islam baginda di sebelah lagi dengan menggunakan tulisan Arab. Jadi bahasa Melayu kurang digunakan lagi pada mata wang ketika itu. Pada zaman British pula, 1938 Lembaga Suruhanjaya Mata wang Malaya ditubuhkan dan telah mengeluarkan wang kertas menggunakan dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu tulisan Jawi. Apabila British kembali ke Tanah Melayu selepas jepun kalah, bahasa Melayu tulisan Jawi sekali lagi digunakan dalam urusan kewangan (walaupun sedikit sahaja).Wang-wang kertas pertama telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 1967 yang melambangkan identiti negara dan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Namun dalam urusan bank, penggunaan bahasa Inggeris cukup meluas, ditambah bank-bank tersebut pula adalah milik orang asing. Walaupun ada Akta bahasa Kebangsaan 1967 tetapi ia tidak melibatkan urusan pihak swasta (termasuk sektor kewangan dan perbankan) (Ahmad Mohd Yusof 1995:35-36). PERANAN BADAN KERAJAAN MEMPERKASA BAHASA Agensi-agensi kerajaan adalah jentera pelaksana dasar bahasa Melayu. Antara badan penting yang ditubuhkan ialah Dewan Bahasa dan Pustaka. DBP (atau nama asalnya Balai Pustaka) ditubuhkan 22 Jun 1956 untuk menggerak dan memartabatkan bahasa Melayu. Melalui Ordinan Dewan bahasa dan Pustaka 1959, DBP dinaikkan taraf lagi menjadi sebuah badan berkanun. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa: (http://ms.wikipedia.org/wiki/Dewan_Bahasa_dan_Pustaka): Mengubal dasarnya yang khusus Menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera Menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku yang serupa dengan sektor swasta. Pada awal penubuhannya, DBP ditugaskan untuk mencipta ejaan, istilah, kamus dan tatabahasa, juga menyatukan bahasa Melayu serantau serta mengembangkan sastera Melayu. Ia juga ditugaskan untuk membawa masuk ilmu ke dalam bahasa Melayu (Abdullah Hassan Januari Mac 1999:115). Pada 14 September 1993 pula, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB) ditubuhkan untuk mengambil alih tugas DBP bagi menterjemahkan buku ilmu. Selain DBP, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga mempunyai tanggung jawab untuk memperkasakan bahasa Melayu kerana merekalah yang memberi kelulusan papan tanda atau papan iklan. Dalam hal ini mereka perlu bekerjasama dan meminta khidmat nasihat pihak DBP dalam penggunaan bahasa yang betul. ISU DAN CABARAN BAHASA MELAYU Mendepani era kepesatan teknologi maklumat dan hegemoni bahasa Inggeris, bahasa ibunda adalah antara yang menerima kesan yang mendalam. Antara isu dan cabaran dalam memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu ialah: 1. Penggunaan struktur bahasa Melayu yang tidak betul atau penggunaan bahasa Inggeris secara meluas pada papan tanda iklan. 2. Penggunaan bahasa Inggeris dalam pelbagai bidang ilmu di sekolah hingga ke universiti 3. Wujud pihak tertentu yang cuba mempertikaikan kedudukan atau mencabar bahasa Melayu 4. Pengguasaan bahasa Melayu di kalangan rakyat Malaysia. 5. Penggunaan bahasa Melayu yang bercampur aduk dengan bahasa Inggeris di kalangan pengamal media.

6. Kesungguhan dan perjuangan pemimpin kini memartabatkan bahasa 7. Bahasa Inggeris dianggap bahasa maju dan bahasa Melayu bahasa mundur 8. Kurang keyakinan daripada rakyat Malaysia sendiri terhadap kemampuan bahasa Melayu KESIMPULAN Bahasa jiwa bangsa, tetapi masih berjiwakah bahasa itu pada bangsa Malaysia. Sejarah telah membuktikan bahawa kejayaan sebuah tamadun itu juga bersama bahasanya. Negara-negara seperti Jepun, Peranchis, Jerman dan sebagainya berjaya dengan bahasa ibunda mereka sendiri. Impak dasar pecah dan perintah, orang Melayu yang dikelompokkan di kawasan luar bandar juga tertinggal jauh dalam pendidikan mereka. Bahasa Inggeris berpusat di kawasan bandar. Apabila sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar sepenuhnya hingga ke peringkat IPT, ia telah berjaya membawa pendidikan ke semua lapisan masyarakat. Ia telah melahirkan rakyat berilmu dan seterusnya membantu penjanaan ekonomi negara. Secara tidak langsung orang Melayu juga meningkat pendidikannya. Namun dalam persaingan globalisasi hari ini, seluruh pelosok masyarakat dari peringkat atas hingga ke bawah merasai keperluan untuk mempelajari dan menguasai bahasa kedua iaitu bahasa Inggeris. Namun dalam hal ini sebahagian dari rakyat Malaysia tidak berkeyakinan dengan bahasa Melayu itu sendiri sehingga ia dipinggirkan terus dan celaru bagaimana untuk mempertahankan bahasa ibunda. Baik masyarakat atau pemimpin sudah meletakkan bahasa Inggeris lebih ke hadapan daripada bahasa Melayu. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini juga sebahagiannya tidak lagi menjadikan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sebaliknya lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris. Di sinilah letaknya cabaran untuk melaksanakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam masa yang sama bahasa Inggeris perlu dikuasai, sedangkan kedudukannya sudah lagi tidak dipertikaikan dalam perlembagaan. Ibarat kata Awang Sariyan (1984), kegagalan menguasai bahasa kebangsaan bererti gagal melaksanakan tanggung jawab menjayakan penyatuan bangsa. Melalui bahasa juga identiti bangsa itu terserlah kerana ia akan memancarkan nilai dan konsep budaya bangsa itu. Dalam keadaan bahasa Melayu mendapat tempat di lebih 115 universiti di 35 negara yang mengajar bahasa Melayu, rakyat Malaysia pula bersikap seolah-olah malu dengan bahasanya sendiri. Keyakinan bangsa itu sangat penting untuk melihat bahasa Melayu terus berada pada kedudukan yang sepatutnya dan bahasa Melayu itu juga bukan hak kaum Melayu tetapi bahasa kebangsaan iaitu bahasa milik rakyat Malaysia. BIBLIOGRAFI Abdullah Hassan (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Abdullah Hassan (1997). Bahasa Melayu Sebagai bahasa Ilmu dan Esei-Esei Lain. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd. Abdullah Hassan (Januari-Mac 1999). Agensi Kerajaan dan Bahasa Melayu dalam Pemikir. Kuala Lumpur: Utusan Melayu (M) Bhd. Asmah Haji Omar (1984). Pengajaran bahasa Malaysia Dalam Konteks Perancangan Bahasa Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Asmah Haji Omar (1985). Perancangan bahasa Dengan Rujukan Khusus Kepada Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Awang Sariyan (1984). Isu-isu Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti Nik Safiah Karim (1986). Bahasa Melayu Persoalan & Pergolakan. Kuala Lumpur: Gateway Publishing House Sdn Bhd. Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain (1982). Pembinaan bahasa Melayu- Perancangan bahasa di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ahmad Mohd. Yusof, Mansor Jusoh, Juneidah Ibrahim, Abdul kahar Yaakob (1995). Laporan Kaji selidik Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Bidang Kewangan Dan Bank. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu#Sejarah_Bahasa_Melayu). (http://ms.wikipedia.org/wiki/Dewan_Bahasa_dan_Pustaka)

Bahru pada tahun 1916. Rencana pertamanya berjudul "Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling" telah diterbitkan dua kali oleh Utusan Melayu. Kelebihan beliau adalah keupayaannya mengabung kesemua aspek dari bahasa, kesusasteraan, agama, ekonomi, pendidikan, dan politik dalam penulisannya. Beliau juga tekun menulis mengenai kemunduran orang Melayu yang menjadikan kerajaan koloni British syak. Sungguhpun aktiviti penulisannya ditahan, beliau kekal bergiat aktif. Ketika berkhidmat di Kolej Latihan Sultan Idris, beliau memusatkan usahanya menggabung tatabahasa Arab dan Inggeris ke dalam Bahasa Melayu dan menggunakan aturan tatabahasa tersebut dalam penerbitan buku teks sekolah dan bahan bacaan umum. Beliau meneruskan kerjaya penulisannya dengan menulis semula penulisan rencana keagamaannya untuk diterbitkan sebagai buku. Usaha pertamanya, Umbi Kemajuan diterbitkan pada 1932. Pada tahun 1947, beliau mula berkhidmat sebagai pensyarah Bahasa Melayu di Universiti of London. Beliau bersara daripada perkhidmatan kerajaan ketika berusia 55 tahun. Perkhidmatan beliau masih diperlukan dan pada tahun 1953 dan beliau dilantik sebagai pensyarah senior di Jabatan Pengajian Melayu (Malay Study Department (JPM)) di Universiti Malaya, Singapore. Ketika itu, beliau bersama-sama dengan Ungku Aziz mengatur pembentukan pertubuhan bahasa pelajar dan dua tahun kemudian pembentukan Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya. PolitikBeliau turut aktif dalam khidmat kemasyarakatan. Ini termasuk menjadi Penasihat Umum bagi Persaudaraan Sahabat Pena Malaya pada tahun 1937 dan pada tahun 1945 sebagai Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor. Pada tahun 1946, di kongres menentang pembentukan Malayan Union, dia dilantik sebagai ahli jawatankuasa bagi Jawatankuasa Penggubal Rang Piagam UMNO dan pada tahun yang sama dia menamatkan kerjaya politiknya selepas Piagam UMNO diterima dan diluluskan. 57

Você também pode gostar