Você está na página 1de 5

LAPORAN SETIAUSAHA PROGRAM SUKAN DAN PERMAINAN KECIL DI PANTAI BISIKAN BAYU ( TAMAN REHLAH)

SETIAUSAHA PEN. SETIAUSAHA

: ZAIRA NUR HIDAYAH. : AYISY HARIZ BIN SUKIMAN.

Bagi memenuhi sukatan pelajaran Teras Pendidikan Jasmani Program Persediaan Ijazah Sarjana Perguruan (PPISMP) ambilan Jun 2010 yang melibatkan kedua-dua kelas Opsyen Sains dan Pendidikan Seni Visual. Program ini melibatkan 35 peserta yang mana terdiri daripada 16 orang peserta lelaki dan 18 orang peserta perempuan. Program ini diiringi oleh 4 orang pensyarah pengiring. Pantai Bisikan Bayu telah menjadi destinasi pilihan untuk melaksanakan Program Sukan dan Permainan Kecil pada kali ini. Sebelum melaksanakan program, mesyuarat agung buat pertama kali diadakan bagi pemilihan jawatankuasa serta membentuk carta organisasi bagi melicinkan pengurusan aktiviti. Maklumat lanjut program Sukan Permainan Kecil 2011 adalah seperti yang berikut: a) b) Tarikh : 07hb 10hb Ogos 2008 Lokasi : Pantai Bisikan Bayu, pusat latihan Taman Rehlah Semerak, Pasir Puteh Kelantan Opsyen : (PJ / BI / BM semester 3) dan (BM / PJ / MU semester 3) Anjuran : Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut Perguruan Kota Bharu.

c) d)

Sebelum aktiviti dapat dijalankan di Pantai Bisikan Bayu, kami sebagai satu pasukan yang terdiri daripada dua kelas ini telah mengadakan mesyuarat bagi membahagikan jawatankuasa tugas ajk masing-masing. saya Selepas pembahagian tugas dan ahli untuk

aktiviti,

selaku

setiausaha

bertanggungjawab

menyediakan kertas kerja untuk diserahkan kepada pensyarah pembimbing, sebelum mendapat kelulusan Tuan Pengarah. Sebagai langkah awal, saya bersama-sama penolong setiausaha mengumpul butiran diri peserta serta mencari serba-sedikit maklumat mengenai {amyai Bisikan Bayu serta aktiviti-aktiviti yang kami akan jalankan di sana. Kami telah melaksanakan beberapa perjumpaan bagi pengagihan tugas-tugas kepada ahli jawatankuasa. Pengagihan kerja adalah melingkupi ruang lingkup jawatan yang disandang. Segala pengurusan telah diagihkan bagi memudahkan penguruskan kertas kerja serta beberapa pengurusan lain. . Semua ahli jawatankuasa memainkan peranan masing-masing dengan cemerlang. Sebelum hari perlaksanaan, perjumpaan terakhir bersama ahli jawatankuasa telah dilakukan bagi memastikan semua perancangan berjalan dengan lancar. Sebarang kesulitan dari segi persediaan peralatan serata kesulitan lain dapat diselesaikan. Semasa Program Semua peserta diarahkan untuk berkumpul seawal 7.00 pagi di perkarangan kafeteria sebelum bertolak. Para peserta berkerjasama antara satu sama lain memasukkan peralatan ke dalam bas. Sebelum bertolak, saya bersama penolong setiausaha bertindak memastikan semua peserta yang terlibat dapat berada dalam keadaan yang sebaik mungkin. Bas mula bertolak seawal 7.40 pagi. Perjalanan dari Institusi Pendidikan Guru Kampus Pengkalan Kota Bharu ke Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh, Kelantan mengambil masa 1 jam. Dalam perjalanan, para peserta telah dibekalkan dengan sebungkus roti berserta air minuman sebagai pengalas perut. Setibanya di Pantai Bisikan Bayu, semua peserta bersama-sama mengeluarkan barang-barang peralatan dari perut bas lalu diletakkan di suatu tempat.

Selepas itu, para peserta berkumpul di satu kawasan lapang berumput untuk majlis pembukaan dengan dimulakan dengan bacaan doa. Kemudian, peserta-peserta dikehendaki melakukan aktiviti pemanasan badan sebagai langkah keselamatan.Aktiviti pemanasan badan ini telah diketuai oleh salah seorang guru pelatih dari opsyen Pendidikan Agama. Aktiviti pemansan badan ini berselang seli dengan sesi mengambil foto sebagai bukti dan kenang-kenangan. Aktiviti ini berterusan hingga jam 9.00 pagi. Tepat jam 9.05 pagi, aktiviti bagi sukan permainan kecil dimulakan. Ketika aktiviti ini dijalankan, telah dibahagikan kepada dua stesen yang mana setiap stesen mengandungi 2 jenis permainan kecil dan empat buah kumpulan bagi setiap stesen. Jadi, jumlah keseluruhan kumpylan yang dibentuk adalah sebanyak lapan kumpulan yang terdiri daripada kedua-dua kelas dari opsyen Sains dan PSV. Keadaan ini dilakukan bagi menjimatkan masa serta tenaga kerja. Dalam stesen yang pertama, jenis permainan kecil yang dimainkan adalah berjalan dengan batu bata serta boling kelapa manakala stesen yang kedua pula terdiri daripada permainan berhalan kaki tiga dan memasukkan air ke dalam botol dengan tapak tangan. Bagi setiap stesen, jenis-jenis permainan ini akan dimainkan oleh empat kumpulan secara serentak. Ini bermakna, dalam satu permainan, akan ada dua kumpulan yang bermain permainan yang sama secara serentak. Ini adalah bagi jenis permainan yang terdapat di dalam stesen satu. Namun demikian, bagi jenis-jenis permainan yang terdapat dalam stesen kedua, keempat-empat kumpulan akan memainkan permainan secara serentak dengan dimulakan permainan berlari kaki tiga dan diikuti mengisi air ke dalam dengan tapak tangan. Setiap jenis permainan akan diadili oleh ahli jawatankuasa permaianan kecil bahagaian kepengadilan. Markah diambil bagi menentukan kumpulan mana yang layak menang. Selain markah diambil, ahli-ahli jawatankuasa permainan kecil juga memerhatikan kumpulan mana yang bersungguh-sungguh untuk dijadikan sebagai kumpulan contoh.

Hadiah dan cenderahati bagi kumpulan yang menjadi juara dan juga para peserta telah disampaikan pada majlis penutup bersama sukan dan rekreasi pada jam 6.00 petang. Tidak lupa juga sedikit cenderahati telah diberikan kepada pensyarahpensayarah pembimbing sebagai mengenang jasa mereka yang telag membolehkan kami melakukan aktiviti ini dengan jayanya. Majlis penutup telah dilakukan bersamasama peserta-peserta dari opsyen Pendidikan Agama. Majlis telah diserikan dengan sedikit jamuan berupa mee goreng dan keropok serta air teh ais sebagai kudapkudapan. Tepat jam 6.50 petang, para peserta bersama-sama pulang ke Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu dengan menaiki bas institut.

Você também pode gostar