Você está na página 1de 2

AYISY HARIZ BIN SUKIMAN 921027-01-6069 PPISMP SAINS SEM 2 AMBILAN JUN 2010

REFLEKSI SUKAN DAN PERMAINAN KECIL DI PANTAI BISIKAN BAYU (TAMAN REHLAH)
Tarikh : 02 April 2011 Lokasi : Taman Rehlah, Pantai Bisikan Bayu Pasir Puteh, Kelantan. Opsyen : (SAINS/BI/BM SEMESTER 2) (PSV/BI/BM SEMESTER 2)

Pada 2 April 2011 merupakan tarikh keramat bagi pelajar program PPISMP semester 2 Institut Perguruan Kota Bharu kerana pada tarikh ini, kami iaitu gabungan Sains dan Pendidikan Seni Visual telah berjaya mengadakan Program Sukan Permainan Kecil yang bertempat di Pantai Bisikan Bayu Pasir Puteh, Kelantan.

Program yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama di antara guru-guru pelatih setiap pengajian di samping mengeratkan hubungan silaturrahim. Program ini juga bertujuan untuk memenuhi kehendak Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan ambilan Jun 2010, setiap kelas yang mengambil Teras Pendidikan Jasmani perlu mengikuti Program Sukan Rekreasi ini semasa berada dalam semester 2 program persediaan.

Sebelum program ini dijalankan, satu mesyuarat telah diadakan bagi membentuk satu senarai jawatankuasa yang bertanggungjawab penuh dalam melaksanakan setiap tugas bagi menjayakan program ini. Pembahagian ahli jawatankuasa telah diadakan dengan adil dan lancar di mana setiap guru pelatih berpuas hati dengan pembentukan ahli jawatankuasa ini. Antara jawatankuasa kerja yang terlibat ialah jawatankuasa peralatan, kerohanian, persegaran, kebersihan dan keselamatan, tugas khas, disiplin, hadiah, buku program dan fotografi serta aktiviti.

Sepanjang rancangan untuk mengadakan program Sukan Permainan Kecil ini telah mengalami banyak masalah. Ramai yang tertanya-tanya bilakah tarikh dan tempat sebenar Sukan Rekreasi ini akan dijalankan. Pensyarah - pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani juga masih belum mendapat tarikh dan tempat yang sepatutnya disebabkan masalah-masalah tertentu. Terdapat juga khabar yang menyatakan bahawa program ini akan dijalankan empat kelas sekali disebabkan oleh kesuntukan masa, jika ini berlaku agak sukar bagi kami untuk menjalankan aktiviti kerana aktiviti kumpulan lain adalah berbeza dengan aktiviti kumpulan kami. Akhirnya kami mendapat kata putus daripada pensyarah-pensyarah Pendidikan Jasmani yang menyatakan bahawa kami akan pergi empat kelas sekali pada 2hb Ogos 2011 di Taman Rehlah, Pantai Bisikan Bayu.

Kami meneruskan agenda kami dengan mengadakan mesyuarat untuk melantik Pengerusi dan ajk - ajk yang akan bertugas untuk menjayakan program Sukan Permainan Kecil ini. Kami dengan kata sepakat telah melantik Tan Guo Liang sebagai pengerusi. Manakala Naib pengerusi ialah Thaatchayani A/P Muralle dari opsyen Sains.

Você também pode gostar