Você está na página 1de 5

REFLEKSI KENDIRI

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian. Pada mulanya, apabila saya menerima tugasan bagi subjek ELM3101 Pengenalan Konsep Asas Moral, saya agak keliru tentang kehendak soalan. Saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang topik berkaitan dengan moral agak terhad memandangkan saya tiada ilmu asas moral di maktab. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari material yang berkaitan melalui internet. Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya walaupun sudah agak lama saya bergelar guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang pendidikan moral dari segi kognitifnya dan sebagainya yang sebelum ini saya tidak pernah didedahkan secara terperinci seperti ini. Saya juga merasakan kepentingan Pendidikan Moral ini terhadap diri saya kerana sebagai guru, kelak semua ilmu ini perlu diterjemahkan untuk melaksanakan tugas harian sebagai guru yang begitu mencabar pada masa sekarang. Maka, melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang saya telah perolehi, dengan izin Allah SWT, saya akan praktikkan sebaik mungkin. Tambahan pula, tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah subjek Pendidikan Moral iaitu Ustazah Tengku Husna ini telah membolehkan saya menyiapkan tugasan ini dihasilkan dengan sebaiknya. Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek ini telah memberikan banyak input dan manfaat kepada saya serta membuatkan saya lebih mencintai profesion keguruan ini dan

bersemangat untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang. Sebelum ini saya kurang mengetahui tentang pemikiran-pemikiran moral yang wujud dalam setiap individu., dan bagaimana nilai-nilai moral ini sebenarnya amat penting kepada setiap individu untuk membentuk peribadi yang syumul. Tapi selepas menghabiskan tugasan ini saya dapati terlalu banyak perkara-perkara yang penting telah saya terlepas pandang terutama kepada murid saya terutama dalam membantu mereka mengenali diri mereka dan menyediakan mereka kepada dunia yang banyak dan dipenuhi dengan berbagai dugaan dan cabaran. Sungguh besar skop dan nilai-nilai moral yang sepatutnya ada di dalam setiap individu itu untuk mereka menyiapkan diri dan menghadapi hari-hari yang mendatang dengan tabah Untuk menjadi murid yang baik sebagai guru saya sepatutnya lebih dahulu menyedari tentang pemasalahan yang melibatkan nilai-nilai moral pada anak murid saya, supaya saya dapat menjadi seorang guru yang lebih mempunyai perasaan simpati dan empati yang lebih terhadap anak murid saya kerana apa yang saya telah pelajari semua nilai-nilai moral ini melibatkan emosi yang pada saya amat susah untuk di atasi sekiranya ianya terganggu gugat oleh perkara perkara yang tidak sepatutnya dan ini akan sedikit sebanyak menganggu emosi anak murid saya apabila berada di sekolah. Selain daripada itu melalui keratan akhbar pula saya dapati terlalu banyak gejala-gejala sosial yang timbul akibat daripada pemasalahan yang melibatkan nilai-nilai moral di dalam diri , terutamanya kepada pelajar dan orang awam. Oleh itu pada pandangan saya sabjek ini amat bagus untuk dipelajari oleh semua bakal guru dan juga guru-guru lama kerana melalui pendidikan moral ini kita akan dapat sama sama membantu dan membimbing pelajar supaya mereka tidak terus hanyut dalam pemasalah yang dihadapi. Walaupun bukan sebagai penyelesai masalah tapi saya yakin itu sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang bermasalah untuk membuat keputusan yang berasaskan kewarasan fikiran dan bukannya mengikut emosi semata-mata.

. Di kesempatan ini, saya juga ini merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pn Tengku Husna yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini dengan sebaik mungkin.

Disediakan oleh,

.................................................... (AZURA BINTI ABDUL AZIZ) 710513-10-5024

PENGENALAN

Tugasan ini mengandungi 3 bahagian. Tugasan pertama membincangkan aspek pemikran moral iaitu pemikiran naturalis,emotivis,intuisionis dan rasionalis melalui keratan akhbar yang telah dipilih.. Selain daripada keratan akhbar saya juga menggunakan jurnal pendidikan dan rujukan dari internet untuk mendapatkan maklumat bagi tugasan saya. Tugasan kedua ialah membuat buku skrap berdasarkan kepada perspektif perbezaan antara adat ada agama dalam upacara tertentu bagi setiap kaum. Saya telah memilih tiga aspek untuk dilihat perbezaannya iaitu dalam perkahwinan, kelahiran dan kematian. Tugasan ketiga ialah menulis refleksi kendiri tentang tugasan yang saya usahakan.

Você também pode gostar