Você está na página 1de 4

Aplikasi STATISTIK Dalam Kehidupan Kebanyakan daripada kita, rata-rata mengetahui statistik digunakan untuk menganalisa sesuatu data

berangka. Apabila seseorang pengacara dalam televisyen menyebut statistik perlawanan bola sepak Liga Perdana, sebenarnya ia bermaksud angka-angka skor dalam perlawanan itu. Pada setiap hari kita sering membaca laporan tentang angka-angka kematian dan kelahiran dalam surat khabar dan bagaimana data yang menunjukkan kadar kematian kemalangan jalan raya di Malaysia. Semua perkara tersebut sebenarnya mengaplikasikan statistik untuk merumus dan memperolehi data yang lebih bersistem. Namun tahukah anda bahawa perkataan statistik berasal dari perkataan Latin moden frasa statisticum collegium (syarahan mengenai keadaan semasa), manakala dalam bahasa Itali statistik berasal daripada perkataan statista, yang bererti "negarawan" atau "ahli politik". Daripada dua terjemahan di atas, pastinya tidak terlintas di fikiran kita bahawa statistik merupakan salah satu cabang matematik yang banyak diaplikasikan dalam kehidupan seharian tanpa kita sedari. Menurut Micahael Orkin statistik juga boleh didefinasikan sebagai

pengkuantitian kaedah bagi mentafsir serta memahami fenomena rawak. Tahukah anda setiap hari kita sebenarnya banyak menggunakan aplikasi statistik dalam kehidupan seharian kita? Setiap kali anda memakai tali pinggang kaledar, cuba untuk meramal keadaan cuaca, memakan vitamin C disebabkan anda merasa selsema atau anda memilih untuk menunggu dalam barisan terpendek dalam sebuah bank yang sesak, tanpa disedari anda telah menggunakan asas-asas ilmu statistik dalam kehidupan anda. Statistik (atau perangkaan) adalah sains dan aplikasi dalam membangunkan pengetahuan manusia melalui penggunaan data empirikal. Atau lebih tepat lagi statistik merupakan kaedah saintifik dalam mengumpul, menyusun, menghurai, menganalisis data bernombor dan juga membuat kesimpulan daripada hasil analisis data tersebut melalui gambar rajah. Tujuan statistik adalah menghasilkan maklumat "terbaik" daripada data yang diperolehi, atau ia juga turut dikenali sebagai teori keputusan.

Penggunaan statistik semakin meluas dalam kehidupan seharian dalam pelbagai bidang termasuklah bidang sains dan teknologi, sains pertanian, sains industri, sains fizik dan gunaan, sains sosial dan bidang-bidang lain. Lazimnya, semua keputusan analisis untuk dikuantitatifkan serta disorot dari sudut statistik, seperti membuat keputusan dalam sesuatu perkara. Jadi, bukan sahaja statistik wajar di pelajari sebagai matapelajaran wajib malahan semua golongan perlu mempunyai sekurang-kurangnya pengetahuan asas dalam bidang statistik. Pelbagai contoh aplikasi statistik dalam kehidupan sosial manusia. Antaranya ialah:

Statistik dan Kemalangan Jalan Raya

Setiap tahun, ratusan orang menemui maut di jalan raya Malaysia. Statistik ini adalah peringatan kepada diri anda serta semua pengguna jalan raya. Statistik banyak digunakan dalam perangkaan kemalangan jalan raya agar kita tahu jumlah kemalangan yang terlibat. Dengan ini sebagai pengguna jalan raya yang berhemah, kita boleh mengambil langkah berhati-hati. Malahan pihak berwajib juga boleh meningkatkan usaha agar dapat menangani masalah ini.

LAPORAN KES KEMALANGAN JALAN RAYA 1994-2006


Tahun Bilangan kemalangan Jumlah Kematian Bilangan Kenderaan Terkumpul Bilangan Pemandu Terkumpul Populasi Indeks Kemalangan (10 000 kenderaan berdaftar) 241.3 238.9 246.0 252.2 230.9 224.7 236.3 234.6 232.7 233.0 237.4 220.6 216.1 Indeks Kematian (10 000 kenderaan berdaftar) 7.16 8.40 8.20 7.37 6.28 5.83 5.69 5.17 4.90 4.90 4.52 4.18 3.98 Indeks Kematian (100 000 populasi) 26.5 28.4 29.8 29.1 25.9 25.5 25.9 24.6 24.1 25.1 24.3 23.5 23.5 -

1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 JanMac 2007

148 801 162 491 189 109 215 632 211 037 223 116 250 429 265 175 279 711 298 653 326 814 328 268 341 232 87 668

5 159 5 712 6 304 6 302 5 740 5 794 6 035 5 849 5 891 6 286 6 223 6 188 6 287 1 482

6 166 432 6 802 375 7 686 684 8 550 469 9 141 357 9 929 951 10 598 804 11 302 545 12 819 248 12 819 248 13 764 837 14 816 407 15 790 732 16 032 729

5 343 259 5 947 974 6 321 690 6 778 277 7 191 419 7 585 363 7 956 414 8 327 261 8 640 235 9 049 311 9 500 247 9 928 238 10 351 332 9 928 238

20 096 700 21 169 000 21 665 600 22 179 500 22 711 900 23 263 600 23 795 300 24 425 000 25 050 000 25 580 000 26 380 000 26 640 000 -

Statistik kemalangan Jalan Raya 1994 - Mac 2006~ Sumber: panducermat.

LAPORAN KEMATIAN BULAN JANUARI 2008 PECAHAN KEMATIAN MENGIKUT PENGGUNA JALAN RAYA
Tarikh bulanJanurai dalm 1 1 11 0 2 1 0 0 3 0 0 0 0 0 17 2 2 5 2 1 3 0 0 2 0 0 0 1 0 14 3 3 4 4 55 6 6 7 7 88 99 10 10 11 11 12 12 13 13 14 14 15 15 15 2 3 4 0 0 5 0 0 0 0 0 3 Jumlah Kematian

Hari Penunggang Motosikal Pembonceng Motosikal Pemandu Motokar Penumpang Motokar Pemandu/Penumpang Van Pemandu/Kelindan Lori Pejalan Kaki Basikal Teksi Pemandu/Penumpang Bas M/Jeep Lain-Lain Jumlah

Statistik Kematian di Jalan Raya Januari 2008~ Sumber: panducermat.org.my

Statistik dan Jenayah

Melalui statistik kita dapat menganalisa kes jenayah di sekeliling kita. Bagaimana statistik berfungsi untuk memberitahu umum tentang kadar jenayah di negara kita dengan lebih tepat dan bersistem. Dengan ini kita boleh mengambil langkah berjagajaga untuk keselamatan serta pihak berwajib boleh berusaha meningkatkan penguatkuasaan dikurangkan. undang-undang agar kes-kes jenayah di Malaysia dapat

Kes Rogol Mengikut Negeri, 2000-2005

Negeri
Johor Kedah Kelantan Melaka Negeri Sembilan Pahang Perak Perlis Pulau Pinang Sabah Sarawak Selangor Terengganu WP Kuala Lumpur

2000
194 110 52 43 59 74 91 12 61 109 81 216 48 67

2001
234 123 74 43 82 79 79 10 75 94 79 269 48 97

2002
235 132 70 57 62 79 100 13 73 115 77 253 45 120

2003
312 119 66 67 69 70 118 11 70 111 71 280 38 77

2004
323 127 82 100 89 102 121 21 89 149 94 294 58 116

2005
205 102 58 53 58 54 102 15 48 104 63 245 57 59

Jumlah

1,217

1,386

1,431

1,479

1,765

1,223

Sumber: Polis Diraja Malaysia

PENGARANG : WAN IZZATI HUSNA BT WAN SALLEH NORMAISYARAH BT ZAINUDIN AMIRA HAFIZA BT MOHAMAD LOONG LEE YING EDITOR : NUR SYAHMI BT NAZRI

Você também pode gostar