Você está na página 1de 30

DILEMA UMAT ISLAM

ANTARA
H A D I S & Q U R A N
KASSIM AHMAD 2002

Dilema Umat Islam Antara Hadis & Quran

P a g e |2

Edisi Peribadi
Edisi elektronik daripada buku asal Dilema Umat Islam Antara Hadis dan Quran ini dipindah ke format e-buku untuk bacaan dan kajian peribadi. Beberapa perkataan asal di dalam buku tersebut juga diperbetulkan kerana salah taip, penggunaan ejaan lama, atau penggunaan perkataan yang pada fikiran pemindah agak janggal untuk tatapan pembaca masakini. Ada juga susun atur ayat-ayat, perenggan-perenggan, atau nota-nota kecil yang diperbaiki dan diubahsuai supaya edisi elektronik tampak lebih senang untuk dibaca, difahami, dan dikaji oleh pembacanya di samping nampak lebih menarik. Edisi ini adalah berdasarkan buku asal hasil cetakan pertama pada September 2002. Pemindah ingin berterima kasih kepada penulisnya, Dr. Kassim Ahmad yang tanpa jemu menghasilkan karya-karya yang mencabar minda masyarakat Melayu dan juga Islam. Beliau juga tekun, berani, dan konsisten dalam perjuangannya untuk memperbetulkan amalan-amalan keagamaan dan pemikiran-pemikiran lama yang masih dipraktikkan dalam masyarakat Islam. Semoga usaha-usaha beliau diberi ganjaran kebaikan yang berlipat-ganda oleh Tuhan Semesta Alam.
Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, sesungguhnya Kami tidak mensiasiakan upah orang yang amalannya baik. Mereka itu, bagi mereka Taman-Taman And, di bawahnya mengalir sungai-sungai; di dalamnya mereka diperhiaskan dengan gelang-gelang emas, dan mereka dipakaikan pakaian hijau daripada sutera dan broked, di dalamnya bersandar di atas sofa yang indah - betapa sangat baiknya ganjaran! Dan betapa baiknya tempat istirahat! (Quran, 18:30-31)

Jika terdapat kesalahan, kesilapan, dan kelalaian yang tidak disengajakan di dalam e-buku ini diharap dapat dilayangkan e-mel kepada saya supaya dapat diperbetulkan. Juga dialu-alukan sebarang cadangan, maklum balas dan komen. - Mr Belimbing, Dis 2011

Hubungi: Pemindah E-book E-mel : Mr Belimbing : mrbelimbing@gmail.com Penulis Buku E-mel Laman Web : Dr. Kassim Ahmad : kassim03@streamyx.com : kassimahmad.blogspot.com

Dilema Umat Islam Antara Hadis & Quran

P a g e |3

KANDUNGAN
Kata Aluan Penerbit 4

1. Pendahuluan 2. Tiga Kategori Hadis 3. Hadis Yang Bercanggah Dengan Quran 4. Hadis Yang Selaras Dengan Quran 5. Hadis Neutral 6. Menjawab Tiga Bantahan 7. Kesimpulan

6 7 10 25 27 28 30

Dilema Umat Islam Antara Hadis & Quran

P a g e |4

KATA ALUAN PENERBIT


Seperti yang telah kami janjikan dalam Risalah No. 1 tentang Hukum Hudud, inilah Risalah No. 2 bertajuk Dilema Umat Islam Antara Hadis dan Quran. Risalah-risalah lain tentang beberapa tajuk lain, insya Allah, akan menyusul sebelum akhir tahun ini. Risalah No. 2 ini lanjutan daripada karya penulisnya, Dr Kassim Ahmad, Hadis Satu Penilaian Semula. Walaupun sesetengah kalangan agama mengecap beliau anti-Hadis dengan terbitnya buku itu, pendirian beliau yang sebenar ialah kritikal bukan anti terhadap Hadis. Ini jelas dari tajuk buku itu sendiri dan juga isinya. Dalam risalah ini, Dr. Kassim memberi banyak contoh hadis dari kumpulan-kumpulan Hadis Bukhari dan Muslim, dua kumpulan Hadis yang paling berwibawa dalam masyarakat Islam, serta menghuraikannya. Kebanyakan pembaca mungkin akan terperanjat dengan pendedahan ini. Kami harap mereka akan membacanya dengan kepala yang dingin dan dada yang terbuka. Ambil yang baik dan buang yang buruk. Inilah sikap yang diajar oleh Tuhan kepada kita apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang baru. Sikap taklid kepada autoriti ulama tanpa mengira kebenaran dan kesaksamaan dan sikap jumud dalam pemikiran tidak diajar oleh Islam. Kita perlu membanteras sikap ini dari masyarakat kita, kerana ia telah membawa kepada kebekuan, kemunduran dan kejatuhan umat Islam dalam masa enam ratus tahun yang lalu. Seperti kata Dr. Kassim Ahmad dalam risalah ini: Demikianlah, umat Islam perlu kembali segera kepada ajaran Quran. Hanya ajaran ini yang boleh membebaskan mereka dari segala bentuk perhambaan, kecuali perhambaan kepada Tuhan Yang Esa, dan dari segala khurafat, yang mengongkong mereka sekian lama. Dengan demikian, barulah mereka boleh bangun kembali dan mengambil tempat mereka yang sah sebagai pemimpin dunia untuk membangunkan sebuah dunia yang aman, selamat, bebas dan adil tanpa kolonialisme dan imperialisme. Seperti yang telah kami nyatakan dalam Risalah No. 1 dulu, tujuan kami ialah untuk memupuk pemikiran kritikal dalam masyarakat kita, menggalakkan perdebatan saintifik yang sihat untuk memecahkan tembok taklid dan kejumudan yang menghalang kemajuan masyarakat Islam. Dr. Kassim telah memberi satu pandangan berbeza. Itu tidak salah, malah baik, kerana beliau telah memberi satu pilihan lain kepada kita. Timbanglah pandangan beliau secara saksama, ambil yang baik dan buang yang buruk.

Dilema Umat Islam Antara Hadis & Quran

P a g e |5

Lebih-lebih lagi, sebagai orang mukmin, yang merupakan suatu persaudaraan, kita harus mengelak daripada tuduh-menuduh antara satu sama lain dan menyelesaikan semua masalah di antara kita melalui perundingan. Perbezaan pendapat mengenai tafsiran tentang Islam dan tentang cara melaksanakan Islam tidak boleh dijadikan asas atau alasan untuk bermusuhan di antara kita. Sebenarnya, permusuhan di antara kita dikehendaki dan dihasut oleh syaitan dan musuh kita, kaum penjajah baru blok Inggeris-Amerika Syarikat. Oleh kerana beliau seorang penulis yang dianggap kontroversi oleh masyarakat kita, kami telah mengajukan soalan sesetengah anggota masyarakat kita tentang kelayakan beliau untuk berbicara tentang Islam. Inilah jawapan beliau:Saya tidak mendakwa saya seorang alim atau sarjana. Tetapi semua orang yang kenal saya, tahu akan minat dan cinta saya kepada Islam sejak saya di bangku sekolah lagi. Di sekitar tahun-tahun 1969 - 1976 saya kembali mengkaji falsafah Islam secara lebih serius sehingga kira-kira pada 1985 - 1986 saya meninggalkan ideologi sosialis yang saya anuti waktu saya memimpin Parti Rakyat dari 1968 hingga 1984. Sejak itu, saya tidak berpaling lagi. Saya yakin sepenuhnya saya perlu kembali kepada ajaran Quran. Begitu juga umat Islam dan umat Manusia. Saya fikir keyakinan dan komitmen ini lebih penting daripada ijazah dari Universiti Al-Azhar atau dari mana-mana universiti Islam lain. Dengan kata-kata Dr. Kassim itu, kami hidangkan risalah ini kepada khalayak pembaca.

PENERBIT Bandaraya Tanjung, Pulau Pinang, 31 Ogos, 2002

Dilema Umat Islam Antara Hadis & Quran

P a g e |6

PENDAHULUAN
Tuhan telah menurunkan hadis yang terbaik, sebuah kitab yang selaras dan menunjuk kepada kedua-dua jalan. Kulit mereka yang takut kepada Tuannya kecut dari itu lalu kulit dan hati mereka menjadi lembut untuk menerima peringatan Tuhan. Demikianlah petunjuk Tuhan, diberi-Nya kepada siapa yang Ia kehendaki. Tetapi barangsiapa Tuhan sesatkan, tiada yang boleh membimbingnya. (Quran, 39:23) Di antara manusia, ada mereka yang menjual hadis olok-olok dan dengan itu memalingkan manusia dari jalan Tuhan tanpa pengetahuan serta memperolok-olokannya. Bagi mereka azab penuh kehinaan. (Quran, 31:6)

Salah satu saranan penting yang telah dibuat oleh Jemaah Al-Quran Malaysia (JAM), sekarang Forum Iqra atau Foriq, kepada pihak berkuasa agama Islam di negara kita dalam polemik yang dicetuskan oleh buku, Hadis Satu Penilaian Semula (1986), dan penubuhan JAM pada 11 Jun 1995 ialah supaya Pusat Islam menubuhkan Sebuah Jawatankuasa Bersama dengan mereka untuk membuat satu penilaian semula hadis-hadis dalam Enam Kitab Sahih supaya masyarakat kita boleh mengetahui hadis-hadis manakah yang bercanggah dengan ajaran Quran dan yang manakah yang tidak. Saranan ini dibuat sama sekali bukan untuk menafi atau memperkecilkan usaha dan sumbangan yang telah dibuat oleh ulama Hadis zaman silam, tetapi untuk melanjutkan sikap ilmiah dan kritikal yang diajar oleh ulama besar zaman itu juga. Mereka telah melakukan ijtihad mereka, berdasarkan pengetahuan dan fahaman mereka; kita yang datang kemudian bertanggungjawab pula, atas nama ilmu, untuk menyemak semula warisan yang kita terima dari mereka serta melakukan ijtihad kita, berdasarkan pengetahuan dan pemahaman kita pula. Demikianlah ilmu berkembang dari generasi ke generasi, melalui kesarjanaan kritikal dan kreatif. Apabila saranan ini tidak disambut oleh Pusat Islam, Foriq memutuskan ia sendiri akan melakukan kajian ini. Risalah ini ialah hasilnya. Kita tidak perlu meneliti semua hadis yang terkandung dalam Enam Kitab Sahih ataupun semua hadis dalam Kitab Sahih Bukhari atau Kitab Sahih Muslim untuk mencapai tujuan kajian ini. Kaedah yang kita pakai ialah memilih hadis-hadis yang terkenal yang terdapat dalam kitab-kitab Bukhari dan Muslim (dua autoriti hadis yang dianggap tertinggi dalam masyarakat Islam Sunni) dan juga dalam kumpulan Enam Kitab Sahih serta menilai hadis-hadis ini dari segi ajaran-ajaran Quran. Banyak hadis yang dipakai dalam masyarakat Sunni juga dipakai dalam masyarakat Syiah. Oleh yang demikian, kajian ini terpakai bagi kedua-dua masyarakat.

Dilema Umat Islam Antara Hadis & Quran

P a g e |7

3
KATEGORI HADIS
Hasil dari kajian ini, kita memperoleh tiga kategori, iaitu: (a) Hadis-hadis yang bercanggah dengan ajaran Quran 1 ; (b) Hadis-hadis yang selaras dengan ajaran Quran, dan (c) Hadis-hadis yang boleh dianggap neutral, tidak jelas bercanggah atau tidak jelas selari dengan ajaran Quran Kategori (a) nyata tertolak dan tidak boleh dipakai oleh umat Islam. Kategori (b) boleh dipakai, kerana selaras dengan ajaran Quran, walaupun pada hakikatnya hadis-hadis ini mungkin tidak berasal daripada Nabi. Berhubung dengan kategori (c), kita boleh merujuk perkara ini kepada kalangan pakar, jika perkaranya berhubung dengan sesuatu yang bersifat teknikal, atau kepada pihak berkuasa, atau kita boleh menggunakan budi bicara kita sendiri untuk menerima atau menolaknya. Sebelum kita meneruskan pengkategorian kita, tiga perkara penting tentang hadis harus diingat. Pertama, Hadis merupakan kaedah yang pokok musuh-musuh Islam dari kalangan Yahudi, Kristian, dan musyrik menyelewengkan mereka dari ajaran Tuhan. Hal ini nyata dari ayat-ayat Quran yang berikut :Apabila orang munafik datang kepadamu, mereka berkata, Kami naik saksi engkau Rasul Allah. Allah tahu engkau Rasul-Nya, tetapi Allah naik saksi orang munafik memang pendusta. Berselindung disebalik topeng iman mereka menyelewengkan manusia dari jalan Allah. Sungguh jahat apa yang mereka lakukan. (Quran, 63:1-2) Rasul akan berkata, Tuanku, kaumku telah membelakangkan Quran ini! Demikianlah Kami wujudkan musuh bagi setiap nabi dari kalangan penjenayah. Tuanmu cukup sebagai pembimbing dan penolong. (Quran, 25:30-31)

1 Kita sedar bahawa kebanyakan umat Islam menganggap hadis tidak boleh bercanggah dengan Quran. Doktrin ini berasal dari Imam Shafie. Lihat

Majid Khadduri (pent.), Islamic Jurisprudence Shafiis Risala, h. 184-85.

Dilema Umat Islam Antara Hadis & Quran

P a g e |8

Ini sunnah Tuhan, undang-undang alam yang wujud secara objektif: tiap ajaran yang baik akan ditentang oleh penjahat, kerana melalui penentangan ini kebaikan akan dapat dibezakan daripada kejahatan. Ajaran Quran harus menghadapi musuh. Melalui musuh ini, manusia boleh mengetahui siapa yang benar-benar beriman dan siapa yang tidak. Cara yang paling baik untuk menyelewengkan manusia dari ajaran Quran ialah dengan menggunakan nama Nabi Muhammad sendiri. Demikianlah nama beliau digunakan untuk mensahkan Hadis. Kedua, walaupun Hadis mungkin telah ditulis dalam zaman Nabi sendiri, sejarah membuktikan bahawa ia tidak dibukukan secara rasmi sehingga selepas Imam Shafie (767 - 820) berjaya membuat masyarakat Islam menerima ajarannya bahawa Sunnah Nabi sumber hukum kedua setaraf dengan Quran 2. Hanya selepas ini barulah muncul kumpulan Hadis Bukhari (meninggal 870), Muslim (meninggal 875) dan lain-lain. Ini bermakna autoriti Hadis sebagai satu sumber hukum setaraf dengan Quran muncul kemudian, kira-kira 250 tahun setelah Nabi wafat 3. Ini yang membawa kepada perpecahan dan munculnya puak dan mazhab dalam Islam. Namun demikian, orang Islam yang terus berpegang kepada Quran tetap wujud, walaupun dalam bilangan minoriti, seperti di kalangan golongan muktazilah, dan pengikut-pengikut mereka kemudian terus memegang kepada Quran hingga ke hari ini. Ketiga, dalam Quran, perkataan hadis, pada dasarnya, digunakan dalam dua makna yang berlainan. Pertama, ia digunakan dalam ertikata Quran atau wahyu. Ini jelas dari contoh berikut :Sesungguhnya, ini sebuah bacaan yang mulia. Di dalam sebuah kitab yang terpelihara. Tiada siapa boleh memahaminya kecuali yang jujur. Sebuah wahyu daripada Tuan Semesta Alam. Apakah hadis ini yang hendak kamu kesampingkan? (Quran, 56:77-81)

Kedua, ia digunakan dalam ertikata laporan atau cerita, seperti yang terbukti dalam ayat ini :Telah sampaikah kepadamu hadis tentang Musa? (Quran, 20:9)

Dalam makna pertama, hadis ialah Quran, dan tidak ada hadis lain kecuali Quran. Tetapi hadis dalam ertikata laporan tentang perkataan dan perbuatan Nabi, ia memang ada. Buktinya, Piagam Madinah, Pidato Perpisahan, Perjanjian Hudaibiah dan surat-surat Nabi kepada ketua-ketua negara pada waktu itu yang tersimpan hingga ke hari ini. Berhadapan dengan hadis-hadis yang didakwa sebagai laporan-laporan benar tentang perbuatan dan kata-kata Nabi, hadis-hadis ini perlulah ditapis melalui penapisan Quran. Hadis yang lulus penapisan ini boleh dipakai; yang tidak lulus, tidak boleh dipakai.

2 Lihat Majid Khadduri (pent.), Islamic Jurisprudence: Shafiis Risala, h. 11. 3 Sebenarnya, ajaran Islam telah lengkap lapan puluh satu (81) atau lapan puluh dua (82) hari sebelum Nabi Muhammad wafat, dengan turunnya

ayat yang masyhur ini: Pada hari ini telah Aku lengkapkan agamamu untukmu dan sempurnakan nikmat-Ku bagimu dan telah Ku pilih Islam bagimu sebagai agama. (Quran, 5:3). Lihat Maulana Muhammad Ali, The Holy Quran, Nota 664.

Dilema Umat Islam Antara Hadis & Quran

P a g e |9

Kita sedar bahawa di antara criteria pengkaji hadis klasik ialah criteria keselarasan dengan Quran 4. Tetapi, oleh kerana kita telah mendapati contoh-contoh percanggahan hadis-hadis yang dikatakan sahih dengan ajaran Quran secara terang-terangan, maka penilaian semula perkara ini perlu. Kegagalan sesetengah mereka yang mengaku kembali kepada Quran untuk membezakan antara hadishadis yang bercanggah dengan hadis-hadis yang selaras dengan ajaran Quran telah menyebabkan mereka menolak Hadis sama sekali. Pendirian ini tidak logik, kerana kita tidak boleh menolak sesuatu ajaran yang baik. Tuhan memberitahu kepada kita bahawa segala yang baik itu daripada Dia (rujuk Quran, 4:79), dan Dia telah menasihatkan kita supaya mendengar semua pendapat, tetapi mengikut yang paling baik saja (rujuk Quran, 39:18). Di bawah ini disenaraikan beberapa hadis yang kita pilih ke dalam tiga kategori besar, iaitu :(a) Bercanggah dengan Quran, (b) Selaras dengan Quran, dan (c) Neutral. Tiap-tiap kategori kita bahagikan pula di bawah tajuk-tajuk iman, undang-undang, sejarah dan umum.

4 Lihat Fazlul Karim, Al-Hadis, Buku I, Book House, Lahore 1938, h.22.

Dilema Umat Islam Antara Hadis & Quran

P a g e | 10

HADIS YANG BERCANGGAH DENGAN QURAN


1) PERKARA YANG BERHUBUNG DENGAN PEGANGAN TAUHID Tajuk ini penting sekali, kerana iman atau pegangan tauhid ialah asas agama. (A) Pendewaan Terhadap Nabi Muhammad Sepertimana umat Nabi Isa, yang tiga ratus tahun setelah beliau wafat, telah mendewakan beliau sebagai Anak Tuhan, demikianlah umat Nabi Muhammad, mungkin secara tidak sedar, telah mendewakan beliau sebagai Kekasih Allah, Penghulu Segala Nabi, maksum dan sebagainya. Satu daripada tanda konkrit pendewaan ini ialah kita melihat di kebanyakan masjid dan rumah orang Islam di Malaysia, nama Muhammad diletak sama paras di samping Allah dengan tulisan yang sama besar. Kita tidak boleh meletak sesiapa pun di samping Allah. Jika kita hendak meletak nama Nabi, letaklah di bawah, seelok-eloknya bersama-sama nama nabi-nabi Allah yang lain, kerana Tuhan telah melantik banyak nabi dan rasul untuk menerima dan menyebarkan ajaran-Nya. Hadis-hadis yang mendewakan Nabi Muhammad banyak, termasuk kalimah syahadah yang kedua, selawat kepada Nabi, dan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh masyarakat kita bahawa Nabi Muhammad kekasih Allah dan penghulu segala nabi, Nabi Muhammad maksum dan mempunyai syafaat di Hari Kiamat. Hadis-hadis ini terang-terang bercanggah dengan ajaran Quran yang melarang kita menyekutukan Tuhan dengan sesiapa atau apa-apapun, yang melarang kita mendewakan pemimpin, yang melarang kita daripada membezakan rasul-rasul dan nabi-nabi Allah (rujuk Quran, 3:84), yang menyatakan Nabi Muhammad itu manusia biasa dengan kelemahan-kelemahan manusia biasa dan yang menegaskan tiada siapa mempunyai kuasa syafaat pada Hari Kiamat, kecuali Allah (rujuk Quran, 21:25-28)

Dilema Umat Islam Antara Hadis & Quran

P a g e | 11

Katakanlah, Kami beriman kepada Tuhan dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ishak, Yaakub, dan keturunannya, dan kepada yang diberi kepada Musa, Isa dan Nabi-Nabi dari Tuan mereka. Kami tidak membezakan di antara mereka. Kepada-Nya kami tunduk. (Quran, 3:84) Kami tidak mengirim mana-mana Rasul sebelummu, kecuali dengan wahyu kepadanya bahawa Tiada tuhan kecuali Aku, oleh itu, sembahlah Aku saja. Namun demikian, mereka berkata, Yang Maha Pemurah telah mengadakan seorang anak! Maha Suci Dia. Mereka semua hamba yang mulia. Mereka tidak bercakap mengikut kehendak mereka sendiri, mereka mengikut perintah-Nya. Dia mengetahui masa depan mereka dan masa lalu. Mereka tidak memberi syafaat kecuali bagi mereka yang telah diterima oleh-Nya, dan mereka bimbang tentang diri mereka sendiri. (Quran, 21:25-28)

i)

Kalimah Syahadah Kalimah syahadah diberi dalam Quran dalam ayat-ayat berikut:Tuhan naik saksi tiada tuhan melainkan Dia, dan demikian juga para malaikat dan mereka yang berilmu. (Quran, 3:18)

Perhatikan bahawa ayat ini memberi acuan kepada syahadah pertama, dan perhatikan bahawa syahadah kedua tidak ada dalam ayat ini. Malah syahadah kedua ditolak dalam ayat berikut:Apabila orang munafik datang kepadamu, mereka berkata, Kami naik saksi engkau Rasul Allah. Allah tahu engkau Rasul-Nya, tetapi Allah naik saksi orang munafik memang pendusta. Berselindung di sebalik topeng iman, mereka menyelewengkan manusia dari jalan Allah. Sungguh jahat apa yang mereka lakukan. (Quran, 63:1-2)

Apa yang diajar dalam Quran tentang hal ini sungguh munasabah. Muhammad salah seorang rasul Allah, bukan satu-satunya rasul Dia. Apabila kita mengisytiharkan beliau saja sebagai rasul Allah, maka kita telah melanggar larangan Tuhan supaya tidak membezakan rasul-rasul-Nya. Perbuatan membezakan rasul-rasul Allah serta melebihkan seseorang rasul daripada yang lain hanya memecah-belahkan manusia. Hal ini ternyata dari konflikkonflik agama yang telah berlarutan dalam masyarakat manusia. Tuhan juga telah memaklumkan kepada kita kecenderungan manusia untuk syirik dengan menyebut nama lain di samping Allah. Firman-Nya:Apabila Tuhan saja disebut, hati mereka yang tidak beriman kepada Hari Kemudian kecut dan marah. Tetapi apabila disebut yang lain di samping-Nya, mereka gembira. (Quran, 39:45)

Dilema Umat Islam Antara Hadis & Quran

P a g e | 12

ii)

Selawat Kepada Nabi Tidak syak lagi, Nabi Muhammad seorang pemimpin spiritual dan agama yang besar dalam sejarah manusia. Wajarlah kita menghormati dan memuliakan beliau serta mentaati ajarannya dalam Quran. Namun demikian, menghormati dan memuliakan harus dibezakan dengan mendewakan. Kita dilarang mendewakan beliau. Hanya Tuhan Yang Esa yang kita dewakan. Ayat mengenai selawat kepada Nabi ini telah disalah-tafsirkan hingga makna yang sebenar perkataan Arab selawat (salla, yusalli = merestui) telah menjadi satu keistimewaan untuk Nabi Muhammad. Perhatikan ayat-ayat yang berhubung dengan perkara ini :Tuhan dan malaikat-malaikat-Nya membantu dan menyokong Nabi. Hai kamu yang beriman, hendaklah kamu bantu dan sokong dia, dan hormati dia dengan kehormatan yang sewajarnya. (Quran, 33:56)

Ayat di atas menerangkan bahawa Tuhan dan para malaikat-Nya merestui dan menolong Nabi dalam tugasnya untuk menyebarkan ajaran Tuhan di kalangan manusia. Lalu Tuhan memerintahkan orang beriman merestui dan menolong beliau dalam tugas ini serta menghormati beliau dengan kehormatan yang layak beliau terima sebagai Nabi dan Rasul Allah. Namun demikian, restu dan sokongan ini tidak dikhaskan kepada Nabi Muhammad saja. Jika ayat ini dibaca bersama dengan ayat Quran 33:43 sebelum itu, kita akan mendapat pemahaman yang lebih jelas.
Dialah yang membantu dan menyokong kamu, bersama-sama dengan malaikat-malaikatNya, untuk membimbing kamu keluar dari gelap kepada terang. (Quran, 33:43)

Ayat di atas yang mendahului ayat pertama tadi memberitahu kepada kita bahawa Tuhan dan para malaikat-Nya merestui dan membantu orang mukmin. Ini munasabah sekali, kerana orang mukmin memang direstui dan dibantu oleh Tuhan dan malaikatmalaikat-Nya. Untuk melengkapkan huraian ini, mari kita perhatikan sebuah ayat lagi, yang berbunyi :Ambillah sedekah dari wang mereka untuk membersih dan menyucikan mereka dengannya. Restuilah mereka kerana restumu menyenangkan mereka. (Quran, 9:103)

Melalui ayat di atas Tuhan memerintahkan Nabi supaya memberi sokongan dan galakan kepada pengikut-pengikutnya, kerana sokongan dan galakan dari seorang pemimpin kepada pengikut-pengikutnya memang wajar dan perlu.

Dilema Umat Islam Antara Hadis & Quran

P a g e | 13

Apabila kita melihat penggunaan perkataan selawat dalam konteks yang menyeluruh ini, kita akan mendapat pemahaman yang lebih tepat. Keseluruhannya bermakna :(a) Tuhan dan para malaikat-Nya menolong orang mukmin untuk mengeluarkan mereka dari kemunduran kepada kemajuan, (b) Tuhan dan para malaikat-Nya menolong pemimpin orang mukmin (Nabi pada masa itu ialah pemimpin orang mukmin), (c) Tuhan menyuruh Nabi memberi rangsangan dan galakan kepada pengikut-pengikutnya supaya mereka rela dan sanggup berjuang di jalan Allah. Dengan pemahaman yang menyeluruh ini, tidak timbul soal berselawat kepada Nabi secara khusus dengan kata-kata itu. Hadis-hadis yang meletak Nabi Muhammad melebihi nabi-nabi lain dilarang dalam surah 2, ayat 136 yang berbunyi :Katakanlah, Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub dan keturunan; dan kepada apa yang diberi kepada Musa dan Isa, dan kepada semua nabi daripada Tuan mereka. Kami tidak membezakan seorang pun di antara mereka. Kepada-Nya kami muslim. (Quran 2:136)

Walaupun Tuhan menyatakan Nabi Muhammad itu rahmat kepada seluruh dunia (rujuk Quran, 21:107), kita dilarang daripada menganggap dia lebih dari seorang manusia biasa (rujuk Quran, 18:110). Pada Hari Kiamat, semua manusia sama di hadapan Tuhan. Tiada siapa yang boleh menolong orang lain, dan Nabi Muhammad tidak mempunyai syafaat pada hari itu, seperti yang didakwa dalam Hadis. Perhatikan ayat-ayat ini:Katakanlah, Tiada aku kuasa untuk menolong atau memudaratkan diriku, kecuali apa yang Tuhan kehendaki. Jika aku mengetahui masa depan, tentu aku akan dapat menambahkan kekayaanku dan tiada mudarat akan menimpaku. Aku tidak lebih daripada seorang pemberi amaran dan pembawa berita baik bagi mereka yang beriman. (Quran 7:188) Katakanlah, Aku sembah hanya Tuanku dan aku tidak pernah mengadakan berhalaberhala lain di samping-Nya. Katakan, Aku tidak berkuasa untuk memudaratkan atau membimbing kamu. Katakan, Tiada siapa boleh melindungku daripada Tuhan, dan tiada boleh aku mencari perlindungan lain di samping Dia.(Quran 72:20-22)

Dilema Umat Islam Antara Hadis & Quran

P a g e | 14

(B) Pendewaan Kepada Pemimpin Selain daripada pendewaan kepada Nabi, manusia juga kerap mendewakan pemimpinpemimpin agama, politik dan intelek dengan bertaklid kepada ajaran-ajaran mereka. Ini dilarang kerana sikap demikian akan meragut kebebasan berfikir yang perlu untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.
Mereka juga akan berkata, Tuan kami, kami telah mentaati pembesar-pembesar dan pemimpinpemimpin kami, tetapi mereka telah menyesatkan kami. Tuan kami, gandakan azab mereka dan laknatilah mereka dengan laknat yang besar. (Quran, 33:67-68)

(C) Warisan Nabi Satu Atau Dua? Seperti dalam banyak hal, dalam hal ini juga Hadis bercanggah antara satu sama lain. Ada yang mengatakan Nabi meninggalkan satu perkara saja iaitu Kitab Allah, ada pula yang mengatakan dua iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Mari kita lihat hadis-hadis ini. Laporan Jabir bin Abdullah ada dua versi. Satu lagi laporan Malik bin Anas. i-a) Jabir bin Abdullah melaporkan bahawa Rasul Allah berpidato kepada rakyat dan berkata, dan aku telah meninggalkan kepadamu SATU perkara, jika kamu berpegang teguh kepadanya, kamu tidak akan sesat selepasku, iaitu Kitab Allah. Kamu akan ditanya tentangku. Jadi, apa akan kamu kata? Mereka menjawab, Kami akan memperaku bahawa kamu sebenarnya telah menyampaikan dan menyempurnakan perutusan dan memberi peringatan. (Riwayat Muslim) 5 i-b) Jabir bin Abdullah melaporkan bahawa Rasul Allah telah berkata dalam Haji Akhir, dan aku telah meninggalkan di antara kamu SATU perkara, jika kamu berpegang teguh kepadanya, kamu tidak akan sesat selepasku Kitab Allah dan apa yang kamu dapat daripadaku melalui soalan (Hadis). (Riwayat Muslim) 6 i-c) Malik bin Anas melaporkan sebuah hadis cacat bahawa Rasul Allah berkata, Aku meninggalkan kepadamu DUA perkara, selagi kamu berpegang teguh kepadanya, kamu tidak akan sesat Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. (Muwatta) 7

5 Fazlul Karim, Mishkat-ul-Masabih, Jil. III, h. 584-90, No. 46. 6 Ibid., Jil. I, h. 172, No. 118. 7 Ibid., Jil. I, h. 1173, No. 120.

Dilema Umat Islam Antara Hadis & Quran

P a g e | 15

Walaupun dua versi laporan Jabir bin Abdullah ada sedikit perbezaan, ia tetap menyatakan peninggalan Nabi Muhammad satu saja iaitu Kitab Allah. Namun, kebanyakan umat Islam hari ini berpegang kepada hadis laporan Malik bin Anas yang mengatakan dua, walaupun pelapornya menyifatkan hadis ini sebuah hadis cacat! Ajaran bahawa Nabi Muhammad meninggalkan dua buah kitab dibantah oleh Quran, antara lain, dalam ayat-ayat berikut :Pada hari ini telah Aku lengkapkan agamamu untukmu dan sempurnakan nikmat-Ku bagimu dan telah Kupilih Islam bagimu sebagai agama. (Quran, 5:3)

Ayat ini yang turun lapan puluh satu (81) atau lapan puluh dua (82) hari sebelum Nabi wafat, menunjukkan bahawa agama Islam sudah lengkap pada ketika itu. Lihat ayat ini, yang menyindir mereka yang mahukan sebuah kitab lain, yang boleh mensahkan kemahuan mereka yang tidak sah itu :Patutkah kami perlakukan orang muslim seperti orang berdosa? Betapakah hal kamu? Bagaimana kamu menghukum? Adakah kamu sebuah buku lain yang kamu gunakan, dan memberi kepada kamu apa-apa yang kamu kehendaki? (Quran, 68:35-38)

Lihat ayat ini lagi, yang mendedahkan mereka yang mahu sebuah Quran yang lain atau yang sudah diubah :Tetapi bila dibacakan kepada mereka ayat-ayat kami yang nyata, berkatalah mereka yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami, Bawalah sebuah Quran yang lain daripada ini atau ubahlah. Jawablah, Aku tidak boleh mengubahnya mengikut kemahuanku sendiri. Aku hanya mengikut apa yang diwahyukan kepadaku. Aku takut akan siksaan pada hari yang dahsyat, jika aku derhaka kepada Tuanku. (Quran 10:15)

Akhir sekali, ayat berikut membuktikan dengan jelas bahawa kitab yang perlu dipegang oleh umat Islam ialah Quran.
Rasul berkata, Tuanku, kaumku telah membelakangkan Quran ini. Demikianlah Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi musuh dari kalangan penjenayah. Tuanmu cukup sebagai pembimbing dan pembantu. (Quran 25:30-31)

Tidak syak lagi, Quran juga mengajar kita supaya menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh supaya mendengar semua pendapat dan ikut yang paling baik, supaya mengkaji sejarah dan supaya membaca, berfikir, menyiasat dan mengkaji alam tabii dan alam manusia untuk mendapat ilmu yang sahih.

Dilema Umat Islam Antara Hadis & Quran

P a g e | 16

Seperti yang telah saya katakan di atas, saya tidak menafikan bahawa hadis-hadis wujud dari zaman awal lagi, yang berupa buku-buku nota atau sahifah, sebelum kumpulan-kumpulan Bukhari, Muslim dan lain-lain yang dibuat secara rasmi selepas perisytiharan Imam Shafie bahawa Hadis atau Sunnah juga perlu dipegang oleh umat Islam. Malah sejarah membuktikan wujudnya beberapa dokumen yang ditulis oleh Nabi Muhammad seperti Piagam Madinah, Perjanjian Hudaibiyah dan surat-surat beliau kepada pembesar-pembesar Kristian pada waktu itu. Namun demikian, bagi umat Islam kitab panduan yang utama ialah Quran, bukan Quran dan Hadis. (D) Sembahyang Tiang Agama Walaupun sembahyang itu satu ibadah penting yang diperintahkan kepada orang mukmin, di samping puasa, zakat dan naik haji, sembahyang bukanlah tiang agama, seperti yang diajar dalam Hadis. Seperti yang kita tahu, tiang agama Islam ialah Tauhid, iaitu iman kepada Tuhan Yang Esa. 8 Tanpa iman kepada Tuhan segala perbuatan kita sesia. Malah Tuhan mengutuk orang yang bersembahyang tetapi tidak berbuat baik seperti ayat di bawah,
Tidakkah kamu melihat mereka yang mendustakan agama? Dialah orang yang mengasari anak yatim! Yang tidak menganjur memberi makan kepada orang miskin! Celakalah mereka yang bersembahyang! Yang tidak sedar akan sembahyang mereka! Mereka hanya ingin menunjuk dan melarang bersedekah! (Quran, 107:1-7)

Ibadah sembahyang itu suatu kaedah yang ditetapkan bagi manusia untuk membersihkan jiwanya serta mendekatkan dirinya kepada Tuhan. Ia bukan matlamat. Matlamat kita Tuhan. Jiwa yang kotor tidak akan mencapai Tuhan. Jadi, Tuhan mengajar kita kaedah untuk membersihkan jiwa kita melalui ibadah-ibadah agama, seperti sembahyang, puasa, pemberian zakat dan naik haji, tetapi Tuhan melarang kita daripada bertengkar tentang kaedah Lihat ayat Quran 22:67 di bawah,
Bagi tiap-tiap masyarakat, Kami telah mewujudkan ibadah yang mereka lakukan. Jangan kamu diajak bertengkar tentang perkara itu. Serulah kepada Tuanmu. Kamu di jalan yang benar.

8 Seperti yang diterangkan dalam ayat Quran 4:116, Tuhan mengampuni segala dosa lain, jika Ia kehendaki, tetapi Ia tidak mengampuni dosa syirik.

Iman kepada Tuhan Yang Esa itulah tiang agama. Ayat Quran 4:124, menerangkan bahawa segala perbuatan baik, jika tidak ditunjangi oleh iman, tidak diterima.

Dilema Umat Islam Antara Hadis & Quran

P a g e | 17

(E) Kepercayaan Kepada Qada dan Qadar Kepercayaan ini yang diajar dalam rukun iman yang ke-enam dan datang melalui saluran Hadis, ditafsirkan dengan makna untung baik dan jahat daripada Tuhan. Akibat ajaran ini, umat Islam menerima segala kejahatan yang berlaku kepada mereka sebagai takdir Tuhan. Ini menimbulkan sikap fatalis di kalangan mereka. Sikap ini membunuh daya kreativiti untuk membaiki kehidupan mereka. Kepercayaan ini ditolak dalam Quran dalam ayat-ayat 4:136 dan 4:78-79. Ayat 4:136 menyenaraikan lima kepercayaan saja iaitu kepercayaan kepada ; i) ii) iii) iv) v) Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, Hari Kemudian

Ayat 4:78-79 mengajar kita bahawa segala yang baik itu daripada Allah tetapi segala yang jahat itu akibat daripada perbuatan manusia. Menolak Qada dan Qadar dalam ertikata ini tidak bermakna kita menolak undang-undang Tuhan. Memang Tuhan yang menjadikan segala-galanya dan yang mentadbirkan alam ini. Tetapi kejahatan bukan berasal dari Tuhan, ia berasal dari kecenderungan manusia untuk memberontak terhadap Tuhan. Tuhan melarang manusia melakukan kejahatan. Namun, di bawah hasutan syaitan, kecenderungan manusia untuk melanggar undang-undang Tuhan menjadi kenyataan. Inilah makna ayat Tuhan bahawa kejahatan itu akibat perbuatan manusia. Qada dan Qadar, atau undang-undang Tuhan, memang wujud. Di alam tabii, ia disebut Takdir di alam sosial atau sejarah, ia disebut Sunnatul-Allah 10 (ataupun Sunnah Allah). Tetapi harus diingat bahawa undang-undang Tuhan di alam manusia termasuk memberi kebebasan kepada manusia untuk menentukan kehidupannya. 11
9,

9 Perkataan Arab takdir digunakan dalam Quran untuk merujuk kepada undang-undang fizikal. Perhatikan ayat ini, yang datang selepas beberapa

ayat yang menceritakan sifat bumi yang bertindak mengikut undang-undang fizikal itu, Demikianlah takdir Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Mengetahui. (Quran, 36:38)
10 Frasa sunnatul-Allah digunakan dalam Quran untuk merujuk kepada undang-undang sejarah. Perhatikan ayat ini, yang datang setelah

menceritakan sebuah kejadian yang menunjukkan perlakuan undang-undang sejarah ini. Inilah cara Tuhan sejak berzaman-zaman. Perintah Tuhan tetap berlaku. (Quran, 33:38)
11 Konsep manusia sebagai Khalifah, yang diajar dalam Quran (Lihat 2:30-34), meletakkan manusia sebagai raja yang boleh menentukan nasibnya

sendiri.

Dilema Umat Islam Antara Hadis & Quran

P a g e | 18

Kepercayaan kepada Qada dan Qadar telah membunuh jiwa kreatif dalam masyarakat Islam. Inilah punca kejatuhan sains dalam masyarakat Islam dan juga punca keruntuhan tamadun Islam yang telahpun digantikan oleh sains dan tamadun Barat. (F) Mensahkan Puak Dalam Islam Hadis-hadis yang meramalkan umat Islam akan berpecah kepada 73 puak telah mensahkan perpecahan dan puak dalam masyarakat Islam. Pada mulanya, masyarakat Islam itu satu, di bawah pimpinan Nabi Muhammad dan pengganti-pengganti (khalifah-khalifah) awal beliau. Tetapi tidak lama kemudian kerana rebutan kuasa, maka timbullah perpecahan yang kemudian kekal menjadi puak dan disahkan oleh autoriti baru Hadis, sehingga timbullah puak Ahli Sunnah Wal Jamaah, puak Syiah dan puak-puak lain dengan teologi masing-masing. Perpecahan dan membuat puak ini ditolak oleh Quran dalam ayat-ayat 3:103, yang menyuruh kita berpegang kepada ikatan Allah, iaitu Kitab-Nya, dan tidak berpecah-belah; ayat 6:159, yang memerintah supaya jangan membuat puak dengan Nabi Muhammad dan membuang kita dari golongannya, jika kita berbuat demikian, dan ayat 61:4 yang memerintahkan kita bersatu dan berjuang di jalan Allah dalam satu barisan. Ayat-ayat melarang perpecahan ini memang banyak. Jadi, perpecahan umat Islam sekarang yang menyebabkan kelemahan mereka ialah akibat kita melanggar perintah Tuhan supaya bersatu-padu, dan akibat kita mengikut ajaran musuh-musuh Islam yang dibawa melalui saluran Hadis yang menggalakkan kita berpecah dan berpuak. (G) Fahaman Majoriti Masyarakat Islam Tidak Menyeleweng Hadis membuat dakwaan bahawa majoriti masyarakat Islam tidak akan menyeleweng. Ini tidak selaras dengan ajaran Quran. Quran mengajar kita bahawa kebenaran kerapkali berada pada minoriti dan majoriti kerapkali menyeleweng (rujuk Quran 43:78). Atas dasar majoriti inilah (ijmak), maka Hadis sebagai sumber hukum kedua di samping Quran telah diwujudkan, walaupun terdapat hadis-hadis yang bercanggah dengan Quran. Atas dasar inilah juga apa yang dikatakan syariah Islam telah diputuskan. 12

12 Tentang ini, Prof. Ahmad Ibrahim telah berkata, Walaupun dari segi teori, Ijmak atau permuafakatan memainkan peranan sampingan kepada

Quran dan Sunnah sebagai sumber hukum, pada praktiknya, ia telah menjadi pancang yang muktamad bagi teori perundangan dan undang-undang yang berlaku dalam bentuk muktamadnya. Ijmak menjaminkan keabsahan dan tafsiran yang betul kepada Quran, periwayatan yang betul bagi Sunnah Nabi, penggunaan yang sah dan hasil-hasilnya bagi Qias; pendek kata, ia meliputi setiap perincian undang-undang, termasuk perbezaanperbezaan mazhab yang diiktiraf. Apa juga yang dibenarkan oleh Ijmak betul dan tidak boleh dipersalahkan dengan merujuk kepada prinsip-prinsip lain. (Islamic Law in Malaysia, Malaysian Sociological Research Institue, Singapura, 1965, h. 25.)

Dilema Umat Islam Antara Hadis & Quran

P a g e | 19

Perbuatan ini nyata melanggar ajaran Tuhan tentang asas hukum dalam Islam, yang dijelaskan dalam ayat 4:59,
Hai orang yang beriman, hendaklah kamu taati Allah dan hendaklah kamu taati Rasul, dan mereka yang berkuasa di antara kamu. Jika kamu berbalah tentang sesuatu perkara, hendaklah kamu rujuk kepada Allah dan Rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Inilah yang baik dan cara yang paling bagus. (Quran 4:59)

Ayat ini menjelaskan bahawa undang-undang dasar terdapat dalam Quran, dengan pemerintah atau pihak berkuasa boleh menggubal undang-undang tambahan selagi undangundang ini tidak bercanggah dengan ajaran Quran. (H) Hadis Mentafsirkan Quran Ulama Hadis klasik, dengan merujuk kepada beberapa ayat Quran dan memberikan tafsiran yang subjektif, 13 mendakwa Hadis mentafsirkan Quran. Kita dapat melihat bahawa pendapat ini tidak secocok dengan ajaran Quran tentang ilmu tafsir. Ada beberapa ayat Quran yang menolak pendapat ini. Pertama, Tuhan menerangkan bahawa Dialah yang mengajar Quran (rujuk Quran, 55:1-2). Kedua, dalam hal ayat-ayat mutasyabihat atau kiasan, Tuhan menyatakan tiada siapa yang mengetahui tafsirannya kecuali Dia dan mereka yang pakar dalam hal itu (rujuk Quran, 3:7). Ketiga, Tuhan memberitahu kita bahawa Dia dan ejen-ejen-Nya (kata nama Kami bagi Tuhan bermakna Dia dan ejen-ejen-Nya) akan menghuraikan Quran (rujuk Quran, 75:16-19). Ke dalam kategori Kami ini, tentulah termasuk nabi dan rasul, termasuk Nabi Muhammad, dan mereka yang Tuhan beri hidayah. Keempat, kategori akhir yang diberi ilmu tafsir oleh Tuhan ialah mereka yang Dia pilih dari hamba-hamba-Nya (rujuk Quran, 35:32). Ayat-ayat Quran yang jelas yang telah kita petik di atas menunjukkan bahawa fahaman bahawa Hadis mentafsirkan Quran itu tidak tepat. Dari segi hukum logika, fahaman ini tidak munasabah kerana ilmu dan fahaman Nabi Muhammad terbatas kepada zamannya. Fahaman ini telah menyebabkan sebahagian tafsir Quran menjadi kabur dan kacau. Ambil satu contoh saja, iaitu tafsiran ayat tentang ketaatan, dalam Surah 4, ayat 59; di sini Tuhan memerintahkan orang mukmin supaya taat kepada Dia dan Rasul-Nya dan kepada Ulil-Amr. Kebanyakan pentafsir menghuraikan frasa taat kepada Tuhan sebagai berpegang kepada Quran, dan frasa taat kepada Rasul sebagai berpegang kepada Hadis atau Sunnah, sedangkan makna yang sebenar bagi frasa taat kepada Tuhan dan taat kepada Rasul ialah taat kepada Tuhan dan berpegang kepada Kitab-Nya Quran yang dibawa oleh Rasul-Nya, Muhammad.

13 Penulis telah membahas dan menolak hujah-hujah mereka. Lihat Kassim Ahmad, Hadis Satu Penilaian Semula, hal. 42-44.

Dilema Umat Islam Antara Hadis & Quran

P a g e | 20

2) UNDANG-UNDANG Dalam bidang undang-undang, terdapat dua kes percanggahan yang menonjol antara ajaran Quran dengan ajaran Hadis. (A) Kesalahan Murtad Hadis mengenakan hukuman bunuh terhadap orang Islam yang murtad. Hukuman ini berasal dari Kitab Taurat 14 dan bercanggah dengan ajaran Quran. Hukuman ini bermakna tiada kebebasan beragama bagi orang Islam. Ini bercanggah dengan perisytiharan Tuhan yang masyhur dalam Quran bahawa tiada paksaan dalam agama. Ayat yang memberi kebebasan mutlak kepada seseorang untuk memilih agamanya banyak. Tetapi yang paling kuat ialah ayat yang berbunyi,
Tidak ada paksaan dalam agama, jalan yang betul sekarang dibezakan dengan jalan yang salah. Oleh itu, barangsiapa yang mengutuk syaitan dan beriman dengan Allah telah berpaut pada ikatan yang tidak mungkin putus. (Quran 2:256)

Perhatikan ayat ini datang selepas ayat yang paling agung yang mengisytiharkan kuasa Tuhan yang tidak ada tolok-bandingnya. Makna tersiratnya, jika Tuhan Yang Maha Berkuasa tidak memaksa manusia beriman kepada-Nya, bolehkah pula manusia berbuat demikian? Harus dibezakan antara perbuatan murtad dari perbuatan menghina Islam atau perbuatan memberontak terhadap sebuah pemerintahan Islam yang sah.15 Dua jenis perbuatan ini, murtad dan menghina atau memberontak, tidak sama.16

14 Tetapi bunuhlah seorang pentadbir mimpi atau nabi yang melawan TuhanWalau abangmu atau anak lelaki atau anak perempuan atau isteri

yang kamu kasihi atau sahabatmu yang paling karib sekalipun boleh menggalakkan kamu menyembah tuhan-tuhan kaum lain yang duduk berhampiran dengan kamu, ataupun tuhan-tuhan mereka yang tinggal jauh daripada kamu. Tetapi jangan biarkan dia memujuk kamu; jangan dengan dia pun. Jangan berlembut atau kasihan kepadanya dan jangan melindungi dia. Bunuhlah dia! Dululah kamu merejam dia dengan batu dan kemudian biar semua orang merejam dia dengan batu. Rejamlah dengan batu hingga mati! Dia cuba membawa kamu daripada Tuhan kamu yang telah menyelamatkan kamu dari pengabdian di Mesir (Deuteronomy, 13:5-10)
15 Peperangan yang dilancarkan oleh Khalifah Abu Bakar sekitar (632-634) terhadap suku-suku Arab yang ingkar membayar zakat kepada negara

dianggap telah memberontak terhadap pemerintahan Islam. Mereka dibunuh bukan kerana murtad, tetapi kerana pemberontakan mereka.
16 Lihat Mohammad Hashim Kamali, Punishment in Islamic Law, hal. 33-37.

Dilema Umat Islam Antara Hadis & Quran

P a g e | 21

(B) Kesalahan Zina Hadis mengenakan hukuman rejam dengan batu hingga mati bagi pasangan yang telah berkahwin, jika didapati telah melakukan penzinaan. Hukuman ini juga berasal dari Kitab Taurat 17 dan bercanggah dengan hukuman Tuhan yang ditetapkan dalam Quran iaitu, jika sabit kesalahan dengan adanya empat orang saksi, seratus rotan bagi kedua-dua pesalah, sama ada sudah berkahwin atau belum. (rujuk Quran, 24:2 dan 13) Perhatikan bahawa undang-undang ini telah meminda hukuman Tuhan tentang penzina, iaitu bagi yang telah berkahwin, hukumnya rejam hingga mati. Ini satu contoh yang dinamakan oleh ulama Hadis sebagai Hadis mentafsir Quran. Nyatalah ini bukan tafsiran tetapi pindaan! 3) SEJARAH (A) Asal-Usul Sembahyang Mengikut ajaran Hadis, sembahyang lima waktu sehari semalam diperintahkan kepada Nabi Muhammad pada malam mikraj apabila beliau diangkat ke langit untuk menerima perintah itu daripada Tuhan. Ini bersalahan dengan ajaran Quran dan fakta sejarah. Quran memaklumkan kepada kita semua ibadah agama telah diturunkan kepada Nabi Ibrahim, seperti jelas dari ayat berikut :Sambil Ibrahim meletakkan asas Kaabah bersama dengan Ismail, mereka berdoa, Tuan kami, terimalah daripada kami. Kau Pendengar, Maha Mengetahui. Tuan kami, jadikanlah kami muslim kepada-Mu. Ajarlah kepada kami cara-cara ibadah kami, dan ampunilah kami. Engkaulah Pengampun, Maha Penyayang. (Quran 2:127-28)

Semua nabi, dari zaman Nabi Ibrahim, melakukan sembahyang. Sebagai seorang yang beragama Hanif (yang berasal dari agama Nabi Ibrahim), Muhammad melakukan sembahyang sebelum dia diangkat menjadi nabi. 18 Pada malam Israk dan Mikraj itu, beliau dilaporkan bersembahyang Isyak di rumah Umm Hani. 19

17 Tetapi jika tuduhan ini benar dan tiada bukti bahawa pengantin perempuan itu dara, hendaklah mereka membawa dia keluar ke pintu rumah

bapanya, dan di sini hendaklah mereka rejam dia dengan batu hingga mati. Dia telah mengaibkan keluarganya dengan mengadakan persetubuhan sebelum dia berkahwin Jika seseorang lelaki ditangkap mengadakan persetubuhan dengan isteri orang lain, kedua-duanya hendaklah dibunuh Katalah seorang lelaki ditangkap di sebuah bandar melakukan persetubuhan dengan seorang gadis tunangan orang. Hendaklah kamu membawa mereka ke pinggir bandar dan rejam mereka dengan batu hingga mati (Deuteronomy, 22:20-32)
18 Lihat Ibn Ishaq, The Life of Muhammad, (pent. A. Guillaume), h.105. 19 Ibid., hal. 184.

Dilema Umat Islam Antara Hadis & Quran

P a g e | 22

Salah satu hujah Ahlul-Hadis ialah bahawa tanpa Hadis, sembahyang tidak dapat dilakukan kerana mereka mendakwa kaedah sembahyang tidak terdapat di dalam Quran. Dakwaan ini tidak tepat kerana beberapa kaedah sembahyang disebut di dalam Quran seperti wuduk, memakai pakaian bersih, berdiri menghadap Kiblat, rukuk, dan sujud. Malah Quran juga memberikan cara-cara untuk memudahkan sembahyang dalam keadaan-keadaan luarbiasa. Mereka juga harus ingat bahawa sembahyang itu sudah diajar oleh Tuhan kepada manusia dari sejak zaman Nabi Ibrahim (rujuk Quran, 2:127-28) dan wujud dalam kumpulan-kumpulan Hanif iaitu pengikut-pengikut agama Nabi Ibrahim. Salah seorang anggota kumpulan ini ialah Muhammad sendiri. 20 Malam Israk dan Mikraj itu memang ada, iaitu malam Lailatul Qadr, malam kitab suci Quran diberi kepada jiwa Nabi Muhammad. Peristiwa ini dirujuk di dalam Quran pada ayat-ayat 17:1, 53:1-18, dan 97:1. (B) Kewafatan Nabi Isa Mengikut keterangan-keterangan Quran, Nabi Isa sudah wafat. 21 Hadis mendakwa Nabi Isa diangkat ke langit dan akan turun semula di Akhir Zaman. Cerita ini berasal dari ajaran Kitab Injil (Bible), seperti yang terbukti dari petikan ini :Pada waktu itu, akan tampak tanda Anak Manusia di langit dan semua bangsa di bumi akan meratap dan mereka akan melihat Anak Manusia itu datang di atas awan di langit dengan segala kekuasaan dan kemulian-Nya. 22

Cerita-cerita seperti ini, yang mengajar umat Islam menunggu pertolongan makhluk lain seperti Imam Mahdi dan kedatangan Nabi Isa kali kedua, untuk membebaskan mereka dari penindasan, menanam semangat pasif. Akibatnya, mereka terus dijajah dan ditindas oleh kaum penjajah. 23

20 Lihat Malek Bennabi, The Quranic Phenomenon, (pent. Abu Bilal Kirkari), American Trust Publication, 1983, h. 154. 21 Terdapat 4 ayat yang membuktikan kewafatan Nabi Isa secara langsung. Satu daripadanya berbunyi, (Perkataan Nabi Isa) Aku seorang saksi di

antara mereka selama aku bersama mereka. Apabila Engkau mematikan aku, Engkaulah Pemerhati mereka. Engkau menyaksi segala suatu. (Quran, 5:117). Ayat-ayat lain ialah Quran 19:33, 3:55, dan 21:34-35.
22 Matthew 25:30. Lihat juga Mark 13:26. 23 Berdasarkan perkembangan politik antarabangsa dengan kemunculan blok-blok penjajah serta penentangan terhadapnya oleh rakyat sedunia

selepas Perang Dunia Pertama dan Kedua, penulis telah cuba mentafsirkan hadis-hadis berhubung dengan kemunculan Imam Mahdi dan kedatangan Nabi Isa kali kedua. Lihat Hadis Jawapan Kepada Pengkritik, Bab 9.

Dilema Umat Islam Antara Hadis & Quran

P a g e | 23

4) UMUM Dalam kategori ini, terdapat banyak hadis yang bercanggah dengan ajaran Quran. Kita akan menyenaraikan beberapa saja. (A) Tiada Boleh Menggunakan Akal Dalam Hal Agama Hadis ini bercanggah dengan ajaran Quran yang mengajar kita bahawa akal dan iman itu selaras seperti ayat di bawah,
Tiada siapa boleh beriman kecuali dengan izin Allah, dan Dia menghalang mereka yang tidak menggunakan akal. (Quran, 10:100)

(B) Tiada Boleh Baca Kitab-Kitab Taurat & Injil Hadis ini bercanggah dengan ajaran Quran menyuruh membaca semua bahan bacaan dengan kritikal (rujuk Quran, 96:1) dan mendengar semua pendapat dan mengikut yang paling baik (rujuk Quran, 39:18). (C) Martabat Wanita Rendah Daripada Lelaki Wanita dikatakan dijadikan daripada tulang rusuk lelaki, tidak lebih dari pemuas nafsu seks lelaki dan tidak boleh melakukan ibadah jika datang haid. Ini bercanggah dengan ajaran Quran, yang menyatakan wanita dijadikan dari unsur yang sama dengan lelaki (rujuk Quran, 4:1, 33:35, dan 3:195), teman hidup bagi lelaki dengan hak dan tanggungjawab yang sama (rujuk Quran, 30:21), dan boleh mengerjakan ibadah walaupun datang haid. 24 (D) Tidak Wajib Bagi Kaum Wanita Mengerjakan Sembahyang Jumaat Ajaran Hadis ini bercanggah dengan Quran yang memerintahkan semua orang Islam, baik lelaki mahupun perempuan, melakukan sembahyang Jumaat pada hari Jumaat (rujuk Quran, 62:910). (E) Ulama Pewaris Nabi Hadis ini bercanggah dengan ajaran Quran yang menerangkan bahawa Quran diwariskan kepada mereka yang Tuhan pilih dari hamba-hamba-Nya, tanpa menyebut mana-mana golongan tertentu. 25

24 Tidak ada larangan terhadap wanita melakukan ibadah ketika dalam haid. Satu-satunya larangan pada waktu ini ialah persetubuhan. Lihat

Quran, 2:222
25 Kami wariskan Kitab ini dari generasi ke generasi kepada mereka yang Kami pilih dari hamba-hamba Kami. (Quran, 35:32)

Dilema Umat Islam Antara Hadis & Quran

P a g e | 24

Hadis ini banyak digunakan sekarang oleh gerakan-gerakan politik tertentu untuk merampas kuasa. Ini berlaku di Iran dalam Revolusi 1979 apabila puak Ayatullah, dipimpin oleh Ayatullah Khomeini mengambil-alih kuasa. Doktrin ini sebenarnya berasal dari Kerajaan Paus Kristian dalam Zaman Pertengahan Eropah. Dalam Islam tidak ada kasta paderi. Dalam Islam, kuasa diberi kepada mereka yang berhak, yakni yang layak dari segi kebolehan dan akhlak, dan tidak kepada sesuatu kasta. (F) Bahasa Arab Bahasa Syurga Hadis ini bercanggah dengan ajaran Quran yang menerangkan bahawa semua bahasa ciptaan Tuhan dan sama (rujuk Quran, 30:22). (G) Tidak Dibenarkan Memberi Salam Kepada Orang Kafir Hadis ini bercanggah dengan ajaran Quran yang menyuruh kita memberi salam kepada semua orang (rujuk Quran, 4:86). Kebetulan ini salah satu sebab fenomena apa yang dikatakan kebangkitan semula Islam telah membawa kepada pengasingan kaum, khasnya di kalangan generasi muda.

Dilema Umat Islam Antara Hadis & Quran

P a g e | 25

HADIS YANG SELARAS DENGAN QURAN


1) KEPERCAYAAN (A) Harus diingat bahawa Hadis juga menggambarkan perpecahan masyarakat Islam awal kepada puak-puak politik dan teologi. Oleh yang demikian, bagi banyak hadis yang bercanggah dengan ajaran Quran, ada hadis yang selaras. Dalam perkara syahadah, terdapat hadis yang menyebut syahadah pertama saja. Demikian juga dengan perkara warisan Muhammad. Ada juga hadis yang menyebut beliau hanya membawa sebuah kitab saja, iaitu Quran. Ini membuktikan bahawa pada waktu itu ada juga orang Islam yang berpegang kepada ajaran Nabi Muhammad yang sebenar. Tetapi nyatalah bahawa kumpulan ini lamakelamaan menjadi minoriti dan dikuasai oleh kaum majoriti yang telah berubah. Nyatalah juga, kaum minoriti ini tidak pernah hapus sama sekali hingga sekarang dan hidup segar dalam kumpulan orang mukmin yang menyeru manusia dengan Quran. (B) Hadis Mutawatir (iaitu hadis yang mempunyai ramai pelapor) yang mengutuk orang yang berdusta di atas nama Nabi dan yang menghukumnya sebagai penghuni neraka memang selaras dengan ajaran-ajaran Quran. Berdusta di atas nama Nabi termasuklah mereka-rekakan hadis untuk menyelewengkan manusia daripada jalan Allah. Berhubung dengan hadis Mutawatir, mengikut kajian ulama Hadis, ada tiga aliran pendapat. Aliran pertama mengatakan ada tujuh buah, aliran kedua mengatakan ada satu saja, dan aliran ketiga mengatakan tiada langsung. 26 Dalam kes hadis Mutawatir, perlu diperhatikan bahawa tiap-tiap ayat Quran mempunyai ramai pelapor, dua atau lebih daripada dua. Dengan demikian, tiada keraguan tentang kesahihan Quran.27

26 27

Lihat Ahmad Amin, Fajar Islam (terj. Mohd. Marzuki Shafie), DBP, KL, 1980; h. 300. Lihat Ahmad von Denffer, Ulum Al-Quran, The Islamic Foundation, 1983; Bab 2.

Dilema Umat Islam Antara Hadis & Quran

P a g e | 26

2) KEUNGGULAN AKAL DAN ILMU (A) Ada hadis yang menyatakan, Agama itu akal, tidak ada agama kalau tidak ada akal. Hadis ini selaras dengan ajaran Quran (rujuk Quran, 10:100). Semua orang boleh menyaksikan bahawa agama itu untuk makhluk yang berakal. Tidak ada agama bagi binatang. Hadis-hadis yang menyahkan akal dari kehidupan masyarakat Islam muncul kemudian apabila golongan pemimpin tidak dapat menyelesaikan masalah-masalah mereka tanpa menekan kebebasan berfikir. (B) Terdapat banyak hadis yang meletakkan ilmu pada tempat yang tinggi. Umpamanya, i) ii) Dakwat seorang sarjana lebih suci daripada seorang syahid, Sejam bertafakur tentang kejadian-kejadian Tuhan lebih baik daripada tujuh puluh tahun bersembahyang, dan Barangsiapa memuliakan sarjana memuliakan aku.

iii) 3) UMUM

Di bawah kategori ini, terdapat banyak hadis yang selaras dengan ajaran-ajaran Quran. Di bawah ini kita senaraikan beberapa saja. (A) Kecintaan Pada Nabi Tiada siapa di antara kamu yang mempunyai iman selagi dia tidak mengasihi aku lebih daripada bapanya, anaknya dan seluruh insan. (Bukhari) (B) Sifat Orang Munafik Ada tiga tanda orang munafik; bila dia bercakap dia berdusta, bila dia berjanji dia mungkir janji, dan bila dia diserahkan amanah dia tidak setia. (Bukhari) (C) Kalbu Manusia Ketahuilah bahawa dalam badan manusia ada sekeping daging, yang apabila daging ini baik, seluruh badannya baik, apabila ia rosak, seluruh badannya rosak. Itulah kalbunya. (Bukhari) (D) Hikmah Hikmah itu barang hilang orang mukmin, jadi di mana juga dia jumpainya, dia lebih berhak ke atasnya. (Tarmizi) (E) Hari Kiamat Di antara tanda-tanda Hari Kiamat ialah bahawa ilmu akan lenyap dan kejahilan akan berkuasa penuh. (Bukhari)

Dilema Umat Islam Antara Hadis & Quran

P a g e | 27

HADIS NEUTRAL
Banyak juga hadis yang neutral - tidak jelas bercanggah dan tidak jelas selaras dengan Quran. Berhadapan dengan hadis-hadis seperti ini, kita boleh:1) Merujuk kepada kalangan pakar, jika ia berhubung dengan perkara-perkara yang menghendaki ilmu yang khusus, 2) Merujuk kepada pihak berkuasa untuk membuat keputusan, dan 3) Menggunakan akal kita sendiri untuk menerima atau menolaknya.

Dilema Umat Islam Antara Hadis & Quran

P a g e | 28

MENJAWAB

BANTAHAN

Sebelum menutup risalah ini, saya ingin menjawab tiga soalan besar yang telah diajukan kepada saya oleh tiga orang ulama dan sarjana Islam, seorang dari Iraq, seorang dari Mesir dan seorang lagi dari Malaysia, berhubung dengan perkara Hadis. Pertama, Hadis telah diterima sebagai sumber hukum yang kedua selama seribu tahun. Membukanya semula untuk perbincangan dan perubahan akan mendatangkan kacau-bilau dalam masyarakat Islam. Kedua, penilaian semula Hadis, seperti yang dianjurkan di sini, akan meruntuhkan syariah Islam. Ketiga dan akhir, tidak relevan lagi untuk ditimbulkan perkara ini. Yang perlu ialah perjuangan untuk keadilan sosial, demokrasi, hak asasi dan menghapuskan kemiskinan. Untuk menjawab soalan pertama, kita harus ingat bahawa keadaan kacau-bilau dan huru-hara dalam masyarakat Islam sekarang sudah sampai kepada kemuncaknya. Keadaan mereka tidak boleh lebih teruk daripada sekarang. Puncanya tidak lain daripada apa yang telah dibayangkan dalam Quran sendiri bahawa umat Islam telah membelakangkan Quran (rujuk Quran, 25:30-31). Kita juga harus ingat komitmen kita untuk berpegang kepada tauhid, atau untuk tunduk kepada Tuhan Yang Esa semata-mata, bermakna kita sanggup membuang segala pegangan dan amalan yang salah yang kita warisi dari nenek-moyang. Perintah Tuhan amat jelas dalam perkara ini. Nabi Muhammad dan nabi-nabi lain tidak pernah berkompromi tentang perkara ini. Mereka mengkritik perbuatan kaum-kaum mereka yang ingin mengikut pegangan dan amalan nenek-moyang yang salah. 28 Kritikan Quran yang jelas terhadap fahaman salah Kristian, Tritunggal (rujuk Quran, 4:71 dan 5:73), satu peringatan yang baik kepada kita bahawa Nabi Muhammad tidak berkompromi dengan ajaran-ajaran yang salah, walau bagaimana sensitif sekalipun perkara itu. Inilah contoh yang harus kita ikut. Dengan mengikut contoh ini, kita tidak menolak mana-mana ajaran baik. Ayat 4:59 menunjukkan kepada kita bahawa selain daripada Quran sebagai sumber hukum yang asas, kita boleh mengadakan undang-undang tambahan yang boleh kita ambil dari mana-mana sumber pun, asalkan undang-undang ini tidak bercanggah dengan ajaran Quran. Seperti yang dinyatakan dalam ayat itu, inilah cara yang paling baik untuk menyelesaikan apa-apa masalah kita.

28 Perhatikan ayat ini, Mereka melakukan kesalahan besar, lalu berkata, Kami dapati nenek-moyang kami melakukannya dan Tuhan telah

memerintahkan kami melakukannya. Katakanlah, Tuhan tidak memerintahkan kejahatan. Berani engkau mengatakan sesuatu yang engkau tidak tahu tentang Tuhan? (Quran, 7:28)

Dilema Umat Islam Antara Hadis & Quran

P a g e | 29

Berhubung dengan perkara kedua, memang betul undang-undang yang berdasarkan Hadis tetapi bercanggah dengan ajaran Quran seperti undang-undang murtad dan zina perlu dipinda. Ini baik sekali. Ini akan menjadikan undang-undang Islam lebih hampir dengan prinsip-prinsip keadilan dan kerahiman, dua prinsip hukuman yang disebut dalam Quran. 29 Ia juga akan merubah banyak aspek Syariah dan teologi seperti yang dirumus dan digubal oleh kaum fukaha dan ahli kalam dulu. Tetapi perubahan-perubahan ini tidak perlu mendatangkan apa-apa kesulitan atau masalah kerana perubahan itu akan menjadikan amalan agama Islam kita selaras dengan ajaran Tuhan dan Rasul-Nya dalam Quran. Tuhan Sendiri telah mengisytiharkan bahawa kedatangan Nabi Muhammad itu ialah untuk membebaskan orang mukmin dari belenggu dan bebanan yang tidak perlu mereka tanggung lagi. 30 Akhir sekali, adalah salah untuk menyatakan tidak relevan lagi bagi kita untuk menunjukkan bahawa sesetengah ajaran Hadis itu bersalahan dengan ajaran Quran. Kita sudah melihat bagaimana ajaran-ajaran yang salah ini telah mengakibatkan kejatuhan dan kemunduran umat Islam. Memang umat Islam perlu berjuang untuk menegakkan keadilan sosial, demokrasi, kebebasan dan hak asasi dan menghapuskan kemiskinan dalam masyarakat-masyarakat mereka. Tetapi umat Islam mempunyai buku panduan yang kebal dalam bentuk ajaran Quran yang boleh memimpin mereka untuk mencapai tujuan-tujuan itu. Walaupun kita boleh dan patut belajar dari tamadun moden Barat, kita tidak boleh menelan segala ajaran dan amalannya bulat-bulat. Kita mesti meletakkan tiap-tiap teori dan amalan Barat di bawah kritikan Quran. Kekuatan tamadun Barat terletak pada sains dan teknologinya, yang pada asalnya ialah warisan tamadun Islam awal kepada Eropah. Fahaman tauhid Eropah Yahudi-Kristian bercampur-aduk dengan fahaman material-ateis yang kuat. Di akhir abad kedua puluh dan awal abad kedua puluh satu ini, kita lihat tanda-tanda yang jelas bahawa tamadun materialis Barat sedang runtuh, kecuali rakyat mereka kembali dengan segera kepada ajaran-ajaran tauhid Nabi Musa dan Nabi Isa, pendek kata, Islam. Mungkin inilah yang dimaksudkan dengan kedatangan kembali Nabi Isa untuk menyelamatkan dunia di Akhir Zaman, seperti yang disebut dalam Injil dan Hadis dan dipercayai oleh kebanyakan orang Kristian dan juga Islam. 31

29 Ayat Quran 4:123 yang berbunyi, Barangsiapa yang melakukan kejahatan mesti bayar, dan dia tidak mempunyai penolong atau penyokong di

samping Allah, menunjukkan hukuman mengikut prinsip keadilan. Ayat 13:22 yang berbunyi, Mereka melawan kejahatan dengan kebaikan, menunjukkan hukuman mengikut prinsip kerahiman.
30 Mereka yang mengikut Nabi Ummi yang mereka dapati tersebut bagi mereka dalam Taurat dan Injil. Dia menyuruh mereka kepada yang baik

dan melarang mereka daripada yang jahat, membenarkan mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk, dan membebaskan mereka dari bebanan dan belenggu yang telah dikenakan ke atas mereka. (Quran, 7:157)
31 Perkara ini dibincang oleh penulis dalam bukunya, Hadis Jawapan Kepada Pengkritik, 1992, Bab 9.

Dilema Umat Islam Antara Hadis & Quran

P a g e | 30

KESIMPULAN
Dari huraian di atas, agak nyata banyak hadis kumpulan-kumpulan Bukhari dan Muslim terang-terang bercanggah dengan ajaran Quran. Percanggahan ini termasuk perkara-perkara yang menyentuh keimanan, seperti pendewaan terhadap Nabi Muhammad, kepercayaan bahawa Nabi Muhammad membawa dua buah kitab, pendewaan terhadap pemimpin, dan kepercayaan kepada qada dan qadar. Tidak syak lagi, inilah punca kejatuhan dan kemunduran umat Islam kerana mengikut ajaran-ajaran yang bercanggah dengan ajaran Quran. Umat Islam hari ini, khasnya pemimpin dan cerdik pandai mereka mestilah berani mengakui kesilapan ini serta membuat pembetulan yang perlu. Seperti kata pepatah, biar lambat asal selamat! Tentulah perubahan-perubahan yang perlu dibuat ini perlu dibuat dengan teliti dan penuh bijaksana. Pemimpin dan cerdik pandai kita perlu berunding dan mengkaji cara-cara yang paling baik untuk melakukan perubahan-perubahan ini. Apa yang pasti ialah perubahan-perubahan ini perlu dibuat dengan seberapa segera, jika umat Islam benar-benar cinta kepada agama Islam dan menghendaki kejayaan dan pertolongan Tuhan yang telah Tuhan janjikan kepada mereka. Demikianlah, umat Islam perlu kembali segera kepada ajaran Quran. Hanya ajaran ini yang boleh membebaskan mereka dari segala bentuk perhambaan, kecuali perhambaan kepada Tuhan Yang Esa, dan dari segala khurafat, yang mengongkong mereka sekian lama. Dengan demikian, barulah mereka boleh bangun kembali dan mengambil tempat mereka yang sah sebagai pemimpin dunia untuk membangunkan sebuah dunia yang aman, selamat, bebas dan adil tanpa kolonialisme dan imperialisme.

SELESAI

Você também pode gostar