Você está na página 1de 2

Anak Tikus Melancong Baca Cerita Pendek Anak Tikus Melancong

Ibu tikus menyuruh anaknya melancong bagi memperluas pengetahuan dan pengalamannya. Anak tikus menceritakan pengalaman kepada ibunya sekembalinya daripada melancong. Kata anak tikus itu, Saya ternampak seekor haiwan yang besar dan cergas. Di atas kepalanya ada jambul yang besar dan suaranya yang nyaring! " "Oh, itu ayam jantan, anakku, " kata ibu tikus. " Apa lagi yang kau temui? " tanyanya lagi. Kata anak tikus itu, " Saya terserempak dengan seekor haiwan yang lemah lembut sifatnya. Ia mempunyai empat kaki, berekor panjang, dan bulunya lembut serta cantik. Haiwan itu sentiasa menjerit ' miau' ,'miau' , ibu. " "Adakah kamu menghampirinya? tanya ibu tikus kebimbangan. Jawab anak tikus itu, "Sebenarnya ia ingin memeluk saya, tetapi apabila saya terdengar suara ayam jantan, saya melarikan diri kerana ketakutan, ibu! " "Hai, anakku yang lurus! Haiwan yang lemah lembut sifatnya itu ialah kucing. Ia suka menangkap dan makan kaum kita! Nyaris-nyaris kamu ditipuinya." Kata anak tikus sambil mengangguk-anggukkan kepalanya, "Oh, barulah saya faham sekarang, ibu! Lain kali apabila saya mendengar bunyi 'miao', saya akan melarikan diri, ibu!"

Jawab soalan berdasarkan cerita pendek di atas : 1. Mengapakah ibu tikus menyuruh anaknya melancong ? A Mencari makanan B Menemui kawan-kawannya C Menemui kucing D Memperluas pengetahuan dan pengalaman 2. Anak tikus menceritakan haiwan pertama yang ditemuinya ialah__________. A arnab B kucing C ayam jantan D itik 3. Anak tikus menceritakan pula haiwan kedua yang ditemuinya ialah___________. A arnab B kucing C ayam jantan D itik 4. Ibu tikus mengatakan kucing suka menangkap dan makan apa? A ulat B tikus C ayam jantan D itik

***Selamat Mencuba***

Você também pode gostar