Você está na página 1de 2

Amali Pengajaran Mikro (20 minit) Nama : Kumpulan : 1 PISMP PM

Tajuk tugasan: Memilih teori pemerolehan bahasa,, merancang dan melaksanakan pengajaran mikro. Tema Unit Set induksi: : 2 Hidup Bermasyarakat (buku teks bahasa Malaysia tahun 3 KSSR) : 4 Hari Mesra Taman Bestari Saya/guru menayangkan slaid power point (gambar) yang berkaitan dengan tema yang hendak saya ajar kemudian bercerita dengan muridmurid supaya mereka berminat dengan isi kandungan yang saya hendak ajar.

Langkah pengajaran: 1. Saya/ guru menayangkan slaid petikan Hari Mesra Taman Bestari serta mengedarkan petikan tersebut kepada murid. Guru meminta murid membaca petikan secara intensif dan meminta murid mengariskan perkataan yang tidak difahami kemudian guru membimbing murid membaca dan memahami frasa serta sebutan yang betul. 2. Guru meminta murid mencari perkataan yang mempunyai imbuhan dalam petikan tersebut. 3. Guru menjelaskan penggunaan imbuhan awalan secara umum. 4. Guru mengeluarkan soalan yang sudah disediakan pada kertas manjung serta kad-kad yang mengandungi imbuhan. Guru meminta murid keluar untuk melekatkan imbuhan yang sesuai dengan soalan yang diberi. 5. Permainan kecil. Guru membahagikan kumpulan dan menanyakan soalan yang berkaitan dengan imbuhan kepada semua kumpulan untuk mereka jawab. Jawapan yang betul memdapat markah.

Penutup : Guru meminta murid menyanyikan Hidup Bersatu dengan iringan muzik selepas memberi rumusan tentang isi pelajaran.

Você também pode gostar