Você está na página 1de 17

LITERASI BAHASA ASAS MEMBACA : KAEDAH ABJAD

TAKRIF MEMBACA
Perlakuan mendapatkan sesuatu maklumat melalui lambang-lambang bertulis atau bercetak.

KAEDAH ABJAD
Dikenali sebagai kaedah huruf atau mengeja. Tumpuan kepada :
penghafalan abjad
pembentukan suku kata

aktiviti mengeja

Usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata itu bertujuan untuk membolehkan murid mengeja perkataan. Kaedah ini dinamakan sebagai kaedah

mengeja.

KAEDAH MENGEJA
Dalam kaedah ini, nama-nama huruf perlu dikenal pasti dahulu melalui latihan menyebut dan menghafal dari

huruf /a/ hingga /z/ (huruf kecil dan


huruf besar) mengikut susunan.

Diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan, huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan.

Biasanya huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajar. Tetapi kedua-dua huruf bentuk kecil dan besar boleh didedahkan serentak.

Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, u dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa.

Murid perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan.

Daripada suku kata itu, dibentuk perkataan, seterusnya diikuti dengan latih tubi mengeja perkataan.

KEKUATAN
Murid dapat membaca apa-apa sahaja bahan terutamanya perkataan yang baru dijumpainya kerana dia sudah kenal semua huruf dan dapat mengeja semua perkataan. Kaedah ini sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu yang mengeja perkataan mengikut bunyi.

Cara mengeja suku kata adalah tetap. Memberi asas yang kukuh dalam membaca.

KELEMAHAN
Murid terpaksa menghafal huruf yang agak abstrak . kebanyakan mereka belum pernah didedahkan kepada huruf

Penghafalan huruf yang abstrak agak bercanggah dengan prinsip pendidikan. murid sepatutnya mempelajari yang konkrit dahulu

Murid terlalu bergantung pada proses mengeja. terbawa-bawa dengan tabiat mengeja membaca tidak lancar dan tersangkut-sangkut

BENGKEL ASAS MEMBACA: KAEDAH ABJAD


1. Menyebut nama huruf abjad A hingga Z : huruf besar dan huruf kecil 2.Latihan menyebut suku kata V dan KV 3.Latihan mengeja suku kata, perkataan dan frasa 4.Latihan membaca ayat 5.Latihan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai

Sekian , terima kasih kerana mendengar !!

Você também pode gostar