Você está na página 1de 17

Operasi Tambah

Operasi tambah merupakan gabungan antara dua set objek. Guru boleh
menggunakan pendekatan ELPS (Experience, Language, Picture, Symbol) ketika
mengajar operasitambah. Pengalaman konkrit diberikan di samping penggunaan
yang betul bagi mewakili operasi dalam bentuk bergambar serta bentuk
simbol.Contoh:
Menggunakan objek konkrit.
Menggunakan bahasa yang betul.Tiga tambah lima sama dengan lapan.+ =
Menggunakan gambar untuk mewakili nombor-nombor tersebut.

Menggunakan simbol untuk mewakili operasi tersebut.Conothnya : 2 + 3 = 5

Ada 2 kaedah yang boleh digunakan, iaitu :
1. Penyatuan Set

Dalam cara penyatuan set, penambahan nombor bulat dikaitkan dengan penyatuan
suatu set (kumpulan) objek dengan suatu objek yang lain (yang tidak mengandungi
unsur unsur yang sama) untuk menghasilkan suatu set objek yang disatukan.


Gambar di atas menunjukkan dua set buah A dan B yang disatukan untuk
menghasilkan set buah C. Set A mengandungi 2 biji oren (bilangan unsur) dan set B
mengandungi 3 biji mangga. Bilangan buah (unsur) dalam set C boleh ditentukan
dengan membilang. Proses keseluruhan untuk menentukan nombor inilah yang
dinamakan operasi tambah. Operasi ini dilambangkan dengan simbol + dan
dicatatkan sebagai:


2. Pengukuran pada Garis Nombor( line numbers)
Dalam cara pengukuran, garis nombor digunakan untuk menggambarkan
proses penambahan. Garis nombor merupakan model geometri dengan setiap jarak
(sukatan panjang) diantara titik pada garis berkait dengan nilai 1. Penambahan dua
nombor, misalnya 5 dan 4, digambarkan dengan pergerakan 5 langkah ke kanan
bermula daripada 0, disusuli dengan 4 langkah lagi ke kanan. Titik pada garis
nombor tempat berhenti (9) mewakili hasil tambah dua nombor itu.Contohnya : Si
katak duduk di titik 5,kemudian dia lompat 4 tapak ke kanan,dimanakah kedudukan
Si katak?




Penguasaan matematik awal oleh murid prasekolah penting kerana ianya
merupakanasas untuk membantu murid memahami konsep matematik yang lebih
tinggi.Pembelajaran matematik awal yang diperoleh melalui pengalaman langsung
danbermakna dalam suasana menggembirakan akan dapat memupuk minat murid
untukmempelajari matematik.Konsep Pranombor, Nombor Awal, Operasi Nombor,
Pengukuran, Masa danRuang perlulah diajar bersesuaian dengan peringkat
perkembangan murid danmerupakan komponen penting dalam pengajaran
Matematik Awal di peringkatprasekolah.Terdapat pelbagai kaedah, strategi dan
pendapat dalam pengajaran danpembelajaran Matematik Awal di peringkat
prasekolah. Asas perkembangan matematikbermula daripada pengalaman berkaitan
benda-benda konkrit atau objek yangmengandungi kuantiti dan kualiti seperti warna,
saiz dan bentuk sebelum peringkatbergambar (pictorial ) dan simbolik.

Definisi Operasi
Operasi adalah suatu fahaman tentang +, -, dan serta pengetahuan tentang fakta asas nombor
untuk setiap operasi ini menyediakan satu asas untuk kerja lanjut dengan pengiraan. Setiap operasi
dipersembahkan dengan pelbagai perwakilan mengguna berbagai model fizikal. Murid memerlukan
banyak pengalaman dalam situasi kehidupan sebenar dan berinteraksi dengan objek fizikal untuk
memupuk fahaman tentang operasi matematik. Fahaman akan meningkat jika murid dapat
mengaitkan simbol matematik kepada pengalaman yang diperoleh atau kepada sesuatu yang boleh
dilihat. Berikut adalah urutan aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mengembangkan maksud
bagi empat operasi asas:
1. Konkrit model mengguna bahan > Guna pelbagai masalah lisan dan bahan manipulatif untuk
melakonkan dan mewakilkan operasi matematik.
2. Separa konkrit mewakilkan operasi dengan gambar > Bekalkan perwakilan objek dalam gambar,
gambarajah dan lukisan dalam langkah ke arah perwakilan simbolik.
3. Abstrak mewakilkan operasi dengan simbol > Guna simbol (khasnya untuk ungkapan berangka dan
ayat nombor) untuk mengilustrasikan operasi.
Bila mengajar murid tentang operasi matematik, adalah penting untuk mengenal pasti bahawa
terdapat beberapa model atau cara pemikiran tentang operasi tersebut.
4.0.1 Konsep Operasi Asas Matematik
Dalam matematik terdapat empat operasi aritmetik iaitu operasi tambah ( +), operasi tolak (-), operasi
darab () dan operasi bahagi (). Operasi tambah ialah operasi pertama yang dipelajari oleh murid.
Murid telah didedahkan dengan operasi tambah apabila mereka belajar membilang. Murid
diperkenalkan operasi tolak setelah mereka dapat melakukan operasi tambah. Operasi darab pula
diperkenalkan setelah murid mahir dalam operasi tambah. Manakala operasi bahagi ialah operasi
yang lebih susah daripada operasi tambah, tolak dan darab.

4.1 Operasi Tambah
Operasi tambah ini merupakan asas untuk menumbuh dan mencambahkan minat murid terhadap
mata pelajaran matematik. Pengalaman kejayaan dan kegagalan yang mereka alami semasa
peringkat awal menguasai kemahiran ini memberi pengaruh yang besar terhadap penguasaan
kemahiran lain yang lebih mencabar pada peringkat seterusnya. Sebelum operasi tambah ini
diperkenalkan, murid-murid hendaklah menguasai kemahiran-kemahiran seperti membilang hingga
10, menyusun kumpulan benda sehingga 10, membaca dan menulis angka 1-10, memadankan
angka daripada 1-10 dengan perkataan nombor, mengenal simbol 0 dan perkataan nombor sifar
dan memahami maknanya serta mengabadikan nombor.

4.1.1 Konsep Tambah
Penambahan ialah operasi yang mencantumkan dua nilai nombor untuk menghasilkan nombor ketiga
yang dinamakan jumlah atau hasil tambah. Contoh: 3 + 2 = 5 .
Dua kaedah biasa yang digunakan untuk menjelaskan konsep penambahan iaitu
Penyatuan set - Penambahan nombor bulat dikaitkan dengan suatu set kumpulan objek dengan
satu set objek yang lain yang tidak mengandungi unsur-unsur yang sama untuk menjadikan
suatu set objek yang disatukan. Proses keseluruhan untuk menentukan nombor inilah yang
dinamakan operasi tambah. Operasi ini dilambangkan dengan simbol (+).
Pengukuran pada garis nombor - Garis nombor merupakan model geometri dengan setiap
jarak di antara titik pada garis bernilai 1.

4.1.2 Kemahiran Operasi Tambah
Pendedahan operasi penambahan perlu dijalankan sebaik sahaja murid telah menguasai nombor
bulat, nilai tempat serta fakta asas tambah. Murid didedahkan dengan kemahiran menambah iaitu
nombor 2 digit dan nombor 1 digit dan menambah nombor 2 digit dengan nombor 2 digit. Murid juga
akan biasakan diri dengan kemahiran menulis ayat matematik dan penyelesaian masalah matematik
dalam bentuk lazim.
Operasi tambah ini akan didedahkan secara berperingkat iaitu:
Operasi tambah dalam lingkungan 10
Operasi tambah dalam lingkungan 18
Operasi tambah dalam lingkungan 50
Operasi tambah dalam lingkungan 100
Selain itu, operasi tambah ialah proses yang menjumlahkan dua atau lebih kuantiti dengan
menggunakan nombor-nombor. Operasi tambah merupakan gabungan antara dua set objek. Guru
boleh menggunakan pendekatan ELPS (Experience, Language, Picture, Symbol ) ketika mengajar
operasi tambah. Pengalaman konkrit diberikan di samping penggunaan yang betul bagi mewakili
operasi dalam bentuk bergambar serta bentuk simbol. Contoh:
Menggunakan objek konkrit.
Menggunakan bahasa yang betul.
Menggunakan gambar untuk mewakili nombor-nombor tersebut.
Menggunakan simbol untuk mewakili operasi tersebut.
4.1.3 Bentuk Operasi Tambah
Terdapat dua bentuk operasi tambah. Yang pertama adalah ayat matematik :
5 + 8 = 13
Manakala yang kedua adalah bentuk lazim :

5
+ 3
----------
8

4.1.4 Peringkat Perkembangan Murid Melakukan Operasi Tambah
i. Peringkat membilang semula. - Dalam peringkat ini guru dapat menggunakan dua kumpulan
benda seperti penutup botol. Murid perlu membilang dari kumpulan pertama dan sambung
kepada kumpulan kedua.
ii. Peringkat membilang secara terus. - Dalam peringkat ini pula, murid akan menentukan
bilangan benda dalam kumpulan pertama, kemudian membilang kumpulan kedua.
iii. Peringkat menyatukan dua kumpulan secara spontan. - Dalam peringkat ini pula, seorang
murid akan menyebut satu nombor , misalnya 8. Murid kedua pula menunjukkan dua kad
nombor yang jumlahnya 8, misalnya 5 dan 3.
4.1.5 Fakta Asas Tambah
Fakta asas tambah merupakan kombinasi penambahan (termasuk songsangannya) yang setiap
sebutan ialah nombor 1 digit. Menguasai fakta asas tambah merupakan asas kepada pengendalian
algoritma penambahan dengan cekap dan tepat. Kepelbagaian aktiviti bagi menguasai pembentukan
konsep fakta asas tambah perlulah lebih berkesan di samping dijalankan latihan untuk peneguhan.
Operasi tambah secara konkrit perlu didedahkan terlebih dahulu untuk mengembangkan kefahaman
murid tentang penambahan. Setelah itu, guru mengajar operasi tambah matematik secara piktorial
dan diikuti dengan garis nombor. Pada akhirnya kaedah visual dan lisan perlu digunakan oleh guru
untuk mengajar operasi tambah.
Setelah itu, strategi yang berkesan iaitu strategi berfikir perlu diperkenalkan berdasarkan prinsip-
prinsip tertentu. Akhirnya murid dikehendaki mengingat dan menghafal semua fakta asas tambah.
Murid akan mampu menyatakan semua fakta asas tambah dengan cepat dan tepat sekiranya diajar
dengan cara yang berkesan. Seseorang guru mestilah memastikan muridnya telah mempunyai
konsep penambahan yang mantap (termasuk simbol yang terlibat) sebelum meminta mereka
mengingati fakta asas tambah.
Seseorang murid boleh didedahkan dengan operasi penambahan, sebaik sahaja mereka telah
menguasai nombor bulat, nilai tempat serta fakta asas tambah. Murid akan didedahkan dengan
kemahiran menambah nombor 2 digit dengan nombor 1 digit, dan menambah nombor 2 digit dengan
nombor 2 digit. Murid juga akan dibiasakan dengan kemahiran menulis ayat matematik dan
penyelesaian masalah matematik dalam bentuk lazim. Operasi tambah ini akan didedahkan secara
berperingkat iaitu operasi tambah dalam lingkungan 10, operasi tambah dalam lingkungan 18
tanpa/dengan mengumpul semula, operasi tambah dalam lingkungan 50 tanpa/dengan mengumpul
semula dan operasi tambah dalam lingkungan 100 tanpa/dengan mengumpul semula.

4.1.6 Strategi-strategi Pemikiran untuk Mempelajari Fakta Asas Penambahan
Sifat tukar tertib
Strategi Tambah Satu dan Tambah Sifar
Strategi Gandaan atau Hampir Gandaan
Membilang Terus
Menambah ke 10 dan lebih : Kaedah Ganti Rugi
4.2 Operasi Tolak
Operasi tolak diajar selepas operasi tambah. Operasi tolak berhubung dengan pengasingkan atau
pengurangan sesuatu set objek kepada set-set kecil. Ia merupakan songsangan operasi tambah.
Tolak ialah proses untuk mencari beza atau baki apabila satu nombor dikeluarkan daripada jumlah.
4.2.1 Konsep Tolak
Operasi tolak mempunyai beberapa makna atau pengertian seperti memisahkan atau mengurangkan
kuantiti daripada satu kuantiti keseluruhan dan melihatkan baki yang tinggal. Pendekatan yang boleh
digunakan dalam operasi tolak ini ialah pengasingan atau mengambil keluar, perbandingan,
pelengkap dan penyekatan.
Pengasingan atau mengambil keluar bermula dengan satu set objek, satu subset
dikeluarkan. Contohnya, terdapatnya 8 buah buku di atas meja. Sebanyak 4 buku dimasukkan
ke dalam beg. Berapa buah buku lagikah yang tinggal di atas meja tersebut?
Perbandingan merupakan di mana dua set objek berasingan diberi. Set objek pertama disusun
semula dan dipadankan dengan set objek kedua. Set objek yang tidak ada pasangan dikenali
sebagai baki atau beza. Contohnya, terdapat 8 biji gula-gula dan 5 potong kek. Berapakah
bilangan gula-gula melebihi kek?
Pelengkap pula bermula dengan satu set objek, kemudian fikirkan berapa objek lagi perlu
ditambah untuk melengkapkan set keseluruhan. Contohnya, saya ada 6 ekor kuda di dalam
sebuah kandang yang bole memuatkan 10 ekor kuda. Berapa ekor kudakah yang boleh saya
masukkan lagi ke dalam kandang itu?
Penyekatan - Dalam konsep ini, ahli sesuatu set objek perlu diubahsuai kedudukannya untuk
menepati sesuatu syarat. Contohnya,terdapat 7 buah kereta di sebuah tempat letak kereta. 2
buah kereta berwarna biru dan yang lain berwarna merah. Berapa buah keretakah yang
berwarna merah?

4.2.2 Kemahiran Operasi Tolak
Kemahiran yang diajar adalah:
menulis ayat matematik
melengkapkan ayat matematik menolak secara spontan fakta asas tolak
menulis hitungan tolak dalam bentuk lazim
Penyelesaian masalah berkaitan penolakan
4.2.3 Bentuk Operasi Tolak
Terdapat dua bentuk operasi tolak. Yang pertama adalah ayat matematik : 9 - 5 = 4
Manakala yang kedua adalah bentuk lazim :
Bentuk lazim : 9
- 5__
4
4.2.4 Fakta Asas Tolak
Fakta asas tolak ialah ayat matematik bagi penolakan nombor 1 digit daripada nombor 1 digit atau 2
digit dan hasilnya nombor satu digit. Terdapat dua kaedah untuk memperkenalkan fakta asas tolak
iaitu:
mengekalkan bilangan unsur yang dikeluarkan, dan
mengekalkan bilangan unsur dalam set asal.
Biasanya operasi tolak diajar mengikut turutan daripada tolak tanpa mengumpul semula kepada tolak
dengan mengumpul semula. Sebelum mempelajari operasi tolak dengan mengumpul semula, murid
perlu mahir kemahiran yang berikut:
Fakta asas tolak
Menolak nombor yang sama nilai tempatnya
Nilai tempat bagi angka
Menulis nombor dalam bentuk tambah mengikut nilai tempat dan seterusnya menulis nombor
berkenaan dalam bentuk yang lain.
4.2.5 Strategi-strategi Pemikiran untuk Mempelajari Fakta Asas Penolakan
Mengguna sifar dan satu
Mengguna Gandaan
Membilang balik
Membilang Terus
Satu kurang daripada fakta yang diberi
4.2.6 Teknik-teknik Operasi Penolakan
1. Penolakan menggunakan gambar rajah.
Penggunaan gambar dalam mengajar penolakan dalam Matematik adalah sesuatu yang sangat
berkesan dalam menggambarkan konsep operasi penolakan. Guru perlu memainkan peranan
sebagai pembimbing minda kanak-kanak ke arah pembinaan konsep penolakan. Guru harus
membimbing murid dengan soalan-soalan ke arah pembentukan konsep penolakan.
2. Penolakan secara manipulatif
Dalam kaedah ini, ia menggunakan benda maujud seperti, biji kacang, lidi, biji saga, anak patung dan
sebagainya. Terdapat juga unsur-unsur pendekatan masteri, di mana, murid diajar pengurangan nilai
1 terlebih dahulu seperti 10-1, 8-1, 5-1 dan sebagainya. Apabila mereka telah mahir dengan
pengurangan nilai 1, barulah diajar pengurangan 2 seperti, 10-2, 8-2, 5-2 dan sebagainya. Melalui
kaedah ini pelajar akan dibiasakan dengan pola-pola nombor untuk mencari jawapan dan ia juga
mendedahkan murid dengan hubungan nombor dalam sesuatu persamaan untuk menunjukkan fakta
bahawa operasi penolakkan adalah pembalikkan operasi penambahan contohnya 6, 3, dan 9 adalah
persamaan seperti berikut, 6 + 3 = 9, 9 3 = 6 dan 9 6 =3.
Penolakan secara manipulatif yang menggunakan bahan maujud seperti biji saga juga sesuai untuk
digunakan pada murid pada peringkat penolakkan asas. Kaedah ini juga berperanan dalam
mengukuhkan konsep penolakan pada murid-murid saya. Walaubagaimanapun ia tidak sesuai untuk
penolakan nilai yang lebih besar seperti 30 15 atau 40 20. Ini kerana murid-murid terpaksa
menggunakan biji saga yang banyak hingga menyebabkan pengiraan mereka menjadi lambat. Selain
itu juga, murid-murid mudah keliru semasa mengira biji saga apabila melibatkan kuantiti yang banyak.

3. Penolakan menggunakan garis nombor dan pengiraan menurun.
Teknik pengiraan yang digunakan adalah dengan cara pengiraan menurun.
4.3 Operasi Darab
Darab ialah penambahan nombor yang sama secara berulang. Dalam menyampaikan konsep
pendaraban, guru seharusnya menyampaikan konsep yang paling mudah dahulu, iaitu konsep
tambah berulang-ulang. Dalam proses pendaraban, pada amnya, ia dapat dibahagikan kepada lima
konsep pendaraban. Kesemuanya mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk mencari jumlah kesemua
objek yang terlibat.
Tambah Berulang-ulang - Tambah kuantiti yang sama beberapa kali
Konsep kumpulan sama - Bila kedua-dua nombor dan saiz objek diketahui (tetapi jumlah tidak
diketahui)
Perbandingan / Konsep kali / ganda - Masalah perbandingan dengan struktur pendaraban
melibatkan 2 set yang berbeza tetapi hubungan bukan satu kepada satu. Dalam situasi
pendaraban, satu set melibatkan gandaan set yang satu lagi.
Konsep kombinasi - Dua faktor mewakili saiz dua set yang berbeza dan hasil darab
menunjukkan berapa banyak pasangan benda boleh dibentuk, dengan satu ahli pasangan
diambil dari tiap-tiap dua set.
Tatasusunan - Luas suatu segiempat tepat boleh dicari dengan mendarabkan lebar dengan
panjang segiempat tepat itu. Dalam tatasusunan (susunan objek yang diskrit dan boleh dibilang),
jumlah objek boleh dicari dengan mendarabkan bilangan baris dengan bilangan objek dalam
setiap baris.
4.3.1 Konsep Darab
Darab sebagai operasi tambah berulang. Contohnya: tiga set 2 diertikan sebagai 3 2 dan lima set
4 diertikan sebagai 5 4. Darab bermakna kali atau ganda. Contoh: 3 6 = 18 disebut tiga kali
ganda enam menghasilkan lapan belas. Nombor 3 dan 6 dipanggil faktor darab. Dalam operasi
darab ini tanda digunakan dimana ia merujuk kepada operasi ganda. Manakala tanda = ini
merujuk kepada hasil. Nombor 18 dalam ayat matematik di atas mewakili hasil darab atau nombor
terbitan operasi darab. Cara menulis operasi darab adalah dengan cara menegak dan cara mendatar.
Cara menegak dikatakan sebagai bentuk lazim manakala cara mendatar pula dikatakan ayat
matematik. Murid-murid dibimbing dulu menggunakan ayat matematik dan diikuti dengan menukar
dan menulis ayat matematik kepada bentuk lazim.

4.3.2 Bentuk Operasi Darab
Ayat matematik : 3 x 6 = 18
Bentuk lazim : 6
x 3___
18
4.3.3 Model Operasi Darab
Terdapat beberapa model yang dapat digunakan dalam operasi darab ini. Antara model bagi
menjelaskan konsep darab ialah model gandaan set, model turus, model turutan garisan bernombor
dan model hasil Cartesian.

Model Gandaan Set
00 00 00 00 --------------- 0000 0000
2 + 2 + 2 + 2 = 8
Empat set 2 ------ satu set 8
4 x 2 = 8

Model Terus
0 0 0 0
0 0 0 0
0 0 0 0
3 + 3 +3 + 3 = 12
Empat turus 3 kelompok 12
4 x 3 = 12

Model Turutan Garisan Bernombor
0 3 6 9 12 15
,_____,_____,_____,_____,_____,___
Lima turutan 3 ------ hasil
3 pasangan ----------- 6 objek
3 x 2 = 6
4.3.4 Fakta Asas Darab
Fakta asas darab ialah fakta yang mempunyai faktor pendarab satu angka atau satu digit, misalnya
daripada 0 0 hingga 9 9. Bagi menjamin komputasi efisen (jawapan yang tepat dan menjimatkan
masa), murid digalakkan menghafal fakta asas darab. Ada 100 fakta seperti 0 0, 1 1, 2 2, 3 3
hingga 9 9, iaitu pergandaan nombor itu sendiri, dan 45 fakta lain bersimetri (45 + 45). Fakta
bersimetri ialah seperti 4 7 = 7 4. Fakta darab perlu dibantu dengan manipulasi objek konkrit,
piktorial dan jadual fakta. Murid digalakkan membuat pertalian antara satu fakta dengan fakta-fakta
lain secara abstrak berdasarkan pengalaman konkrit mereka seterusnya memikirkan pertalian antara
berbagai-bagai fakta dengan menggunakan hukum operasi darab dan menggunakan algoritma
standard.

4.3.5 Strategi-strategi Pemikiran untuk Mempelajari Fakta Asas Pendaraban
Sifat tukar tertib
Membilang secara melangkau
Tambah Berulang
Cerakinkan hasil darab kepada bahagian-bahagian yang diketahui
Mengguna sifar dan satu
Mengguna Pola
Strategi satu set lagi
4.4 Operasi Bahagi
Operasi bahagi ialah operasi matematik yang terakhir dipelajari oleh murid di sekolah rendah.
Operasi bahagi dikaitkan dengan operasi darab sebagaimana operasi tolak dikaitkan dengan operasi
tambah. Di samping itu, operasi bahagi memerlukan tahap kematangan berfikir yang lebih tinggi
untuk memahami konsep dan algoritma bahagi. Untuk pembelajaran yang efektif, murid perlu faham
tentang konsep dan sifat milik, atau hukum operasi bahagi di samping penyediaan kaedah dan
pedekatan yang terancang oleh guru untuk memudahkan proses memahami operasi ini.
4.4.1 Konsep Bahagi
Bahagi ialah proses pengumpulan sama banyak atau pengongsian sama rata.
Pengumpulan atau pembahagian secara ukuran.
Dalam situasi ini, kita tahu berapa objek yang terdapat dalam setiap kumpulan dan mesti menentukan
bilangan kumpulan. Dalam proses ini, murid dikehendaki mengukur bilangan subset yang kecil yang
sama besar daripada set objek yang asal. Contohnya, guru membahagikan murid-murid dalam suatu
kelas kepada beberapa kumpulan.
Pengongsian / Penyekatan
Dalam situasi ini, satu set objek (jumlah asal) diasingkan kepada beberapa kumpulan (subset) yang
ditetapkan dan kita hendak mencari bilangan objek dalam setiap kumpulan (subset). Contohnya, Ibu
membahagi makanan kepada anak-anak secara sama rata.
Operasi bahagi mempunyai pertalian menyongsang dengan operasi darab. Misalnya, 5 p = 10, iaitu
untuk mendapatkan faktor pendarab p maka 10 mesti dibahagi dengan 5. Operasi bahagi juga
mempunyai pertalian dengan penghitungan,iaitu turutan selangan nombor dihitung kebelakang (
reverse) contoh:-
4 x 2 -----0-2-4-6-8
8 2 -----8-6-4-2-0

Operasi bahagi boleh dianologikan sebagai tolak berulang-ulang. Cara menulis ayat matematik
bahagi, contohnya;



Nombor 18 dipanggil dividen, nombor 2 dipanggil faktor pembahagi dan nombor 9 ialah hasil bahagi.
4.4.2 Bentuk Operasi Bahagi
Ayat Matematik : 12 4 = 3
Bentuk lazim : pembahagian pendek dan pembahagian panjang
4.4.3 Model Operasi Bahagi
Antara model yang digunakan dalam operasi bahagi ini ialah Model Kuotatif (memberi gambaran
berapa kumpulan dapat dibuat daripada sesuatu dividen atau sebilangan besar unsur. Model partitif
atau sama rata (memberi gambaran berapa banyak unsur dalam satu kumpulan atau kelompok.
Kemahiran menghafal dan mengingat kembali fakta-fakta asas darab berkait rapat dengan kebolehan
menyelesaikan kira-kira bahagi secara sikap dan ekonomik. Operasi bahagi mempunyai pertalian
songsang dengan operasi darab (sekiranya sesuatu nombor boleh dibahagi dengan nombor lain,
tanpa sebarang baki nombor bernilai)

4.4.4 Fakta Asas Bahagi
Fakta asas bahagi mempunyai faktor pembahagi dan hasil bahagi bernombor satu angka. Bagi
setiap fakta darab yang disongsangkan akan menghasilkan satu fakta bahagi. Contohnya, 14
2 = 7.
Aktiviti untuk membantu pembelajaran fakta bahagi ialah:
Pengelasan objek-objek.
Penggunaan pengalaman harian,
manipulasi objek-objek,
melukis dan menganalisis gambar
mencari jawapan melalui pertalian.
4.4.5 Strategi-strategi Pemikiran untuk Mempelajari Fakta Asas Pembahagian
Tolak berulang-ulang
Membilang secara melangkau
Membilang balik
Cerakin hasil darab kepada bahagian-bahagian yang diketahui
Mengguna satu
4.5 Perkaitan Bahagi dan Darab
Operasi bahagi mempunyai pertalian songsang dengan operasi darab. Misalnya, 5p = 10, iaitu untuk
mendapatkan faktor pendarab p maka 10 mesti dibahagi dengan 5. Operasi bahagi juga mempunyai
petalian dengan penghitungan, iaitu turutan selangan nombor dihitung ke belakang (reverse) contoh:
4 2 0, 2, 4, 6, 8
8 2 8, 6, 4, 2, 0

Operasi bahagi boleh dianalogi sebagai tolak berulang-ulang
Cth : 8 2
8 2 = 6
6 2 = 4
4 2 = 2
2 2 = 0

Kira berapa banyak kali 2 boleh ditolak daripada 8
Didapati bahawa 2 boleh ditolak 4 kali drpd 8
8 2 = 4

Soalan
Jelaskansecaraterperincibersertahujahdancontohlatihtubibagimengupayakanmuridd
arisegikognotifdankemahiranmereka yang bertahapsepertiberikut:
a. baik
b. sederhana
c. lemah


PengenalanTahapBaik
Muridpemulihanberadapadatahapbaiksemestinyadapatmengenal,
menyebutdanmenaakulnomborsertamenguasaikemahiranasasmatematikmelibatkan
operasitambah,tolak, darabdanbahagi,
Muridpemulihanberadaditahapbaiksemestinyamemilikisikap yang baik,
dapatberkomunikasidenganrakandan guru
seterusnyamampuberdayasaingdenganpelajar yang lain
samadadalambidangakademikdankokurikulum. Muridbertahapbaikmempunyaikognitf
yang baikuntukmengingatinombordanfaktaasasmatematik yang
akandigunakandalamkehidupanseharian. Kongnif yang
baikamatpentingkeranadapatmembantumuridmengembangkanminat ,bakat,
idea.cita-citadanmatlamatkearahmembentukpotensidiri yang
lebihcemerlang.InibersesuaiandenganmalatamatFalsafahPendidikan Negara yang
mampumelahiraninsan yang cemerlangdarisegijasmani.emosi,rohanidanintelek.

FaktorMempenguhiMuridBertahapBaik
1. Peranan guru
Teknikdankaedah guru mengajarmuriddenganmenggunakanpendekatan yang
seseuaidengantahapmuridsemasa proses pengajarandanpembelajaran.Guru
mendidikandenganpenuhkasihsayangdanmahumuridtersebutmenjadiinsancemerlan
gduniadanakhrat. Selaindariitu guru
selalumemotivasimuridtersebutsupayamempunyaitujuandanmatlamatbelajar.Inisang
atpenting agar setiapilmu yang
dipelajaridapatdikuasiolehsetiapmurid.SabdaNabiMuhammad S.A.W
bermaksud: TuntulahilmuwalausampaikenegeraCina.
Inimembuktikanbetapapentingnyapenguasaanilmudalamkehidupanseseorang.
2. Perananmurid
Muridmestimempunyaimotivasidalaman yang
tinggidalammenunutilmu.Muridsentiasaberusahauntukmenguasaifaktaasasmatemati
k yang dipelajari.Murid
mempunyaiharapan, cita-
citadanmatlamatuntukmengembangkanpotensidiriuntukberjayadalambidangakademi
k. Akademik yang cemerlangdapatmengubahdanmenjaminmasahadapan yang
cemerlang,
gemilangdanterbilang.Prosespendidikanbermuladaridalamalamkandunganhinggaala
mbarzah.

3. Perananibubapa
Ibubapaberperananpentingdalammendidikanak-
anak.Tanpapengorbananibubapaanak-anaktidakakanberjaya.
Tanggungjawabibubapamemastikananak-anakdapatmengauasaikemahiranmenulis,
membacadanmengirasejakdibangkusekolahrendahlagi.Selaindariitumerekaperlume
mastikananak-anaktelahmenyiapakanlatihanmatematik yang guru
beridanseterusnyadapatmenguasaikemahiranmengenalnombor, menambah,
menolakdanmendarab.

4. Latarbelakangkeluarga
Keluaragamemainkanperananpentingdalammenentukankejayaananak-
anak.Tanpasokongan.pengorbanan, doadanrestukeluaragamanamungkinanak-
anakmendapatkejayaan. Keluarga yang
berpendidikantidakakanmembiarkankehidupananak-
anakkosongtanpailmu.Kesedaransupayaanak-
anakmenguasaikemahiranmatematikspertikenalnombordankuasitambah,
tolakdarabdanbahagidenganbaik.Kemampuankeluargadapatmemberikelebihankepa
daanak
untukmengikutituisyendanmembelibukurujukan, latihan, kamusdankomputer.
Keluarga yang miskinmenghalanganak-anakmendapatpendidikan yang sempurna.

5. Kognitif yang baik
Kanak yang mempunyaimemilikikognif yang
baikmampumengingatdanmenguasaiilmumatematikdengansempuna.Kanak-
kanaktersebutmemahamidan
menguasaikemahirantambah, tolak, darabdanbahagidenganmudah yang
dipelajaridari guru.Komunikasiantara guru danmuridakanberlakusemasa proses


pengajarandanpembelajaran. Konitifmurid yang sempurnamampumelahirkan idea
yang bijakdalammeningkatkanpenguasaanmuriddalammatematik.

6. Bahan bantu mengajar
Perananbahanbantumengajarsangatpentingsemasa proses
pengajarandanpembelajaran. Murid-
muridpemulihangemarmelakukanaktivitidenganmengunakanbahanmaujudseperti
bola, kadgambardancarta.Selaindarialatpandangdengarseperitivedio, skrin LCD
sangatpentingkeranamelaluinyamuriddapatlihat, dengardanmenirugayapergerakan.
Inidapatmuridmemahaiisipelajarandenganmudah.Bahanbantumengajardapatmemba
ntumuridmemahamiisipelajarandenganmudahdancepat.

7. Kaedahdanteknikpengajaran guru
Guru yang bijakadalah guru yang dapatmembuatmuridfahamdankuasaiisipelajaran
yang diajar.Untuktujuantersebut guru mengunakankaedahdanteknik yang
betuldalammenyampaikanisipelajaran.Kaedah yang digunakansepertibercerita,
lakonan, sumbangsarandansoaljawabdanpermaian.Peranan guru
adalahpemudahcaradalammenyampaiisipelajaransupayaobjektiftercapai.Guruakanm
emastikanmuridfahamdankuasaiintipatipelajarandengancarasoaljawabdansoalanlem
barankerja. Selaindariitu guru mengajardenganpenuhkasihsayangsebagai guru
denganmurid.

Dalamhalini,
kepelbagaiankaedahjugasangatpentingdalammemberikefahamankepadamurid. Guru
tidakbolehhanyabepegangkeadasatukaedahpengajaransahaja.
Denganadanyakepelbagaiankaedahdalammelakukanaktivitiiabolehmennarihperhatia
nmuriduntukmemberilebihfokusdalammenjalanisesipengajarandanpembelajarandala
mbilikdarjah.

8. Saizdanjenisnomborsertahurufdigunakan.
Guru yang bijakakanmemastikannombordanhuruf yang
ditulisdapatdilhatdandibacaolehmurid. Jenistulisandansaiznombor yang
ditullisdalamlembarankerja


dandipapantulisdalammenpengaruhiminatuntukmenyelesaikanoperasitambah, tolak,
darabdanbahagi.
Selaindaripadaitudapatmempengaruhiminatdantahappenguasanmuridterhadapmata
pelajaranmatematik. Contohsoalanlatihanyang ditulisdalampelbagaibentukdansaiz.
9. Suasanabilikdarjahkondusif.
Bilikdarjah yang ceria
danharmonimampumemberiransangandandorongankepadamuriduntukbelajar.Susun
aturmejamurid yang kemasmampumenghidupkansuasanapembelajaran yang
baikkepadamurid.Pengurusanbilikdarjah yang
baikdapatmelatihmuridsupayasentisaberdisiplindanmemberitumpuandalampelajaran.
10. Persekitaran

Persekitaranmemainkanperanan yang pentingdalammembentukmental,sahsiah,
rohanidanemosisesorangmurid.Kebiasaanya proses pembesarankakak-
kanakdiperngaruhiolehfaktorpersekitaancontohadakahmasayarakatsekitarsukameng
amalkanbudayamembacaatausebalinya. Begitujugakemudahan yang
terdapatdikawasansekitarsepertiperpustakaandankedaibukudapatmemberisumberruj
ukanbagimenambahakanilmupengetahuandanmendalamiilmumatematik.Selaianterd
apatkemudahanpusattuisyen yang dapatmembantumuridberlumba-
lumbamencariilmu.Individudanmasyarakat yang cemerlanglahirdaripersekitaran kaya
denganilmu.

Você também pode gostar