Você está na página 1de 17

Jawab soalan-soalan berikut

1. Terangkan faktor-faktor yang boleh digunakan untuk meramal hujan.



2. Terangkan bagaimana ahli geologi mengenal pasti klasifikasi batu yang
dijumpai di suatu tempat.

3. Bincangkan perkaitan di antara ekliptik dengan altitut dan azimuth
matahari setiap hari di tempat-tempat yang berbeza.

4. Bincangkan perkaitan pergerakkan bulan mengelilingi bumi dan masa
terbit dan terbenam bulan.
1. Terangkan faktor-faktor yang boleh digunakan untuk meramal hujan.

Hujan adalah sesuatu yang tidak dirancang namun boleh dijangkakan dengan
mengetahui faktor bagaimana hujan akan berlaku. Terdapat beberapa faktor yang boleh
membantu dalam meramal hujan seperti :
a) Melihat pada jenis awan

Sekiranya langit mendung dan gelap lihat pada langit sekiranya terdapat awan
cumulonimbus atau nimbostratus. Ini kerana awan cumulonimbus ini merupakan
awan gelap yang membawa banyak jumlah hujan kerana awan nya yang lebih
besar. Awan yang besar seperti ini membawa banyak partikel air di dalamnya
dan hujan lebat akan turun.








Awan cumulonimbus Awan nimbostratus
Serta warna hitam pekat di bawah awan cumulonimbus ini membawa makna
awan ini sangat berat dan akan hujan serta guruh dan kilat bersama. Manakala
awan nimbostratus juga awan yang membawa hujan yang mantap dengan saiz
awan yang tebal dan hitam pekat.

Selain daripada itu, awan stratocumulus dan altocumulus juga boleh
menghasilkan hujan renyai. Ini kerana terdapat awan hitam yang memberat
namun saiz awan yang kecil menyebabkan tidak banyak hujan yang akan turun.
Ini kerana kurang partikel air yang telah dikondensasi oleh awan.






Awan altocumulus Awan stratocumulus
b) Suhu persekitaran
Selain itu,kita boleh meramal hujan dengan merasa suhu panas dan angin panas
dengan tiba-tiba sebelum awan mendung kelihatan. Ini kerana udara panas naik
ke atas untuk mengalami proses kondensasi supaya partikel air lebih banyak di
dalam awan. Partikel ini akan disejukkan dan turun menjadi air hujan.

c) Tekanan udara

Tekanan udara juga memainkan peranan yang penting. Ini di mana sebelum
hujan tekana udara di bawah rendah menjadi kan udara lebih ringan untuk naik
ke atas. Dan ini menyebabkan cuaca mendung dan angin yang kuat.

d) Kelajuan angin

Sekiranya angin laju dan panas tiba-tiba akan menunjukkan bahwa hujan akan
turun. Ini kerana awan hujan bergerak bersama dengan tiupan angin.
Inibergantung kepada arah mata angin untuk menunjukkan dari mana hujan itu
akan datang.


2. Terangkan bagaimana ahli geologi mengenalpasti klasifikasi batu yang
dijumpai di suatu tempat

Kerak bumi terdiri daripada beraneka jenis batu-batan. Tiap-tiap batu-batan ini
berbeza daripada yang lainnya, baik tentang corak, bentuk rupa, warna, ketelusan air,
cara terjadinya, mahupun kekuatannya menahan kuasa gondolan. Bagi ahli-ahli geologi
yang mengkaji kandungan dan perkembangan bumi secara fizikal, pengetahuan tentang
batu-batan ini sangatlah penting. Begitulah juga bagi ahli-ahli Geografi. Mereka perlu
mempunyai pengetahuan asas tentang jenis jenis batu-batan yang biasa terdapat dan
juga hubungannya dengan rupa bumi. Batu-batan juga menjadi asas bagi tanah-tanih
dan sedikit sebanyaknya menentukan jenis jenis tumbuhan dan penggunaan tanah-tanih
di sesuatu kawasan. Oleh itu kita perlu mengetahui dan mengenal batu-batan yang
terdapat di sekeliling kita.
Pengkelasan ini dibuat dengan berdasarkan
(a) kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batuan ini.
(b) tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam batuan;
(c) struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan.
Secara umum, batu-batan boleh digolongkan kepada tiga kumpulan yang besar iaitu:
(a) batuan igneus;
(b) batuan enapan;
(c) batuan metamorfosis.


Batuan Igneus

Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma dari
dalam kerak bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis dan tidak
mengandungi fosil. Batu igneus boleh dikelaskan berdasarkan kandungan bahan-bahan
logam di dalamnya. Jikalau batuan ini mengandungi lebih banyak silika maka batu itu
digolongkan sebagai batuan asid. Sebagai batuan granit, batuan igneus jenis asid ini
tidaklah padat dan lebih muda warnanya daripada batuan bes. Batuan bes pula lebih
padat dan lebih hitam warnanya kerana banyak mengandungi oksid bes, seperti besi,
aluminium dan magnesium. Dari segi asal kejadiannya, batuan igneus boleh dikelaskan
kepada dua jenis iaitu :





l. Batuan Igneus Plutonik atau Rejahan

Batu ini adalah batu igneus yang terjadi di bahagian bawah kerak bumi.
Penyejukan dan pembekuan cecair ini berlaku secara perlahan-lahan. Oleh kerana itu
terjadilah hablur-hablur kasar yang mudah dikenal. Batu jalar dalam ini, umpamanya
granit, diorit dan gabro terdedah di permukaan bumi akibat daripada proses gondolan
dan hakisan.

2. Batu Gunung Berapi atau Terobosan

Batu gunung berapi adalah batu cecair yang telah melimpah keluar dari gunung berapi
sebagai lava. Lava ini membeku dengan cepat di permukaan bumi dan hablur yang
dihasilkannya berbentuk halus.
Batu gunung berapi atau batu jalar luar yang biasa terdapat ialah batu basol. Batu basol
ini menghasilkan hanyutan lava, litupan lava dan daratan tinggi lava. Setengah-setengah
batu basol membeku dengan cara yang luar biasa dan menghasilkan menara-menara
batu. Sebahagian daripada lava cair itu mungkin mengalir keluar melalui rekahan-
rekahan. Lava cair itu kemudian membeku dalam bentuk daik yang tegak dan sil yang
datar.
Kebanyakan batu igneus keras lagi kukuh. Oleh kerana itulah batu igneus
biasanya dipecahkan untuk kegunaan membuat jalan raya, tugu-tugu peringatan dan
batu-batu nisan yang berukir.


Batuan Enapan


Batu enapan terjadi daripada enapan yang terkumpul di kawasan perairan.
Kejadiannya memakan masa yang panjang. Batuan ini dapat dibezakan daripada
batuan jenis lain oleh sifat-sifatnya yang berlapis-lapis. Oleh sebab itu batuan ini disebut
batu-batan berlapis. Tebal lapisannya berbeza-beza dari beberapa sentimeter hingga ke
beberapa meter. Bentuknya kasar atau berbiji-biji halus, mungkin juga lembut atau
keras. Bahan-bahan yang membentuk batuan enapan ini mungkin telah diangkut oleh
sungai-sungai, glasier, angin atau binatang-binatang. Batuan enapan tidak berhablur
dan seringkali mengandungi fosil-fosil binatang, tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan
halus. Batuan enapan inilah yang paling berbeza sekali cara kejadiannya jika
dibandingkan dengan batuan lain, batuan enapan dapat dikelaskan berdasarkan
umurnya. Berbagai-bagai jenis batu-batan yang terjadi dalam jangka waktu yang sama
telah dijeniskan ke dalam satu golongan. Mengetahui sifat-sifat pelbagai jenis batu-
batan itu sangatlah penting. Batuan enapan boleh dikelaskan kepada tiga jenis utama
dengan berdasarkan kepada asal kejadiannya dan kandungannya iaitu :
l. Batuan enapan yang terjadi secara mekanik - Batuan jenis ini terjadi daripada
pemaduan bahan-bahan yang terkumpul daripada batuan yang lain. Batu pasir
merupakan batuan enapan yang paling banyak terdapat. Batuan ini terjadi daripada
pasir dan kadang-kadang serpihan batu kuarza. Susunan, kandungan dan warnanya
sangatlah berbeza-beza. Batu pasir banyak dipecahkan di kuari-kuari untuk kegunaan
membuat rumah atau membuat batu penggiling. Batu pasir yang lebih besar dikenal
sebagai grit. Apabila batu-batu kelikir yang lebih besar berpadu dengan kukuhnya
sehingga menjadi batu besar, maka batuan itu disebut konglomeret (sekiranya bulat)
dan brekia (sekiranya bersegi-segi). Batuan enapan yang lebih halus menjadi tanah liat
yang banyak digunakan untuk membuat bata, syil atau batu lodak. Pasir dan batu kelikir
mungkin terdapat dalam bentuk yang tidak berpadu.
2. Batuan enapan yang terjadi secara organik - Batu ini terjadi daripada bangkai hidup-
hidupan yang halus. Contohnya, organisma seperti karang dan kerang yang telah reput
dagingnya akan meninggalkan kulit-kulit yang keras. Kebanyakan batu yang terjadi
secara ini terdiri daripada jenis kalkeria antaranya termasuklah batu kapur dan kapur.
Batu yang mengandungi karbon juga terjadi secara organik. Batuan ini terjadi daripada
pemendapan tumbuh-tumbuhan yang telah reput seperti yang terdapat di kawasan paya
dan hutan. Batuan di atas memberikan tekanan kepada tinggalan tumbuh-tumbuhan itu
dan memampatkannya menjadi jisim karbon yang padat. Akhirnya tinggalan ini menjadi
gambut, lignit atau arang batu. Semua bahan-bahan ini sangat tinggi nilainya dari segi
ekonomi.
3. Batuan enapan yang terjadi secara kimia - Batu jenis ini terenap melalui tindakan
kimia larutan yang berbagai jenis. Natrium klorid (garam batu) berpunca daripada
lapisan yang pada satu masa dahulu berada di dasar laut atau tasik. Gipsum atau
kulsium sulfat didapati dari penyejatan yang berlaku di tasik-tasik masin seperti Laut
Mati yang sangat masin airnya itu. Kalium karbonat dan nitrat juga terjadi dengan cara
yang sama.



Batuan Metamorfosis

Tekanan dan haba yang sangat tinggi akan menyebabkan semua batu-batuan,
baik batuan igneus mahupun batuan enapan akan bertukar menjadi batuan
metamorfosis. Sifat-sifat asal batuan tersebut mungkin berubah oleh kuasa-kuasa
tersebut di atas taditerutamanya apabila pergerakan bumi yang sangat kuat berlaku dan
dengan cara ini tanah lempung akan berubah menjadi batu loh, batu kapur menjadi
batu marmar, batu pasir menjadi kuarzit, batu granit menjadi gneis, syal menjadi syis,
arang batu menjadi grafit dan grafit menjadi berlian. Batuan metamorfosis seperti batu
marmar dan syis banyak dijumpai di Malaysia. Batu marmar misalnya boleh didapati di
Pulau Langkawi dan syis pula boleh didapati di kawasan pergunungan di Sarawak.
Batuan metamorfosis ialah batuan yang telah mengalami perubahan fizikal dan
kimia akibat haba dan tekanan yang sangat tinggi. Perubahan fizikal dan kimia yang
dimaksudkan itu ialah perubahan dari segi tekstur, struktur dan komposisi mineral
batuan. Batuan metamorfosis mungkin berasal daripada batuan igneus, batuan enapan
atau batuan metamorfosis yang lain. Suhu yang diperlukan untuk berlakunya proses
metamorfisma ialah antara 100C hingga 800C. Pada suhu ini batuan masih lagi
berkeadaan lembut. Dalam keadaan yang lembut ini, batuan boleh berubah dari segi
susunan mineralnya. Hablur dalam mineral pula boleh berubah dari segi saiz dan
bentuknya. Komposisi batuan juga boleh berubah akibat tindak balas kimia. Tekanan
yang kuat mungkin menghimpit hablur menjadi rata atau panjang. Apabila magma panas
mengalir keluar ke permukaan muka bumi ataupun memasuki celah-celah rekahan,
batuan kerak bumi yang disentuhnya berubah menjadi batuan metamorfosis. Proses ini
dikenali sebagai metamorfisma terma. Batu marmar dan slat bintik terbentuk secara
metamorfisma terma ini. Metamorfisma yang berlaku secara besar-besaran adalah
metamorfisma serantau. Di kawasan kerak bumi yang pernah mengalami proses
pembentukan gunung terdapat batuan metamorfosis seperti syis dan gneis. Hal ini
terjadi apabila batuan yang terdapat jauh di dalam kerak bumi mengalami tekanan yang
kuat dan haba yang tinggi. Tekanan dan haba yang tinggi menyebabkan batuan
mertgalami proses penghabluran semula.

Batuan metamorfosis mempunyai ciri-ciri yang jelas. Kesemua batuan
metamorfosis mempunyai struktur berhablur. Batuan metamorfosis mempunyai mineral
yang sama seperti batuan igneus, tetapi sering terdapat juga mineral yang hanya
terbentuk pada suhu dan tekanan yang sangat tinggi. Sesetengah batuan metamorfosis
mampat dan menjadi lebih padat akibat tekanan yang sangat tinggi yang dialaminya.
Pemadatan batuan menyebabkan molekulnya menjadi lebih rapat dan isipadu batuan
lebih kecil. Sesetengah batuan metamorfosis yang berjalur mempunyai mineral yang
tersusun dalam lapisan-lapisan yang selari. Batuan metamorfosis berjalur ini terjadi
apabila mineral dalam batuan itu mengalami penghabluran semula atau terhimpit akibat
tekanan. Jaluran juga terjadi apabila mineral yang mempunyai kepadatan berlainan
terasing lalu membentuk lapisan-lapisan. Contoh batuan berjalur ialah batu loh dan syis.
Batuan ini boleh pecah menjadi lapisan-lapisan yang nipis. Batuan metamorfosis tidak
berjalur seperti batu marmar dan kuarzit pula tidak boleh pecah kepada beberapa
lapisan.








3. Terangkan perkaitan di antara ekliptik dengan altitut dan azimuth matahari
setiaphari di tempat-tempat yang berbeza.

Ekliptik matahari adalah laluan lintasan matahari yang tidak dapat dilihat dengan
mata. Altitut pula adalah ketinggian sesuatu objek atau jarak sudut sesuatu objek
relative kepada garisan horizon. Azimuth pula adalah sudut mendatar yang dikira
mengikut arah jam daripada arah rujukan, kebiasaanya utara, dengan satu titik di
garisan horizon yang menyilangi satu titik altitude bagi objek tersebut. Ekliptik, azimuth
serta altitut mempunyai perkaitan antara satu sama lain setiap hari di tempat yang
berbeza.

Pertamanya, satah ekliptk mempunyai perkaitan dengan perubahan suhu bumi.
Paksi putaran adalah 23.5 darjah yang condong bersudut tepat dengan satah ekliptik.
hal ini berlaku kerana paksi putaran Bumi tidak berserenjang dengan satah orbit, Paksi
khatulistiwa tidak selari dengan satah ekliptik, tetapi membuat sudut kira-kira 23 26 ,
yang dikenali sebagai kecondongan paksi. Sudut kecondongan seperti ini menyebabkan
beberapa kawasan di bumi mengalami berubahan musim pada masa- masa tertentu.
Perkara ini boleh diperjelaskan lagi dimana satu hemisfera adalah sentiasa condong
menghampiri matahari dan satu hemisfera sentiasa menjauhi matahari.

Berada di kawasan yang berada di hemisfera selatan ini pada hujung bulan
Disember ini.. Kedudukan paling tinggi ini dikenali sebagai zenith. Zenith matahari pada
jangka masa ini berada pada altitude 90 ( altitude tertinggi daripada horizon ).
Orang-orang yang berada di hemisfera selatan ini akan melihat matahari berada
di kedudukan atas kepala, namun ini tidak berlaku kepada orang-orang yang berada di
bahagian khatulistiwa dan juga di hemisfera utara. Hal ini berlaku kerana , ekliptik
matahari pada ketika ini tidak berada pada kedudukan paling dekat dengan Khatulistiwa
dan juga Hemisfera utara, Jadi bahagian yang lebih utara daripada hemisfera selatan
akan melihat altitude matahari adalah lebih rendah kerana matahari tidak berada hampir
dengan bahagian itu ( khatulistiwa dan hemisfera utara )dan kawasan itu tidak menerima
lebih cahaya matahari, sebab itu ,orang di kawasab khatulistiwa dan hemisfera utara
melihat kedudukan matahari adalah lebih rendah daripada 90.

4. Terangkan perkaitan pergerakan bulan mengelilingi bumi dengan fasa-fasa
bulan dan masa terbit dan terbenam bulan.


Bulan adalah benda ruang angkasa yang mengelilingi bumi dalam waktu tidak
sampai 4 minggu melalui lintasan yang hampir tidak berbentuk lingkaran. Bulan berada
pada jarak 384.000 km dari muka bumi (kira-kira 60 kali jari-jari bumi). Bagian lintasan
bulan yang terjauh dari bumi disebut sebagai apoge, sedangkan lintasan yang terdekat
dengan bumi disebut sebagai perige. Bulan merupakan benda langit bulat dengan garis
tengah 3.475 km (kira-kira garis tengah bumi).





Bulan tidak memiliki atmosfera. Bulan merupakan benda gelap yang tidak
memancarkan cahayanya sendiri. akan tetapi, dari bumi bulan terlihat bercahaya karena
menerima cahaya dari matahari dan memantulkannya kembali sehingga tampak
memang bercahaya. Permukaan bulan terdiri atas dataran rendah dan dataran tinggi.
Dataran rendah terdiri atas oceanus procellarum, limbrium, serenitatis, dan trangulitatis.
Sementara bagian dataran tinggi bulan terdiri atas pegunungan-pegunungan vulkanis.
Puncak-puncak gunung yang ada di bulan di antaranya adalah puncak copernicus dan
puncak kapler. Keduanya terletak di dataran oceanus procellarum.


Rajah di atas menunjukkan penentuan kecondongan Bumi terhadap permukaan ekliptik
Bumi



Gerakan bulan
Bulan bergerak secara rotasi dan secara revolusi.
a. Rotasi bulan
rotasi bulan adalah pergerakan bulan pada porosnya. Waktu yang digunakan bulan
untuk satu kali rotasi sama dengan satu kali revolusi bulan untuk mengelilingi bumi.
Akibatnya, bagian bulan yang menghadap ke bumi adalah tetap.
b. Revolusi bulan
revolusi bulan adalah pergerakan bulan mengelilingi bumi. Revolusi bulan terdiri atas
sebagai berikut:
- Peredaran bulan sideris adalah peredaran bulan berevolusi satu kali dari bulan baru
atau mati sampai bulan tidak terlihat sampai sabit akhir. Waktu yang diperlukan untuk
peredaran ini adalah 27 hari 8 jam.
- Peredaran bulan sinodis adalah peredaran bulan dari bulan baru sampai bulan baru
berikutnya. Waktu yang diperlukan untuk peredaran ini adalah 29 hari 13 jam.

Bulan berputar pada paksinya, pada masa yang sama ia melengkapkan
peredaran orbitnya mengelilingi Matahari dan ini dikenali sebagai putaran serentak.
utaran Bulan pada paksinya dan tempoh masa orbitnya (peredaran mengelilingi Bumi)
adalah sama iaitu 27 hari 7.75 jam atau 27.322 hari. ni bermaksud hampir permukaan
Bulan yang sama mengarah kepada Bumi setiap masa. Hanya 59% sahaja permukaan
Bulan yang dapat diperhatikan dari Bumi.
Bulan akan menunjukkan hemisfera yang sama pada bahagian yang paling dekat
kepada Bumi setiap masa. Hemisfera yang satu lagi adalah bahagian yang paling jauh
dan akan sentiasa membelakangkan Bumi.
Orbit Bulan, sama seperti orbit Bumi, seperti bentuk bulatan yang leper. Orbit Bulan
adalah elips (berbentuk bujur) dan condong sedikit, 5 darjah terhadap permukaan orbit
Bumi. sentiasa membelakangkan Bumi. Apabila kita melihat kutub utara Bulan dari atas,
kita akan lihat Bulan mengorbit Bumi secara lawan jam iaitu dari arah barat ke
timur. Jarak antara tengah Bumi dan tengah Bulan adalah berbeza pada setiap
pergerakan Bulan pada orbitnya. Pada perigee, apabila Bulan paling hampir dengan
Bumi, jaraknya adalah 225,740 batu (363,300 kilometer). Pada apogee, apabila Bulan
paling jauh dengan Bumi, jaraknya adalah 251,970 batu (405,500 kilometer).

Berkenaan tentang masa terbit dan terbenam bulan, ianya bergantung kepada
fasa- fasa bulan itu sendiri. Atas sebab itulah bulan kadang kala kelihatan pada siang
hari dan kadang kala pada malam hari. Anak bulan terbit semasa subuh dan terbenam
ketika termbenam matahari. Manakala bulan sabit baru pula terbit selepas terbenam
matahari. Seterusnya, bagi bulan separa baru, ia terbit pada pukul 12.00 tengah hari
dan tenggelam pada pukul 12.00 tengah malam. Bagi bulan hampir purnama baru, ia
terbit pada pukul 3.00 petang dan tenggelam pada pukul 3.00 pagi. Bulan purnama pula,
ia terbit pada pukul 6.00 petang dan tenggelam pada pukul 6.00 pagi. Bagi bulan hampir
purnama lama, ia terbit pada pukul 9.00 malam dan tenggelam pada pukul 9.00 pagi.


Bagi bulan separa lama, ia terbit pada pukul 12.00 tengah malam dan tenggelam
pada pukul 12.00 tengah hari. Bagi bulan sabit lama, ia terbit pada pukul 3.00 pagi dan
tenggelam pada pukul 3.00 petang.


Rujukan:
1. http://id.shvoong.com/exact-sciences/astronomy/2290948-
bulan/#ixzz2wQ7srS9X
2. http://userzweb.lightspeed.net/~astronomy/nakedeye/moonrota.eps
3. http://www.organisasi.org/1970/01/berbagai-jenis-macam-pergerakan- bulan-
rotasi-revolusi-dan-berevolusi-bersama-bumi-terhadap-matahari-
astronomi.html

Você também pode gostar