Você está na página 1de 2

1

1. PENGENALAN.
Di Malaysia, kebanyakan orang banyak menghabiskan masa di tempat kerja pada
setiap hari. Mereka bekerja dan menguruskan semua perkara di pejabat, klinik,
hospital, sekolah dan sebagainya. Walaubagaimana pun, mereka menghadapi
tekanan dan masalah di tempat kerja seperti beban kerja yang bertambah,
kesuntukan masa , gangguan daripada faktor persekitaran dan sebagainya.Ini
menyebabkan prestasi dan produktiviti kerja akan terganggu dan boleh
menyebabkan tekanan. Disamping itu juga mereka perlu bekerja dengan gigih bagi
memenuhi keperluan dan kehendak para pelanggan yang tinggi berikutan
peningkatan taraf hidup dan latar belakang pendidikan , perubahan gaya hidup dan
cara berfikir dalam kalangan rakyat Malaysia.
Bagi meningkatkan pencapaian prestasi dan produktiviti kerja yang berdaya saing
seiring dengan pembangunan negara beberapa strategi yang mantap perlu di
bangunkan dan diguna pakai.
Definisi Strategi.
Para sarjana telah mendefinisikan strategi dengan pebagai maksud dan pengertian.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), perkataan strategi membawa maksud
rancangan yang teratur ( yang memperhitungkan pelbagai faktor) untuk mencapai
matlamat atau kejayaan.
Menurut Hamel & Prahad (1995). Internation Review Of Strategic Management
Volume 4 D.E. Hussy, editor. Strategi merupakan tindakan yang bersifat
incremental ( sentiasa meningkat) dan terus menerus serta dilakukan berdasarkan
sudut pandang tentang apa yang di harapkan oleh para pelanggan di masa hadapan.
Definisi Prestasi
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), prestasi bermaksud hasil yang telah
diperolehi atau pencapaian. Menurut LW Rue ( 1999), prestasi bermaksud darjah
pencapaian tugasan yang merujuk kepada kerja bagi setiap individu. Slamet (1992)
prestasi adalah suatu proses usaha yang dilakukan seseorang untuk memperolehi
suatu perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhan sebagai hasil
pengalamannya sendiri dalam interaksi dengan lingkungannya.
2

2. PENGURUSAN MASA
Golongan cerdik pandai menganggap masa merupakan harta yang amat penting
dalam kehidupan sejagat. Dengan masa yang ada, manusia boleh menjalankan
pelbagai jenis urusan yang berkaitan dengan hal-hal keduniaan seperti mencari
rezeki, menjalinkan hubungan dan menuntut ilmu pengetahuan dan kemahiran
untuk mencapai kebahagian hidup. Masa yang digunakan dengan cara yang teratur
dan dirancang dengan tepat akan mendatangkan banyak manfaat dan faedah kepada
individu itu sendiri.
Menurut Adbul Ghafar et.al (2000:18), menyatakan bahawa pengurusan ialah
proses yang membabitkan perancangan, pemyusunan, pengarahan dan pemantauan.
Manakala menurut Muhammad Ahmad (2004:2), pula menyatakan bahawa
pengurusan adalah suatu wasilah untuk menyempurnakan dan melakukan segala
kewajiban, sebagai ganti daripada melambatkan pelaksanaannya dan
mengakhirkannya kepada masa yang lain. Pengurusan masa yang baik dan berkesan
adalah satu asas dalam pembentukan sikap yang positif di kalangan organisasi agar
dapat membantu menyempurnakan kerja dengan cepat dan menepati masa yang
ditetapkan. Pengurusan masa yang sistematik akan meningkatkat prestasi dan
kecermelangan dalam pengurusan kerjaya .

Você também pode gostar