Você está na página 1de 16

[Type text]

HBSC2203 TOOLS FOR LEARNING SCIENCE

[Type text]

KANDUNGAN
PERKARA

MUKA SURAT

1.0

PENGENALAN

2.0

KEMAHIRAN SAINTIFIK

2.1 KEMAHIRAN PROSES SAINS

2.2 KEMAHIRAN MANIPULATIF

3.0 AKTIVITI KEMAHIRAN SAINTIFIK


3.1 AKTIVITI 1

3.2 AKTIVITI 2

11

4.0 PENAMBAH BAIKAN AKTIVITI

15

5.0 KESIMPULAN

15

BIBLIOGRAFI

16

[Type text]

HBSC2203 TOOLS FOR LEARNING SCIENCE

[Type text]

1.0 PENGENALAN
Dalam proses pengajaran di sekolah, perkara yang perlu diberi keutamaan adalah mengajar
pelajar untuk berfikir. Semua guru seharusnya berusaha untuk mencapai sasaran tersebut.
Bagi subjek Sains, penekanan terhadap proses membuat hipotesis, memanipulasi keadaan
tertentu dan memberi sebab dan alasan berdasarkan maklumat yang dipaparkan sebenarnya
telah menjadikan seseorang pelajar itu berfikir secara logik tentang fenomena kehidupan
seharian serta menyelesaikan masalah secara praktis.
Menurut Aarons, 1983, Sains merupakan satu proses yang aktif dan melibatkan proses
pemerhatian terhadap apa yang berlaku di sekeliling. Melalui maklumat yang diperolehi
daripada pemerhatian tersebut, mereka akan mengusahakannya melalui model-model dan
teori. Sains telah menjadi fokus utama dalam kehidupan seharian kita. Kini, perhatian
tertumpu untuk menunjukkan peranan Sains dalam kehidupan seharian. Para guru mahu
melahirkan pelajar yang mempunyai sikap yang positif terhadap Sains dan meningkatkan
nilai yang diperolehi daripada Sains. Mereka mahu para pelajar meningkatkan penguasaan
bahasa saintifik sekaligus menjadikan pelajar akan mula berfikir seperti seorang saintis dan
memahami bagaimana teori sains dibina dan diuji.
Justeru, pembelajaran Sains hakikatnya memerlukan para pelajar untuk berfikir, menganalisis
sekaligus menguji bagi mendapatkan satu kesimpulan yang jitu dan seterusnya dapat
diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Kurikulum Sains sekolah rendah memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran saintifik
(kemahiran proses dan manipulatif) dan kemahiran berfikir di samping pemahaman kepada
prinsip asas sains serta pemupukan sikap saintifik dan nilai murni supaya melahirkan rakyat
Malaysia yang progresif dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di
samping itu, ia juga bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada pelajar tentang
kepentingan pengetahuan sains dan teknologi dalam proses pembangunan dan perindustrian.
Untuk menjayakan pelaksanaan kurikulum sains ini, tenaga pengajar sains telah dilatih
samada secara berpusat ataupun secara latihan dalaman di peringkat sekolah untuk
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains yang menerapkan kemahiran proses
sains. Lebih penekanan adalah diberi kepada penguasaan kemahiran proses sains berbanding
2

[Type text]

HBSC2203 TOOLS FOR LEARNING SCIENCE

[Type text]

dengan penguasaan fakta-fakta dan prinsip sains semata-mata. Ini adalah kerana kemahiran
proses sains yang dipelajari akan kekal selepas fakta-fakta menjadi lapuk atau dilupai
(Wellington, 1989).
Melalui tugasan ini, akan disenaraikan kemahiran proses sains dan kesemua kemahiran
tersebut akan dibincangkan dengan lebih lanjut. Perbincangan ini akan menghuraikan secara
terperinci bagaimana kemahiran proses sains ini dilaksanakan kepada para pelajar. Huraian
akan disokong dengan gambar rajah yang berkaitan serta ulasan yang sesuai.
Tujuan utama perbincangan ini adalah untuk menjelaskan tentang peranan kemahiran proses
sains sebagai alat yang sangat penting dalam pembelajaran Sains. Melalui contoh-contoh
yang akan djelaskan, ianya diharap dapat memperkukuhkan pemahaman terhadap kemahiran
proses sains sekaligus memperjelaskan kepentingan kemahiran proses sains ini bagi
menjelaskan konsep saintifik yang diperkenalkan dalam pembelajaran Sains.
2.0 KEMAHIRAN SAINTIFIK
Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran Manipulatif.
Kaedah seperti eksperimen, penyelidikan dan projek merupakan aktiviti yang menggunakan
kemahiran saintifik. Kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif sains lazimnya hadir
bersama dalam kebanyakan aktiviti mengikut kaedah saintifik.
2.1 KEMAHIRAN PROSES SAINS
Kemahiran proses sains adalah kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan
kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Ia merupakan
komponen kemahiran saintifik. Kemahiran proses sains terdiri daripada kemahiran
proses sains asas dan kemahiran proses asas bersepadu (Pusat Perkembangan
Kurikulum 1999). Pusat Perkembangan Kurikulum telah mengenal pasti kemahiran
proses sains asas sebagai kemahiran memerhati, kemahiran mengelas, kemahiran
mengukur dan menggunakan nombor, kemahiran membuat inferens, kemahiran
membuat ramalan, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran menggunakan hubungan
ruang dan masa. Kemahiran proses sains bersepadu pula ialah kemahiran

[Type text]

HBSC2203 TOOLS FOR LEARNING SCIENCE

[Type text]

mentafsirkan data, mendefinisikan secara operasi, kemahiran mengawal pemboleh


ubah, kemahiran membina hipotesis dan kemahiran mengeksperimen.
Kemahiran proses sains asas merupakan prasyarat kepada kemahiran proses sains
bersepadu, pelajar perlu menguasai kemahiran ini dahulu sebelum kemahiran proses
sains bersepadu dapat digunakan dengan berkesan. Kemahiran proses sains bersepadu
bergantung kepada keupayaan pelajar untuk berfikir pada tahap yang lebih tinggi dan
berfikir lebih daripada satu perkara pada sesuatu masa.
Dalam pembelajaran Sains, terdapat 12 kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar.
Kemahiran-kemahiran tersebut diterangkan melalui jadual di bawah:
Jadual 2.1 : Kemahiran proses sains
Kemahiran Proses Sains
Memerhati

Takrifan
Menggunakan penglihatan, pendengaran,
sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpul

Mengelas
Mengukur dan menggunakan

maklumat tentang objek dan fenomena.


Mengumpul objek berdasarkan ciri yang sepunya.
Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan

nombor

menggunakan alat berunit piawai. Pengukuran


menjadikan pemerhatian lebih jitu. Kebolehan
menggunakan nombor adalah penting untuk

Membuat inferens

menguasai kemahiran mengukur.


Membuat kesimpulan awal untuk menerangkan
peristiwa atau objek berdasarkan pemerhatian.
Kesimpulan awal itu mungkin betul ataupun

Meramal

tidak.
Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa
berdasarkan pemerhatian yang lalu atau data yang

Berkomunikasi

boleh dipercayai.
Mengemukakan idea dalam pelbagai bentuk
seperti lisan, tulisan, graf, gambar rajah, model

Menggunakan perhubungan ruang

atau jadual.
Memperihalkan lokasi, arah, bentuk dan saiz

dan masa

sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa.


4

[Type text]

HBSC2203 TOOLS FOR LEARNING SCIENCE

Mentafsir maklumat

[Type text]

Memberi penerangan yang rasional tentang objek,


peristiwa atau pola daripada maklumat yang

Mendefinisi secara operasi

terkumpul.
Memberi definisi tentang sesuatu konsep dengan
menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan

Mengawal pemboleh ubah

diperhatikan.
Dalam suatu penyiasatan, pemboleh ubah yang
boleh mempengaruhi keputusan eksperimen perlu

Membuat hipotesis

dikawal.
Sesuatu kenyataan umum yang difikirkan benar
bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa.
Kenyataan ini perlu diuji untuk membuktikan

Mengeksperimen

kesahihannya.
Menguji sesuatu hipotesis yang melibatkan
kemahiran proses di atas.

2.2 KEMAHIRAN MANIPULATIF SAINS


Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains
yang membolehkan pelajar mengguna dan mengendalikan peralatan dan bahan sains
dengan betul dan selamat, menyimpan peralatan dan bahan sains dengan cara yang
betul, mengendalikan spesimen hidup dan bukan hidup dengan betul dan cermat,
mematuhi arahan eksperimen dan membuat pemerhatian, perekodan dan pengukuran
dengan betul (Abu Hassan, 2003).Kemahiran manipulatif sains juga adalah
sebahagian daripada kemahiran yang dinilai bersama dengan kemahiran proses sains.
Secara spesifiknya, kemahiran manipulatif sains merupakan kemahiran psikomotor
dalam penyiasatan sains yang membolehkan pelajar melakukan perkara yang berikut:
1. Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul.
2. Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.
3.Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.
4. Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.
5. Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.
6. Menyimpan peralatan Sains di tempat yang betul.

[Type text]

HBSC2203 TOOLS FOR LEARNING SCIENCE

[Type text]

Sains merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah.
Justeru, ia memperkembangkan kemahiran untuk menyiasat alam sekitar yang melibatkan
kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta kemahiran saintifik. Ilmu pengetahuan diperoleh
sebagai hasil penyiasatan. Inkuiri secara saintifik juga memerlukan dan membolehkan pelajar
memperkembangkan sikap yang positif.
Pembelajaran sains menggalakkan sikap saintifik dan nilai murni termasuk semangat ingin
tahu, berfikiran terbuka, tabah dan prihatin terhadap hidupan dan menghargai alam sekitar.
Apabila pelajar melaksanakan amali, mereka telah bersedia dengan langkah-langkah yang
akan dijalankan. Pelajar-pelajar juga akan mengaplikasikan kemahiran manipulatif dan
kemahiran proses sains semasa membuat hipotesis, membuat inferens, mengawal pemboleh
ubah, menggunakan radas dan spesimen dan semasa proses mengumpul data serta membuat
kesimpulan.
Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti
mengikut kaedah saintifik. Kaedah seperti eksperimen, penyelidikan, dan projek merupakan
aktiviti yang menggunakan kemahiran saintifik. Kemahiran saintifik terdiri daripada
kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.
Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang membolehkan pelajar mempersoalkan sesuatu
dan mencari jawapan secara bersistem. Kemahiran proses ini terdiri daripada kemahiran yang
mudah kepada yang kompleks. Justeru, kemahiran saintifik (kemahiran proses sains dan
kemahiran manipulatif) memainkan peranan yang sangat penting bagi membantu pelajar
mencari penyelesaian terhadap persoalan sains.

3.0 AKTIVITI KEMAHIRAN SAINTIFIK


Terdapat 12 kemahiran proses sains dan 5 kemahiran manipulatif yang perlu dikuasai oleh
seseorang pelajar ketika menjalankan satu-satu penyiasatan. Berikut adalah contoh-contoh
aktiviti yang melibatkan penggunaan kemahiran saintifik.
3.1 AKTIVITI 1

[Type text]

HBSC2203 TOOLS FOR LEARNING SCIENCE

[Type text]

Kod aktiviti : 6/1/1/1.2


Topik Pembelajaran : 1 Interaksi antara hidupan
Objektif Pembelajaran: 1.2 Memahami persaingan adalah satu bentuk interaksi antara
hidupan.
Hasil Pembelajaran : 1.2.5-1.2.6
Kaedah : Eksperimen
Radas/Bahan : Kacang hijau, 2 -pasu , kapas basah.
Langkah:
1. Letakkan beberapa kapas ke dalam dua pasu yang dilabelkan X dan Y yang sama saiz.
2. Letakkan dua biji benih kacang hijau di dalam pasu X dan tiga puluh biji benih kacang
hijau di dalam pasu Y.
3. Biarkan pasu itu selama seminggu.
4. Ukur ketinggian anak benih kacang hijau itu.
5. Rekodkan pemerhatian anda.

Biji
Bijibenih
benihkacang
kacanghijau
hijau

Biji benih kacang hijau

Pasu

Bilangan biji benih

Ketinggian anak
benih (cm)

X
Y

kacang hijau
2
30

Soalan
1. Apakah bentuk persaingan yang wujud ?

[Type text]

HBSC2203 TOOLS FOR LEARNING SCIENCE

[Type text]

(Kemahiran Proses Sains : Memerhati)


2. Nyatakan pemboleh ubah.
i) yang berubah : ..
ii) yang diukur :
iii) sama : .....................
(Kemahiran Proses Sains : Mengawal Pemboleh ubah)
3. Nyatakan hubungan antara bilangan biji benih kacang hijau dan ketinggian
anak benih.
........
....
(Kemahiran Proses Sains : Membuat Hipotesis)
4. Berikan sebab berdasarkan pemerhatian anda di dalam penyiasatan ini.
Anak benih dalam pasu X tumbuh dengan sihat kerana mendapat:
i
ii..
iii.
(Kemahiran Proses Sains : Membuat Inferens)

3.1.1

Analisis Aktiviti
Melalui aktiviti di atas, terdapat 4 kemahiran proses Sains yang diuji.
Pelajar dikehendaki menjalankan aktiviti dengan mengaplikasikan
keempat-empat kemahiran saintifik yang difokuskan.
i.

Untuk

langkah

pertama,

pelajar

dikehendaki

membuat

pemerhatian terhadap bentuk persaingan yang wujud antara biji


benih kacang hijau tersebut. Pelajar seharusnya dapat
menyatakan persaingan yang wujud adalah persaingan intra8

[Type text]

HBSC2203 TOOLS FOR LEARNING SCIENCE

[Type text]

spesies. Hal ini demikian, pelajar seharusnya dapat memerhati


dengan melihat jenis anak benih yang digunakan adalah sama.
Justeru, persaingan yang wujud adalah persaingan antara
spesies yang sama.
ii.

Seterusnya, pelajar seharusnya dapat membezakan bahan atau


radas yang digunakan sehingga mempengaruhi keputusan atau
hasil penyiasatan. Pemboleh ubah yang berubah bermakna
pemboleh ubah yang dikawal. Ia memberi kesan yang besar
terhadap hasil penyiasatan. Pemboleh ubah yang diukur pula
adalah hasil atau keputusan akhir yang diperolehi daripada
penyiasatan tersebut manakala pemboleh ubah yang sama
adalah bahan atau radas yang menyokong penyiasatan. Melalui
aktiviti ini, pelajar dapat mengenal pasti apakah bahan atau
radas yang perlu ditetapkan untuk mendapatkan hasil yang
tepat. Bagi soalan ini, pemboleh ubah yang berubah ialah
bilangan anak benih kacang hijau. Pemboleh ubah yang diukur
pula ialah ketinggian anak benih kacang hijau. Pemboleh ubah
yang sama pula boleh jadi saiz pasu, jumlah tanah atau jumlah
air yang disiram.

iii.

Bagi soalan yang ketiga, pelajar seharusnya dapat membuat


hubungan antara perkara yang berubah dengan perkara yang
diukur. Ini bermakna pelajar perlu mengenal pasti apakah
tindak balas yang berlaku sekiranya radas tersebut diubah.
Contohnya apakah yang akan berlaku terhadap ketinggian anak
benih jika bilangannya diubah daripada sedikit menjadi banyak.
Daripada penyiasatan ini, pelajar seharusnya akan dapat hasil
yang menunjukkan semakin banyak bilangan anak benih
kacang hijau, semakin rendah ketinggian anak benih kacang
hijau.

iv.

Akhir sekali, pelajar diuji untuk membuat inferens. Inferens


bermakna pelajar perlu tahu sebab yang munasabah terhadap
keputusan atau hasil yang diperolehi. Melalui penyiasatannya,
pelajar harus mengenal pasti apakah punca-punca dia mendapat
keputusan sedemikian. Contohnya, jika anak benih yang
9

[Type text]

HBSC2203 TOOLS FOR LEARNING SCIENCE

[Type text]

disemai menjadi sihat, apakah faktor yang membantu anak


benih tersebut menjadi sihat. Dalam penyiasatan di atas, pelajar
seharusnya dapat mengaitkan keputusan dengan tajuk dan radas
yang digunakan. Pelajar seharusnya akan memberi jawapan i)
mendapat ruang yang mencukupi untuk membesar.
ii) mendapat air yang mencukupi untuk membesar.
iii) mendapat baja yang mencukupi untuk membesar.

3.2 AKTIVITI 2
Rujukan

: Buku Amali Sains Tahun 6 muka surat 55 (Amali 13)

Tema 5
Tajuk pelajaran

: Menyiasat Dunia teknologi


: Mesin (Tuas)

Objektif pembelajaran: 1.1 memahami mesin ringkas


Hasil pembelajaran: 1.1.3 Memberi contoh bagi setiap jenis mesin ringkas.

10

[Type text]

HBSC2203 TOOLS FOR LEARNING SCIENCE

[Type text]

Haziq sedang menjalankan penyiasatan.


Diagram 1 menunjukkan Haziq sedang cuba untuk mengangkat beban yang berbeza jisimmya
dengan menyusun satu buku pada satu masa pada akhir landasan yang sama panjang.
Bilangan buku yang diperlukan untuk mengangkat beban direkodkan dalam jadual dan graf.

Landasan 70cm
beban
buku

30cm

Jisim beban (kg)


1
2
3

Bilangan buku

Beban
A
B
C

Bilangan buku
10
15
20

25
20
15
10
5
0
1

Jsim beban (kg)

a) Apakah tujuan penyiasatan di atas?


.
(Kemahiran Proses Sains : Mentafsir maklumat)
b) Nyatakan pemboleh ubah yang dimalarkan, yang dimanipulasikan dan yang bergerak
balas.

(Kemahiran Proses Sains : Mengawal pemboleh ubah)


c) Nyatakan satu hipotesis yang boleh dibuat dalam penyiasatan ini.
11

[Type text]

HBSC2203 TOOLS FOR LEARNING SCIENCE

[Type text]

(Kemahiran Proses Sains : Membuat hipotesis)


d) Nyatakan dua inferens tentang bilangan buku yang diperlukan untuk mengangkat
beban C.
1
2
(Kemahiran Proses Sains : Membuat inferens)

e) Nyatakan satu kesimpulan yang boleh dibuat daripada penyiasatan ini.


..
(Kemahiran Proses Sains : Mentafsir maklumat)
f) Ramalkan bilangan buku yang diperlukan jika jisim beban ialah 4 kg.
..
(Kemahiran Proses Sains : Membuat ramalan)

3.2.1

Analisis Aktiviti
Daripada aktiviti di atas terdapat 6 kemahiran proses sains yang
dikemukakan. Berikut adalah ulasan berkaitan dengan setiap aktiviti.
i.

Soalan pertama berkaitan dengan mentafsir maklumat. Ianya


mengehendaki

pelajar

menyatakan

tujuan

penyiasatan

dijalankan. Ianya perlulah mengaitkan pemboleh ubah yang


dimanipulasikan dengan pemboleh ubah yang bergerak balas.
Dengan hubungan ini, maka pelajar akan dapat mengetahui
dengan jelas apa yang perlu ditentukan bagi mendapatkan hasil
12

[Type text]

HBSC2203 TOOLS FOR LEARNING SCIENCE

[Type text]

yang tepat. Dalam penyiasatan di atas, tujuan yang sepatutnya


pelajar tulis ialah untuk menyiasat hubungan di antara jisim
beban

dengan

bilangan

buku

yang

diperlukan

untuk

mengangkat beban tersebut.


ii.

Soalan seterusnya menguji pelajar berkaitan dengan kemahiran


mengawal pemboleh ubah. Sama seperti ulasan pada aktiviti 1,
kemahiran ini adalah untuk menguji pelajar bagi menentukan
radas dan bahan. Pelajar seharusnya menjawab pemboleh ubah
yang dimanipulasikan ialah jisim beban, pemboleh ubah yang
bergerak balas ialah bilangan buku yang diperlukan untuk
mengangkat beban dan pemboleh ubah yang dimalarkan ialah
panjang landasan atau ketebalan buku atau jenis beban.

iii.

Bagi soalan hipotesis, pelajar perlu mengaitkan hubungan


antara pemboleh ubah yang dimanipulasikan dengan pemboleh
ubah yang bergerak balas. Untuk itu, pelajar seharusnya
menjawab semakin bertambah jisim beban, semakin bertambah
bilangan buku yang diperlukan untuk mengangkat beban.
Maklumat bagi menjawab soalan ini boleh didapati dalam
jadual yang disertakan di atas.

iv.

Jika hipotesis adalah kesimpulan awal, maka bagi soalan 5,


kesimpulan pula ialah hasil yang telah diperakui tepat
berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada keputusan
penyiasatan. Kesimpulan ini akan menjadi satu teori yang akan
digunakan pakai bagi menyatakan konsep sains seterusnya.
Bagi soalan ini, kesimpulannya adalah semakin bertambah
jisim beban, semakin bertambah bilangan buku yang diperlukan
untuk mengangkat beban.

v.

Untuk membuat ramalan, pelajar harus tahu bahawa terdapat


dua jenis ramalan yang boleh dibuat. Ramalan boleh berbentuk
kualitatif ataupun kualitatif. Ramalan berbentuk kuantitatif
mesti disokong dengan keputusan dalam bentuk angka atau
pengiraan. Ramalan berbentuk kualitatif pula adalah satu
pernyataan yang dibuat berdasarkan fakta sains atau konsep
asas sains. Bagis soalan di atas, ramalan adalah berbentuk
13

[Type text]

HBSC2203 TOOLS FOR LEARNING SCIENCE

[Type text]

kualitatif. Pelajar mesti membuat pengiraan bagi mendapatkan


jawapannya. Berdasarkan corak pertambahan jisim dan
bilangan buku di dapati bahawa setiap kenaikan 1 kg jisim
beban, maka bilangan buku yang diperlukan bertambah
sebanyak 5 buah. Oleh itu, jika 4 kg jisim beban diletakkan
maka bilangan buku yang diperlukan adalah sebanyak 25 buah.
Berdasarkan dua aktiviti di atas, jelaslah bahawa kemahiran proses sains amat diperlukan
bagi seseorang pelajar memahami konsep sains dan fakta yang terdapat dalam sains. Selain
mendapatkan

hasil,

pelajar

terlebih

dahulu

perlu

membuat

penyiasatan

dengan

mengemukakan soalan-soalan yang berteraskan kemahiran proses sains bagi mendapatkan


keputusan yang tepat. Tanpa menjawab soalan-soalan kemahiran proses sains tersebut, maka
keputusan yang diperolehi akan diragui dan kurang keesahannya. Oleh itu, dengan adanya
kemahiran proses sains yang diterapkan dalam penyiasatan tersebut maka semua soalan akan
memberi nilai terhadap keputusan yang dikemukakan.

4.0 PENAMBAH BAIKAN AKTIVITI


4.1 Pengurusan masa
Lazimnya untuk menjalankan aktiviti dengan baik, masa yang mencukupi amat
diperlukan. Kesuntukan masa menyebabkan aktiviti dijalankan dengan tergesagesa sehingga menjejaskan ukuran atau tatacara penyediaan aktiviti dan laporan.
Kesannya, hasil yang dilaporkan adalah kurang tepat.
4.2 Penyediaan bahan/radas.
Radas yang disediakan seharusnya lengkap dan bersesuaian dengan aktiviti yang
telah dirancang. Kesesuaian diambil kira dari segi saiz, warna dan kebersihannya
14

[Type text]

HBSC2203 TOOLS FOR LEARNING SCIENCE

[Type text]

serta kuantiti yang diperlukan. Persediaan ini akan membantu bagi mendapatkan
hasil yang tepat.
4.3Tempat aktiviti dijalankan.
Tempat yang sesuai dan mempunyai kemudahan yang diperlukan adalah satu cara
bagi meningkatkan keberkesanan aktiviti yang dirancang. Oleh itu, penentuan
tempat perlu sesuai dengan perancangan yang dibuat.
4.3 Perancangan awal
Bagi menjimatkan masa serta mengelakkan keputusan bahan/radas, perancangan
perlu dibuat sehari atau 2 hari lebih awal. Segala keperluan dan soalan-soalan
hendaklah disediakan lebih awal. Dengan penyediaan tersebut, maka ianya
melancarkan perjalanan aktiviti yang telah dirancang.
5.0 KESIMPULAN
Kemahiran proses sains merupakan elemen yang sangat penting dalam menjayakan
proses pembelajaran sains. Secara ringkasnya, kejayaan kita mengintegrasikan kemahiran
proses sains dengan pengajaran bilik darjah dan bidang penyiasatan

akan membuat

pembelajaran menjadi lebih pengalaman dan lebih bermakna bagi pelajar. Pelajar akan
mempelajari kemahiran sains serta kandungan sains dengan lebih seronok. Pelajar akan
terlibat secara aktif dengan subjek sains. Mereka belajar dan seterusnya mencapai
pemahaman yang lebih mendalam tentang kandungan subjek sains. Akhirnya penglibatan
aktif dengan sains mungkin akan membawa pelajar untuk menjadi lebih berminat dan
mempunyai sikap yang lebih positif terhadap sains.

BIBLIOGRAFI
1.

Baxter, Nicola, 2000. Science Experiments. United Kingdom: Armadillo Books.

2.

Baxter, L. M., & Kurtz, M. J. When a Hypothesis is NOT an Educated Guess. (2001).
Science & Children, 38(7), 18-20.

3. Learning and Assessing Science Process Skills. Rezba, R. J., Sprague, C. S., Fiel, R.L.,
Funk, H. J., Okey, J. R., & Jaus, H. H. (3rd Ed.). (1995). Dubuque, IA: Kendall/Hunt
Publishing Company.
4. Modul Kemahiran Proses Sains Dunia Sains dan Teknologi, 2012, Kuala Lumpur:
15

[Type text]

HBSC2203 TOOLS FOR LEARNING SCIENCE

[Type text]

Kementerian Pelajaran Malaysia.4.


5. The Big Book Of Science Experiments. Kuala Lumpur. Early Learner Publications sdn
Bhd

16

Você também pode gostar