Você está na página 1de 2

Asal usul terapi

Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang bermaksud satu perkhidmatan, satu
kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata kerja) "therapeuo" yang bermaksud "i wait
upon"
Oleh itu terapi adalah satu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit.
Apa itu terapi??
Secara amnya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan
sebagainya.
Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan sebagai rawatan pemulihan ke atas
pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit dengan tujuan mengembalikan kefungsian
badan secara normal.
Dalam konteks pendidikan pula, terapi dapat didefinisikan sebagai kaedah untuk membantu
seseorang individu untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran-kemahiran yang
tertentu.
Konsep terapi dalam Pendidikan Khas
Konsep terapi dalam pendidikan khas adalah didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu
berkeperluan khas. Murid-murid berkeperluan khas mempunyai sama ada ketidakupayaan,
kecacatan halangan atau rintangan untuk mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial
atau psikomotor. Sehubungan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah
pembelajaran mencapai perkembangan yang tersebut di atas.
Terapi dalam pendidikan khas adalah salah satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu
kemahiran dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi.
Keperluan terapi dalam pendidikan khas
Kanak-kanak khas memerlukan terapi adalah untuk :
Merangsang kanak-kanak untuk bergerak-balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran
Sebagai persediaan untuk belajar dari segi mentel, fizikal, emosi dan sosialisasi
Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor kanak-kanak
bermasalah pembelajaran
Sebagai motivasi kepada kanak-kanak
Membina konsep kendiri
Merangsang pengaliran darah dan oksigen



Kepentingan terapi
Meningkatkan kemahiran pengamatan
Membantu untuk meningkatkan kemahiran bersosial murid
Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri
Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi
Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi
Merangsang pemikiran dan kreativiti murid
Membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan
Membantu untuk meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan

Você também pode gostar