Você está na página 1de 5

Patut atau tidak pelajar sekolah dirotan?

"BAGI saya boleh 'anytime' cikgu boleh merotan atas kesalahan yang difikirkan perlu, syarat merotan di
bawah paras lutut dan kemudian harus dirotan di hadapan murid lain." Demikian pandangan seorang
pembaca dalam ruangan 'facebook.com/utusan_online' yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia baru-
baru ini.

Kini cadangan guru dibenarkan merotan pelajar yang melanggar disiplin sekolah telah banyak
dibincangkan dalam akhbar dan media sosial. Walaupun ada pendapat yang menentang namun ada juga
yang menyokong kerana merasakan guru mempunyai peranan besar membantu menangani salah laku
pelajar.

Menurut mereka jika masalah disiplin tidak ditangani dengan betul ketika pelajar berada di bangku sekolah
dikhuatiri boleh menimbulkan masalah lebih besar apabila mereka meninggalkan sekolah nanti.

Sesungguhnya amat merisaukan apabila melihat angka statistik dan pemaparan melalui media massa gejala
sosial di kalangan remaja. Misalnya isu 'mat rempit,' apa yang mereka lakukan bukan sahaja
membahayakan diri sendiri tetapi turut menjejaskan keselamatan orang lain. Lebih membimbangkan
mereka sudah berani mencabar pihak berkuasa dan merempit di tempat yang terbuka. Ada ketikanya orang
awam turut dikasari hanya kerana cuba menasihati perbuatan yang tidak berfaedah itu.

Ini belum lagi dikira jumlah penagih dadah yang kian bertambah. Kesan daripada penagihan dadah boleh
menimbulkan gejala sosial lain seperti berlaku kes jenayah, penyakit HIV dan kemerosotan nilai diri
sebagai seorang insan.

Penagihan bukan sahaja menjadikan diri mereka tidak terurus tetapi sanggup pula mencederakan orang lain
malah ibu bapa sendiri sekiranya apa yang dikehendaki tidak ditunaikan terutama keinginan mendapatkan
wang.

Jenayah lain seperti pecah rumah, curi motosikal, meragut, bergaduh dan gengsterisme kerap dilaporkan
dalam akhbar. Perbuatan ini bukan sahaja berlaku di bandar besar tetapi turut berlaku di kampung dan
kawasan pedalaman. Tidak dinafikan gejala itu mungkin mula bertunas ketika mereka berada di bangku
sekolah.

Sering kita mendengar isu ponteng, membuli, mencuri, vandalisme dan bergaduh berlaku di kalangan
pelajar. Sekiranya tidak dicegah daripada awal ia boleh memudaratkan apabila mereka terus melakukannya
selepas meninggalkan bangku sekolah nanti.

Bagi mencegah dan mendidik pelajar yang melanggar disiplin ada yang mencadangkan dikembalikan
semula hukuman rotan atau corporal punishment. Tambah mereka semua guru seharusnya dibenarkan
merotan pelajar. Bagi mereka hukuman itu tidak akan menimbulkan tentangan jika dilakukan dengan betul.
Buat masa ini hanya pengetua atau guru yang diberikan kuasa boleh merotan pelajar dengan syarat
dilakukan di tempat tertutup, direkodkan dan ibu bapa dimaklumkan akan hukuman itu.

Namun demikian ada yang mempertikaikan pendapat tersebut mempersoalkan mengapa peraturan lapuk itu
ingin dihidupkan semula. Menurut mereka keadaan dan zaman telah banyak berubah. Hukuman rotan boleh
menimbulkan banyak mudarat dibandingkan dengan kebaikan.

Dari sudut psikologi emosi pelajar yang dirotan boleh terganggu, malu kepada rakan dan merasa rendah
diri terutama apabila bersua dengan guru yang merotan mereka. Lebih bahaya boleh menimbulkan perasaan
dendam terhadap guru dan sekolah.

Kerap kita mendengar kereta guru dirosakkan, perbuatan vandalisme dan perasaan benci kepada sekolah.
Walaupun tujuannya murni iaitu untuk mendisiplinkan pelajar tetapi boleh memberi kesan sebaliknya.
Lebih parah mungkin boleh berlaku kejadian mencederakan guru dan merosakkan harta benda sekolah.

Sesungguhnya untuk menangani salah laku pelajar Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan garis
panduan melalui Peraturan- Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, iaitu Perkara 8.3.1. (b) di mana
guru boleh merotan pelajar lelaki sahaja dihadkan di tapak tangan atau di punggung dengan arahan Guru
Besar tanpa mendatangkan kecederaan.

Hukuman rotan semata-mata bertujuan mendidik dan dilakukan di tempat tertutup. Dijelaskan juga
kebenaran merotan ini bermakna hukuman deraan lain seperti menampar, mencubit, menumbuk, mengetuk
atau tindakan lain yang seumpamanya adalah dilarang sama sekali.

Berbeza di negara maju di mana terdapat peraturan yang dinamakan student rights atau 'hak asasi pelajar' di
mana mereka diberi perlindungan ketika berada di sekolah termasuk tidak boleh dikenakan sebarang deraan
fizikal.

Ini bermakna pelajar tidak boleh dirotan dan menjadi suatu kesalahan sekiranya dilakukan oleh guru atau
pentadbir sekolah. Mereka ada kaedah tertentu bagi menangani pelajar yang bermasalah seperti melalui sesi
kaunseling atau merujuk terus kepada ibu bapa pelajar tersebut.

Sesungguhnya dalam sistem pendidikan kita kaedah merujuk pelajar kepada kaunselor telah lama
dipraktikkan. Setiap sekolah mempunyai kaunselor yang terlatih. Melalui Surat Pekeliling Iktisas Bil.
1/1985 Penubuhan Jawatan Kuasa Bimbingan Pelajar Sekolah bertujuan memberi peluang kepada pelajar
yang bermasalah termasuk melanggar disiplin mendapat perkhidmatan kaunseling. Melalui perbincangan
dan bimbingan secara profesional dijangkakan pelajar itu akan sedar kesalahan yang dilakukan dan tidak
mengulangi lagi perbuatan tersebut.

Hakikatnya guru perlu berhati-hati ketika merotan pelajar kerana jika mendatangkan kecederaan serius
mereka boleh didakwa di mahkamah sekiranya ibu bapa membuat aduan polis.

Mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan
hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Walaupun niat merotan itu murni iaitu untuk mendidik pelajar tetapi boleh mendatangkan mudarat dan
menjadi mimpi ngeri kepada guru jika dilakukan secara berlebihan.

Justeru semua guru adalah guru disiplin. Ini bermakna semua guru bertanggungjawab dan berperanan
membimbing, menasihati dan menunjuk ajar pelajar. Ibu bapa dan komuniti pula perlu terlibat dalam
menangani permasalahan tersebut.

Keprihatinan semua pihak terhadap salah laku pelajar hari ini akan berupaya mengurangkan jumlah gejala
sosial di kalangan remaja di masa akan datang.

















Wajarkah hukuman rotan ke atas pelajar?
RELEVENKAH HUKUMAN ROTAN BAGI MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR PADA
MASA KINI ?
Oleh : Maria Binti Tationo

Malaysia kini sedang mengecapi arus pemodenan. Pembangunan yang dikecapi bukan hanya dalam sektor
ekonomi, malah sektor pendidikan juga sering mengalami perubahan penamabahbaikan selaras dengan arus
pembangunan negara. Sistem pendidikan sering berubah dan berlaku penambahbaikan bertujuan mencapai
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang bukan hanya dari segi
intelek tetapi jasmani, emosi, rohani dan sosial. Ini bermakna, sektor pendidikan di Malaysia memainkan
peranan penting dalam melahirkan modal insan yang berkualiti. Jika kita lihat ketika ini, sektor pendidikan
mampu meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar. Namun begitu, tanpa kita sedar nilai moral di
kalangan generasi muda ketika ini semakin rendah. Tahap disiplin pelajar pada masa kini semakin
membimbangkan. Banyak kes-kes berkaitan disiplin pelajar seringkali diperkatakan di dada akhbar.
Adakah disebabkan kurang penguasaan disiplin pelajar? Apakah tindakan yang diambil oleh pihak sekolah
bagi mengatasi masalah ini? Justeru itu, penulisan ini akan menjelaskan tentang perkara yang sering
menjadi isu di kalangan ibu bapa dan masyarakat iaitu isu rotan. Persoalannya, mampukah hukuman rotan
memperbaiki disiplin pelajar di sekolah? Apakah inisiatif lain yang wajar dilaksanakan bagi mengatasi
masalah ini. Isu ini masih lagi diperkatakan di kalangan masyarakat. Terdapat segelintir ibu bapa dan
masyarakat mempertikaikan tindakan ini. Mengapa pertikain ini berlaku? Segalanya akan dibicarakan di
ruangan ini.

Generasi kini berbeza dengan generasi kita sebelum ini. Perbezaannya sudah jelas kita lihat di mana
semakin banyak berlaku keruntuhan moral di kalangan pelajar sekolah. Misalnya, kes pelajar samseng, kes
pukul guru, budaya lepak, hubungan seks bebas, pergaulan bebas, terlibat dengan sendiket pengedaran
dadah dan penyalahgunaan dadah. Kes-kes seperti ini semakin banyak dilaporkan. Apakah tindakan yang
dilakukan oleh pihak sekolah untuk mengatasi masalah ini. Semua pihak harus memandang serius masalah
ini kerana ianya semakin menular di kalangan pelajar sekolah. Pihak sekolah harus lebih tegas dalam
menangani isu ini. Tindakan merotan pelajar sering dipertikaikan oleh segelintir ibu bapa dan masyarakat.
Berbeza dengan masyarakat pada zaman dahulu. Masyarakat dahulu lebih bersifat terbuka yang mana
mereka boleh menerima hukuman rotan sebagai tindakan untuk mendidik anak mereka. Kesannya, generasi
pada masa itu lebih memiliki nilai moral yang tinggi berbanding generasi pada masa kini. Penerimaan ibu
bapa kini terhadap tindakan rotan berbeza, ada segelintir mereka menyifatkan hukuman rotan sebagai suatu
tindakan kejam ke atas pelajar sekolah. Adakah hukuman rotan mampu mendidik generasi muda pada masa
kini? Generasi pada masa kini banyak terdedah dengan perkembangan teknologi. Mentaliti mereka telah
dikuasai oleh budaya yang dibawa oleh arus perkembangan teknologi yang tidak mampu dikawal lagi.
Keperluan pembangunan teknologi ini penting sebagai jentera penggerak pembangunan negara. Namun
begitu, akibat tiada kawalan yang menyeluruh, kesannya adalah kepada generasi muda pada masa kini yang
lebih bersifat berdaya saing dalam arus pemodenan teknologi.

Oleh yang demikian, peranan guru pada masa kini kian mencabar dalam memenuhi harapan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan modal insan yang berkualiti dalam semua aspek. Guru
bukan hanya bertanggungjawab mendidik anak-anak bangsa, tetapi yang lebih penting adalah mendidik
modal insan yang berkualiti dari semua aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Pelbagai
usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi meningkatkan kualiti kecemerlangan pelajar. Akan tetapi,
masalah disiplin juga semakin berada pada tahap yang membimbangkan semua pihak.

Penulisan ini akan memfokuskan tentang isu tindakan rotan yang sering menjadi buah bicara masyarakat
kita pada masa kini. Sebelum mengupas lebih lanjut tentang isu ini, terlebih dahulu kita perlu tahu apa itu
hukuman berat? Menurut Mohd Rashid Mohd Saad (2006), ia dapat didefinisikan sebagai sesuatu
hukuman yang menyebabkan kesan ke atas tubuh badan seseorang. Sebagai contoh, di rumah apabila ibu
ataupun ayah menangani anak ataupun dengan menggunakan rotan ke atas tubuh badan mereka dan di
dalam institusi penjara pula, seorang penjenayah yang melakukan jenayah berat seperti membunuh dan
sebagainya. Walaupun kedua-dua contoh di atas menimbulkan kesan tragis ke atas orang yang dihukum,
namun ia dibolehkan. Ini kerana, jika sesuatu hukuman itu didasari oleh keadilan, maka ia tidak menjadi isu
yang hendak diperdebatkan.

Namun, bagaimana pula jika merotan dijalankan mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia di institusi sekolah ? Ramai yang tidak setuju dengan tindakan ini. Oleh
itu, bagaimana kita boleh membentuk modal insan yang memiliki nilai moral yang tinggi selain daripada
hukuman ini. Tujuan merotan yang menimbulkan kesan yang tidak memcacatkan anggota tubuh pelajar
difokuskan dalam penulisan ini. Daripada segi logiknya, perbuatan merotan yang tidak menimbulkan kesan
kecacatan fizikal selalu menjadi isu di kebanyakkan sekolah di Malaysia mahupun di seluruh dunia.
Mengapa isu ini menjadi satu perbalahan besar antara pihak yang menyokong dan pihak yang menentang?

Merotan ; jika dibenarkan oleh KPM dilakukan secara adil ke atas seseorang murid yang melanggar
peraturan yang ditetapkan oleh sekolah, dikenakan hukuman sedemikian atas dasar setelah nasihat, amaran
dan denda yang dikenakan masih tidak mengubah tingkah laku negatif murid tersebut. Selain itu, merotan
dilakukan oleh orang yang dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah, tidak menimbulkan kecacatan
fizikal, dengan penuh rasa menjaga kepentingan menjaga keseimbangan sistem sekolah demi keselamatan
murid lain dan juga dilakukan oleh guru bukan mengikut emosi atau perasaan membalas dendam adalah
dibolehkan.

Adakah dengan menghapuskan hukuman merotan di sekolah-sekolah di negara-negara maju ada
menunjukkan penurunan kes-kes disiplin di sekolah? Kajian-kajian yang dijalankan di negara maju
walaupun dapat membuktikan yang penderaan kanak-kanak adalah berleluasa tetapi mereka tidak dapat
membuktikan yang merotan dengan teknik yang betul dan tidak mencacatkan anggota badan pelajar dapat
memberi tekanan mental dan fizikal ke atas pelajar-pelajar sekolah. Di samping itu, tidak ada satu pun
kajian yang menunjukkan, merotan dengan teknik yang betul dan dengan tujuan mendisiplinkan pelajar
adalah tidak berkesan. Kebanyakkan kajian yang dijalankan oleh ahli psikologi tidak menggunakan kaedah
penyelidikan yang betul. Ini menyebabkan kita dapat menolak dapatan kajian yang dilihat sebagai berat
sebelah dengan tujuan membuktikan pendapat mereka dan bukan dapatan kajian mereka. Banyak kajian
yang dilakukan cenderung hendak membuktikan kes penderaan kanak-kanak yang dilakukan oleh ibu bapa
yang tidak bertangungjawab dan bukannya penggunaan rotan oleh guru selepas nasihat, amaran dan denda
yang digunakan tidak mengubah tingkah laku pelajar.

Terdapat beberapa pemikir barat memberi pandangan tentang hukuman rotan ini. Antaranya, Friedman dan
Schonberg (1994), mentakifkan perbuatan memukul sebagai tujuan mendisiplinkan anak-anak bagi
membentuk sahsiah diri yang sempurna. Ini termasuklah kesempurnaan moral dan etika. Memukul anak
mereka dengan tujuan hendak mengubah perangai mereka menjadi baik berlainan daripada penderaan
kanak-kanak bagi tujuan mendisiplinkan mereka.

Manakala, Larzelere (2001) mengatakan dalam keadaan tertentu, menggunakan hukuman berat seperti
merotan membuatkan anak itu lebih berdisiplin berbanding anak-anak yang tidak dikenakan hukuman dan
hanya menggunakan nasihat, amaran ataupun denda. Jika hukuman berat ini kerap dan tidak memalukan
pelajar, ia adalah hukuman paling baik bagi mendisiplinkan anak-anak.

Oleh yang demikian, dapat disimpulkan di sini bahawa, merotan sebenarnya tidak terlalu teruk dan tidak
mencederakan anggota pelajar walaupun kanak-kanak akan berasa pedih dan sakit. Ia Cuma bertujuan bagi
menyatakan hukuman yang diberikan adalah kerana kesalahan yang sudah beberapa kali dinasihati dan
diberi amaran. Hukuman ini perlu dijalankan selepas merancang dengan teliti teknik-teknik terbaik supaya
tidak mencederakan pelajar dan bukan kerana marah atau dendam. Biasanya guru perlu merasionalkan
kenapa pelajar dirotan dan menyatakan kebaikan supaya pelajar terus menjaga disiplin. Walau
bagaimanapun, hukuman tersebut hendaklah dijalankan di tempat tersembunyi seperti di dalam bilik
pengetua dan elakkan di tempat terbuka. Guru juga harus ada belas kasihan pada pelajar dan tidak
mencederakan pelajar dengan kesan luka. Jika hukuman rotan masih tidak berkesan, pelajar tersebut
dinasihatkan dihantar ke pakar-pakar psikiatri atau kaunseling untuk memperbaiki tingkahlakunya.

Berdasarkan pendapat tersebut, jelaslah di sini bahawa hukuman rotan ke atas pelajar yang melakukan
kesalahan disiplin dengan cara yang betul adalah satu tindakan yang wajar. Semua pihak harus membuka
minda terhadap hukuman ini dan menerimanya sebagai membentuk diri pelajar ke arah yang baik dengan
berkesan. Ini kerana, pelajar sekarang semakin berani mencuba sesuatu yang boleh merosakan diri mereka
seolah-olah pihak sekolah tiada hukuman yang tegas dalam pengawalan disiplin pelajar. Diharap, melalui
tindakan ini akan dapat membantu membentuk jiwa dan diri pelajar dengan berkesan. Walau bagaimanapun
semua pendidik tidak harus mengambil kesempatan ini dengan memberi hukuman rotan sesuka hati tanpa
alasan yang sewajarnya. Misalnya, guru harus mematuhi etika memberi hukuman rotan kepada murid.
Guru perlu diberi pelbagai kursus berkaitan hal ini bagi membolehkan guru mengawal emosi dan memberi
hukuman tersebut dengan cara yang betul supaya hukuman yang dikenakan tidak menyebabkan kecacatan
kepada pelajar.
Turut dikongsikan di sini, bentuk-bentuk hukuman yang di larang berdasarkan maklumat Unit Disiplin
KPM iaitu :

Hukuman terhadap fizikal
Berdiri lama di tengah panas
Lari keliling padang
Berdiri lama dalam/luar bilik darjah
Memukul diri sendiri/sesama sendiri
Berdiri di atas kerusi / meja
Menarik rambut / tarik telinga
Belasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris.
Junjung kerusi atau buku
Cubit
Enjut/ketuk ketampi
Ketuk/ sekel kepala

Hukuman terhadap mental dan emosi

Gunting rambut
Berdiri membuat latihan
Berleter
Gantung tulisan dibadan
Memalukan di khalayak ramai
Kelas tahanan pada waktu rehat
Memaki hamun
Conteng muka dengan kapur
Koyak buku latihan
Mengugut atau menggertak murid
Tidak menanda buku latihan
Tidak menghiraukan murid

Você também pode gostar