Você está na página 1de 14

BAB 1 : KONSEP NEGARA DAN PEMBENTUKAN BENTUK NEGARA

1.1 KONSEP NEGARA



1. Negara dapat ditakrifkan sebagai suatu masyarakat yang mendiami sesebuah
kawasan atau wilayah secara tetap.

2. Unsur-unsur sesebuah negara:
(i) Sempadan wilayah yang tetap dan jelas.
(ii) Penduduk yang tetap
(iii) Sistem pemerintahan atau kerajaan yang teratur.


3. Ciri-ciri Negara berdaulat:
(i) Merdeka
(tidak dijajah oleh kuasa lain)

(ii) Berkuasa sendiri
(berupaya untuk mengawal hal ehwal dalam negara tanpa dipengaruhi oleh
kuasa asing)

(iii) Berwibawa
(diiktiraf oleh negara-negara lain dan mengadakan hubungan diplomatic
dengan negara-negara lain)

(iv) Berindentiti
(mempunyai ideology sendiri yang mencorakkan politik dan social negara)

(v) Mempunyai perlembagaan
- yang menentukan organisasi kerajaan, pengasingan kuasa antara pelbagai
badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum untuk menggariskan
pelaksanaan kuasa.











1.2 SISTEM KERAJAAN
- Kerajaan Persekutuan
- Kerajaan Kesatuan
- Kerajaan Konfederasi


A) Kerajaan Persekutuan

1. Kerajaan Persekutuan
- Gabungan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.

2. Kerajaan Pusat tidak mempunyai kuasa mutlak.

3. Setiap peringkat kerajaan mempunyai kuasa autonomi sendiri dalam bidang
perundangan tertentu.

4. Setiap peringkat juga mempunyai kedudukan yang seimbang.

5.


6. Tiada pihak yang mempunyai kuasa menindas terhadap pihak yang lain.

7. Contoh negara-negara :
(i) Amerika Syarikat
(ii) Brazil
(iii) Australia
(iv) India
(v) Malaysia









Kerajaan Pusat Kerajaan Negeri
mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap
hal ehwal luar negara dan hal umum.

Mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap
hal dalam negeri seperti tanah, hutan
dan pentadbiran negeri.
B) Kerajaan Kesatuan

1. Kerajaan Kesatuan
- Gabungan beberapa buah negeri dengan Kerajaan Pusat mempunyai
segala kuasa pemerintahan.

2. Kerajaan Pusat berkuasa untuk membatalkan undang-undang yang diluluskan oleh
Kerajaan Negeri.

3. Contoh negara-negara :
(i) Britain
(ii) New Zealand
(iii) Perancis
(iv) Denmark
(v) Indonesia



C) Kerajaan Konfederasi

1. Kerajaan Konfederasi
- Sistem kerajaan yang memberikan kebanyakan kuasa pemerintahan
kepada Kerajaan Negeri.

2. Kerajaan Pusat
- mempunyai kuasa pemerintahan yang terhad.
- Kurang berfungsi dan tersekat pentadbirannya.

3. Kerajaan Konfederasi diwujudkan melalui perjanjian yang longgar, contohnya
Konfederasi Jerman Utara (1867 1871)

4. Kini, Kerajaan Konfederasi tidak wujud lagi.




5.


1.3 BENTUK NEGARA

Monarki

1. Monarki
- Negara yang pemerintahannya dikuasai oleh raja dan sultan

2. Raja dan sultan menjadi pentadbir utama dan monopoli kuasa eksekutif.

3. Pentadbiran negara dijalankan oleh kuam kerabat raja atau sultan.

4. Warisan takhta kerajaan berdasarkan keturunan.

5. Contoh Negara-negara:
(i) Arab Saudi
(ii) Kuwait
(iii) Brunei Darussalam

Republik

1. Negara republik
- Tidak mempunyai raja sebagai ketua negara.
- Dalam kebanyakan republik moden, ketua negara ialah Presiden yang
merupakan rakyat biasa.
- Mengamalkan prinsip demokrasi dengan Presiden dilantik atau dipilih
dalam pilihan raya.


Kerajaan Persekutuan Kesatuan Konfederasi
Kerajaan Pusat Tiada kuasa mutlak Tiada kuasa mutlak Mempunyai kuasa
mutlak
permerintahan
yang terhad
Kerajaan Negeri Mempunyai kuasa
autonomi dalam
bidang
perundangan
tertentu
Undang-undang
yang diluluskan oleh
Kerajaan Negeri
boleh dobatalkan
oleh Kerajaan Pusat
Mempunyai
kebanyakan kuasa
pemerintahan
2. Contoh negara-negara:
(i) Amerika Syarikat
(ii) Filipina
(iii) Sri Lanka
(iv) Perancis
(v) Portugal
(vi) Taiwan
(vii) Pakistan
(viii) India
(ix) Singapura

3. Boleh mengamalkan sistem presiden atau sistem separa presiden.

4.











5. Di kebanyakan republik, perlembagaannya mengehadkan tempoh jawatan Presiden,
biasanya antara 4 6 tahun satu penggal.

6. Di sesetengah republik yang mengamalkan sistem separa Presiden seperti Singapura
dan India, jawatan Presiden hanya simbolik.

7. Presiden tidak campur tangan dalam pentadbiran negara.


Sistem Presiden Sistem Separa Presiden
Ketua negara ialah Presiden
-menjadi ketua kerajaan
Ketua negara ialah Presiden
-tetapi bukan orang yang menjadi ketua
kerajaan.
Presiden bertanggungjawab untuk
mentadbirkan negara.
Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri
Presiden dipilih secara terus oleh
rakyat melalui pilihan raya
Kedua-dua Presiden dan Perdana Menteri
mengambil bahagian dalam pentadbiran
negara;
Hanya bidang kuasa mereka diasingkan.
Contoh Negara-negara:
(i) Amerika Syarikat
(ii) Filipina
(iii) Indonesia
(iv) Mexico
(v) Korea Selatan
Contoh Negara-negara:
(i) Perancis
(ii) Sri Lanka
(iii) Portugal
(iv) Taiwan
(v) Rusia
(vi) Peru
Demokrasi

1. Negara Demokrasi
- Mempunyai kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum.

2. Wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat itu pula merupakan anggota parti-paru politik
yang berlainan.

3. Parti politik yang mendapat sokongan majoriti rakyat iaitu mempunyai wakil yang
paling banyak dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum akan berkuasa untuk
membentuk kerajaan.

4. Sistem Demokrasi berteraskan konsep kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.

5. Ciri-ciri Demokrasi:
- Hak asasi rakyat terjamin
- Rakyat bebas untuk bersuara / mengeluarkan idea
- Pilihan raya bebas diadakan untuk memilih kerajaan
- Rakyat yang memenuhi syarat umur tertentu berhak untuk mengundi dan
bertanding dalam pilihan raya umum.
- Pengundian dalam pilihan raya dibuat secara sulit
- Kemenangan dalam pilihan raya berdasarkan jumlah undi terbanyak yang
diperoleh.

6. Negara yang mengamalkan demokrasi juga mengamalkan doktrin pengasingan kuasa.

7. Negara-negara demokratik juga mengamalkan 2 bentuk pemerintahan iaitu:-
- Sistem raja berperlembagaan
- Sistem republik

8.
Sistem Raja Berperlembagaan Sistem Republik
Mempunyai raja Tidak mempunyai raja
Raja ialah ketua negara Presiden ialah ketua negara
Raja mempunyai kuasa simbolik sahaja Kuasa Presiden bergantung pada sistem
republik yang diamalkan
Contoh negara-negara:
(i) Malaysia
(ii) Britain
(iii) Negara Thai
(iv) Jepun
Contoh negara-negara:
(i) Singapura
(ii) India
(iii) Filipina
(iv) Amerika Syarikat
Autokrasi

1. Negara Autokrasi
- Negara yang diperintah oleh seorang individu yang mempunyai kuasa
mutlak.

2. Pemerintah tersebut biasanya menggunakan kekerasan, paksaan dan ugutan untuk
mengekalkan kuasanya.


1.4 PEMBENTUKAN NEGARA MALAYSIA

Kemerdekaan Tanah Melayu

1. Langkah untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu diusahakan oleh Parti
Perikatan di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman, Ketua Menteri Tanah Melayu.

2. Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman telah menguasai Rombongan Merdeka ke
London untuk merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu dengan kerajaan British.

3. Rombongan Merdeka
Wakil Parti Perikatan Wakil Raja Melayu
Tunku Abdul Rahman
Tun Dr.Ismail
Tun H.S. Lee
Tun Abdul Razak
Dato Panglima Bukit Gantang
Abdul Aziz Othman
Dato Mohd Seth
Dato Nik Ahmed Kamil

4. Hasil dari rundingan itu, Perjanjian London telah ditandatangani antara kedua-dua
pihak dan antara perkara penting dalam perjanjian itu ialah:
(a) Tarikh kemerdekaan Tanah Melayu ditetapkan pada 31 Ogos 1957.
(b) Pelantikan suruhanjaya bebas untuk menggubal Perlembagaan Merdeka
(c) Konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan
(d) Pembahagian kuasa antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri

5. Suruhanjaya Reid yang dibentuk untuk menyusun Perlembagaan Tanah Melayu,
mengesyorkan cadangan yang berikut:
(i) Sebuah negara persekutuan dibentuk dengan pembahagian kuasa antara
Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri.
(ii) Kerakyatan secara jus soli kepada orang yang dilahirkan di Tanah Melayu.
(iii) Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan tanpa menjejaskan hak kaum
yang lain
(iv) Institusi raja Melayu dan konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan.
(v) Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan , Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
boleh dikembangkan dan digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah
masing-masing.
(vi) Agama Islam dijadikan agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu tetapi agama
lain boleh terus diamalkan.

6. Cadangan Suruhanjaya Reid diterima oleh Parlimen British dan pada 15 Ogos 1957,
upacara penandatangani Perjanjian Merdeka 1957 diadakan antara raja-raja Melayu
dengan pihak British.

7. Perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu telah dibuat secara rasmi pada 31 Ogos
1957 di Stadium Merdeka.

8. Peristiwa Bersejarah Malam 30 Ogos 1957 :
- Di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur.
- Tepat 12.00 tgh malam
- Bendera British, Union Jack diturunkan
- Bendera Tanah Melayu dinaikkan

9. Dalam upacara bersejarah itu, wakil Ratu Elizabeth II telah menyerahkan watikah
pemasyhuran kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman untuk menandakan
berakhirnya naungan British terhadap Tanah Melayu.

10. Pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu telah dibaca oleh Tunku Abdul Rahman.

11. Selepas pengisytiharan dibaca, Tunku Abdul Rahman melaungkan seruan MERDEKA
sebanyak 7 kali dan disambut oleh ribuan orang.

12. Laungan itu bergema dalam ruang stadium untuk menandakan semangat rakyat yang
berkobar-kobar kegembiraan kerana Tanah Melayu telah menjadi negara.

Cadangan Pembentukan Malaysia

1. Gagasan Malaysia ialah cadangan untuk menggabungkan Tanah Melayu, Singapura,
Sabah, Sarawak dan Brunei dalam 1 unit politik.

2. Cadangan pembentukan Malaysia dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana
Menteri Tanah Melayu, pada 27 Mei 1961 semasa menghadiri Persidangan Persatuan
Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Singapura.

3. Antara faktor untuk pembentukan Malaysia :
(a) Mempercepat proses kemerdekaaan untuk Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei
yang masih dijajah oleh pihak British.
(b) Mengimbangi penduduk Melayu dan bumiputera dengan bukan bumiputera
(c) Membawa kemajuan dan kerjasama ekonomi yang lebih pesat kepada negara
anggota
(d) Menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara, terutamanya di Singapura dan
Sarawak yang boleh menggugat kestabilan politik serantau.

4. Secara keseluruhannya, Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei
menerima prinsip Malaysia.

5. Reaksi Negara lain terhadap Pembentukan Malaysia:
Britain dan Amerika Syarikat menyokongnya.
Filipina menentangnya kerana mendakwa Sabah sebahagian daripada wilayahnya
Indonesia menentangnya kerana menuduh gagasan itu sebagai neokolonialisme.

Langkah-langkah ke Arah Pembentukan Malaysia

1. Setelah mengemukakan cadangan pembentukan Malaysia, Tunku Abdul Rahman
mengadakan lawatan ke Sabah, Sarawak dan Brunei untuk menerangkan konsep dan
matlamat pembentukan Persekutuan Malaysia.

2. Rundingan juga diadakan antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu
dengan pegawai-pegawai British dari Sabah, Sarawak dan Singapura.

3. Hasil dari rundingan tersebut, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum
ditubuhkan pada bulan Julai 1961 untuk menerangkan pembentukan Malaysia kepada
penduduk, mengumpulkan pandangan penduduk dan menggalakkan kegiatan kea
rah pembentukan Malaysia.

4. Suruhanjaya Cobbold juga ditubuhkan pada Januari 1962 oleh kerajaan British untuk:
(i) Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang pembentukan
Malaysia
(ii) Membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada pihak British.

5. Anggota-anggota Suruhanjaya Cobbold:
(i) Lord Cobbold
(ii) Sir David Watherston
(iii) Sir Anthony Abell
(iv) Muhammad Ghazali bin Shafie
(v) Wong Pow Nee
6. Suruhanjaya Cobbold mendapati bahawa 80% penduduk Sabah dan Sarawak
bersetuju untuk menyertai Malaysia.

7. Antara cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold :
(i) Perlembagaan Malaysia yang baharu haruslah berasaskan Perlembagaan
Tanah Melayu
(ii) Sabah dan Sarawak diberi kuasa untuk menentukan dasar imigresennya.
(iii) Hak dan kedudukan bumiputera Sabah dan Sarawak dijamin
(iv) Negara baharu yang dibentuk akan dinamakan Malaysia
(v) Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.

8. Pada bulan Ogos 1962, Jawatankuasa antara Kerajaan (JAK) yang dianggotai wakil
dari Tanah Melayu, Britain, Sabah dan Sarawak ditubuhkan untuk mengkaji laporan
Suruhanjaya Cobbold dan juga membincangkan hak serta kepentingan penduduk
Sabah dan Sarawak.

9. Pada bulan September 1962, kerajaan Singapura mengadakan referendum untuk
meninjau pendapat penduduknya tentang pembentukan Malaysia; hasil referendum
menunjukkan bahawa penduduk Singapura bersetuju untuk menyertai Malaysia.

10. Brunei yang pada mulanya menyokong Malaysia telah menarik diri daripada
menyertai Malaysia pada bulan Julai 1963.

11. Pada bulan Ogos 1963, misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk meninjau
pandangan penduduk Sabah dan Sarawak sekali lagi tentang pembentukan Malaysia
mendapati bahawa penduduk kedua-dua buah negara itu berhasrat untuk menyertai
Malaysia.

Penjanjian Malaysia

1. Pada bulan Jun 1963, Tunku Abdul Rahman telah mengadakan rundingan dengan
pihak British di London.

2. Hasil dari rundingan itu, Perjanjian Malaysia ditandatangani pada bulan Julai 1963.

3. Rundingan di London:
Diadakan di Malborough House, London.
Berlangsung selama 2 minggu

4. Antara perkara dalam Perjanjian Malaysia adalah :
(i) Semua urusan hal ehwal luar menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.
(ii) Agama Islam ialah agama rasmi Persekutuan kecuali di Sabah dan Sarawak
tetapi agama lain bebas diamalkan
(iii) Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa
lain masih boleh digunakan.
(iv) Untuk Sabah dan Sarawak, bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa kebangsaan
sehingga 10 tahun selepas pembentukan Malaysia.
(v) Sabah dan Sarawak diberi kuasa untuk mengawal hal ehwal imigresen dan
perkhidmatan awam.
(vi) Rakyat bumiputera di Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama dengan
orang Melayu di Tanah Melayu.

5. Persetujuan telah diperoleh untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963.

6. Perlembagaan Malaysia
- Sebahagian besar perkara dalam Perjanjian Malaysia telah dimasukkan
dalam Perlembagaan Malaysia.

7. Walau bagaimanapun, tarikh penubuhan Malaysia yang dirancang itu terpaksa
ditangguhkan kerana laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tentang misinya ke
Sabah dan Sarawak hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963.

8. Oleh itu, tarikh penubuhan Malaysia akhirnya ditunda ke-16 September 1963.

Perisytiharan Penubuhan Malaysia
1. Pada 16 September 1963, upacara perisytiharan penubuhan Malaysia telah diadakan
di Stadium Merdeka.

2. Perisytiharan itu telah dibaca oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman.

3. Perisytiharan itu merasmikan penubuhan negara Malaysia yang terdiri daripada Tanah
Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

4. Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

5. Pemisahan Singapura
- Singapura sering menimbulkan isu sensitive
- Hubungan baik Singapura dengan kerajaan pusat terjejas.
- Akhirnya, Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965.

1.5 KONSEP PENGASINGAN KUASA

Doktrin Pengasingan Kuasa

1. Doktrin ini dikemukakan oleh Montesquieu, seorang ahli falsafah Perancis.

2. Mengikut doktrin ini, kuasa pemerintahan sesebuah negara dibahagikan kepada 3
buah badan yang bebas, iaitu:
(i) Badan Perundangan
(ii) Badan Eksekutif
(iii) Badan Kehakiman
Kuasa ketiga-tiga buah badan ini mempunyai perananya yang tersendiri.

3. Tujuan doktrin pengasingan kuasa :
(i) Mengelakkan pertindihan bidang kuasa, iaitu pihak yang sama tidak terlibat
dalam pengurusan lebih daripada satu kuasa.
(ii) Mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pemusatan kuasa pada sesebuah
badan tertentu.
(iii) Membolehkan setiap badan bertindak tanpa diganggu atau dipengaruhi oleh
badan yang lain.

4.





Doktrin Pengasingan Kuasa
Badan Perundangan
-menggubal, meminda dan meluluskan undang-
undang.
Badan Eksekutif

-melaksanakan undang-undang dan pentadbiran
mengikut perlembagaan serta undang-undang.
Badan Kehakiman

-mentafsirkan undang-undang
Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia

1. Berbeza daripada doktrin pengasingan kuasa asal.

2. Malaysia mengamalkan doktrin pengasingan kuasa yang menekankan kuasa relative
antara badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman.

3. Yang di-Pertuan Agong, sebagai Ketua Negara mempunyai kuasa tertinggi dalam
badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman.

4.

*** Ruangan yang telah dihitamkan merupakan Yang di-Pertuan Agong

5. Pada peringkat Persekutuan, Perdana Menteri dan anggota-aggota Kabinetnya
melaksanakan fungsi eksekutif di samping menjadi ahli badan perundangan (Parlimen)
yang menggubal undang-undang.

6. Pada peringkat negeri, Menteri Besar atau Ketua Menteri dan ahli-ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri melaksanakan fungsi eksekutif di samping menjadi ahli
badan perundangan (Dewan Undangan Negeri) yang menggubal undang-undang.
Badan Kehakiman
Badan Eksekutif
Badan Perundangan

7. Ciri-ciri negara Malaysia yang berdaulat:
- mengamalkan demokrasi berparlimen (Parlimen dwidewan dan bercorak
Westminster)
- mempunyai raja berperlembagaan (Ketua Negara ialah Yang di-Pertuan
Agong)
- mengamalkan sistem kerajaan Persekutuan (terdapat Kerajaan Pusat dan
Kerajaan Negeri)
- Mengamalkan doktrin pengasingan kuasa
- Mengamalkan konsep ketertinggian Perlembagaan

8. Yang di-Pertuan Agong ketua dalam setiap cabang. Malaysia tidak mengamalkan
pengasingan kuasa yang sempurna.

9. Hanya badan kehakiman yang dapat ditafsirkan sebagai badan yang benar-benar
berkecuali.

10. Hal ini demikian kerana orang yang menjadi ahli badan eksekutif dan badan
perundangan tidak boleh menjadi ahli badan kehakiman.

11. Demokrasi Berparlimen:
- Raja atau Presiden mempunyai kuasa simbolik.
- Parlimen menggubal undang-undang
- Wakil Parlimen dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum
- Parti politik yang menang akan membentuk kerajaan.
*******************************TAMAT**********************************
Nota disediakan oleh ,





Luculus Lee,
Pelajar kelas Lower 6 Arts 1, SMK Kepong (2013)

Nota-nota dipetik dari Buku Teks Pra-U STPM Pengajian Am Penggal 1

Você também pode gostar