Você está na página 1de 15

Ancaman Alam

Sekitar
Pencemaran udara
Pencemaran udara meliputi semua pencemar
pencemar yang dijumpai di atmosfera dan ia boleh
dalam bentuk partikel partikel atau gas gas.
Bahan bahan ini dianggap sebagai berbahaya
kepada organism kerana ia boleh meracuni
ataupun membunuh.
Sumber sumber pencemaran boleh berasal dari
manusia atau semulajadi .
masalah alam sekitar yang lain pula ialah
lambakan sisa terhadap alam sekitar. Manusia
selalu melambakan sisa sampah yang sangat
berbahaya kepada organisma.

Pemanasan global
Penebangan hutan bagi pembangunan
sosioekonomi secara besar-besaran dan
aktiviti pembakaran minyak fosil seperti
petroleum, penggunaan metana dan gas
menyebabkan penghasilan gas rumah hijau.
Pemanasan global juga merujuk sebagai
kesan rumah hijau ia merupakan antara
masalah alam sekitar yang dihadapi dunia
kini.
Pemanasan global berlaku apabila gas gas
bergabung di atas permukaan bumi dan
membentuk bumi yang dilndungi dengan
rumah hijau.


Gas gas ini kemudian
memerangkap haba yang
berhampiran dengan permukaan
bumi yang selanjutnya bakal
mengancam alam sekitar.

Pemanasan global yang berlaku
dengan pantas amat berbahaya
kerana ia diramal akan meningkatkan
suhu bumi yang akan mengancam
alam sekitar dengan lebih dahsyat.

Pada musim kering, jumlah hujan adalah
kecil,secara tidak langsung keadaan ini
mempengaruhi kawasan lembangan
sungai.
Kejadian larian permukaan adalah kecil
atau tidak ada langsung dan pengaliran
sungai hanya bergantung kepada aliran
dasar iaitu sumbangan dari pengaliran air
bawah tanah.
Musim kering
Ketiadaan larian permukaan bermakna
tidak ada hakisan tanah dan pemindahan
bahan cemar ke sungai.

Ini akan menyebabkan sungai tercemar
dengan teruk dan jika tidak dibendung
akan menyebabkan sungai menjadi mati.

Mati dalam ertikata ianya tidak boleh
digunakan oleh manusia dan juga tidak
dapat menampung kehidupan akuatik.

Musim basah
Musim basah adalah musim yang
dikaitkan dengan jumlah hujan yang tinggi
dan juga akan menghasilkan larian
permukaan yang tinggi.
Pada musim ini semua permukaan
kawasan tadahan terdedah kepada hujan.
menyebabkan sungai menjadi keruh
kerana peningkatan kandungan pepejal di
dalam sungai itu.
pemindahan bahan cemar dari sebarang
permukaan terdedah akan meningkat seperti
pemindahan baja, racun kimia, tumpahan
bahan cemar dan lain-lain ke sungai melalui
larian permukaan.
Beban bahan cemar dalam sungai meningkat
semasa musim basah berbanding musim
kering.

Letusan gunung berapi dan iklim
Letusan gunung berapi boleh
mempengaruhi perubahan iklim dalam
jangka pendek dan juga jangka panjang.
Apabila gunung berapi meletup, awan
debu yang terhasil akan menyebabkan
kawasan sekeliling menjadi gelap dan
suhu akan menurun untuk beberapa hari.
Tindakbalas di antara sulfur dioksida yang
dibebaskan daripada letusan gunung
berapi dan wap air di atmosfera akan
menghasilkan aerosol.

Situasi ini akan mempengaruhi interaksi di
antara atmosfera dan matahari dan
seterusnya mempengaruhi corak iklim.
Tsunami
Tsunami adalah satu perkataan Jepun yang
bermaksud ombak laut pelauhan.
Tsunami merupakan ombak besar yang
disebabkan oleh kejadian gempa bumi yang
terjadi di dasar laut.
Ombak ini bergerak dengan laju beberapa ratus
kilometer sejam dan dalam perjalanannya akan
menaikkan dan menurunkan paras air laut.
Gelombang tsunami mampu bergerak sejauh
seribu batu merentasi lautan dan masih mampu
menghancurkan bandar berhampiran laut,
memusnahkan dan mengakibatkan kehilangan
nyawa yang tidak terkira jumlahnya.
Kesan rumah hijau

Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang
berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah
hijau di dalam sesuatu ruang tertutup
meningkat dan menyekat haba daripada
mudah terbebas.
Kesan rumah hijau global berlaku apabila,
sinaran inframerah matahari yang
memasuki ruang atmosfera bumi tidak
terpantul secukupnya secara normal
disebabkan kesan rumah hijau.


Ini akan menyebabkan pemanasan global
secara berperingkat, dan kawasan yang
mengalami pencemaran teruk akan
mengalami kesan itu dengan lebih teruk
lagi.
Implikasi daripada pemanasan global akan
menyebabkan lapisan ais di kedua-dua
kutub bumi akan mengalami pencairan
dan menyebabkan peningkatan aras laut.


Imej Satelit Untuk
Pemantauan Perubahan Iklim
Global

Perubahan iklim global sememangnya isu
panas yang sering dibincangkan oleh para
saintis di seluruh dunia.
Perubahan iklim ini telah menyebabkan
kesan global dari segi aspek fizikal, kimia
dan sistem biologi.

Data imej satelit dapat digunakan dalam
pemantauan pelbagai perkara berkaitan
perubahan pemanasan iklim global
antaranya letusan gunung berapi, kejadian
El Nino, peningkatan suhu bumi, penipisan
lapisan ozon, pencairan glasier dan
kenaikan paras laut.

Você também pode gostar