Você está na página 1de 5

ALIH BENTUK KOMUNIKASI(MENUKAR

TEKS LINEAR KEPADA BUKAN LINEAR)



Aspek Pemarkahan: (15 Markah)
Pengkelasan Angkubah(PA) 4 markah

Kesuaian Teknik (KT) 4 markah
Ketepatan Isi (KI) 4 markah
Kejelasan (KJ) 3 markah
Pengkelasan Angkubah(PA)

1. Paksi X(mendatar) dan Paksi Y (menegak) dilukis dengan betul dan tepat. Begitu juga
ukuran bulatan Carta Pai, diukur dengan tepat.

2. Maklumat angkubah pada paksi mesti tepat seperti unit nilai paksi, label paksi dan unit
yang digunakan (RMjuta/kg/orang/Kilowatt dll)

Kesesuaian Teknik (KT)

1. Jenis media hendaklah tepat.Kesalahan media menyebabkan pelajar gagal dalam bahagian
ini.

2. Kedudukan media(graf bar/garis/carta) hendaklah seimbang/ditengah kertas graf dan
jangan terkeluar daripada kertas graf. Tajuk , Petunjuk, Skala dan Sumber ditulis dengan
tepat dan betul.

3. Menggunakan warna /lorekan yang sesuai dan kemas.

Ketepatan Isi (KI)

Maklumat berikut mestilah lengkap:

1. Label Paksi X dan Paksi Y

2. Unit Paksi

3. Tajuk yang lengkap

4. Petunjuk sama ada warna, lorek atau garisan.

5. Sumber dicatatkan seperti dalam petikan.

6. Data/Maklumat jadual yang ditunjukkan melalui graf/carta

7. Skala / nisbah jejari yang tepat

8. Titik asas (0) di catat pada persilangan paksi X dan Paksi Y

Kejelasan (KJ)
Maklumat berikut mestilah KEMAS, BETUL dan JELAS
1. Tajuk Utama

2. Label paksi

3. Petunjuk

4. Skala

5. Sumber



JENIS GRAF:

Bentuk-bentuk grafik yang popular dalam peperiksaan:

1. Graf bar ( kompaun / komponen )

2. Graf garis ( kompaun / komponen )

3. Graf gabungan bar dengan garis

4. Graf piramid / berpasang ( kompaun / komponen )

5. Carta pai ( tunggal, berbanding atau selinder )

6. Graf bar memesong atau imbangan



KENAL PASTI MEDIA:

No Kata kunci Media
1. bilangan, kuantiti, nilai, pengeluaran peratus @ kadar Graf bar kompaun / histrogam

2. kumulatif, jumlah Graf bar komponen

3. peratus perubahan

Cara kira peratus perubahan = baru lama x 100
lama
Graf bar memesong / cermin /
imbangan


4. umur, jantina, tahun bagi penduduk untuk 2 tahun Graf bar yramid

5. Menunjukkan perubahan, aliran, pergerakan, turun naik,
pasang surut atau apa-apa keadaan yang menunjukkan
pergerakan/turun naik


Perkataan
JUMLAH : GRAF GARIS
KOMPONEN ;
TANPA JUMLAH : GRAF
GARIS KOMPAUN

6. Ada dua kehendak soalan dan dihubungkan dengan kata
hubung seperti DAN, SERTA
Dalam petikan ada 2 pemboleh ubah berbeza @ unit
berbeza
Perlukan 2 jadual @ 1 jadual yang digabungkan

GRAF BAR GABUNGAN (
garis dan graf bar )

7. Menun jukkan perbezaan/perbandingan @
import/eksport bagi satu tahun
CARTA PAI
PERBANDINGAN
8. Menunjukkan pemboleh ubah yang berbeza bagi carta
misalnya import/ eksport negara
CARTA PAI BERTINGKAT



kata kunci yang dapat membezakan graf bar dengan graf garis, selalunya graf garis mempunyai kata
kunci seperti kadar pertumbuhan, pola perubahan, aliran perubahan, indeks harga/saham, turun
naik serta graf garis biasanya boleh melibatkan banyak perkara dan melibatkan banyak tahun.

contohnya, jika soalan minta graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan pembuatan
antara tahun 2000 hingga tahun 2004. (sekiranya dalam petikan teks terdapat 7 jenis barangan
pembuatan, jadi graf yang paling sesuai ialah graf garis). jika soalan ini dibuat dalam graf bar, maka bar
yang perlu dilukis terlalu banyak, ia tidak sesuai.



jika nak bezakan samada soalan tentang graf kompaun atau komponen, perkataan 'Jumlah' merujuk
kepada graf komponen.



CONTOH :



Berdasarkan maklumat yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kepanjangan
jalan raya mengikut jenis binaan dan bidang kuasa pada tahun 2002 hingga 2004.



Calon perlu meneliti apa yang diminta oleh soalan. Catat satu persatu.

i. Kepanjangan jalan raya

ii. Jenis binaan

iii. Bidang kuasa

iv. Tahun 2002, 2003 dan 2004



Graf garis atau bar?

Jika graf garis, garis kompaun atau komponen?

Jika graf bar, bar kompaun atau komponen?



Bar komponen atau kompaun? Oleh kerana dalam soalan itu tidak terdapat perkataan jumlah atau
kuantiti maka jawaban yang tepat ialah bar kompaun piramid



Malaysia: Jarak Panjang Jalan Raya mengikut Jenis Binaan dan

Bidang Kuasa pada Tahun 2002 hingga 2004.


Kerajaan Persekutuan Kerajaan Negeri
Jalan
berturap
(km)
Jalan
batu
kerikil
(km)
Jalan
tanah
merah
(km)
Jalan
berturap
(km)
Jalan
batu
kerikil
(km)
Jalan
tanah
merah
(km)
2002 14891 2352 2503 41457 11659 5303
2003 15228 2371 2537 44285 13411 5368
2004 15917 2114 2243 43337 15024 5060

(sumber: Buku Tahunan Perangkaan Malaysia, 2005)


Contoh soalan 1


Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan bagi perkhidmatan sosial dan ekonomi
pada tahun-tahun yang dinyatakan.



Jika begitu soalannya, maka tajuk untuk jadual berkenaan ialah



Malaysia: Perbelanjaan Pembangunan Kerajaan Persekutuan bagi Perkhidmatan

Sosial dan Ekonomi dari Tahun 2001 hingga Tahun 2003.



Berdasarkan soalan, graf yang tepat untuk dijadikan media jawaban ialah graf garis kompaun.



Contoh soalan 2



Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan jumlah perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan bagi perkhidmatan sosial dan
ekonomi pada tahun-tahun yang dinyatakan.



Perhatikan bahawa soalan hampir sama, cuma ditambah perkataan JUMLAH. Oleh itu tajuk untuk
jadual berkenaan ialah



Malaysia: Jumlah Perbelanjaan Pembangunan Kerajaan Persekutuan bagi Perkhidmatan

Sosial dan Ekonomi dari Tahun 2001 hingga Tahun 2003.



Oleh itu, berdasarkan soalan kedua, graf yang tepat untuk dijadikan media jawaban ialah graf
garis komponen.

Você também pode gostar