Você está na página 1de 1

Apa itu Demam Denggi?

Demam denggi adalah disebabkan oleh Virus Denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk
aedes. Dianggarkan terdapat 100 juta kes denggi di serata dunia setiap tahun.

Tanda dan Gejala
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti :
Demam panas
Sakit kepala
Sakit tulang belakang
Sakit sendi-sendi
Loya dan muntah-muntah
Sakit biji mata
Ruam

Apakah akan terjadi sekiranya tidak mendapatkan rawatan?
Demam denggi terdiri daripada Demam Denggi Biasa atau Demam Denggi Berdarah yang
boleh membawa maut.
Demam Denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti :-
Mudah lebam
Pendarahan di bawah kulit, hidung atau gusi
Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut

Apakah perlu dilakukan untuk mencegah Demam Denggi?
Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah Demam Denggi:
Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
1. Membuang bekas yang boleh menakung air
2. Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan ditutup bersama penutup
3. Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan air dibuang sekurang-
kurangnya seminggu sekali
4. Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
5. Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk
seperti:
1. Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
2. Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan
nyamuk
3. Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar sewaktu
keluar rumah
4. Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan
tertutup

Você também pode gostar