Você está na página 1de 30

TUGASAN A

Pendidikan luar

1.0 PENGENALAN

Dewasa ini, program-program yang berbentuk aktiviti luar telah mendapat perhatian
masyarakat. Contohnya, di sekolah atau di institusi pengajian, kelab-kelab atau persatuan
semakin kerap menganjurkan program atau aktiviti luar. Kebanyakan sekolah atau pihak
institusi pengajian akan memperuntukkan sejumlah wang untuk aktiviti-aktiviti rekreasi
seperti mendaki gunung, berkayak, berakit, kembara alam dan sebagainya (Masrina, 2009).

Pendidikan luar merupakan suatu bidang pendidikan yang unik kerana ia adalah
gabungan antara proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan teori dan praktikal di
alam sekitar. Terdapat beberapa pemahaman atau definisi terhadap pendidikan luar. Tetapi
secara luhurnya, Brookes mengatakan pendidikan luar merupakan sesuatu yang berkaitan
dengan masa dan tempat (Abu Bakar Sidek, 2004). Demi membantu menjelaskan apakah
yang difahamkan dengan pendidikan luar, beberapa definisi telah diberikan. Namun, definisi-
definisi tersebut perlu diawasi kerana definisi-definisi pendidikan luar boleh berubah dan
bertukar mengikut zaman dan wilayah. Definisi pendidikan luar boleh dibahagikan kepada
dua; definisi berkaitan dengan psiko-sosial dan definisi berkaitan peranan alam persekitaran.

2.0 DEFINISI

Secara umumnya terdapat pelbagai definisi tentang pendidikan luar. Pendidikan luar
bermaksud pembelajaran di dalam dan di luar rumah. Ini bermakna tambahan dan
pengkayaan kurikulum, menerusi pengalaman di luar (Smith, Carlson, Donaldson & Masters,
1972). Manakala Knapp (1990), mendefinisikan pendidikan luar sebagai penggunaan sumber
di luar kelas untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan. Definisi lain menyatakan
pendidikan luar adalah proses pengalaman iaitu pembelajaran dengan melakukan (Priest,
1986). Selain itu Gair (1997), mendefinisikan pendidikan luar sebagai meliputi sebarang
aktiviti pendidikan dalam persekitaran terbuka samada di bandar atau di pedalaman. Walau
bagaimanapun definisi-definisi ini telah dikritik oleh pelbagai pihak. Ramai pengkaji percaya
yang pendidikan luar tidak hanya tertumpu kepada alam semulajadi sahaja tetapi juga
kawasan yang tertutup (Smith, Carlson, Donaldson et al, 1972; petikan dari Md Amin, 2003;
m.s. 21). Secara umumnya walaupun terdapat banyak percanggahan pendapat dan idea dalam
mendefinisikan maksud sebenar pendidikan luar, ramai pengkaji bersetuju yang proses
pembelajaran pendidikan luar berlaku dalam model pembelajaran berasaskan pengalaman

Salah satu contoh definisi pendidikan luar yang berkaitan dengan psiko-sosial ialah
daripada Neill yang mengatakan pendidikan luar sebagai satu istilah yang mempunyai
maksud yang berlainan kepada manusia, tamadun dan organisasi. Tema yang sama meliputi
penekaan ke atas pengalaman terus di alam luar untuk mencapai matlamat kendiri, matlamat
sosial, pendidikan, pemulihan serta persekitaraan.. (Abu Bakar Sidek, 2004). Contoh definisi
bagi pendidikan luar yang berkaitan dengan peranan alam persekitaran ialah seperti yang
diberikan oleh Lund, di mana beliau mengatakan pendidikan luar sebagai suatu kaedah
pembelajaran melalui pengalaman dengan mengaplikasikan kesemua deria panca indera. Ia
berlaku, terutamanya melalui pendedahan kepada persekitaraan semula jadi. Dalam
pendidikan luar penekanan untuk subjek yang dipelajari ke atas perkaitan antara manusia dan
sumber alam (Abu Bakar Sidek, 2004).

Pendidikan luar pada asasnya boleh didefinisikan sebagai penggunaan sumber-sumber
luar daripada bilik darjah untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan (Knapp, 1990).
Ianya adalah merupakan suatu aktiviti yang menarik yang mana ia boleh dijalankan dengan
pelbagai aktiviti seperti rekreasi, aktiviti sosial dan aktiviti ibadah selain untuk pendidikan.
Dalam dunia pendidikan, ia disifatkan sebagai merentas kurikulum. Definisi lain yang
diberikan oleh beliau tentang pendidikan luar adalah proses pengalaman iaitu pembelajaran
dengan melakukan dimana meliputi sebarang aktiviti pendidikan dalam persekitaran terbuka
sama ada di bandar atau di pedalaman.
Brookes (1991), menyatakan yang takrif pendidikan luar sebagai sesuatu yang berkait
rapat dengan masa dan tempat. Bagi membantu untuk menjelaskan apakah yang difahamkan
dengan pendidikan luar, beberapa definisi diturunkan di bawah. Tetapi harus diawasi
bahawa definisi tersebut boleh berubah dan bertukar mengikut zaman dan wilayah.
1

Definisi Pendidikan Luar Yang Berkait Definisi Pendidikan Luar Yang
Dengan Psiko-sosial mementingkan peranan alam persekitaran

Pendidikan luar merupakan Pendidikan luar ialah ......................
aplikasi pengalaman di alam luar pendidikan DALAM, UNTUK, dan
untuk mendidik dan pembangunan MENGENAI alam luar (Donaldson &
insan. (The Outdoor Institute) Donaldson,1958, Outdoor Education :
A definition , JOPER,29(17),63)
Pendidikan luar . menarik Pendidikan luar merupakan
perhatian kepada penggunaan deria pendidikan dalam, mengenai , dan
audio, visual, rasa, sentuhan, dan bau - untuk alam sekitar.
untuk pemerhatian dan pemahaman
(C.A.Lewis 1975, The Administration Of
Outdoor Education Programs, Dubuque (Phyllis Ford, 1986)
IA, Kendall-Hunt)
Pendidikan luar menyentuh Pendidikan luar ialan .. sekumpulan
ketiga-tiga domain pembelajaran yang Kecil manusia yang menyertai aktiviti-
terdiri daripada pengetahuan, aktiviti adventure yang terancang di
kemahiran, dan sikap (Phyllis Ford,1981, dalam suasana semula jadi dan
Principles dan Practices of menjadikan diri sendiri sebagai sumber
Outdoor/Environmantal Education, New utama untuk menyelesaikan masalah.
York, Wiley) (Neill 2003)
Pendidikan luar ialah satu Pendidikan luar ialah . suatu
perantaraan yang memberi peluang perkara yang mempunyai perkaitan.
untuk pendidikan tak formal mengenai Perkaitan tersebut mengenai bukan
perkembangan kendiri dan sosial untuk sahaja sumber semula jadi , tetapi juga
individu dan masyarakat(Outdoor manusia dan masyarakat.(Simon
Edinburgh) Preist,1986, Redefining Outdoor
Education, Journal of Environmental
Education, 17 (3) 13)
Pendidikan Luar. satu istilah yang Pendidikan Luar ... kaedah
mempunyai maksud yang berlainan pembelajaran melalui pengalaman
kepada manusia, tamadun dan dengan mengaplikasikan kesemua deria
organisasi. Tema yang sama meliputi panca indera. Ia berlaku, terutamanya
penekaan ke atas pengalaman terus di melalui pendedahan kepada persekitaraan
alam luar untuk mencapai matlamat semula jadi. Dalam pendidikan luar
kendiri, matlamat sosial, pendidikan, penekanan untuk subjek yang dipelajari
pemulihan serta persekitaraan. ke atas perkaitan antara manusia dan
(Neill 2003) sumber alam. (Lund 2002)
Pendidikan Luar. suatu cara Pendidikan Luar .... satu fenomena
pengkayaan kurikulum, di mana proses pengalaman pendidikan antarabangsa
pembelajaran berlaku di alam luar. yang melibatkan manusia dalam aktiviti
Pendidikan luar merangkumi merbahaya bagi meningkatkan
pendidikan persekitaraan, pendidikan kesejahteraan individu, masyarakat dan
konservasi, pendidikan cabaran, persekitaraan.
perkhemahan sekolah, terapi alam (Neill 2002)
semula jadi dan beberapa aspek
rekreasi luar. (Edward Leppain 2000)

Secara keseluruhannya, pendidikan luar ialah satu cabang falsafah pendidikan yang
berteraskan kaedah pembelajaran melalui pengalaman (experiental learning), kerap dilaksanakan di
alam semula jadi dan juga melibatkan pelaksanaan aktiviti lasak seperti berkayak, mendaki gunung,
dan berenang sebagai medium membina kemahiran insaniah (Md Amin, Azlizam, & Jaffry, 2011).
Menurut kepada Knapp (seperti yang diungkap oleh Mazuki et al, 2008), pendidikan luar boleh
didefinisikan sebagai penggunaan sumber-sumber luar daripada bilik darjah untuk mencapai
matlamat dan objektif pendidikan. Ia merupakan suatu aktiviti menarik di mana ia boleh dijalankan
dengan pelbagai aktiviti seperti rekreasi, aktiviti sosial, dan aktiviti ibadat selain untuk pendidikan.
Dalam dunia moden, ia boleh dikatakan sebagai merentas pendidikan.
























3.0 Perbandingan Aktiviti Pendidikan Luar Pada Zaman Purba Dan Era Moden

Dalam masyarakat primitif, pendidikan luar dan sukan merupakan satu aspek yang amat mustahak
dalam kehidupan seharian. Masyarakat primitif yang kurang stamina, kemahiran, keteguhan dan
kegagahan akan merugikan komuniti mereka. Untuk mempertahankan komuniti dan kewujudan yang
berterusan sesuatu suku itu, para belia harus membina kekuatan, daya tahan, ketangkasan dan
kemahiran untuk menanggung kehidupan mereka.

Tidak jelas bila pendidikan luar bermula -- tidak terdapat dokumentasi yang menyatakan
hal ini. Mungkin kewujudan manusia itu sendiri yang memberi gambaran bahawa pendidikan
luar sudah ada. Sejak awal lagi, manusia sudah berinteraksi dengan alam semula jadi. Hanya
kebelakangan ini, manusia mula memisahkan diri dari alam semula jadi. Pendidikan wujud sejak
manusia dilahirkan, oleh itu pendidikan luar telah bermula sejak kewujudan manusia di dunia ini.
Sejarah sosio-budaya menyatakan, pendidikan luar memperlihatkan suatu gambaran interaksi
dengan alam sejak manusia berubah tempat tinggal dari alam luar ke bangunan dan rumah.

Tamadun barat mendokumentasikan permulaan pendidikan luar secara formal pada awal
tahun 60an dengan tertubuhnya pergerakan Outward Bound di Colorado (Neill (2004) yang
kemudiannya bercambah melalui Project Adventure (1971) dan National Outdoor Leadership
School pada tahun 1974. Secara keseluruhannya Outward Bound, Project Adventure dan NOLS
menjadi 3 badan utama dalam pendidikan luar di Amerika hingga kini.

PENDIDIKAN LUAR DI ZAMAN PURBA
Namun menurut shivers (1989) Pendidikan Luar telah pun dijalankan sejak Zaman kuno lagi,
yang banyak melibatkan aktiviti alam semula jadi. Penglibatan manusia dengan alam semula
untuk mendapat makanan amat penting sejak Zaman awal kewujudan manusia. Manusia Zaman
purba perlu memburu haiwan untuk mendapat bahan makanan. Mereka juga tinggal di gua dan
kemudian menggunakan sumber daripada alam semula jadi untuk membina habitat. Kanak-kanak
Zaman purba perlu dilatih untuk membina kehidupan mengikut Zaman itu. Corak latihan Zaman
purba dalam bentuk cara memburu, membina tempat tinggal, menjaga keselamatan dan memasak
dilihat merupakan permulaan pendidikan luar.


PENDIDIKAN LUAR ERA MODEN
Pada tahun 1907 Lord Badan Powell yang merupakan pengasas pergerakan pengakap dunia telah
menganjurkan bayak program Pendidikan Luar. Di peringkat awal program Pendidikan Luar
lebih tertumpu kepada kekuatan fiZikal, kemahiran perkhemaha dan displin dalam persatuan
serta sebagai ahli persatuan. Di peringkat awal juga program Pendidika Luar dianjurkan oleh
badan-badan berunifom contohnya pengakap dan pandu puteri.




Tentatif program Pendidikan Luar

Masa aktiviti

8.00 pagi 8.30 pagi - menyiapkan tempat perkhemahan
8.30 pagi 9.00 pagi - taklimat tentang aktiviti program
9.00 pagi 9.30 pagi - Makan pagi
9.30 pagi 10.30pagi - Kayak
- Pengenalan Kayak
- Anatomi Kayak
- Demonstrasi teknik berkayak
10.30pagi
- Demonstrasi Capside
- Amali Capside secara berpasangan

1.30tengahari

- Ekspedisi Kayak


- Pulang ke tapak perkhemahan
1.30 2.30 tengahari
- Rehat dan makan tengahari

2.30 5.30 petang
- Pengenalan Abseiling
- Pengenalan peralatan


- Peraturan ketika Abseiling
- Melakukan Abseiling
5.30 6.00 petang
- Minum petang


6.00 7.00 malam
- Persiapan Malam Kebudayaan


-setiap kumpulan membuat latihan
7.00 8.30 malam
- Rehat


- Persiapan BBQ
8.30 11.00 malam
- Persembahan Malam Kebudayaan


- Karaoke
- BBQ
6.00 6.30 pagi - Persiapan diri
6.30 7.30 pagi - Senaman pagi
7.30 8.00 pagi - Kudapan pagi
8.00 9.00 pagi - Orienteering
- Pengenalan sukan Orienteering
- Anatomi Kompas
- Bagaimana membaca bearing kompas dan peta
9.00 12.00 - Pertandingan Orienteering
- Jarak sejauh 5km
- Secara berkumpulan
12.00 2.00 ptg
- Rehat
- Kudapan tengahari
2.00 4.00 ptg
- Sesi refleksi
- Refleksi secara individu dan berkumpulan
- Majlis Penutup
4.00 5.00 ptg - Sesi bergambar
- Mengemas barang
- Menyimpan khemah
- Menyimpan barang perkhemahan
- Mengemas tapak perkhemahan












PERKHEMAHAN


















http://rujuknota.blogspot.com/2009/06/sejarah-pendidikan-
jasmani.html
http://rujuknota.blogspot.com/2009/06/sejarah-pendidikan-
jasmani.html
http://rujuknota.blogspot.com/2009/06/sejarah-pendidikan-
jasmani.html




Ibrahim, A. B. (2004). Pendidikan luar- Satu pendekatan. Kuala Lumpur: UPSI.
Md Amin Md Taff, A. A. (2011). Kerelevenan pendidikan luar dalam sistem pendidikan tinggi di
Malaysia. AJTLHE , 3, 11-27.
Yasim, M. b. (2008). Kesan perkhemahan pendidikan luar terhadap kesepaduan kumpulan. Johor Bahru:
Konvensyen Sukan Antarabangsa Teluk Danga.

Você também pode gostar