Você está na página 1de 2

Aliran Pusingan Pendapatan

Pasaran barang Pasaran barangan diperjualbeli. Firma akan menjualkan barangan


kepada isi rumah melalui pasaran barang untuk memenuhi permintaan isi rumah
Pasaran faktor Pasaran faktor ekonomi seperti buruh dan tanah diperjualbeli. Isi
rumah akan menawarkan sumber ekonomi kepada firma melalui pasaran faktor untuk
firma mengeluarkan barangan.
Aliran wang Pergerakan perbelanjaan dan pendapatan pelaku ekonomi.
Aliran fizikal Pergerakan barangan dan sumber ekonomi antara pelaku ekonomi.

Isi rumah akan membuat empat keputusan ekonomi iaitu :
Menentukan jumlah sumber ekonomi yang akan ditawar ke pasaran barang (A)
Isi rumah memperoleh pendapatan dalam bentuk upah, sewa dan bunga daripada
sumber ekonomi yang disumbangnya (III)
Menentukan kuantiti barang yang akan dibeli di pasaran barang (B)
Untuk memperoleh barangan tersebut, isi rumah harus membayarnya dengan
pendapatan yang diperoleh tadi (I)
Firma juga akan melakukan empat keputusan ekonomi iaitu :
Menentukan jumlah sumber ekonomi yang akan diminta ke pasaran faktor (C)
Membayar kos pengeluaran dalam bentuk upah, sewa dan faedah kepada isi rumah
untuk sumber ekonomi yang diminta (IV)
Jumlah barang yang akan dikeluarkan dan kemudianya dipasarkan di pasaran barang
(D)
Menerima ganjaran daripada penjualan barangan kepada isi rumah dalam bentuk
untung (II)
Peranan kerajaan dalam ekonomi boleh dibahagi kepada dua iaitu:
Menyediakan barang dan perkhidmatan awam kepada isi rumah dan firma (E)
Memungut cukai daripada isi rumah dan firma untuk membiayai pengeluaran
barangan awam (V)

Você também pode gostar