Você está na página 1de 14

HBEF3603

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE


SEMESTER JANUARY 2014

HBEF3603:
AKTIVITI 3 (T1A3)

MATRICULATION NO : 810131015961001
IDENTITY CARD NO. : 810131015961
TELEPHONE NO. : 0137795961
E-MAIL : mq_rahmat81@yahoo.com.my
LEARNING CENTRE : Batu Pahat Learning Centre













HBEF3603
PENDAHULUAN

Pendidikan Jasmani adalah satu mata pelajaran yang penting dalam sistem pendidikan
di negara kita. Pendidikan Jasmani hendaklah memberi peluang kepada pelajar menikmati
kepuasan dan kegembiraan melalui aktiviti yang bersesuaian dengan jasmani dan psikologi.
Pendidikan Jasmani juga merupakan satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan
kemampuan seseorang individu melalui pendekatan aktiviti fizikal. Boleh dikatakan setiap
pelajar normal gemar menjalankan aktiviti seperti berlari, melompat dan membaling.
Berdasarkan fakta ini Pendidikan Jasmani yang diajar terutama disekolah rendah perlu lebih
menumpukan kepada pembinaan kemahiran asas.
Kita boleh mentakrifkan Pendidikan Jasmani sebagai proses pengajaran atau
pembelajaran yang terkawal. Ini keseluruhannya tertumpu kepada perkembangan tubuh badan
murid-murid termasuk perkembangan fizikal, sosial dan mental secara terjalin. Dengan
menumpukan kegiatan yang bertujuan memupuk proses sosialisasi kita, secara tidak langsung
menggalakkan pertumbuhan sahsiah yang menyeluruh dan sempurna di kalangan murid-
murid sekolah. Serentak itu, perkembangan berbagai-bagai kebolehan psikomotor dan daya
fizikal menggalakkan penggunaan masa lapang secara yang berfaedah. Di antara kemahiran
yang terdapat dalam mata pelajaran pendidikan jasmani ialah kemahiran asas dalam olahraga.
Kajian yang di lakukan ini atas dasar matlamat dan hala tuju kurikulum Pendidikan
Jasmani yang mewajibkan guru untuk terus berusaha memastikan setiap murid menguasai
setiap kemahiran yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani. Kajian ini
dijalankan untuk membantu meningkatkan kemahiran permulaan larian pecut di kalangan
murid-murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Seri Machap yang terdiri daripada 15 orang lelaki
dan 10 orang perempuan. Kemahiran permulaan larian pecut adalah salah satu kemahiran
yang terdapat dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Acara larian pecut juga
dipertandingkan di peringkat zon, daerah, negeri dan peingkat kebangsaan. Kajian ini juga
bertujuan untuk mengenal pasti tahap keupayaan murid semasa melakukan aktiviti teknik
permulaan larian pecut.
Saya telah membuat keputusan untuk membuat rawatan untuk meningkatkan
kemahiran permulaan lari pecut adalah kerana semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
pendidikan jasmani, kebanyakkan murid lemah dalam teknik permulaan selain daya
permulaan yang tidak bertenaga.

HBEF3603
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Refleksi ini dibuat berdasarksan pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan
pada tarikh 17 Mac 2014 bersamaan hari Isnin. Murid-murid yang terlibat adalah dari kelas
tahun 4 Bijak seramai 30 orang. Murid-murid Tahun 4 Arif adalah kelas yang boleh
dikatakan dalam kategori sederhana. Berlatarbelakang dari kawasan penempatan semula
penduduk dari kawasan setinggan, murid-murid di sekolah ini kebanyakkannya adalah dari
kalangan keluarga yang sederhana dari segi ekonomi dan pendidikan. Oleh sebab itulah
kebanyakkan murid-murid di sekolah ini dalam tahap sederhana dari segi penguasaan
pembelajaran mereka.
Bidang pembelajaran yang saya sampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran saya
adalah kemahiran permulaan larian pecut. Kemahiran permulaan larian pecut adalah salah
satu kemahiran yang terdapat dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Acara
larian pecut juga dipertandingkan di peringkat zon, daerah, negeri dan peingkat kebangsaan.
Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti tahap keupayaan murid semasa melakukan
aktiviti teknik permulaan larian pecut.
Semasa menjalankan set induksi, saya dapati murid-murid seronok dan memberi
penumpuan serta aktif dengan memberi respon di mana mereka bersama-sama melakukan
gaya permulaan yang baik dalam kemahiran yang ditunjukkan dalam sesi ini. Acara larian
pecut memerlukan individu yang mempunyai keupayaan larian yang tinggi. Selain itu, pelari
juga perlu memiliki teknik mulaan yang baik. Terdapat dua teknik mulaan iaitu mulaan
berdiri dan mulaan dekam. Saya mengajar teknik mulaan yang paling popular iaitu mulaan
dekam.
Saya telah menggunakan pendekatan atau kaedah penerangan bagi aktiviti
perkembangan isi pelajaran langkah pertama yang mana menunjukcara melakukan teknik
permulaan dekam dengan penerangan adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran
terutama pelajaran Pendidikan Jasmani yang melibatkan kemahiran teknik, gaya, taktikal dan
keupayaan individu. . Permulaan gaya dekam ini amat bermasalah bagi murid-murid sekolah
rendah terutamanya di sekolah yang dibuat kajian. Murid-murid menghadapi masalah ketika
menyesuaikan kedudukan anggota badan terutamanya tangan, kaki, badan dan kepala. Oleh
itu, tujuan pengajaran ini dibuat adalah untuk memberi kemahiran tentang kedudukan kaki
HBEF3603
terutamanya lutut dan hujung jari, badan diparas yang sesuai dan kedudukan kepala
terutamanya arah pandangan mata serta kedudukan jari semasa membuat mulaan dekam.
Sebenarnya pelbagai masalah telah saya lalui dalam usaha untuk menjalankan proses
rakaman pengajaran dan pembelajaran ini , saya telah merancang untuk prngajaran dalam
bentuk teori dan praktikal. Pada mulanya saya telah merancang untuk menggunakan peralatan
ICT di dalam bilik makmal computer dalam bentuk microsoft power point semasa
penyampaian pengajaran teori saya. Malangnya pada hari tersebut, makmal computer
digunakan untuk aktiviti sekolah dan peralatan ICT yang terdapat di dalam kelas 4 Bijak pula
sememangnya telah rosak. Keadaan ini menyebabkan saya mengubah perancangan kepada
pendekatan penerangan secara teori dan praktikal terus di padang dengan menggunakan
peralatan sukan yang sesuai yang telah disediakan dari awal lagi.
Saya dapati murid-murid dalam kelas ini, dapat memerima penerangan dengan baik
dan mudah memahami penerangan yang diberikan. Murid-murid memberi respon dengan
menjawab soalan-soalan secara lisan yang ringkas yang diutarakan dan melakukan contoh
permulaan larian sebagai menguji pemahaman mereka terhadap penerangan dan tunjukcara
yang disampaikan. Walaupun saya dapati ada beberapa orang murid yang kelihatan tidak
memberi perhatian semasa sesi pengajaran, saya faham kerana ketika cuaca panas dan kurang
selesa. Apa yang saya dapat lakukan adalah dengan memberi teguran dan memanggil mereka
supaya memberi perhatian.
Bagi aktiviti kumpulan pula, kaedah yang saya gunakan adalah kaedah kumpulan
pelbagai kecerdasan yang mana murid-murid terdiri dari murid-murid yang sederhana dan
lambat bagi kelas tersebut. Pengumpulan jenis ini adalah amat sesuai bagi aktiviti
pembelajaran yang memerlukan bimbingan dari murid-murid yang cerdas bagi murid-murid
yang kurang cerdas. Dengan cara ini, bakat kepimpinan murid-murid yang cerdas dapat
dikembangkan serta nilai-nilai murni seperti semangat bekerjasama, bertimbangrasa,
bertanggungjawab dan toleransi dapat dipupuk dalam kumpulan jenis ini. Semasa aktiviti
praktikal secara kumpulan, saya dapati ada yang bersungguh-sungguh melakukan permulaan
larian dekam dengan melakukan secara berulang-ulang dan ada yang berusaha melakukan
sehingga betul-betul mencapai objektif.
Setelah mereka melakukan dalam kumpulan, saya meminta wakil dari kumpulan
masing-masing menunjukkan teknik permulaan larian dekam dengan betul. Dari contoh yang
ditunjukkan, saya dapati mereka faham dan tahu untuk melakukan permulaan dekam dengan
HBEF3603
baik walaupun saya dapati ada sedikit kelemahan dalam pergerakan ketika permulaan
larian. Namun ini dapat disedari sendiri oleh murid kesilapan yang telah dilakukan dan dapat
diatasi dengan membuat secara berulang-ulang sehingga berjaya walaupun kelihatan
mengambil masa yang panjang.
Kelemahan yang terdapat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan
adalah keadaan padang yang lecak akibat hujan yang turun hampir setiap hari. Ini
menyukarkan sedikit pergerakan guru dan pelajar sewaktu aktiviti tunjukcara dan praktikal
yang dijalankan oleh pelajar. Sewaktu aktiviti permainan kecil dimana pertandingan larian 60
meter dijalankan hanya 80% sahaja yang dapat menyertai dan selebihnya tidak dapat dibuat
akibat terbatasnya pergerakan di atas padang yang lecak dan masa yang tidak mencukupi.
Dari segi penggunaan ruang sewaktu pengajaran dijalankan adalah terbatas kerana ruang
padang menjadi semakin kecil kerana banyak ruang yang dipenuhi air yang bertakung.
Suasana sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan kedengaran sedikit bising
kerana penglibatan murid yang aktif dan ada pula beberapa orang yang kelihatan sedikit bosan
kerana cuaca yang panas ketika itu mempengaruhi tumpuan mereka pada pembelajaran.
Namun begitu, melalui penilaian yang dibuat semasa aktiviti kumpulan dijalankan
saya dapati murid-murid dapat mencapai objektif yang diharapkan kerana semua murid dapat
melakukan permulaan larian dekam dengan betul. Hal ini disokong dengan aktiviti
pertandingan yang dibuat dalam permainan kecil dimana semua murid dalam melakukannya
dengan baik.Daripada penilaian dan pengamatan saya sewaktu aktiviti dijlankan semua murid
dapat melakukannya sekurang-kurangnya selepas 2 atau 3 kali percubaan.
Oleh yang demikian, di sini saya boleh rumuskan bahawa kaedah-kaedah yang saya
gunakan berjaya dilaksanakan dan murid-murid menglibatkan diri secara aktif semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku. Saya harapkan di masa akan datang, saya akan dapat
mempelbagaikan lagi kaedah-kaedah bagi menarik minat murid supaya murid-murid akan
dapat memahami sesuatu kemahiran yang disampaikan dengan lebih jelas. Penggunaan
kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu lebih menarik dan
akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif sepanjang sesi
pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Terdapat beberapa kaedah dan teknik yang
berkesan boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang
demikian, pemilihan terhadap kaedah dan teknik yang lebih sesuai perlulah dilakukan secara
berhati-hati supaya tidak menghalang dalam melaksanakan proses pembentukan konsep-
HBEF3603
konsep secara mudah dan lebih berkesan. Aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang
menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-
konsep yang diterjemahkan dapat difahami dengan lebih jelas dan tepat. Aktiviti yang dipilih
harus mempengaruhi intelek, emosi, minat dan kecenderungan pelajar secara berkesan serta
mampu untuk menjelaskan pengajarannya.
Jika saya berpeluang untuk mengajar topik ini lagi kepada kumpulan pelajar yang
sama, saya akan gunakan pendekatan dan kaedah yang sama. Cuma untuk teori saya akan
gunakan kemudahan ICT supaya murid-murid akan dapat melihat dengan jelas teknik
kemahiran yang diajar. Sememangnya penggunaan computer dan multimedia penting dalam
pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat memupuk pebagai kecekapan seperti
menggalakkan potensi imaginative, kreatif, emosi, pemikiran logik dan kritikal.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini dijalankan, pelajar-pelajar diharapkan akan mencapai objektif berikut:
2.1 Objektif Am
Kajian ini bertujuan meningkatkan penglibatan diri murid di dalam aktiviti pengajaran semasa
proses pengajaran dan pembelajaran teknik asas larian permulaan dekam.

2.2 Objektif Khusus
Meningkatkan keyakinan diri murid untuk melibatkan diri dengan aktiviti
pengajaran yang dijalankan.
Meningkatkan kemahiran sosial murid antara rakan-rakan di dalam aktiviti
berkumpulan.
Meningkatkan penumpuan murid di dalam kelas terhadap pelajaran yang
disampaikan oleh guru.
Membantu meransang minat murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam
proses P&P.
Membantu murid menguasai kemahiran membaca asas permulaan larian
dengan betul.

HBEF3603
3.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan murid-murid tahun 4 dan 5 di Sekolah Kebangsaan Seri
Machap,Simpang Renggam,Johor.Sampel terdiri daripada murid-murid di tahap dua iaitu
murid-murid di tahun 4 dan 5.Untuk tujuan kajian ini,saya membuat keputusan untuk
mengambil sampel dari kelas tahun 4 Bijak yang merupakan kelas ke terakhir daripada 2
kelas tersebut.Ini adalah kerana,saya diberikan amanah untuk mengajar murid di kelas ini
sepanjang sesi praktikum dan juga internship berlangsung sepanjang tempoh 4 bulan.Ini
adalah faktor bagi saya memilih sampel tersebut agar mudah untuk berurusan dengan pihak
sekolah dan dapat memberikan tumpuan terhadap pengajaran terutamanya kepada kajian yang
dilaksanakan ini.
Kumpulan sasaran bagi kajian ini adalah seramai 30 orang murid dari kelas 4 Bijak
yang terdiri daripada 20 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan. Kebanyakkan
murid lemah dalam teknik permulaan selain daya permulaan yang tidak bertenaga. Kajian ini
akan menggunakan reka bentuk kaedah kuantitatif. Kaedah ini memerlukan penyelidik
mengumpul data dan menganalisa data. Instrumen kajian terbahagi kepada dua jenis iaitu pra
penilaian dan pos penilaian. Dalam melakukan kajian ini Sampel Kawalan dan Sampel
Eksperimen akan melakukan ujian jangkauan pertama dalam permulaan larian pecut iaitu
Ujian Pra dan Ujian Pos di mana setiap jangkauan akan direkodkan. Kemudian, jarak
jangkauan akan dibuat perbandingkan di antara kedua-dua sampel.
4.0 PELAKSANAAN INOVASI P&P

4.1 Tinjaun masalah
Proses 1 Merancang : Sebelum melaksanakan Kajian Tindakan, penyelidik perlu membuat
perancangan.
Bagi membolehkan objektif-objektif di atas dapat dicapai, kajian ini cuba menjawab
persoalan-persoalan berikut:
a. Adakah kaedah atau teknik yang digunakan berkesan untuk meningkatkan lonjakan
permulaan larian pecut?
b. Adakah pelajar - pelajar Tahun 4 Bijak mampu melakukan penambahbaikan lonjakan
permulaan larian pecut?
c. Adakah lonjakan permulaan larian pecut pelajar pelajar Tahun 4 Bijak bertambah
baik?
HBEF3603
Acara larian pecut memerlukan individu yang mempunyai keupayaan larian yang
tinggi. Selain itu, pelari juga perlu memiliki teknik mulaan yang baik Saya telah membuat
keputusan untuk membuat rawatan untuk meningkatkan kemahiran permulaan lari pecut
adalah kerana semasa sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, kebanyakkan
murid lemah dalam teknik permulaan selain daya permulaan yang tidak bertenaga. Terdapat
dua teknik mulaan iaitu mulaan berdiri dan mulaan dekam.
Teknik mulaan yang paling popular ialah mulaan dekam. Mulaan dekam pula
mempunyai tiga posisi iaitu gaya peluru, gaya sederhana dan gaya panjang. Permulaan gaya
dekam ini amat bermasalah bagi murid-murid sekolah rendah terutamanya di sekolah yang
dibuat kajian. Murid-murid menghadapi masalah ketika menyesuaikan kedudukan anggota
badan terutamanya tangan, kaki, badan dan kepala. . Oleh itu, tujuan kajian ini dibuat untuk
memberi kemahiran tentang kedudukan kaki terutamanya lutut dan hujung jari, badan diparas
yang sesuai dan kedudukan kepala terutamanya arah pandangan mata serta kedudukan jari
semasa membuat mulaan dekam

4.2 ( Melaksanakan rancangan )
Penyelidik melaksanakan rancangan mengikut apa yang telah dirancang.
Tindakan Yang Dijalankan
Untuk kajian ini langkah-langkah yang akan digunakan ialah kaedah ansur maju.
Sebagaimana yang kita tahu kaedah ini biasa digunakan dan ianya amat praktikal dan
berkesan untuk murid-murid menguasai kemahiran yang terdapat dalam Pendidikan Jasmani.
Pada prinsipnya ansur maju merupakan elemen yang paling penting dalam merancang
program latihan yang melibatkan pergerakan. Latihan mestilah secara progresif. Jika beban
latihan ditambahkan dengan cepat, badan tidak dapat menyesuaikan dirinya menyebabkan
individu jatuh sakit/cedera. Beban latihan yang terkawal akan mempastikan kadar ansur maju
yang berterusun akan dapat mengelakkan bahaya daripada latihan yang berlebihan.
Saya akan membuat dua garisan selepas garisan pemulaan larian pecut yang merupakan
sebagai penanda. Garisan di bahagian hadapan adalah untuk kedudukan bahagian kepala
pelari. Garisan yang kedua adalah untuk kedudukan bahagian bahu pelari.
Selain itu, saya juga akan membuat empat garisan sebelum garisan permulaan larian
pecut. Keempat-empat garisan ini digunakan sebagai penanda bagi kaki kiri dan kaki kanan
pelari. Garisan yang pertama adalah kedudukan lutut pelari manakala garisan yang kedua
adalah untuk kedudukan hujung kaki di bahagian belakang. Begitu juga bagi garisan yang
ketiga dan keempat untuk kaki yang satu lagi.
HBEF3603
Saya juga akan menggunakan bebanan (bungkusan pasir) yang dipasang di
pergelangan kaki setiap Sampel Eksperimen. Mereka akan berlari beberapa pusingan sambil
memakai bebanan tersebut. Selain itu, Sampel Eksperimen juga akan melakukan aktiviti
melangkah dengan menarik beban menggunakan tiub basikal yang diikat dengan beban
(karung pasir) seberat dua kilo. Ini bertujuan untuk menguatkan otot kaki dan seterusnya
meringankan kaki ketika membuat jangkauan pertama semasa permulaan larian pecut. Untuk
kekuatan otot tangan pula, Sampel Eksperimen akan melakukan aktiviti menarik beban yang
terdiri dari tiub yang diikat di tiang bendera. Selain itu, mereka akan melakukan aktiviti tekan
tubi berulang-ulang.
Terdapat 2 instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu:
Instrumen yang pertama ialah Ujian Pra (Penilaian Satu). Ujian Pra (Penilaian Satu) dilakukan
sebelum rawatan dilakukan untuk gaya permulaan larian pecut. Ujian Pra (Penilaian Satu)
digunakan untuk merekod jangkauan pertama setiap responden. Unit yang digunakan untuk
mengukur jangkauan pertama setiap responden ialah sentimeter.
Instrumen yang kedua ialah Ujian Pos (Penilaian Dua). Ujian Pos (Penilaian Dua)
dijalankan selepas rawatan dibuat.Ujian Pos (Penilaian Dua) dilakukan untuk melihat
penambahbaikkan jangkauan pertama hasil daripada rawatan yang dilakukan. Ujian Pos
(Penilaian Dua) yang direkod akan digunakan untuk membandingkan dengan data yang
terdapat di dalam Ujian Pra (Penilaian Satu). Sebagaimana Ujian Pra (Penilaian Satu), Ujian
Pos (Penilaian Dua) menggunakan unit sentimeter dalam membuat pengukuran jangkauan
pertama setiap responden.
5.0 LAPORAN PERLAKSANAAN KONSEP INOVASI YANG DIJALANKAN
Data kajian boleh dikutip melalui pelbagai cara dan daripada pelbagai sumber, yang
mana pada akhirnya diringkaskan dalam satu dokumen. Bagaimanapun, sekiranya data ini
tidak dapat ditafsir dengan baik, proses ini tidak boleh dianggap sebagai satu kajian. Secara
ringkas, data kajian perlu dikutip dan ditafsir secara sistematik berdasarkan tujuan kajian yang
jelas. Dalam hal ini, kajian boleh didefinisikan sebagai pendekatan saintifik, iaitu sistematik,
kepada kajian tentang sesuatu atau beberapa masalah. Di sini, sistematik atau saintifik
bermaksud kajian akan dibuat dengan menggunakan hubungan yang logik dan tidak hanya
berlandaskan kepercayaan yang tidak mempunyai bukti nyata untuk dilihat atau dibaca.

HBEF3603
Hubungan logik dan sistematik ini melibatkan penjelasan tentang kaedah pengutipan
dan penghasilan data, memberikan penakrifan yang sesuai terhadap hasil kajian, menjelaskan
sebab-sebab berkaitan hasil yang diperoleh serta menjelaskan segala batasan yang boleh
memberi kesan kepada hasil kajian.
Larian pecut adalah satu acara yang dipertandingkan di peringkat Majlis Sukan
Sukan Kawasan, Daerah , Negeri dan Kebangsaan. Acara ini, sering dinanti nantikan oleh
setiap penonton dalam sebarang kejohanan. Acara ini juga menaikkan nama seseorang dalam
acara olahraga. Peserta peserta sekolah pengkaji sering ketinggalan dalam perlumbaan
larian pecut di peringkat Majlis Sukan Sukan Peringkat Kawasan.
Oleh itu hasil dapatan daripada kajian ini diharapkan sedikit sebanyak dapat
membantu pihak-pihak tertentu terutamanya guru-guru Pendidikan Jasmani dan Jurulatih
Olahraga sekolah untuk melahirkan peserta-peserta wakil rumah sukan dan wakil sekolah dan
seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. Kajian ini juga dapat membantu pengkaji di masa
akan datang sebagai panduan dan garis panduan atau boleh diubah suai untuk
penambahbaikan bagi menghasilkan kajian yang lebih efektif bersesuaian dengan situasi,
masa dan responden yang dipilih.











HBEF3603
6.0 LAMPIRAN
Jadual Ujian Pra Lonjakan Pertama Larian Pecut
Sampel Kawalan

Bil.

Nama Murid
Tahap Lonjakan
( cm )
P 1 P 2 P 3 Jarak Terbaik
(cm)
1. Muhd Fahmi 101 107 109 109
2. Muhd Yazid Hamid 103 110 113 113
3. Muhd Yazid Ismadi 112 115 111 115
4. Muhd Rayyan Zikri 112 102 105 112
5. Muhd Shah Nur Malik 112 116 113 116
6. Fadhilah Faidzal 102 100 102 102
7. Nor Athirah Bidin 108 98 100 100
8. Nurul Shamimi 105 100 100 105
9. Nurul Solehah 92 97 100 100
10. Nurul Amira Athirah 107 109 109 109


HBEF3603
Jadual Ujian Pos Lonjakan Pertama Larian Pecut
Sampel Eksperimen
Tempat Pemerhatian : Padang Sekolah Kebangsaan Seri Machap,Simpang Renggam

Bil.

Nama Murid
Tahap Lonjakan
(cm)
P 1 P 2 P 3 Jarak Terbaik
1. Amirul Afiq Bin Asmawi 122 130 124 130
2. Hairul Izwan bin Mat Isa 112 123 115 123
3. Isma Ammar Danial 123 133 135 137
4. Mohd Amirul Hakim 126 132 125 132
5. Mohd Nazuan Nordin 113 128 132 132
6. Nur Amirah Rahmat 112 128 122 122
7. Nur Aisyah Najiha Selamat 119 120 126 126
8. Siti Maisarah Safari 111 130 127 130
9. Siti Zulaikha Saidin 113 129 132 132
10. Fazurah Najwa Abu Bakar 119 129 120 129



HBEF3603
Jadual Perbandingan Jangkauan Pertama Ujian Pra Dan Ujian Pos
Sampel Kawalan

Bil.

Nama Murid
Jarak Jangkauan
Ujian Pra (cm)
Jarak Jangkauan
Ujian Pos (cm)
Perbezaan
(cm)
1. Muhd Fahmi 109 115 6
2. Muhd Yazid Hamid 113 115 2
3. Muhd Yazid Ismadi 115 117 2
4. Muhd Rayyan Zikri 112 116 4
5. Muhd Shah Nur Malik 116 116 0
6. Fadhilah Faidzal 102 114 12
7. Nor Athirah Bidin 100 113 13
8. Nurul Shamimi 105 108 3
9. Nurul Solehah 100 109 9
10. Nurul Amira Athirah 109 107 -2







HBEF3603
Jadual Perbandingan Jangkauan Pertama, Sampel Eksperimen
Sebelum Dan Selepas Rawatan.

Bil.

Nama Murid
Jarak Jangkauan
sebelum rawatan
(cm)
Jarak Jangkauan
selepas rawatan
(cm)

Perbezaan
(cm)
1. Amirul Afiq Bin Asmawi 114 130 16
2. Hairul Izwan bin Mat Isa 110 123 13
3. Isma Ammar Danial 108 137 29
4. Mohd Amirul Hakim 114 132 18
5. Mohd Nazuan Nordin 110 132 22
6. Nur Amirah Rahmat 98 122 24
7. Nur Aisyah Najiha Selamat 105 126 21
8. Siti Maisarah Safari 102 130 28
9. Siti Zulaikha Saidin 108 132 24
10. Fazurah Najwa Abu Bakar 111 129 18

Você também pode gostar