Você está na página 1de 21

Tugasan Semester 2 /TP 60204

1 | 20 P a g e






UNIVERSITI MALAYSIA SABAH


TAJUK TUGASAN:
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

OLEH:
SYAMSURIAH BINTI OPEN (MT1312344T)
SEMESTER 2 SESI 2013/2014




SARJANA PENDIDIKAN ( PENGURUSAN PENDIDIKAN )
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH


KOD KURSUS :
TP6

NAMA KURSUS :
PENGURUSAN PENDIDIKAN

NAMA PENSYARAH :
PROF. MADYA DR. MOHD. YUSOF ABDULLAH
Tugasan Semester 2 /TP 60204

2 | 20 P a g e

ISI KANDUNGAN Mukasurat

1.0 Pengenalan 2

2.0 Definisi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 4

3.0 Isu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 5

3.1 Kelemahan sistem, kemahiran dan kemudahan ICT 5
3.2 Kekurangan kemudahan keperluan pentaksiran 6
3.3 PCG tidak relevan 7
3.4 Ibubapa lebih selesa dengan gred dan markah bukannya band 8
3.5 Guru bukan opsyen 8
3.6 Stress dan sikap, apati, defensive pembaharuan 9

4.0 Dinamika Organisasi Dalam PBS (Penambahbaikan) 10

4.1 Pengurusan dan kepimpinan sekolah 10
4.2 Pemantauan 11
4.3 Meningkatkan iltizam guru 12
4.4 Sikap guru sebagai pentaksir 12
4.5 Institusi masyarakat atau pihak luar sebahagian organisasi pentaksiran 13
4.6 Memperkasakan peranan Ibubapa 14
4.7 Membangunkan KPI untuk pentaksiran 14
4.8 Pentaksiran satu tarikan murid 15
4.9 Perubahan dasar Kadar Bantuan Perkapita (PCG) 16
4.10 Pembangunan profesionalisme keguruan 16
4.11 Memahami dan menggunakan kelebihan ciri pentaksiran 17
4.12 Membangunkan profesionalisme keguruan 18

5.0 Penutup 19


RUJUKAN



Tugasan Semester 2 /TP 60204

3 | 20 P a g e

TAJUK TEMA: Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
1.0 Pengenalan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula tahun 2011 adalah
transformasi dilakukan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pelajaran negara
setanding piawaian global. KSSR menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
yang dilaksanakan sejak 1993 mempunyai beberapa penambahbaikan dengan menjadikan
kurikulum negara maju sebagai rujukan. Antara pembaharuan dilaksanakan adalah menerapkan
elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang
dilaksanakan sejak KBSR ditambah dengan satu lagi aspek iaitu menaakul menjadikannya 4M.

Menurut Wan Mohd Zahid (1996), sistem pendidikan perlu bersifat dinamik.
Maka, reformasi pendidikan terpaksa dilakukan untuk memenuhi kehendak semasa. Lantaran
itu pentaksiran untuk KSSR juga turut mengalami pembaharuan iaitu Sistem Pentaksiran
Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan peperiksaan awam
dan memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Transformasi yang dilakukan
Kementerian Pelajaran ini adalah bagi memastikan sistem pendidikan negara dapat melahirkan
modal insan yang berkesan. Sistem PBS juga adalah salah satu usaha membangunkan modal
insan secara holistik dengan menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual,
pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika dan moral yang tinggi. Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan penambahbaikan bagi sistem peperiksaan yang sedia ada
iaitu UPSR dan PMR. Sistem pentaksiran yang baru ini telah dirangka dan disusun secara
sistematik oleh lembaga peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana terdapat buku
panduan pengurusan dan pengendalian pentaksiran berasaskan sekolah yang boleh dijadikan
panduan untuk mengoperasikan PBS di sekolah rendah dan menengah.

Ada lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti
jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan
pusat serta pentaksiran pusat. Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab
melaksanakan sistem pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru membabitkan
murid, ibu bapa dan organisasi luar yang dipecahkan kepada dua iaitu pentaksiran formatif dan
Tugasan Semester 2 /TP 60204

4 | 20 P a g e

pentaksiran sumatif. Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid
menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada
bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak dibenar
membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti
digunakan sebelum ini.

Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat
pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu
dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah. Pembaharuan
lain ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian
dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian
murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa. Portfolio adalah
kaedah pengumpulan hasil kerja murid yang sistematik dan menjadi bukti perkembangan murid
sepanjang tempoh pembelajarannya. Dokumen ini dibahagikan kepada dua iaitu portfolio
perkembangan dan pameran. Portfolio perkembangan menunjukkan perkembangan
pembelajaran murid dari semasa ke semasa, membantu guru memantau perkembangan dan
membuat pentaksiran serta membolehkan murid melakukan penilaian kendiri dalam menetap
matlamat yang hendak dicapai.

Dokumen itu turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai
perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau kelemahan murid
secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid. Portfolio pameran
mempamerkan tahap penguasaan dan pencapaian murid pada akhir tempoh pembelajaran
mereka selain sebagai bahan bukti untuk rujukan dan penilaian akan datang, memberi
maklumat aptitud murid kepada guru yang akan mengajarnya pada tahun berikutnya serta
dijadikan penilaian untuk pemberian penghargaan. Pendekatan pentaksiran baru ini
membolehkan guru menilai murid dengan lebih berkesan dan teratur. Portfolio memudahkan
guru menyemak rekod pembelajaran murid serta mengetahui kelemahan mereka dan cara
mengatasinya. Pengukuran tahap pembelajaran murid kini dapat dilakukan menerusi standard
prestasi yang berupaya menentukan tahap penguasaan mereka mengikut band bermula dari
satu hingga enam. Setiap band memiliki penilaian bermula band satu bermaksud murid tahu,
band dua (tahu dan faham), band tiga (tahu, faham dan boleh buat), band empat (tahu, faham
Tugasan Semester 2 /TP 60204

5 | 20 P a g e

dan boleh buat dengan beradab), band lima (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab
terpuji) serta band enam (murid tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali.

2.0 Definisi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Apa itu pentaksiran sebenarnya? Rata-rata masyarakat amnya, guru dan pelajar,
khasnya, apabila ditanya tentang bagaimana hendak mengukur tahap pencapaian, hanya satu
jawapannya, melalui peperiksaan. Ini disebabkan oleh pendedahan kita hanya tertumpu kepada
peperiksaan semata-mata sebagai kayu pengukur tahap pencapaian seseorang pelajar. Malah
masyarakat kita, kerana sudah terbiasa dengan peperiksaan, mula membandingkan seorang
pelajar dengan pelajar dengan kaedah berapa banyak A yang dapat diperolehi selepas satu
peperiksaan. Bertambah bilangan A yang diperolehi oleh seorang pelajar disama ertikan pula
dengan maksud pelajar itu mempunyai ilmu dan kemahiran yang lebih berbanding dengan
pelajar lain. Hasilnya, masyarakat meletakkan nilai A itu sebagai kayu pengukur kejayaan
seorang pelajar dan berlumba-lumba untuk anaknya mendapat A. Jika tidak mencapai A, maka
bermaksud pelajar itu kurang cemerlang, malah lebih sedih lagi, melabelkan pelajar itu sebagai
seorang yang gagal. Beberapa persoalan timbul daripada senario sebegini. Adilkah kepada
seorang pelajar dinilai hanya bersandarkan kepada satu peperiksaan sahaja? Apakah pelajar itu
benar-benar seorang yang berjaya, hanya berlandaskan kepada bilangan A yang diperolehi di
dalam peperiksaan? Gagalkah seorang pelajar dalam kehidupannya jika tidak mendapat
bilangan A yang banyak atau tidak mendapat A langsung? Tidak adakah rasa tertekan/tekanan
mental kepada pelajar kerana terpaksa mengejar A? Bagaimana dengan ibubapa-tiada tekanan?
Adakah pelajar itu belajar hanya untuk mendapat A di dalam peperiksaan atau untuk digunakan
di dalam kehidupannya?
Semua lapisan masyarakat memerlukan anjakan paradigma apabila berhadapan
dengan isu ini. Tidak dinafikan peperiksaan itu penting. Tetapi ia bukanlah matlamat akhir. Ia
juga bukan penentu mutlak kepada pencapaian pelajar. Sebenarnya, peperiksaan hanyalah satu
ranting sahaja di dalam kaedah pentaksiran. Ia bukanlah 'be all and end all' (bukan segala-
galanya). Perlukah kita kepada peperiksaan? Jawapannya - perlu. Pentingkah peperiksaan?
Jawapannya - penting. Tetapi perlukah peperiksaan itu dijadikan kayu pengukur kepada
Tugasan Semester 2 /TP 60204

6 | 20 P a g e

pencapaian pelajar semata? Tidak. Perlukah pelajar dan ibubapa dibebankan dengan
peperiksaan? Tidak. Adakah peperiksaan benar-benar menguji pencapaian pelajar? Tidak!
Oleh itu, Kerajaan dengan pakar-pakar pendidikan membuat kajian tentang
kebergantungan kita kepada peperiksaan, sehingga kita lupa kepada matlamat asal Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Untuk melahirkan insan yang holistik. Oleh itu, setelah dikaji, maka
kita baru tersedar sebenarnya terdapat pelbagai kaedah pentaksiran, bukan hanya tertumpu
kepada peperiksaan. Sudah ramai cendekiawan berpendapat bahawa untuk sesetengah
peringkat umur, kaedah pentaksiran yang berupa peperiksaan tidak praktikal untuk
membimbing pelajar di dalam pembelajarannya. Rata-rata, cendiakawan dari negara maju telah
pun bergerak meninggalkan kaedah pentaksiran tradisional ini. Mereka lebih tertumpu kepada
kaedah pentaksiran yang berupa 'authentic' yang bermaksud menyerupai dunia sebenar.
Mereka juga lebih menumpukan kepada pentaksiran di dalam kelas.
Jadi apa sebenarnya pentaksiran? Pentaksiran boleh didefinisikan sebagai apa-
apa sahaja kaedah yang diguna untuk lebih memahami pengetahuan, kemahiran dan adab/
nilai/ akhlak yang dimiliki oleh seseorang murid sama ada melalui atau tanpa melalui
proses pengajaran-pembelajaran (Dari bahan oleh Dr. Jamil Adimin, Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Peperiksaan Malaysia).

3.0 Isu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

3.1 Kelemahan sistem, kemahiran dan kemudahan ICT
Pentaksiran Berasaskan Sekolah bukanlah perkara baru tetapi perluasan
pelaksanaanya hingga melibatkan kerja-kerja ICT dan online telah menimbulkan ketidak
puasan hati para guru yang terlibat. Ini termasuklah kelemahan sistem dimana pengguna
sistem memasukkan datanya yang tidak boleh comply dengan beban data semasa. Sistem
Pangkalan Data PBS lemah menyebabkan guru perlu memasukkan data pada waktu lewat
malam. Akibatnya, pada waktu pagi guru mengantuk menyebabkan mutu mengajar menjadi
lemah, sekali gus menjejas mutu pengajaran dan pembelajaran. Di sekolah pula ramai kalangan
guru yang menghabiskan waktu untuk tugas perkeranian, bukan pada tugas hakikinya. Ini
kerana selain sibuk memasukkan data, guru juga sibuk mengemaskan rekod. Walaupun
Tugasan Semester 2 /TP 60204

7 | 20 P a g e

sepatutnya guru melebihkan masa bagi menyiapkan kerja-kerja PBS sendiri seperti membina
instrumen soalan, menanda dan menyemak kertas soalan.
Bagi guru-guru yang kurang mahir ICT juga satu isu yang signifikan dengan
pentaskiran di mana ada kalangan guru-guru veteren terutamanya di sekolah rendah yang tidak
gemar dengan tugasan key in online SPPBS. Ini menjejaskan bukan sahaja nama sekolah dan
PPD berkenaan tetapi juga keciciran markah murid yang gagal dimasukkan ke SPPBS setiap
bulan malahan terdapat sekolah yang dihighlight kerana guru gagal memasukkan prestasi
murid ke sisitem online. Ketiadaan, kekurangan dan ketidak fungsian capaian rangkaian
internet sekolah juga satu lagi isu yang membantutkan kemasukan prestasi murid ke SPPBS,
hinggakan terdapat prestasi transit untuk diisi pada bulan Jun dan November sedangkan
sepatutnya prestasi murid di masukkan ke dalam system sekurang-kurang diakhir setiap bulan.
Seperti lazimnya, guru akan menggunakan peralatan ICT peribadi bagi menyelesaikan tugasan
tersebut.
Dilema antara prestasi murid dengan integrity guru. Penyelesaian tugasan
kurikulum mengikut rancangan pengajaran tahunan menjadikan guru kadang-kadang terpaksa
melepaskan murid ke aras band yang lebih tinggi biarpun arasnya belum dicapai. Keadaan ini
boleh menimbulkan persoalan kredebiliti dan integriti guru. Guru berkenaan dalam dilema
sekiranya tidak melepaskan murid ketahap band lebih tinggi sudah tentu ianya satu kerugian
yang bakal dihadapi dimasa kutipan kesemua band pada tahun enam. Melepaskan murid tanpa
penguasaan sebenar pula menimbulkan persoalan tahap integriti guru berkenaan. Guru yang
menjalankan pentaksiran juga berhadapan dengan kerisauan apabila adanya khabar lawatan
oleh pihak penjaminan kualiti pendidikan seperti pihak nazir, Sektor Jaminan Kualiti dan
Lembaga Peperiksaan.

3.2 Kekurangan kemudahan keperluan pentaksiran.
Penetapan sistem pentaksiran bagi Kurikulum Standrad Sekolah Rendah (KSSR)
melalui PBS dan bukan lagi peperiksaan mengikut semester atau bulanan seperti di KBSR
meningkatkan lagi tekanan terhadap keperluan asas pentaksiran kurikulum terutamanya
percetakan. Ini kerana kebiasaannya pentaksiran sepatutnya dilaksanakan bagi satu satu
standard prestasi yang selari dengan setiap pelaksaan pengajaran dan pembelajaran. Eviden
diperlukan kebanyakkan adalah kertas bercetak yang dinyatakan Standrad Prestasi iaitu
Diskriptor dan Band sama ada dikuasai atau belum dan selepas itu guru perlu menyimpannya
Tugasan Semester 2 /TP 60204

8 | 20 P a g e

bagi tujuan rujukan, tindakan susulan, failing dan sebagainya. Begitu juga dengan keperluan
fail bagi setiap murid, kos mendapatkannya dipulangkan pada ibubapa bagi yang mampu tiada
masalah tapi bagi ibubapa yang sebaliknya, akan menimbulkan masalah kepada pihak sekolah.
Kekurangan kemudahan lain di sekolah turut juga mempengaruhi hasil pentaksiran seperti
mana menurut kajian Ismail Sulaiman(2005), faktor kemudahan pembelajaran memainkan
peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran dan sangat mempengaruhi sesuatu mata
pelajaran sama ada meningkatkan atau menjejaskan bergantung kepada keadaan sesuatu
tempat belajar itu.
Peralatan ICT seperti komputer, pencetak dan internet yang tiada atau tidak
mencukupi menjadi isu kepada pentaksiran. Ini kerana terdapat pentaksiran terhadap standard
kandungan yang menggunakan peralatan ICT misalnya elemen TMK yang merentas semua
subjek KSSR dan memiliki standard prestasi tersendiri. Bagaimana guru mengajar dan
mentaksir prestasi elemen ini jika kemudahan peralatan mengajar tiada?.

3.3 PCG tidak releven.
Menghadapi keperluan pelaksanaan Kurikulum semasa, khasnya kerja-kerja
pentaksiran yang menunutut peruntukan kewangan agak tinggi, menjadikan peruntukan Kadar
Bantuan Perkapita bagi setiap matapelajaran tidak lagi releven. Menurut Azhar Abdul Aziz
(1999), alat bantu mengajar mestilah dianggap sebagai sebahagian dari proses pengajaran.
Berdasarkan pernyataan tersebut, jelaslah bahawa proses pembelajaran akan lebih baik dengan
bantuan peralatan yang pelbagai. Sekolah Gred B dan SKM contohnya, tidak mampu untuk
menyediakan mesin pencetak dan penyenggeraannya yang menelan ribuan ringgit, begitu juga
penyediaan bahan bantu mengajar seperti kertas warna, kad manila, bahan dan kit hands on
yang bukan sahaja sebagai alat bantu mengajar guru tetapi sememangnya diperlukan dan
digunakan untuk pentaksiran prestasi murid. Peruntukan kewangan ini juga tidak mampu
untuk membiayai pelaksanaan program sokongan panitia matapelajaran seperti pertandingan,
mini karnival, seminar, kem dan sebagainya. Biasanya melalui program sokongan ini, guru
akan dapat melihat kemenjadian murid di luar bilik darjah bagi kegunaan pentaskiran Band 5
dan Band 6 di samping melihat sejauh manakah elemen merentas kurikulum iaitu TMK, nilai
kreativiti dan inovasi serta keusahawanan berjaya diterapkan kepada murid.


Tugasan Semester 2 /TP 60204

9 | 20 P a g e

3.4 Ibubapa lebih selesa dengan gred dan markah bukannya band.
Pengenalan Pentaksiran Berasaskan Sekolah sebagai kaedah pentaksiran baru
bagi KSSR juga menimbulkan isu ketidakselesaan dan kekeliruan ibubapa terhadap pentafsiran
prestasi anak mereka. Ini kerana sebelum ini lazimnya ibubapa mengetahui kedudukan
pencapaian dan kemajuan pelajaran anak mereka melalui ranking dan kedudukan dalam bilik
darjah. Pelaporan prestasi anak mereka lebih sinonim dengan nombor dan gred. Tetapi
semuanya ini tidakkan sama dengan pelaporan prestasi KSSR yang mana tiada ranking, tiada
peratus dan tiada gred sebaliknya hanya pernyataan pelaporan dan huraian Band yang
menyatakan tahap pencapaian dan penguasaan kandungan pelajaran. Bagi ibubapa yang
mengutamakan KPI anak mereka, selalunya guru diminta memeberi penjelasan lanjut ketika
hari menandatangani profil murid. Khususnya Band 6 yang merupakan tahap mithali yang agak
sukar dicapai kebanyakan murid. Senario ini bukan sahaja menimbulkan kekeliruan ibubapa
bahkan membangkitkan kesangsian mereka terhadap mutu pentaksiran.

3.5 Guru bukan opsyen.
Kejayaan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah sudah tentunya terletak
ditangan guru yang mengajar dan mentaksir. Isunya pula pemposisian guru mengajar mengikut
opsyen masih belum selesai. Masih terdapat sekolah-sekolah luar bandar khasnya kekurangan
guru mengikut opsyen. Sekolah kebiasaanya hanya dibekalkan mengikut Anggaran Belanja
Mengurus atau body sekolah sahaja tanpa mengutamakan penempatan mengikut opsyen yang
betul. Akhirnya guru yang bukan kepakarannya terpaksa mengajar subjek yang diberikan
pentadbir dan kebanyakan guru di posisi ini berhadapan dengan komitmen dan batasan
keupayaan. Siva Subramaniam (1995) dalam kertas kerjanya bertajuk Mempertingkatkan
Martabat Profesion Keguruan menyatakan, dalam sesi penempatan dan pertukaran guru,
terdapat kes-kes opsyen guru tidak diambil kira. Ini mengakibatkan guru mengajar mata
pelajaran yang di luar bidang pengkhususannya. Amalan ini juga adalah pembaziran tenaga
yang akan merugikan guru dan pelajar dan menimbulkan tekanan kepada guru. Sepatutnya
pentadbir menempatkan guru dengan posisi betul kerana selain dapat membantu murid
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mudah, guru juga perlu prihatin
terhadap perkembangan dan keperluan semasa murid (Juliawati 2006; Ruslin et al. 2003).
Seorang guru yang baik perlu mengambil berat keperluan anak didiknya seperti
mengetahui keupayaan fizikal dan mental murid, mengambil berat tentang kesejahteraan
Tugasan Semester 2 /TP 60204

10 | 20 P a g e

murid, menunjukkan sikap penyayang, mempunyai sifat yakin diri dalam melakukan proses
pengajaran. Kadang-kadang guru bukan opsyen ragu-ragu ketika menyampaikan
pengajarannya apa lagi jika gaya pengajaran guru itu tidak sesuai denngan subjek yang
diajarnya menimbulkan isu motivasi dikalangan murid. Ini kerana, keupayaan semula jadi murid
dan kesediaannya untuk belajar tidak sahaja bergantung kepada murid, tetapi juga terletak
kepada kesesuaian gaya pengajaran guru (Felder & Henrique 1995). Isu guru bukan opsyen ini
sudah tentu kesannya signifikan dengan kepakaran sebagai pentaksir dengan jaminan kualiti
yang boleh dipersoalkan.

3.6 Stres dan sikap, apati, defensive pembaharuan.
Sehingga hari ini, isu membabitkan guru dan profesionalisme keguruan terus
mendapat perhatian dan sering dibahaskan secara meluas sama ada di media massa, dalam
kalangan masyarakat umum malah dibincangkan sehingga peringkat nasional dan universal.
Saban hari dan waktu, pihak media massa secara berterusan menyediakan laporan yang
sesetengahnya berbaur sentimen mempersendakan guru dan profesionalisme keguruan.
Walaupun laporan dan gambaran yang diberikan tidak menyeluruh, namun tindakan ini berjaya
memetakan suatu prejudis masyarakat umum terhadap guru dan profesionalisme keguruan.
Lantas, fenomena ini turut melakarkan rasa kekecewaan, gangguan mental dan emosi guru,
sementelahan bila berhadapan dengan bebanan tugas yang semakin bertambah. Senario ini
semakin serius apabila terdapat guru novis yang berkhidmat kurang daripada 10 tahun mulai
berasa bosan dan tidak mahu lagi bertugas sebagai guru (Chester, 1997; Keller, 2000;
Sandham, 2001). Mutakhir ini, wujud kegemaran guru menjalankan tugas berkepentingan
peribadi semasa waktu persekolahan sehingga boleh menjejaskan profesionalisme keguruan
(Mohd Yusof, 2002; BPG, 1998; BPPDP, 1998).
Isu apati dikalangan guru juga timbul apabila adanya anggapan tugas mengajar
mudah dan remeh, tidak bersemangat, sentiasa murung dan bersikap acuh tidak acuh semakin
meningkat sejak akhir-akhir ini (Mohd Yusof, 2002). Guru bermasalah dapat diklasifikasikan
kepada tiga jenis iaitu bersikap negatif, sakit mental dan sakit fizikal. Sikap seperti malas, degil,
berpakaian tidak kemas, melawan pentadbir, ponteng sekolah dan kelas, tidak berminat untuk
mengajar, tidak menyediakan rancangan pengajaran, keluar waktu persekolahan atas urusan
peribadi, sering mengambil cuti sakit sudah tentu memberikan kesan yang serius terhadap
minat dan prestasi pembelajaran pelajar mereka. Dapatan kajian Jamil (2002), menerusi sesi
Tugasan Semester 2 /TP 60204

11 | 20 P a g e

temu bual terhadap guru terlatih di Terengganu menjelaskan guru mulai bosan, tidak lagi
berminat menjadi guru, tidak berpuas hati dengan sistem yang diamalkan, mendapati
ketidakadilan dalam pengurusan sekolah, berasa tidak mendapat apa-apa dengan jawatan yang
disandang setelah berkhidmat selama 20 tahun dan lebih.
Tambahan kerja dalam PBS menjadikan bebanan tugas yang berat yang terpaksa
dipikul oleh guru-guru juga telah menyebabkan mereka tidak menyempurnakan tugas mereka
dengan baik dan seterusnya ditegur atau dimarahi oleh majikan boleh menyebabkan seseorang
itu mengalami stress. Ketegangan yang berpanjangan boleh mempengaruhi psikologi
seseorang seperti hilang keyakinan, cepat meradang, agresif dan hilang daya konsentrasi. Ini
menyebabkan seseorang guru itu kurang bersemangat dan tidak bermotivasi di dalam
menjalankan tugasnya (Abdul Malik, 2000). Ini turut diakui oleh Zubaidah Aman (1999) yang
mendapati bebanan waktu mengajar, jumlah mata pelajaran dan bebanan tugas di sekolah
mempengaruhi keletihan emosi guru. Dapatan kajian JNSP (2000), melabelkan guru bersikap
presentism dalam tugas seharian, bersikap defensif terhadap pembaharuan, gemar situasi kerja
familiar dan menolak corak kerja penuh persaingan seperti dunia korporat yang sentiasa
inginkan pembaharuan.
Pentaksiran yang 100 peratus di bawah kendalian guru juga dipalit dengan isu
pilih kasih. Terdapat guru yang bukan sahaja tidak meningkatkan minat pelajar tetapi
membuatkan pelajar tidak minat untuk belajar dengan sikapnya yang negatif seperti pilih kasih
dan membuat jangkaan negatif kepada pelajar, hinggakan ada ibubapa yang mempersoalkan
pentaksiran prestasi dikalangan anak guru, saudara mara, gender dan kaum. Semua isu-isu
yang membabitkan guru boleh meruntuhkan kredebiliti sebagai pentaksir dan menjejaskan
tahap profesionlisme guru seterusnya menimbulkan keraguan para steakholder terhadap kualiti
pelaksanaan dan hasil pentaksiran.

4.0 Dinamika Organisasi Dalam PBS ( penambahbaikan )

4.1 Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah
Ada kajian yang menemukan fakta bahawa pengetua memainkan peranan
penting bagi membangunkan kepemimpinan guru di sekolah. Keadaan ini berkaitan dengan
faktor kepemimpinan guru yang boleh mempengaruhi kewujudan sekolah berkesan (Alma
Tugasan Semester 2 /TP 60204

12 | 20 P a g e

Harris, 2003; Katzenmeyer dan Moller, 2001; Frost dan Durrant, 2002; Leithwood, Jantzi, dan
Steinbach, 1999). Guru-guru dapat dipertingkatkan kemahiran kepemimpinanya sekiranya
mereka boleh berusaha mempertingkatkan diri memperbaiki kelemahan yang ada, seperti
mendapat: (i) sokongan pengetua, (ii) mempunyai kemahiran komunikasi dan pentadbiran, (iii)
memahami budaya organisasi, dan (iv) menilai semula sistem kuasa yang bercorak tradisional
dan peranannya di sekolah. Pengetua juga sentiasa akan menyokong guru-guru mengikuti apa
jua bentuk program pembangunan staf (Boles, 1992). Oleh itu pembinaan kepimpinan guru
sebagai pentaksir perlu dilakukan sama ada secara langsung seperti melalui kursus
peningkatan tahap kepimpinan guru mahupun tidak langsung seperti bimbingan serta dorongan
oleh pegetua guru besar.

4.2 Pemantauan
Sekolah pada hari ini merupakan institusi formal yang melaksanakan proses
pendidikan dari tahap prasekolah hinggalah menengah atas. Setiap peringkat disediakan silibus
atau kurikulum yang setiapnya mempunyai matlamat dan objektif. Untuk membangunkan
proses pendidikan ini satu kumpulan tenaga pengajar dan pengurus dibentuk dan dilatih.
Antara lain tujuannya ialah menjaga kualiti pendidikan supaya mencapai tahap yang
dikehendaki. Selain itu pemantauan turut dilaksanakan .(Mohd Yusuf Othman .1999).
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru hanya dapat dilhat impaknya pada murid.
Impaknya pula dilhat melalui beberapa ciri pentaksiran seperti kebolehpecayaan tinggi, tidak
bias, boleh diukur dan mengukur. Pemastian penjaminan kualiti ini secara konsisten perlu
dilaksanakan oleh Guru Besar melalui pemantauan berterusan. Guru Besar main peranan
melalui kepimpinan intraksional, membimbing dan menjadi mentor tentang pendekatan,
kaedah, strategi dan teknik pentaksiran. Al Ramaiah (1999) menyatakan penyeliaan sebagai
satu usaha untuk mendorong, menyelaras dan membimbing para guru dalam hal pengajaran
supaya mereka lebih berupaya melakukan semua fungsi berkaitan pengajaran. Mohd. Salleh
Lebar (2000) pula menyatakan bahawa penyeliaan dalam konteks pendidikan ialah berkaitan
dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menurut Asnah (1993) gaya guru besar
memainkan peranan yang penting terutama selepas penyeliaan dilakukan. Contohnya,
sokongan, cara arahan dan penerangan yang positif dapat membantu guru meningkatkan
pengajarannya serta melaksanakan pentaksiran secara berpiawai. Ini adalah untuk mewujudkan
kolaborasi antara guru besar dan guru pentaksir bagi menjamin kualiti pentaksiran
Tugasan Semester 2 /TP 60204

13 | 20 P a g e


4.3 Meningkatkan iltizam guru
Iltizam diertikan sebagai keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh
tanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu komitmen (Dewan Bahasa, 2002). Penurunan
tanggungjawab memimpin dalam kalangan guru-guru adalah dengan melibatkan perkongsian
tanggungjawab untuk bekerja secara berpasukan. Kepemimpinan bukan sahaja terletak di
tangan seseorang individu (pemimpin) di peringkat atasan tapi warga sekolah lain turut berhak
diberikan kuasa untuk membuat suatu keputusan. Frost dan Durrant (2002) dan Durrant (2004)
menyarankan ciri-ciri penambahbaikan sekolah yang dapat dimainkan oleh guru-guru
memimpin perubahan apabila pengetua memimpin guru-guru dengan meletakkan; i) fokus
yang jelas, i). gunakan bukti mengikut konteks sekolah dan kelas, iii) berkolaborasi untuk
meningkatkan pengetahuan profesional dan perancangan penambahbaikan yang strategik, iv)
beri kepercayaan, v) beri ruang perbincangan dan pandangan, vi) perancangan, vii)
kepemimpinan. Oleh itu pihak pentadbir iaitu pegetua guru besar perlu meningkatkan iltizam
guru melalui pelabagai inisiatif. Iltizam tinggi dikalangan guru menyedarkan terhadap
tanggungjawab mereka sebagai pentaksir.

4.4 Sikap guru sebagai pentaksir.
Sikap dan minat sebagai pentaksir perlu dijadikan sebagai budaya. Menurut
Anastasi (1976), sikap merupakan kecenderungan seseorang itu untuk bertindak dengan
tingkah laku tertentu apabila berhadapan dengan sesuatu rangsangan. Ia merupakan proses
mental seseorang individu yang dapat menentukan gerak balas potensi pada setiap individu
terhadap persekitaran. Ini seiring dengan pendapat Atan Long (1980), guru yang baik sentiasa
mencari punca kelemahan pelajar di dalam mata pelajaran dan memperbaiki kelemahannya.
Guru hendaklah sentiasa membuat penilaian terhadap pembelajaran pelajar supaya kelemahan
dapat diketahui dan diperbaiki dari semasa ke semasa.
Membina minat dikalangan murid melalui pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokan bagi memudahkan pentaksiran. Menurut Ismail Sulaiman(2005), minat adalah
satu elemen yang penting dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar, justeru itu seseorang
pelajar akan mempunyai semangat yang tinggi dan berusaha dengan bersungguh-sungguh
untuk mencapai apa yang dihajati jika timbul minat dalam diri mereka. Guru perlu
menggunakan pendekatan yang terbaik dan berjaya menarik perhatian pelajar untuk memberi
Tugasan Semester 2 /TP 60204

14 | 20 P a g e

penumpuan kepada pengajarannya. Di dalam bilik darjah guru memainkan peranan agar proses
pembelajaran berlaku seperti yang dirancang. Pengajaran yang berkesan ialah pembelajaran
yang boleh menunjukkan perubahan tingkah laku dan bukannya sekadar untuk menghabiskan
sukatan pelajaran semata-mata. Guru juga bertindak sebagai pakar motivasi dapat
membimbing dan menggerakkan pelajarnya untuk terus belajar, membantu pelajar membina
sikap yang positif, memantapkan teknik mengajar dan memperbaiki diri terhadap mutu dan
kualiti pengajarannya. Ini kerana penyampian pengajaran dan pembelajaran berkesan akan
menghasilkan outcome pentaksiran yang diimpikan guru dan seterusnya menambahkan
motivasi guru.

4.5 Institusi Masyarakat atau Pihak Luar sebahagian organisasi pentaksiran.
Masyarakat merupakan institusi tidak formal yang mempengaruhi pendidikan
seseorang pelajar. Ia berfungsi sebagai wahana yang menerima pelajar di luar aktiviti di
sekolah. Keadaan ini wujud kerana masa pelajar lebih banyak terarah untuk beriteraksi sesama
rakan sebaya dan masyarakat dalam institusi masyarakat selain intitusi keluarga. Bentuk-bentuk
institusi masyarakat yang wujud ialah persatuan belia, badan kebajikan penduduk, badan
koperasi, institusi masjid, badan-badan berkanun dan bukan berkanun dan lain-lain lagi. Di
peringkat sekolah yang dilihat aktif dan berperanan pada hari ini ialah Persatuan Ibu bapa Dan
Guru (PIBG). Apa yang belaku pada masa kini, sebahagian besar institusi masyarakat ini tidak
berkesan dalam melaksanakan fungsinya. Oleh itu kerjasama yang erat antara pihak sekolah
dengan pihak komuniti luar amat penting dan sangat membantu pihak sekolah untuk
menyampaikan maklumat atau memberikan bantuan berkaitan pelaksanaan pentaksiran
prestasi murid. Organisasi pentaksiran sekolah perlu ditambahbaik dengan memasukkan pihak
ini sebagai komponen yang membantu kejayaan pentaksiran. Tanpa integrasi kerjasama kedua-
dua pihak, kejayaan dalam mengurus sesebuah organisasi sukar dicapai. Model Hoover-
Dempsey dan Sandler jelas menunjukkan bahawa kebersamaan sekolah dan komuniti boleh
dijalin dengan ibu bapa sebagai salah satu dari komponen komuniti sesebuah sekolah itu.
Kebersamaan yang tidak pernah wujud tidak akan dapat menghasilkan pelajar yang boleh
belajar seperti yang disebut oleh Gallagher et. al (2005). Menurut Model itu hubungan sekolah
dan komuniti dapat diwujudkan sekiranya pihak pengurusan sekolah dapat memastikan agar
pihak guru dan ibu bapa saling memahami perasaan di antara satu sama lain sebagai langkah
pertama untuk mewujudkan hubungan harmoni kedua-dua pihak (Berger, 1983). Oleh kerana
Tugasan Semester 2 /TP 60204

15 | 20 P a g e

itu, usaha oleh pihak Kementerian Pelajaran dalam hal ini seperti pengwujudan inisiatif
memantapkan peranan Ibubapa, Komuniti dan Swasta melalui Sarana Sekolah dan Sarana
Ibubapa patut dipuji dan dijayakan.

4.6 Memperkasakan pernanan Ibubabapa.
Pengetahuan terhadap kepentingan pentaksiran juga perlu disebar luaskan
kepada pihak ibubapa agar mereka juga dapat membantu pihak sekolah dalam menyediakan
sebarang keperluan pentaksiran. Perkara ini seiring dengan pandangan Sulaiman (1996),
kecemerlangan pelajar bermula dari rumah. Ia bermula dari peranan dan tunjuk ajar ibu bapa
sendiri. Menurut kajian Nor Azuan Bin Hassim(2003), faktor keadaan keluarga yang paling
mempengaruhi akademik pelajar adalah berkaitan sifat ibu bapa yang penyayang dan
mengambil berat pendidikan anak-anak. Sifat ibu bapa boleh menjadi perangsang kepada
pelajar untuk mendorong mereka berjaya dalam pelajaran. Oleh sebab itulah roadshow yang
dijalankan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) pada awal pengenalan KSSR
diseluruh Negara tahun 2011, berkaitan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan
menjelaskan ianya merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif
(intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Roadshow juga
menerangkan komponen-komponen PBS dengan terbahagi kepada dua bidang iaitu mentaksir
bidang akademik dan bukan akademik yang mana bidang akademik terdiri daripada Pentaksiran
Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang bukan akademik terdiri daripada
Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
(PAJSK). Melalui program itu juga, LPM memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru
untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Info kepada
PIBG ini membantu merungkai permasalahan yang timbul sebelum ini.

4.7 Membangunkan KPI untuk pentaksiran
Bagi menambahbai k Pel akasanaan pentaksi ran Berasaskan Sekol ah,
pi hak Kementeri an Pel ajaran perl u menjadi kan i anya sebagai satu KPI. Di mana
guru perl u menjal ankan pentaksi ran secara hari an dan mi ngguan dengan
di l engkapi keyi n onl i ne prestasi muri d agar ti dak berl aku si stem hang keti ka
waktu kemuncak seperti mana kebi asaanya pada hujung tahun persekol ahan.
Tugasan Semester 2 /TP 60204

16 | 20 P a g e

Penetapan SKT juga perl u di perkemaskan dengan huri an yang jel as terhadap
tugasan sebagai pentaksi r. Bourne dan Bourne (2002), tel ah merumuskan secara
kesel uruhannya penggunaan KPI dal a m penguk ur an pr es t as i or gani s as i
dapat di f ok us k an k epada t i ga per k a r a utama iaitu pertama menjelaskan hala tuju
organisasi. Melalui pembinaan KPI warga sekol ah dapat menyedari perkara-perkara
penti ng dan patut di beri perhati an dal am menj ay ak a n mi s i dan v i s i s ek ol ah.

Sistem pengukuran prestasi yang baik akan memberikan gambaran yang jelas
mengenai pengukuran sesuatu matlamat berdasarkan kepada perancangan strategik di sekolah.
Setiap warga sekolah akan dapat mengenalpasti dan menghubungkaitkan sasaran kerja
tahunan individu dengan, sasaran kerja kumpulan panitia dengan perancangan strategik
sekolah dan seterusnya dapat menentukan sama ada sasaran yang di tetapkan i tu
tel ah tercapai atau ti dak. Dengan adany a k omi t men pi hak s ek ol ah t er hada p
penguk ur a n i any a ak an dapat membentuk satu budaya yang mementingkan
pencapaian iaitu setiap individu bekerja ke arah mencapai misi dan visi sekolah. Kegagalan
menghasilkan sistem pengukuran yang betul akan memberi kan kesan yang ti dak baik
kepada prestasi organi sasi . Ini menyebabkan segala usaha ditumpukan kepada perkara-
perkara yang tidak produktif

4.8 Pentaksiran satu tarikan murid.
Sebagai pentaksir guru perlu menjadikan amalan pentaksiran berasaskan sekolah
satu tarikan kepada murid untuk terus telibat aktif dalam pembelajaran dan pengajaran.
Menurut Sharifah Alawiah (1984) minat adalah penggerak atau kecenderungan untuk memberi
perhatian kepada seseorang, benda atau kegiatan. Ia berupaya menimbulkan daya usaha yang
tinggi kepada seseorang. Dalam hal yang demikian jika seseorang itu berminat ia akan terus
memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada perkara-perkara yang diminatinya. Pelajar yang
berminat tidak perlu diminta atau diarah tetapi dengan sendirinya akan melakukan apa yang
difikirkan perlu untuk kejayaannya. Bagi menimbulkan minat kepada pelajar, guru perlu bijak
merancang aktiviti agar menarik. Menurut Ismail Sulaiman(2005), keupayaan guru untuk
mempelbagaikan kaedah pengajaran berupaya menarik minat untuk belajar dan seterusnya
mencapai kecemerlangan. Guru juga perlu mempromosi kelebihan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah iaitu, Pentaksiran yang ini tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan
Tugasan Semester 2 /TP 60204

17 | 20 P a g e

murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang
kemajuan dan pertumbuhan murid tersebut dalam pembelajaran berdasarkan pernyataan
standard. Justeru, murid-murid akan dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam
masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa
dibandingkan dengan orang lain. Jika guru berjaya menjadikan pentaksiran sebagai suatu yang
menarik sudah tentu ia satu nilai tambah kepada kejayaan pentakasiran.

4.9 Perubahan Dasar Kadar Batuan Perkapita (PCG)
Perubahan paradigma Kementerian Pelajaran Malaysia KPM terhadap kerperluan
sekolah kecil seperti sekolah Gred B dan SKM perlu dilakukan. Tidak seperti yang beralaku
sekarang ini dimana bantuan PCG bagi sekolah adalah hanya mengikut status, gred dan jumlah
pelajar disesebuah sekolah. Walhal warga sekolah kecil juga menjalankan tugasan yang sama
iaitu mentaksir prestasi dan mengguna diskripsi yang sama di seluruh negara seperti mana
yang dijalankan oleh sekolah SBT, kluster dan Gred A. Keadilan dan kesaksamaan peruntukan,
bantuan kewangan, pembangunan dan bekalan guru mengikut opsyen perlu dilakukan dengan
segera supaya sebarang kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum
dan sahsiah murid tidak hanya berpihak selamanya kepada kumpulan tersebut. Perubahan
dasar oleh KPM dalam konteks ini sudah tentu dapat mengurangkan jurang perbezaan
pencapian dalam apapun bidang. Bantuan PCG yang mencukupi membolehkan guru
menyediakan ABM bagi keberkesanan pengajran dan seterusnya memudahkan pentaksiran
dijalankan. Menurut Mat Noor Hussin dan Ab. Rahman Ab. Rashid (1988), penggunaan Alat
Bantu Mengajar (ABM) dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran merupakan di antara idea
dan kaedah yang disampaikan oleh guru kepada pelajarnya. Hal ini sangat penting kerana apa
pun kaedah yang digunakan, alat bantu mengajar pasti turut sama iaitu bagi membolehkan
pelajar dan guru mengadakan komunikasi yang sihat. Ini menggambarkan kepentingan
peralatan bantu mengajar tidak boleh dipandang ringan.

4.10 Pembangunan Profesionalisme Keguruan
Kompetensi guru sebagai pentaksir perlu dibangunkan sepanjang masa. Ini
kerana setiap individu guru yang terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem
pentaksiranp endidikan adalah bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang
dikendalikan. Kualiti hendaklah menjadi tumpuan utama dalam semua aspek dan peringkat
Tugasan Semester 2 /TP 60204

18 | 20 P a g e

pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan
menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh
membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran. Maka dengan itu, kementerian pelajaran juga telah bersiap sedia
menyediakan indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam Pentaksiran
Berasakan Sekolah ini iaitu kesahan, kebolehpercayaan, kebolehtadbiran dan keadilan.
Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS pula dapat dicapai melalui proses pementoran,
penyelarasan, pemantauan dan pengesanan.
Integriti merupakan elemen penting kesejahteraan staf. Menurut kajian Jamiah
t.al.(2005) mendapati integriti mempunyai hubungan yang positif dengan kesejahteraan
individu (Widang & Fridlund, 2003), kesejahteraan komuniti dan kesejahteraan organisasi
(Ones, D.S. Viswesvaran, C. & Schmidt. F.L.,2003). Integriti membentuk staf yang mempunyai
tingkah laku yang baik (Ones et.al.,2003 dan Mikulay & George,2001). Sebaliknya, kelemahan
integriti akan menyumbang kepada keruntuhan nilai moral dan kerosakan sesuatu profesion
pekerjaan (Hardingham,2004). Integriti dalam amalan dan prosedur pentaksiran. Pentadbir
sekolah perlu menekankan amalan dengan menjadikan integriti sebagai budaya guru ketika
menjalankan pentaksiran. Pentaksiran Sekolah adalah komponen utama dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid,
meningkatkan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang
telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran. Prosedur
pentaksiran perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh guru serta pihak sekolah sepenuhnya
bermula daripada aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran,
pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya. Justeru, pentaksiran
ini amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha
menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. Selain daripada itu, ianya merupakan aktiviti
yang berterusan yang menagih komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru
dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.

4.11 Memahami dan menggunakan kelebihan ciri pentaksiran.
Dalam usaha menjadikan pentaksiran berasaskan sekolah ini dapat dilaksanakan
dengan berkesan, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan iaitu menggunakan Standard
Prestasi sebagai sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara
Tugasan Semester 2 /TP 60204

19 | 20 P a g e

langsung dan tidak langsung. Standard Prestasi digunakan untuk melihat kemajuan dan
pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Disamping itu, Ia
merupakan proses untuk mendapatkan maklumat tentang sejauh mana tahap pengetahuan,
pemahaman dan tindakan yang boleh murid-murid lakukan atau telah menguasai apa yang
dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap
pencapaian. Pernyataan Standard diletakkan dalam kategori mengikut Band iaitu Band 1, Band
2, Band 3, Band 4, Band 5 dan Band 6 yang disusun mengikut hierarki dan dijelaskan dengan
deskriptor yang menyatakan tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam
menentukan prestasi individu murid-murid. Band satu peringkat paling asas dan menjadi kayu
ukur sama ada murid berjaya menguasai sukatan pembelajaran atau tidak sebelum beralih ke
band berikutnya. Ia memberi ruang kepada guru untuk mengetahui dengan lebih mendalam
kebolehan murid mengikuti pembelajaran dalam kelas dan mencari jalan penyelesaian untuk
mengatasi kelemahan mereka.

4.12 Membangunkan profesionalisme keguruan.
Roslee Talip (2011) Program-program pembangunan profesionalisme yang
relevan mampu memainkan peranan utama yang cukup berkesan dalam usaha-usaha
penambahbaikan sekolah, reformasi dasar dasar sekolah, program mentoring guru-guru novis,
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dan meningkatkan faedah perkongsian
kepakaran antara generasi guru di sesebuah sekolah. Dalam erti kata lain, elemen elemen
keberkesanan pembangunan profesion keguruan merupakan cabaran asas yang perlu dihadapi
dalam melaksanakana malanamalan pendidikan terbaik di sekolah. Menurutnya lagi,
pelaksanaan dan amalan pembangunan profesionalisme keguruan di sekolah sewajarnya
memberikan penekanan kepada lima fokus utama pembangunan professional iaitu (i) polisi dan
struktur pengurusan, (ii) analisis keperluan, (iii) perancangan dan reka bentuk aktiviti, (iv)
pelaksanaan dan tindakan susulan, (v) pemantauan dan penilaian dalam mewujudkan suatu
mekanisme pemantapan yang lebih berkesan dan memberikan impak jangka panjang.
Kajian oleh Thoonan, Sleegers, Oort, Peetsma dan Geijsel (2011) mendapati
penglibatan guru dalam aktiviti pembelajaran profesional memberikan kesan yang besar kepada
amalan pengajarannya. Dapatan kajian tersebut selaras dengan pandangan Hargreaves (2011)
yang menyatakan bahawa pembelajaran dan pembangunan guru adalah aspek kritikal dan
paling berpotensi bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang seterusnya akan
Tugasan Semester 2 /TP 60204

20 | 20 P a g e

mendorong ke arah peningkatan komitmen individu dan pasukan kepada matlamat sekolah.
Kualiti guru menjadi isu kritikal kerana keperluan kepada penambahbaikan yang radikal dan
berskala besar dalam bidang pendidikan terutamanya sekolah adalah sangat mendesak dan
berlaku secara global (Hallinger, 2010). Justeru, keupayaan guru untuk mengaplikasikan
pengetahuan dan mengimplementasikan penambahbaikan di sekolah adalah sangat penting.
5.0 Penutup
Pentaksiran sekolah bercirikan satu pentaksiran yang holistik iaitu mampu
memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta
pengamalan nilai murni murid-murid. Jelas menunjukkan pentaksiran yang dirangka sangat
menyeluruh dan memberi banyak kelebihan kepada pendidikan di negara kita walaupun
terdapat kekeliruan daripada segelintir para pendidik dan ibu bapa untuk melaksanakan sistem
ini di sekolah.
Malahan, pihak sekolah juga mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap
dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri
seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami,
menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan
mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut
keupayaan dan kebolehan masing-masing.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini telah dirangka dengan sempurna dan
tersusun bagi meningkat dan menjamin mutu pendidikan negara pada masa akan datang. Apa
yang penting, setiap perancangan rapi yang telah disusun haruslah berakhir dengan
perlaksanaan yang sempurna. Maka PBS ini jika dilaksanakan dengan baik dan terancang, serta
mendapat kerjasama yang jitu daripada semua pihak yang terlibat, ianya bakal mewujudkan
persekitaran yang harmonis di sekolah untuk perkembangan individu dan pada masa yang
sama memberi banyak manfaat serta mampu mengurangkan masalah gejala sosial yang
berlaku pada masa sekarang ini selain memberi transformasi yang positif terhadap pendidikan
di Malaysia.

Tugasan Semester 2 /TP 60204

21 | 20 P a g e

RUJUKAN

Aiken, L R. (1997). Psychological Testing and Assessment. (Ninth Edition). Boston: Allyn and
Bacon.
Ainon Mohd.Abdullah Hassan.2003. Guru Sebagai Pendorong Dalam Bilik Darjah. Bentong,
Pahang: Penerbitan Pts Publication, Siri Motivasi
Ibrahim Saad (1990). Perubahan Pendidikan Di Malaysia Satu Cabaran. Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Penerbit: Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Johor.
Mohd Kamal Hassan.1988. Pendidikan Dan Pembangunan Satu Perspektif Bersepadu. Kuala
Lumpur: Penerbitan Nurin Enterprise
Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1988). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Siri
Pendidikan Perguruan, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd: Kuala Lumpur.

Penilaian kendalian sekolah/Pusat. Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
ISBN 983-2340-39-X

Roslee Talip 2011 etc. Utusan Borneo 21.09.2011

Shultz, R. C and Green B.F. (1953) Predicting Academic Achievement: A New Attitude& Interust
Ii Educational and Psychological Measurement.

Você também pode gostar