Você está na página 1de 8

PENILAIAN

KURSUS (PPGPJJ)
KRM3043
ASAS PENGURUSAN DATA

Sem 2
2012/13
!"# %&'! ()*+), -*+)% ,.. /*- )/!0,,)'
12.-3.,)")4 50"4046
()50,7* 4)*-4 !)- %)7.%)7*5
89:9;9< %9;=>9;?@






PENGENALAN
Kursus KRM3043 memberikan pendedahan dan pemahaman tentang Asas
Pengurusan Data yang merangkumi pembelajaran Matematik di sekolah. Tidak
ketinggalan juga, kursus ini menyediakan modul yang akan membantu pelajar
meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Anda juga
diberikan latihan formatif dan latihan sumatif untuk menguji kefahaman anda
bersesuaian dengan ilmu pengetahuan yang disampaikan. Aktiviti yang diselitkan
menerusi modul ini juga bertujuan untuk menggalakkan anda mengaplikasikan konsep
dan prinsip pengajaran yang telah didedahkan dalam konteks pengajaran sebenar di
bilik darjah. Ini merupakan pendedahan secara kontekstual bagi memantapkan
penguasaan ilmu dan kemahiran anda sebagai seorang guru yang dedikasi dan
berinovasi.



2.0 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
i. Menganalisis konsep bidang statistik. (C4)
ii. Membincangkan kesukaran dan miskonsepsi yang biasa dihadapi oleh pelajar
dalam tajuk-tajuk tertentu bagi bidang statistik. (C3)
iii. Merancang penggunaan bahan konkrit, media dan teknologi dalam tajuk-tajuk
tertentu bagi bidang statistik. (C5, P3)
iv. Menunjukkan nilai-nilai etika dalam menginterpretasi data. (A3, EM1)
v. Membuat penilaian dan keputusan secara effektif. (A4, TS2).


3.0 PENILAIAN KURSUS

3.1. Pemberatan
Kategori Pemberatan
Kerja kursus 60%
Peperiksaan Akhir 40%
JUMLAH 100%


3.2. Agihan Pemberatan Kerja Kursus
Bentuk Kerja
Kursus
Jenis
Tugasan
Agihan Markah
(Peratus)
Individu Tugasan 1 dan
Tugasan 2
40%
E-Forum 20%
JUMLAH 60%













4.0 BENTUK KERJA KURSUS SECARA INDIVIDU

i. Kursus KRM 3043 ini mengandungi Tugasan 1, Tugasan 2 dan E-Forum.
ii. Jawab SEMUA tugasan tersebut.
iii. Tugasan 1 dan Tugasan 2 yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar
kepada pensyarah E-Learning melalui pautan yang disediakan dalam
myGuru3. Untuk E-Forum, sila baca arahan yang telah disediakan di bawah.
iv. Sila baca semua perkara yang terdapat di dalam Panduan Kerja Kursus ini
supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak
menyelesaikan kerja kursus anda.


Tugasan Arahan Tarikh
Akhir
%
Tugasan 1







Tugasan 2
Untuk setiap topik berikut, nyatakan lima kepentingan anda
mempelajarinya.
i. Sejarah dan Kegunaan Statistik
ii. Pengumpulan dan Pegurusan Data
iii. Perwakilan Data
iv. Sukatan Kecenderungan Memusat
v. Sukatan Serakan

a. Bagi setiap tajuk di bawah, rancangkan satu aktiviti
pengajaran yang melibatkan penggunaan satu daripada
bahan berikut: bahan konkrit, media atau teknologi.
Aktiviti ini mestilah ditulis dengan arahan yang lengkap
dan mudah difahami. Anda juga mestilah menyediakan
apa-apa bahan bantu mengajar yang digunakan dalam
aktiviti tersebut (sekiranya bahan adalah objek 3D,
hantar gambar sahaja mencukupi) serta lembaran kerja
yang bersesuaian.
Di samping itu, kenal pasti miskonsepsi-miskonsepsi
yang biasa dihadapi dan bincangkan cara untuk
mengatasinya.
Tajuk-tajuknya ialah:
i. Membina jadual kekerapan relatif bagi data
terkumpul.
ii. Melukis carta pai
iii. Mencari mod bagi data terkumpul menggunakan
histogram.

b. Pilih salah satu tajuk di atas (a) dan buat satu rakaman
video mengenai pengajaran dan pembelajaran yang telah
dirancang. Sila layari pautan di bawah sebagai contoh.
www.khanacademy.org/math/statistics

17 Mac
2013
(Minggu 4)





21 April
2013
(Minggu 8)
10







15


















15



E-Forum 1. Pensyarah E-Learning bagi setiap kumpulan akan memuat
naik (upload) 4 soalan untuk dibincangkan bersama dalam
kalangan ahli kumpulan masing-masing di dalam portal
MyGuru (Group Forum).
2. Setiap pelajar MESTI menjawab setiap soalan tersebut
dengan mengemukakan 3 isi penting (lebih kurang 150
patah perkataan) bagi setiap jawapan. Jawapan mestilah
dalam bentuk hujah yang ilmiah.
3. Selain dari menjawab soalan tersebut, setiap pelajar juga
perlu membuat komentar terhadap sekurang-kurangnya
satu (1) jawapan yang dikemukakan oleh rakan
sekumpulan yang lain bagi setiap soalan yang
dikemukakan.
4. Pelajar perlu peka dengan tarikh-tarikh yang ditetapkan.
Kelewatan untuk menjawab dan memberi komentar
mengikut tarikh yang ditetapkan akan menjejaskan
markah kerja kursus yang disediakan.

5. Tajuk-tajuk adalah seperti berikut:

a) Bincangkan kegunaan konsep-konsep statistik
berikut:
i. pengumpulan dan pengurusan data
ii. perwakilan data
iii. sukatan kecenderungan memusat
iv. sukatan serakan

b) Bincangkan beberapa contoh penyalahgunaan
statistik dalam kehidupan seharian.


c) Bincangkan kepentingan nilai-nilai etika dalam
mengintepretasi data.


d) Bincangkan mengapa kita tidak boleh hanya
bergantung kepada sukatan kecenderungan
memusat sahaja dalam memperihalkan taburan
data.























4 Mac
2013






18 Mac
2013


1 April
2013


15 April
2013























5







5



5



5



JUMLAH 60










5. SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS


TUGASAN 1 DAN TUGASAN 2 (40%)
E-Forum (20%)
A Menepati format penulisan, isi mencukupi,
isi diolah dan dikembangkan dengan baik,
ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea
asli yang bernas, kreatif dan kritis. Idea
tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan
format penulisan & bahasa.
Tahap perbahasan secara ilmiah yang
cemerlang, penyampaian yang cemerlang &
kemas, menarik & kreatif, idea yang bernas,
ada elemen interaksi yang baik.
A- Menepati format, isi mencukupi, isi
dikembangkan dengan baik, ada contoh
yang konkrit. Ada idea asli yang bernas.
Idea tersusun dengan kemas. Tiada
kesalahan bahasa. Tiada kesalahan format
penulisan & bahasa.
Tahap perbahasan secara ilmiah yang baik,
penyampaian yang baik, menarik & kreatif,
idea yang bernas, ada elemen interaksi yang
baik.
B+ Menepati format, isi mencukupi, isi di
huraikan dan ada contoh. Idea disusun
dengan baik. Tiada kesalahan format &
bahasa.
Tahap perbahasan ilmiah yang sederhana,
penyampaian yang baik, menarik & kreatif,
idea yang bernas, ada elemen interaksi.
B Menepati format, isi mencukupi, isi di
huraikan dan ada contoh. Idea disusun
dengan baik. Kesalahan format & bahasa
pada tahap minima (tidak lebih dari 3
kesalahan).
Tahap perbahasan sederhana, penyampaian
yang baik, menarik dan idea yang bernas.
B- Kesalahan format yang minima (tidak lebih
2 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan
dan ada contoh. Ada Idea sendiri. Kesalahan
format & bahasa pada tahap minima (tidak
lebih dari 4 kesalahan).
Ada perbahasan secara ilmiah, penyampaian
yang baik & menarik dan ada idea yang
kemas
C+ Kesalahan format yang minima (tidak lebih
3 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan
dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari
sumber lain. Kesalahan format minima
(tidak melebihi 3 perkara) & keslahan
bahasa minima (tidak lebih dari 5
perkataan).
Ada penjelasan, penyampaian yang
sederhana, Ada idea sendiri yang baik.
C Kesalahan format tidak melebihi 4 perkara,
isi mencukupi, isi di huraikan dan ada
contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber
lain. Kesalahan format & bahasa tidak
melebihi 7 perkara.
Tahap perbincangan yang rendah,
penyampaian sederhana dan sekadar ada,
ada idea tetapi kurang kemas.
D Kesalahan format melebihi 5 perkara. Isi
tidak mencukupi, isi tidak dihuraikan. Tiada
contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber
lain. Kesalahan format & bahasa melebihi 8
perkara.
Tidak ada penjelasan, penyampaian yang
tidak berkesan, idea yang tidak jelas.
E Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan.
Tidak lengkap.
Gagal melengkapkan tugasan & Tidak
menjawab soalan.







6. PERHATIAN & PERINGATAN!!!!!!!
Segala perkara yang berkaitan dengan kursus ini adalah merujuk dan mengikut arahan
Pensyarah E-Learning anda.
Kehadiran dan penglibatan pada setiap tutorial adalah WAJIB.
Ketidakhadiran boleh menyebab anda dihalang (bar) dari menduduki peperiksaan
akhir.
Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri.
Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Sentiasa AWAS dan PEKA dengan tarikh-tarikh yang berkaitan dengan
penghantaran tugasan secara on-line.
Sentiasa rujuk kepada pengumuman dari masa ke semasa.
Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan secara on-line.
Serahan pos tidak dianggap sebagai bukti penghantaran.
Kegagalan anda melengkapkan & menghantar tugasan adalah tanggungjawab
anda sendiri dan menjejaskan markah & gred anda.
Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif.
Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan Tutor E-Learning bagi
kumpulan masing-masing.

































RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS




PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013

KRM3043 ASAS PENGURUSAN DATA

TUGASAN 1 / 2





DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK



KUMPULAN: ____________________




PEMARKAHAN







NAMA PENSYARAH E-LEARNING:____________________________________

TARIKH SERAH: ________________

Você também pode gostar