Você está na página 1de 3

AMALAN ADAT ISTIADAT SUKU KAUM RUNGUS SEMASA BERKABUNG ATAU

SEMASA BERLAKU KEMATIAN


1.0 PENDAHULUAN
Setiap masyarakat tentu sekali mengkehendaki kehidupan yang harmoni atau kehidupan
yang aman dan damai tanpa persengketaan dan perselisihan faham yang boleh menggugat
kehidupan mereka. Suku kaum rungus berpegang kuat kepada kepercayaan pagan atau
syaitan. Sekiranya berlaku kematian, mereka amat menghormatinya tidak kira si mati
sudah berkeluarga, seorang dewasa tetapi belum berkeluarga ataupun seorang kanak-
kanak. Penduduk kampung merasa sedih dan akan menghentikan segala kerja-kerja di
ladang. Mereka percaya bahawa jika mereka tidak memberi penghormatan apabila
berlaku kematian, hasil-hasil kerja mereka akan ditimpa sial. Tanaman tidak berbuah atau
rosak malah, terdapat tafsiran bahawa orang mati menggambarkan layu, buruk dan busuk.
Selain itu, terdapat juga kepercayaan bahawa roh si mati akan marah kepada orang yang
tidak menghormatinya dan menimbulkan malapetaka, sakit, dating dalam mimpi dan
sebagainya.

2.0 ADAT RESAM DAN HUKUMAN DENDA ADAT SUKU KAUM RUNGUS
2.1 Tafsiran Adat
1. Koriva: Hukuman adat kepada seseorang yang bersalah akibat
perbuatanya kerana malapetaka nasib buruk yang telah menimpa kepada
sebuah keluarga atau kepada masyarakat.
2. Momuod/puod (Rogon Minatai): acara adat kepada pihak keluarga si mati
3. Mamuod: Mamuod ertinya (Nogizan) bererti kematian satu pihak di dalam
sesuatu keluarga sama ada suami atau isteri. Balu adatu duda mempunyai
pantang larang adat berkabung iaitu dilarang bercakap kepada orang
kerana pasti orang (nogizan) ada kepanasan.
4. Puod: ertinya rogon/iblis. Bermaksud bali si mati dipanggil puod
Adat larangan tidak bercakap selama 7 hari 7 malam
5. Mamulansan: balu atau duda si mati pergi ke tamu untuk melepaskan
kepanasan puad.
6. Todung: cerai mati/ada keizinan pihak ibubapa/keluarga si mati untuk
membolehkan pihak lelaki/perempuan boleh berkahwin lagi.
7. Kovolihan: hukuman adat kepada seseorang yang telah berkahwin
kemudian berkahwin semula, kerana isteri yang pertama meninggal dunia.

3.0 AMALAN ADAT ISTIADAT RUNGUS SEMASA BERKABUNG ATAU SEMASA
BERLAKU KEMATIAN
Amalan adat istiadat rungus semasa berlaku kematian terbahagi kepada empat bahagian
iaitu sudah berkeluarga (Nogiizan), dewasa tetapi belum berkahwin, kanak-kanak dan
apos (bayi terus mati selepas lahir)
3.1 Adat Nogiizan/Kiongkob
adat ini dilaksanakan bila berlaku kematian suami atau isteri dalam keluarga.
Pelaksanaan adat adalah berat dan penuh sebab si mati mempunyai
tanggungjawab keluarga. Oleh itu banyak adat yang dikenakan kepada balu atau
duda si mati disamping larangan-larangan tertentu di kampung.
Adat dan larangan yang terlibat adalah seperti berikut:
i. mandam selama 3 malam
ii. poulion hatod (malam ketiga)
iii. rata (tidak boleh dating ke lading pada keesokan harinya). Jika terpaksa
boleh pergi tetapi hendaklah seawal jam 5.00 pagi.
iv. Pada hari keempat (4), balu atau duda si mati mandi di sungai selepas
Mandan.
v. Momorizuk pada malam ketujuh
vi. Momulansan (balu atau duda si mati pergi ke tamu untuk melepaskan
kepanasan (puod).
vii. Tidak boleh memalu gong selama 15 hari (kusamping Vulan) jika tidak
ada biruhui di kampung berkenaan.



Pengertian setiap istilah adat semasa berkabung/adat semasa berlaku kematian.
i. Rata- bererti adau taraat yang menyebabkan tanaman rosak, tidak berbuah dan
sebagainya.
ii. Monorizuk bererti sembayang mengusir atau menghalang hantu (monusub
hatod, rogon taraat, rogon mamatai). Jika tidak dihalau akan menyebabkan
kematian, sakit, korompui, kotoduk dan mimpi jahat.
iii. Momuod bererti mogilin adat dot ramatai sabab alasu. Kepanasan itu
menyebabkan seseorang akan jatuh sakit jika berkomunikasi dengan keluarga
berkenaan seperti biasa.
iv. Puod bererti nama iblis (rogon puod) atau rogon napatai.
v. Adat puod bererti akan berlaku pogoduhan saralom tana dan jika tidak
dipatuhi boleh mengakibatkan malapetaka berikut:
1. Bolungkahangon (solukakaman)
2. Mataata (kurang siuman)
3. Mulau (gila)
4. Amu kopud ginamaon ( padi tidak berbuah)
5. Kapatai (membawa mati)

Você também pode gostar