Você está na página 1de 6

AUTOMOTIF (SPL 4002)

1

LAPORAN AMALI AUTOMOTIF

Minggu : 4
Hari/ Tarikh : Rabu / 05 Mac 2014
Amali : 1

Tajuk :Sistem penyalaan
Pengenalan : sistem penyalaan membekalkan pusuan voltan tinggi
(sehingga 30 000 volt) ke plug pencucuh di dalam
silinder enjin. Pusuan voltan tinggi ini menghasilkan
percikan bunga api di celahan plag pencucuh untuk
memulakan pembakaran campuran bahan api dan udara
termampat di dalam ruang pembakaran. Tiap-tiap
percikan bunga api dimasakan kehadirannya di celahan
plug pencucuh hanya apabila omboh menghampiri takat
terakhir atas (TTA) di kendalian mampatan apabila
enjin dalam kelajuan melahu. Pada kelajuan lebih tinggi
atau semasa kendalian separa pendikit, percikan bunga
api dipercepatkan dengan itu percikan bunga api terjadi
lebih awal dalam kitaran. Hal ini membuatkan
campuran mempunyai kelonggaran masa untuk terbakar
dan menghantar kuasanya.
Sistem penyalaan terdiri daripada:
1. Bateri
2. Suis
3. Pengagih Nyalaan
4. Gelung Penyalaan
5. Plag Pencucuh
6. Pendawaian Litar Penyalaan.


AUTOMOTIF (SPL 4002)

2

Objektif: 1) Melaraskan RPM


Bahan dan Alatan :
BAHAN DAN PERALATAN
Troboscop/Timing Light




Bateri


Terminal positif dan negatif



Sepana 17




Langkah-Langkah :Kaedah Melakukan Pemasaan Penyalaan
1. Pasangkan terminal positif dan negative dengan betul pada bateri kenderaan.
Jika berlakunya kesalahan pemasangan bateri akan menyebabkan komponen-
komponen enjin cepat rosak.
AUTOMOTIF (SPL 4002)

3


2. Hidupkan enjin kenderaan. Sebelum itu pastikan minyak diisi di dalam tangki
minyal terlebih dahulu. Biarkan enjin seketika.

3. Pasangkan kabel dan terminal strosboskop pada kabel plag pertama dan bateri
positif dan negative pada bateri. Tujuan memasang pada kabel pertama adalah
AUTOMOTIF (SPL 4002)

4

kerana segala maklumat daripada sistem enjun akan dihantar ke plag pertama
dan berlakunya percikan bunga api. Kabel ini berfungsi apabila berlakunya
voltan yang tinggi hasil daripada maklumat kesemua komponen sistem enjin.

4. Terdapat dua kaedah untuk mengukur ketepatan darjah kedudukan omboh di
mana berlakunya percikan bunga api. Contohnya percikan bunga api berlaku
pada kedudukan omboh 12 darjah. Kaedah pertama boleh disetkan
menggunakan distributor dan kaedah kedua boleh disetkan pada stroboskop.
5. Untuk di setkan pada distributor, perkara pertama perlu di set kan stroboskop
pada keadaan 0 darjah. Suluhkan stroboskop pada marking pulley tersebut
(marking putih). Selepas itu longgarkan skru distributor dan gerakannya untuk
memperoleh marking pulley pada keadaan 10 darjah.
6. Untuk kaedah pada stroboskop pula, setkan sahaja pada 12 darjah dan
kemudian suluhkan strboskop tersebut pada pulley di mana keadaan pulley
pada kedudukan T (marking putih). Jika Tidak, laraskan pada strobosop
sehingga kedudukan T.
AUTOMOTIF (SPL 4002)

5


7. Untuk melaraskan RPM, set kan pada throttle timing kenderaan. RPM
kenderaan ditentukn oleh standard kenderaan tersebut. Contohnya, 1000 RPM
dilaraskan pada throttle timing dan lihat pada data RPM stroboskop.
:






AUTOMOTIF (SPL 4002)

6

Refleksi:
Untuk melonggarkan skru, jangan salah dalam penggunaan sepana. Gunakan bahagian sepana
yang betul supaya skru tidak rosak. Dalam melaraskan RPM mengikut kehendak soalan,
pastikan pengguna mengetahui di mana kedudukan titik putih dan mengetahi titik putih perlu
berada di takat mana berdasarkan pelarasan yang dilakukan. Selain itu pelarasan suhu perlu
dilakukan secara perlahan-lahan untuk mendapat suhu yang tepat. Hal ini kerana, juga
terdapat sedikit perubahan, suhu terus berubah.

Kesimpulan:
Amali ini sangat penting untuk pelajar lebih mengetahui sistem penyalaan yang berlaku
dalam enjin. Hal ini kerana, apabila enjin dihidupkan, ia dapat berfungsi dengan baik
mengikut kaedah yang betul dan mengikut peraturan dalam penggunaan kenderaan dalam
enjin.