Você está na página 1de 1

Dari segi kesan , gejala buli bukan sahaja akan menjatuhkan imej sekolah malah juga akan

menjatuhkan maruah diri dan keluarga. Hal ini demikian kerana remaja tersebut akan
dipandang rendah oleh masyarakat. Selain itu, gejala buli juga akan menjejaskan fizikal individu
yang dibuli. Bagi remaja yang bersifat ganas dan tidak berfikiran matang, mereka sanggup
melakukan perangai yang kurang berperikemanusiaan sehingga menyebabkan kecederaan
terhadap remaja yang dibuli. Di samping itu, gejala buli juga akan mempengaruhi pemikiran
kedua-dua belah pihak. Hal ini demikian kerana pembuli akan bersikap keterlaluan sehingga
berasa tidak berpuas hati dan sanggup meneruskan perangai negatif mereka. Namun, bagi
remaja yang dibuli, mereka akan berasa sangat takut dan tertekan apabila berhadapan dengan
individu yang membulinya serta tidak rela berkawan dan berhadapan dengan kumpulan yang
tidak dikenali.

Você também pode gostar