Você está na página 1de 1

Berkata Imam Al-Ghazali:

Jika engkau seorang MURID maka beradablah kepada GURUmu dengan adab yang mulia:

1. Apabila menemui gurunya maka hendaklah ia memberi salam kepadanya terlebih dahulu

2. Jangan membanyakkan bercakap-cakap di hadapan gurunya

3. Jangan ia bercakap-cakap sebelum gurunya bertanya kepadanya.

4. Jangan ia bertanya kepada gurunya sebelum ia meminta izin.

5. Jangan ia menyangkal (menunjukkan rasa tidak puas hati) terhadap perkataan gurunya
seperti ia berkata sipulan itu menyalahi akan yang engkau kata itu.

6. Jangan ia mengisyaratkan kepada gurunya dengan menyalahi pendapatnya maka ia
menyangka bahawa ia lebih mengetahui daripada gurunya.

7.Jangan ia berbisik dengan orang yang duduk ditepinya ketika gurunya memberikan pelajaran.

8. Jangan ia berpaling ke kiri dan ke kanan di hadapan gurunya tetapi hendaklah ia
menundukkan kepalanya dengan penuh tenang lagi beradab seolah-olah dia sedang
sembahyang.

9. Jangan ia membanyakkan soalan kepada gurunya ketika ia letih.Apabila gurunya berdiri
hendaklah ia berdiri untuk menghormatinya.Jangan mengikuti gurunya dengan perkataan atau
soalan ketika ia bangkit dari majlisnya.

10. Jangan bertanya kepada gurunya di tengah jalan sehingga ia sampai ke rumahnya atau ke
tempat duduknya.

11. Jangan jahat sangka terhadap gurunya apabila ia melihat gurunya mengerjakan sesuatu
pekerjaan yang pada zahirnya menyalahi ilmunya (bukan menyalahi agama) maka gurunya itu
adalah lebih mengetahui dengan rahsia segala perbuatannya. Dalam hal ini hedaklah ia
mengingati akan perkataan nabi Musa A.S. bagi Nabi Khidhir A.S. seperti yang disebutkan
dalam Surah Al-Kahfi, ayat 71 yang maksudnya:

Berkata (Nabi Musa kepada Nabi Khidhir): Apakah engkau rosakkan kapal ini untuk engkau
menenggelamkan semua penumpangnya. Sesungguhnya engkau telah melakukan satu
perbuatan yang mungkar.

Maka hendaklah ia mengingati bahawa sebenarnya dia yang tersalah pada keingkaran itu.
Kerana ia hanya memandang hukum yang zahir pada sisinya sahaja.

Demikian nasihat Imam al Ghazali tentang adab murid terhadap gurunya
with Ustaz Mustaffa Kamal.

Você também pode gostar