Você está na página 1de 2

SEJARAH SUKU KAUM KADAZAN-

DUSUN DI SABAH

Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputeraasli
yang terbesar di Sabah. Salah satu teori mengatakan kaum ini asalnya
dari suku Bunun di Taiwan. Kaum etnik Kadazan-Dusun ini
menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan
dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya.
Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun
Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun
Kimaragang,Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang
Sungai, Kuijau,Tambanuo, dan sebagainya.
Pada mulanya Tun Fuad Stephens, Huguan Siou (Pemimpin
Agung) pertama Kadazan, mencadangkan istilah Kadazan digunakan
bagi menyatukan 14 suku kaum yang berkongsi kumpulan bahasa bagi
memberikan mereka suara yang lebih besar. Ini dipersetujui oleh
ramai, tetapi sesetengah orang Dusun mahukan atonomi lebih besar,
dengan itu istilah Kadazan-Dusun dipilih sebagai tolak-ansur.
Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang
merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang
tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu,
Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau,
Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi
sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap
ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan
lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.
Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas
adalah berasal (mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu
umpamanya Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah
Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas.
Kebanyakan orang Kadazan-Dusun menganuti agamaKristian. Bagi
Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama
Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan (Tongod) dan
Paitan, Orang Sungai beragama Islam dan Kristian. Masyarakat Lotud
(Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri
Sabah terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan dan sedikit di
Kota Belud (Tempasuk). Mereka hidup secara kolektif dengan
mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu
antara 150 - 200 orang. Walau bagaimanapun, pada masa kini, rumah
panjang jarang dilihat dalam etnik ini. Kebanyakannya telah mengalami
pembangunan fizikal dan mental.
Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan
etnikKadazan dan Dusun serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan
ini adalah akibat pertelingkahan politik. Lagipun, perbezaan antara
kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu berbeza dan kasar.Beza
antara bahasa Kadazan dan Dusun ialah seperti bahasa Malaysia dan
bahasa Indonesia.

Você também pode gostar