Você está na página 1de 4

Pengenalan

Kaum kadazan-dusun merupakan sebuah etnik peribumi yang menetapkan di


pantai barat sabah dan kawasan pendalaman sekitarnya. Kaum kadazan-dusun
sebenarnya dibentuk oleh dua kaum utama Sabah iaitu Kadazan dan Dusun namun
disebabkan persamaan bahasa, budaya dan situasi politik kaum Kadazan dengan
kaum Dusun satu istilah baru telah terbentuk untuk menyatukan kedua-dua kaum
ini iaitu Kadazan-Dusun. Kaum Kadazan-Dusun membentuk etnik terbesar di
Sabah.
Terdapat pelbagai suku kaum di dalam kaum Kadazan-Dusun antaranaya ialah
bisaya, bonggi, bunddu, dumpas, gana ,garo, idaan, kedayan, kimarang dan
kuijau. Oleh yang demikian kerana kaum Kadazan-dusun merupakan kaum yang
kaya dengan pelbagai budaya dan adat istiadat yang merupakan warisan secara
turun-turun oleh nenek moyang mereka dan melambangkan keindahan adat dan
budaya mereka sebagai kaum terbesar di Sabah.
BUDAYA MASYARAKAT KADAZAN-DUSUN
Pakaian tradisional
Kadazan-dusun terkenal dengan kaum yang mempunyaibanyak sub-etnik yang kaya
dengan budaya mereka sendiri. Oleh itu, setiap kaum dalam kadazan-dusun
mempunyai perbezaannya pakaian tradisionalnya yang tersendiri. Contohnya
pakaian tradisi bagi etnik dusun bundu di Ranau dan Liwan di Tambunan adalah
berbeza dengan pakaian tradisi bagi etnik Lotud di Tuaran dan juga Kimaragang di
Kota Marudu. Setiap etnik dalam kaum kadazan-dusun ini mempunyai keunikannya
yang tersendiri.
Pakaian ini biasanya dipakai dimusim perayaan sepertipesta kaamatan dan juga
upacara khas seperti perkahwinan. Kebiasaannya para gadis dari kaum
Kadazandusun akan memperagakan jenis pakaian tradisi ini apabila adanya
pertandingan unduk ngadau kaamatan di peringkat negeri Sabah. Antara perbezaan
pakaian suku kaum kadazan-dusun ialah seperti berikut:
Suku kaum rungus kudat
Kaum rungus merupakan kaum kadazan dusun yang tinggal di kawasan kudat. Kaum
ini mempunyai perbezaan cirri-ciri pakaian mereka antaranya ciri-ciri pakaian tradisi
kaum rungus di kudat ialah mempunyai blaus berwarna hitam bercorak yang dipakai
aras dada ke pinggang dipanggil Banat Tondu. Terdapat juga sarong yang dipanggil
tapi rinugading selalunyadi pakai hingga paras lutut sahaja. Kain hitam yang
berukuran lebar 28-30 sm pula akan disarungkan keleher hingga ke bahu dan
berjuntai ke lengan dan terbentuklah pakaian berlengan. Baju kemeja berlengan
pendek atau panjang hanya dikhususkan untuk golongan lelaki sahaja terdapat juga
siga untuk mengemaskan pakaian tersebut.
Selain itu, barangan kemas pula menjadi pelengkap pakaian tradisional kaum
kudat,contohnya pemakaian rantai leher atau dipanggil sanadang yang diperbuat
daripada kulit kerang atau kima berwarna putih berkilauan dan tulang haiwan.
Terdapat juga sanggul atau dipanggil titimbok oleh masyarakat rungus yang
dipakaikan kepada pemakai pakaian tersebut. Berabun dan Giring pula merupakan
barang kemas antic yang diperbuat daripadalogam emas berbentuk loceng turut
melengkapkan pemakaian tersebut. Pemakaian barang kemas adalah satu kemestian
bagi kaum dalam kadazan dusun,termasuk dengan kaum papar juga kerana mereka
mengenakan barang kemas terhadap pakaian yang dipakai oleh mereka.
Suku kaum kadazan dusun penampang
Merupakan kaum utama dalam kaum kadazan dusun.suku kaum ini tinggal di
kawasan penampang di pantai barat sabah. Suku kaum kadazan penampang juga
mempunyai ciri-ciri pakaian tradisi mereka yang tersendiri menjadikan mereka salah
satu daripada suku kaum yang unik dalam kaum kadazan dusun.Antara cirri pakaian
tradisional mereka ialah mempunyai blaus tidak berlengan yang berwarna hitam atau
baldu untuk kaum wanita mereka dipanggil sinuangga. Blaus berlengan
pendek,berwarna hitam atau baldu pula dikhususkan untuk wanita pertengahan
umur atau sinompukung,manakala blaus berlengan pula digunakan oleh wanita
golongan tua terutama bobohizan(kinoigan), untuk golongan lelaki pula kemeja
berwarna hitam baldu dan berlengan panjang akan dipakai dan pemakaian siga yang
mempunyai pelbagai pelbagai corak yang tersendiri. Pemakaian biasanya akan
dihiasi dengan renda atau siling utama keemasan pelbagai corak.
Kadazan dusun papar
Merupakan satu daripada kaum dalam masyarakat kadazan dusun dan ciri-ciri
pakaian tradisi masyarakat ini ialah memakai blaus baldu hitam berlengan panjang
ataupun dipanggil siya oleh penduduk tempatan. Pemakaian baju di dalam yang
berwarna putih atau blaus putih pula perlu dilakukan untuk menampakkan
perbezaan pakaian kaum ini. Kaum papar juga memakai sarung atau
dipanggil gonob berbeza dengan kaum rungus.terdapat juga pemakaian siga khas
untuk kaum lelaki dan pemakaian baju kemeja baldu hitam berlengan panjang. Bagi
kaum wanita siung digunakan untuk menentukan jenis pemakaian contohnya
pemakaian berlulu binatang (burung) yang berwarna untuk wanita bujang dan
pemakaian berbunga-bungaan untuk golongan wanita yang sudah berkahwin.
Perhiasan pakaian bagi kaum papar terdiri daripada butang berwarna keemasan
kubamban sebanyak lapan pasang didada dan siling dan labuci yang dijahit di
lengan blaus juga terdapat tenunan yang dipanggil rinanakit bercorak cetusan
bintang dijahit secara menegak dan melintang pada sarong (gonop)
Bahasa pengantar masyarakat kadazan dusun
Bahasa kadazan dusun ialah satu daripada 50 atau lebih bahasa dan lebih daripada
80 dielet di sabah. Bahasa kadazan dusun dituturkan oleh kebanyakan populasi di
Sabah terutamanya di kawasan pendalaman Kota
Kinabalu,Penampang,Ranau,Keningau dan Tambunan.walaupun kadazan dusun
terdiri daripada pelbagai kaum yang disatukan tetapi bahasa pengantar yang
digunakan oleh kaum-kaum ini adalah sama dan hanya mempunyai sedikit
perbezaan seperti bahasa melayu an bahasa Indonesia.Bahasa ini digunakan oleh
kaum kadazan dusun dalam melakukan aktiviti harian seperti
bertani,berdagang,berniaga, dan lain-lain.
Contoh:
Aku dalam bahasa kadazan dusun disebut oku.
Upacara Humabot
Merupakan upacara yang telah secara turun temurun dilakukan oleh kaum kadazan-
dusun apabila mereka membina rumah baru. Upacara ini melibatkan seorang
bobohizan atau dukun yang dipanggil oleh sesebuah keluarga yang ingin mendirikan
rumah baru untuk menjampi tapak rumah tersebut. Bobohizan akan membaza
mantera dan renjis air untuk menghalau semangat dan roh-roh jahat masyarakat
kadazan dusun juga percaya akan kopizo tiang akan dipacakkan jika tuan rumah
termimpi baik.tetapi jika sebaliknya maka tapak tiang akan dialihkan sedikit dari
tapak asal.
Sesudah sesebuah rumah itu didirikan bobohizan akan dipanggil lagi dan kali ini
upacara momodu atau memandikan rumah akan dijalankan. Bobohizan akan
membaca mantera sambil kaum lelaki akan menyalakan api pada buluh yang
hujungnya dibungkus dengan getah (sikalap) dan membawa obor ini mengigilingi
rangka-rangka atap rumah sambil bertempik sorak atau memangkis. Ini bertujuan
untuk menghalau roh-roh jahat pembawa malapetaka kepada rumah mereka.

Você também pode gostar