Você está na página 1de 5

Pengenalan

WARISAN BUDAYA KAUM KADAZANDUSUN


Halaman web "Warisan Budaya Kaum Kadazandusun" ini menonjolkan
tentang keunikan dan keaslian budaya kaum Kadazandusun di negeri
Sabah, Negeri Di bawah Bayu.
Sesungguhnya, kaum Kadazandusun ini memiliki banyak budaya yang
boleh diwarisi contohnya dari segi asal-usul, lagenda dan perkembangan
suku kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan
tradisional, corak kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan
kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya Kadazandusun ialah
Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun.
Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum
Kadazandusun menjelaskan tentang kelahiran kaum Kadazandusun dan
lagenda kelahiran kaum ini bermula dari "Nunuk Ragang" sehinggalah
kepada perkembangan dan penyebaran sukukaum ini ke seluruh pelusuk
negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhi sosio budaya mereka
mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak
kehidupan mereka. Mengikut statistik, terdapat lebih kurang 40 etnik yang
terdapat dalam suku kaum Kadazandusun.
Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak
dipengaruhi mengikut etnik tertentu. Contohnya, sebutan dan ejaan
sukukaum Kadazandusun dari satu daerah dengan daerah lain di negeri
sabah adalah berlainan tetapi masih membawa erti dan makna yang sama.
Pakaian tradisi ini pula berbeza mengikut kawasan dan sosio budaya
sukukaum Kadazandusun. Dalam aspek ini, tumpuan diberikan kepada
corak pakaian dalam perayaan tertentu. Setiap etnik dalam Kadazandusun
mempunyai pakaian tradisinya sendiri.
Muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum ini amat menarik dan unik. Alat-
alat dan bunyi-bunyian tradisional ini banyak terdapat dalam suku kaum
Kadazandusun dan ianya berpotensi untuk diwarisi oleh generasi muda
kini. Antara lain alat-alat muzik tradisi yang popular ialah gong, sompoton,
kulintangan, togunggu atau togunggak, bungkau, pumpuak, sundatang,
suling, turali, tongkungon dan lain-lain lagi.
Disebabkan masyarakat Kadazandusun ini memiliki pelbagai budaya yang
unik mengikut etnik tertentu maka corak hidup mereka juga berbeza
mengikut tempat tertentu. Kebanyakan corak kehidupan mereka ini
dipengaruhi oleh adat resam penduduk setempat. Adat resam inilah yang
mempengaruhi corak kehidupan masyarakat Kadazandusun sesuatu
kawasan.
Dalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional
suku kaum Kadazandusun sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan
majlis tersebut. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai tarian
tradisinya sendiri. Corak tarian tradisional ini dipengaruhi oleh sosio budaya
kawasan tertentu.
Kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya sukukaum Kadazandusun
dan kesenian serta keunikannya ialah menerusi Perayaan Pesta Kaamatan
yang diraikan pada setiap 30 dan 31 Mei setiap tahun. Dalam perayaan
ini,berbagai acara menarik dan juga budaya kaum Kadazandusun yang
ditonjolkan dan dipamerkan. Antara lain acara yang biasanya menjadi
tarikan dalam Perayaan Pesta Kaamatan ialah "Unduk Ngadau" Kaamatan
yang mempamerkan pakaian tradisi mengikut etnik.
Konklusi, masyarakat Kadazandusun memang memiliki warisan budaya
yang sungguh unik, asli dan menarik. Justeru itu, melalui laman web ini
sedikit sebanyak memberi penerangan dan penjelasan kepada para
pembaca yang melayari laman web "Warisan Budaya Kaum
Kadazandusun" supaya warisan budaya masyarakat Kadazandusun ini
tetap dipelihara dan dikekalkan untuk tatapan dan penyelidikan generasi
masa akan datang.
Menurut Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA),
Kadazandusun merujuk kepada empat puluh satu etnik seperti berikut;
Bisaya, Kuijau, Murut, Sungai, Bonggi, Lingkabau, Nabai, Tatana, Bundu,
Liwan, Paitan, Tangara, Dumpas, Lobu, Pingas, Tidong, Gana, Lotud,
Rumanau, Tindal, Garo, Lundayo, Rungus, Tobilung, Idaan, Makiang,
Sinobu, Tolinting, Kadayan, Malapi, Sinorupu, Tombonuo, Kimaragang,
Mangkaak, Sonsogon, Tuhawon, Kolobuan Minokok, Sukang, Tutung.
Kita akui bahawa kesemua etnik di atas berasal dari Nunuk R agang, iaitu
satu petempatan awal Kadazandusun yang terletak di "Tompios" dalam
daerah Ranau pada hari ini.

LAGENDA NUNUK RAGANG
Catatan yang lengkap mengenai Nunuk Ragang sudah lama hilang namun
apa yang masih tinggal hanyalah teori-teori para ahli Sains Sosial dan
cerita legenda.

TEORI SAINS SOSIAL
Terdapat sekurang-kurangnya empat teori mengenai asal-usul kaum
kadazandusun.
Teori Pertama: Kaum Kadazandusun berasal dari keturunan "Mongoloid"
(Ivor H.N. Evans:1923 dan T.R. Williams: 1965);
Teori Kedua : Kaum Kadazandusun berketurunan "Indo-Malayan" (T.R.
Williams: 1965).
Teori Ketiga : Kaum Kadazandusun adalah kacukan kaum China (Ivor H.N.
Evans:1923 dan Owen Rutter:19220
Teori Keempat : Kaum Kadazandusun adalah keturunan orang purba Gua
Madai.

Sejarah lisan atau Cerita Legenda yang popular menunjukkan bahawa
Kadazandusun berasal dari tempat ini - "NUNUK RAGANG". Tempat ini
terletak di sebuah kawasan di sekitar muara pertemuan dua batang sungai
iaitu sungai Kogibangan (dari arah kiri) dan Sungai Kawananan (dari arah
kanan) yang telah bercantuman menjadi sungai yang lebih besar, yang
dinamakan Sungai Liwogu (Dalam dan Tenang). Kerana diliputi dengan
"lembaga hidup yang kelihatan kemerahan-merahan" masing-masing
dengan telatah dan perangainya.
Di bawah pohon, di tebing sungai dan di atas sepanjang juntaian akar
Nunuk - penuh dengan lembaga itu. Pantulan warna ke "kemerahan"
semakin menyerlah apabila cahaya matahari terpancar ke arah tubuh
lembaga-lembaga itu. Oleh yang demikian, Nunuk itu kelihatan seolah-olah
"merah" lalu ia dipanggil Nunuk Ragang. (Aragang/Ragang(Bahasa
Kadazandusun)=Merah.
Tanggapan bahawa Nunuk itu Merah atau Nunuk Ragang adalah kiasan
bagi menggambarkan betapa ramainya manusia (lembaga merah) yang
bersenda ria di sekitar kawasan Nunuk ini. Sebenarnya, manusia yang
ramai dikiaskan sebagai "warna merah" apabila dilihat dari jarak jauh dan
bukanlah pokok Nunuk itu yang berwarna merah.
Sejak itu, nama NUNUK RAGANG ini menjadi "identity" rakyat Sabah yang
mempercayai bahawa "asal-usul" mereka adalah dari kawasan ini. Tempat
ini dikenali sebagai Pomogunan Nunuk Ragang, nama yang diambil
bersempena dengan kewujudan pokok Nunuk, yang pada suatu ketika
dahulu "merah" satu perlambangan menunjukkan betapa ramai manusia di
tempat ini.
Di kawasan muara percantuman dua batang sungai ini, terdapat sepohon
pokok Kayu Ara (Nunuk). Saiz pokok Nunuk itu sangat besar dan
sebahagian daripada akar serta dahan-dahannya condong ke arah sungai
Liwogu. Dahan-dahan dan akar terjuntai ke sungai, sangat sesuai sebagai
tempat rekreasi seperti memanjat, bergayut, berteduh dan sebagainya.
Penduduk di sini sangat ramai, ketika cuaca baik dan cahaya matahari
memancar di ufuk barat dari jam 1.00 petang hingga 4.00 petang, ketika
itulah ramai penduduk (tidak kira tua, muda, gadis, pemuda dan anak-anak
dsb..) turun bermandi-manda di sungai Liwogu, sementara yang lain
memanjat, bergayutan serta ramai yang berjemur di atas dahan-dahan
rending Nunuk tersebut.
Suasana demikian berlaku hampir pada setiap hari dan pada masa yang
hampir sama, kecuali cuaca tidak baik atau sungai Liwogu ini banjir. Maka
apabila seseorang melihat pokok Nunuk dalam suasana seperti itu dari
jarak jauh, sama ada dari puncak bukit mahupun dari sebarang sungai
Liwogu, pemandangannya sangat menakjubkan. Pokok Nunuk kelihatan
seolah-olah "aragang".
KEHIDUPAN MASYARAKAT NUNUK RAGANG
Masyarakat terawal Kadazandusun dikatakan telah menghuni tempat ini
dalam keadaan bebas, menikmati berbagai-bagai jenis bekalan makanan
yang mencukupi, baik makanan daripada hutan mahupun daripada sungai
serta hasil daripada usaha pertanian. Keperluan hidup yang lain juga
mudah diperolehi di sekeliling perkampungan Nunuk Ragang ini.
Kehidupan mereka aman dan damai, bersatu padu, mogitabang-tabang,
mogiuhup-uhup, otoluod, obinsianan, orulan, ohinomod, aparu, onimot,
obingupus, okupi, obintinong, obingkanggau, obintumbayaan, obinronok,
obiniangasan, otuyu, obingopi, mamantang, otorini, opori, oining,
obintudau, osuau, opohawang, obulun om onitinginawo.
Hidup yang tenang dan tenteram itu telah membolehkan mereka berfikir
sambil menerokai "teknologi baru" bagi menambah kecekapan,
menamnbah dan memudahkan urusan serta meningkatkan kesejahteraan
hidup seharian. Bidang bidang yang diterokai antara lain ialah peralatan
pakaian (seperti sinombiaka, tokuluk (sirung, linumbagai, golong,
sinandang, limpogot, dll), peralatan pertanian (seperti ragus, basung,
dangol, gagamas, kakali, guyudan, kisaran, tosung, rilibu/raya dll).
Peralatan perikanan (seperti tundalo, siud, bangkala, tambong, bubu sawak
dll), peralatan penternakan(lukug, gading dll ), peralatan memburu (sopuk,
tuwil, gaba, sungul, balatik, paliw, tandus, ramok, rungkasip, tabpai, sodik,
tungkakub, pimpig, tawos dll), peralatan muzik dan bunyi-bunyian (seperti
tagung, sompoton, turali, bungkau, suling pumpuak, dll), peralatan dan
produk-produk ekonomi(seperti Bohungon, Basung, kakanan, luping, sigup,
sada toosin, bilis, tipun, paha, tusi dll).

Você também pode gostar